Islah & Wanita Gemilang

Friday, October 31, 2008

LAWATAN HOSPITAL - 26 OKT 08

Tempat : Hospital Ampang
Tarikh : 26-10-08
Peserta : 40 orang ikhwah akhawat dan anak2
Objektif : Mendekati pesakit2 serta kaum kerabat mereka dan menampilkan diri kita sebagai NGO yang prihatin terhadap mereka yang ditimpa musibah.

Disamping itu, kita juga dapat menanamkan sifat belas ehsan terhadap pesakit terutamanya juga kepada generasi anak2 kita.

Program bermula jam 10.30 pagi.

Alhamdulillah kehadiran kita disambut oleh En Hamzah dan En Ibrahim dari Unit Kebajikan Sosial serta Puan Junaidah.




Tidak kurang dari 200 pesakit telah kita temui. Antara pesakit2 yang ditemui adalah pesakit kanser, darah tinggi, diabetis, batuk kering dan semput dan sukar bernafas.

Kita sempat mengucapkan Selamat Hari Raya, memberi kata2 peransang untuk terus bersabar dan redha akan ketetapan Allah swt serta mendoakan kesejahteraan mereka.


Sedikit "buah tangan" berupa tuala, ubat dan berus gigi serta barangan lain sempat di beri kepada pesakit2 tersebut.

YDP JIMAJ Tuan Hj Syed Saleh serta isteri sempat meluangkan masa mereka untuk turut serta dalam majlis ini.

Semoga usaha kecil kita ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan mendapat keredhaan Allah swt.

Kami menyeru supaya program sebegini akan dapat disertai oleh ramai lagi ikhwah akhawat serta anak2 mereka kerana kesan selepas dari menziarahi pesakit akan kekal di hati sanubari kita.
Apatah lagi bila melihat mereka menangis apabila kita berkomunikasi atau mendoakan mereka.....

Syed Zakaria
Kutua JK Khidmat Masyarakat JIM AJ

Friday, October 24, 2008

HIMPUNAN SYAWAL AJ (HISYAJ) - 19 OKT 08

aktAlhamdulillah seramai lebihkurang 80 ikhwah dan akhawat termasuk anak2 serta rakan2 JIM telah meraikan HISYAJ pada kali ini yang jatuh pada Ahad tanggal 19hb Okt 2008.

Antara objektif HISYAJ yang utama adalah untuk merapatkan silaturrahim sambil maaf bermaafan antara sahabat2 .HISYAJ kali ini adalah berkonsepkan satu rumah mewakili rumah2 yang lain di kawasan tersebut tetapi masing2 berkongsi dalam penyediaan makanan.

HISYAJ kali ini bermula jam 8.30 pagi di rumah Akh Mahbob dan KW,Kak Jeriah yang mewakili kawasan Keramat AU1-3.

Juadah nasi lemak memanglah membuka selera para tetamu yang memang sudah bersedia untuk bersarapan yang agak berat. Masing2 sudah menyediakan 6 segmen dalam perut mereka kerana 6 rumah akan diHISYAJkan.
YDP memulakan ucapan menyambut para tetamu sambil mengingatkan beberapa perkara yang antara lainnya:
1) supaya berbelanja dengan berhemah kerana pada masa ini ekonomi dunia sedang dilanda krisis yang agak teruk. Walau bagaimanapun sistem kewangan berasaskan Islam tidaklah terjejas menyebabkan golongan Barat mula menunjukkan minat terhadap sistem kewangan Islam.

2) Menerus dan meningkatkan beberapa aktiviti yang sedang dan telah dijalankan antara lain:

i)Program Nadi Asybal
ii)Lawatan hospital yang selalunya diadakan pada bulan puasa tetapi kini pada bulan Syawal iaitu pada 26/10/08
iii)Program TeeNetwork
iv)Hidayah Centre

3) Meningkatkan usaha2 ke arah pengukuhan hak asasi manusia.

4)JIMAJ juga turut meraikan mereka yang akan pergi ke Tanah Suci pada tahun ini iaitu Hj Rusman dan isteri, Ukht Suzibazura serta Akh Shahruddin dan isteri, Ukht Rosmawati. Mereka tidak berkesempatan untuk turut serta kerana ibu Suzibazura yang sakit di hospital serta menyertai kursus haji perdana.

HISYAJ bagi kawasan Keramat AU 1-3 ini diwakili juga oleh keluarga Hj Md Esa, Hj Fadhil,Hj Nordin, Hj Azmil, Hj Ahmad Mustafa,Hj Kasim dan tuan rumah.

HISYAJ seterusnya beredar ke perkarangan kompleks JIM / pejabat YB di Taman Melawati untuk bertemu dengan YB Saari Sungib serta beberapa YB2 yang lain
Antara juadah yang disediakan termasuklah mee hoon, roti canai, lontong, nasi lemak dan ais kerim. Alhamdulillah dapatlah kita perhatikan betapa ramai penduduk di sekitar Ampang dan Hulu Kelang yang memberi sokongan kepada Parti Rakyat.

Lebih kurang jam 11.00 pagi HISYAJ diteruskan ke rumah Dr Sahrim dan Ukht Faridah.

Kami disambut mesra oleh Dr sekeluarga dan jamuan di sini pula adalah laksa Penang.Mereka yang meraikan kami di AU4&5 ini antara lainnya adalah keluarga tuan rumah, KZ, Zainal Fitri, Shahriman,Prof Awaluddin , ukht Jawaher/Ismahadi dan Zaid Johan.

Rumah Dr Ahmad dan Dr Che Noraini dipilih sebagai rumah yang diHISYAJkan bagi kawasan Taman Melawati, Bukit Antarabangsa dan UK Perdana.


Mereka yang terlibat adalah keluarga Hj Othman, Hj Md Besah, Hj Muhaimin, Hj Wan Suhaimi, Asri serta tuan rumah sendiri. Juadah yang disediakan adalah popiah panas, spaghetti serta buah2an tempatan dan antarabangsa.

HISYAJ kali ini diwarnai dengan pengalaman yang berbeza bila kita berHISYAJ ke Hidayah Centre(HC)ikhwah di Wangsa Melawati.


Selepas solat zohor di masjid berdekatan kami menjamu selera mee goreng panas serta kueh2 kering serta di raikan dengan permainan anak2 yang kemudiannya dihadiahkan dengan duit2 raya.

Hidayah Centre ini dikelolai oleh JIM Ampang Jaya yang diketuai oleh Akh Hj Wan Ahmad Nizar. Tuan rumah bagi sambutan di HC juga Akh Hj Taufik/ukht Noorazian, Akh Hj Syed Mohd Adnan, Akh Iskandar/ukht Habibah, Akh Wan Abdullah/ukht Zaidah, ukht Robiah Ramli serta ukht Juneta/dr Nordin.

Antara saudara baru yang turut serta adalah Mohd NorHakim, Ridzuan, Ahmad Raj dan Hilal serta bro Ibrahim serta isteri & anak yang kini menetap di HC Wanita (Wangsa Maju).

Turut serta juga seorang mualaf dari Holland,Akh Haramain yang beristerikan ukht kita dari Medan.
Turut dalam rombongan HISYAJ , bro Lawrence dari Holland yang sedang mencari2 jalan yang benar - moga diberikan Allah hidayah untuk kembali pada agama fitrah. Ameen.

Alhamdulillah pengalaman yang berbeza ini dapat mendekatkan kita dengan HC ini dan InsyaAllah dengan mereka yang baru memeluk Islam ini.
Rumah terakhir tak lain dan tak bukan adalah rumah YDP JIM AJ,Akh Syed Saleh dan Ukht Junaida.Turut menyambut para tetamu di sini adalah keluarga Hj Wan Suhaimi, Mokhtar, Hj Shafie, Hj Wan dan Hj Syed Zakaria.Tetamu dihidangkan dengan roti arab lauk ayam kuzi, nasi/mi soto serta ais kerim conetto yang tiada melamine.

Alhamdulillah HISYAJ ditamatkan hampir jam 3.30 petang dan disudahi dengan bacaan doa yang dibaca di setiap rumah.

Waktu tamat HISYAJ adalah pada asalnya dirancangkan pada jam 1.30petang tetapi tersasar agak jauh disebabkan oleh masa yang diluangkan untuk aktiviti solat berjamaah zohor di masjid serta program anak2 di HC.

Kami mewakili JIMAJ mengucapkan ribuan jazakumullahukhairan kepada semua yang terlibat. Maaf di pinta kepada mereka yang namanya tidak disebut di sini serta segala kekurangan juga harap dimaafkan.

Wassalam

syed abah@syed atuk@syed zakaria
pengarah HISYAJ 2008