Islah & Wanita Gemilang

Saturday, April 24, 2010

Membiayai Anak2 Yatim dan Keluarga Miskin Palestine



Aqsa Syarif  sebagai organisasi yang memperjuangkan nasib saudara kita di Palestin berhasrat membiayai 100 keluarga. Aqsa Syarif sedang mencari mereka-mereka yg mampu dan mahu . Semoga anda, keluarga & jiran-jiran termasuk dalam kalangan mereka-mereka yang terpilih. War-warkanlah berita baik ini!


Sumbangan atau sponsor untuk keluarga miskin dan anak yatim boleh dibuat dengan mengisi borang yang terdapat di dalam website Aqsa Syarif ( aqsasyarif.com , http://aqsasyarif.com/sponsor/ ). 

Pembiayaan 1 orang anak yatim utk tahun ini; berjumlah RM2,040 setahun / RM170 sebulan. Jangan lupa juga utk biaya keluarga2 miskin (ayah2 yg dipenjarakan rejim Israel).

"Goncangkan "pohon kurma" agar gugurlah wang-wang utk menyelamatkan anak2 syuhada dan mujahidin Palestine ini 



Boikot Israel & sekutu-sekutunya!!!

Wednesday, April 21, 2010

Doa Solat Dhuha

 


















More..di Tarbiyah

 

ERAT @ EMI 2010


EKSPRESI REMAJA AMBANG IP2010
-- ERAT '10 --
 

Tuesday, April 20, 2010

PALESTIN - KAMI BERSAMA MU.....

mail.jpg

MAJLIS MERAIKAN DR SELAMAT ALIMAN & SESI BERSAMA AHLI

RAMAI YANG TELAH MENDENGAR DAN MELIHAT AKHI KITA INI DI CORONG RADIO DAN KACA TV MENCERITAKAN PENGALAMAN BELIAU SEWAKTU MISI GAZA FLOTILLA YANG LALU. BERCERITA KEPADA ORANGRAMAI DENGAN BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN SAHABAT SENDIRI TIDAK MUNGKIN SAMA NILAINYA.

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK KITA RAIKAN SEORANG SAHABAT YANG TELAH MENAIKKAN LAGI SAHAM PERJUANGAN DAKWAH KITA SEMUA. JUGA BOLEH BERKONGSI BANYAK MAKLUMAT "PERSONAL" YANG DAPAT MELONJAKKAN AKTIVISMA DAKWAH DAN PERJUANGAN KITA KHUSUSNYA BERKENAAN PALESTIN.

SEHUBUNGAN ITU SEMUA AHLI DIJEMPUT KE MAJLIS TERSEBUT PADA BUTIRAN YANG BERIKUT:

PROGRAM: MAJLIS MERAIKAN DR SELAMAT ALIMAN
& SESI BERSAMA AHLI


TARIKH
: KHAMIS, 17 JUN 2010


MASA
: 8.30 MALAM


TEMPAT
: DEWAN PUSAT KOMUNITI RAKYAT,
PEJABAT PARLIMEN GOMBAK, TMN MELAWATI
.

SEDIKIT MINUM MALAM AKAN DISEDIAKAN. SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR.

JUMPA DI SANA. TERIMA KASIH.

*************************

Palestine: Malaysians Are With You





Tarikh: 9 Jun 2010 (Rabu)

Masa: 8.00 - 11.30 malam

Tempat: Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya






Panelis2:
Ust.Hasanuddin Mohd. Yunus
YB Khalid Samad
Rep. Concil of Churches of Malaysia
Hadil El-Khouly
Rep. PACE
Rep. Haluan Palestin


Persembahan istimewa:
Puisi Palestin oleh Hishamuddin Rais
Lagu Palestin oleh Muadz
Tayangan Multimedia


Sebarkan! Sebarkan! Sebarkan!

******************************

TERKINI: LL4G - TERUSKAN DOA

(di terima 29.5.10 @ 11.22am)


FYI...Info dari krew LL4G.

---------- Forwarded message ----------
aslkm wr wb

shbt&shbh akhukum fillah

semoga antum dankami  di sini terus dlm rahmat dan keampunan Allah

sekarang ni jam 2:00pagi di tengah2 lautan mediterranean. ramai yg
berada dlm kapal tidak tidur dan bermunajat kpd Allah. Betapa
keberadaan kami di tengah-tengah lautan luas ini menjelaskan kebenaran
ayat2 Allah yg kita baca saban hari.

bbrp updates:
1) bersama kami skrg ada 4 buah kapal.
2) 3 buah kapal (sebenarnya boat, bukan kapal) tidak dpr sertai
konvoi, semuanya drp Greece. jadi sekarang tinggal 6 kapal akan
teruskan konvoi ini.
3) Kami dijangka sampai di perairan Gaza hari Sabtu (jam Turki).
4) pasal Isr=ael intercept comms pun tak betul juga. Kami berada di
tgh lautan, of course kadang2 ada comms, kadang2 tidak.

Itulah sahaja status terkini dari kami di lautan. Segala maklumat ttg
serangan ke atas konvoi adalah tidak benar.

Sekejap lagi, jam 3 pagi, kami akan buat tahajjud beramai2 di deck
kapal. Alhamdulillah setakat ini majoriti crew amat komited dgn solat
berjamaah, ramai kelihatan terikat dgn al Quran. Dlm perjlnan ana ke
media control room tadi, ramai juga yg bersendirian di sudut2 di
merata tempat dlm kapal ini bermunajat kpd Allah.

InsyaAllah, hari ini:
1) akan kami teruskan live updates on Awani
2) sheikh qaradawi akan buat media stmt on Al Jazeera berkaitan dgn konvoi ini.

Sekian dari Laut Mediterranean. Teruskan doa dan munajat antum.
 *****************************************


“Insya Allah Kita Mencapai Gaza, Walau Harus Berenang!”

Posted by alkahfi on 23 May 2010
“Insya Allah Kita Mencapai Gaza, 
Walau Harus Berenang!”

ISTANBUL— Diantara yang memberikan sambutan saat upacara besar melepas keberangkatan kafilah kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza di dermaga Sarayburnu, Istanbul, siang tadi (22/5) adalah Syeikh Ra’id Salah, ulama Palestina yang sudah berkali-kali dijebloskan penjara dan disiksa oleh Israel.

Syeikh Ra’id akan ikut serta dalam kafilah kapal kemanusiaan ini. Dalam sambutannya, Syeikh Ra’id meminta izin kepada yang hadir khususnya ribuan warga Turki, untuk menyampaikan kepada para anak yatim, janda-janda, orang cacat, orang sakit, dan seluruh warga Gaza, bahwa mereka tidak sendirian akibat diembargo oleh Israel dan Amerika Serikat.

“Tunggulah wahai saudara-saudaraku warga Gaza, kami akan datang menemani kalian yang sedang tertimpa kezaliman!” teriak pria yang murah senyum ini.

Sementara itu dari kawasan Asia Tenggara, Noorazman Mohd Syamsuddin dari Haluan Malaysia, memberikan sambutan mewakili masyarakat Malaysia dan Indonesia. Di depan ribuan hadirin Noorazman mengatakan, bahwa rakyat Malaysia dan Indonesia telah menyatakan perasaan bencinya kepada embargo ini dengan memberikan infaq, melakukan demonstrasi, serta member dukungan penuh bagi kafilah kemanusiaan ini.
Noorazman mendoakan agar berkah Allah terlimpah kepada harta mereka yang telah mendukung kafilah kemanusiaan ini.

“Saya berdiri di sini mewakili lebih dari 50 organisasi masyarakat besar di Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta jiwa,” katanya dalam bahasa Inggris. Noorazman menegaskan, karena besarnya amanah itu, maka tekad mereka untuk menyampaikan amanah itu pun sangat besar. Meskipun diancam oleh Israel, mereka akan berusaha mencapai Gaza, “Walaupun kami terpaksa harus berenang ke pantai Gaza!”.(Sahabatalaqsha.com/DP,SS,SF)

Sahabat Al-Aqsha & Hidayatullah.com

 ***************************************

Khamis, 20 Mei 2010 08:13 TM Lim



anggota misi LL4G

KUALA LUMPUR - Seramai lapan orang rakyat Malaysia yang mewakili beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlepas ke Istanbul dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 12.30 pagi Rabu bagi menyertai misi kemanusiaan Lifeline for Gaza. Di Istanbul, mereka akan menyiapkan barang-barang yang akan diangkut melalui jalan laut ke Gaza.
Pada 24 Mei, kesemua kapal yang menyertai misi ini (dianggarkan 10 buah) akan berkumpul di Antalya, sebuah bandar pelabuhan di selatan Turki sebelum dijadualkan bertolak ke Gaza keesokan harinya melalui Laut Mediterranean. Perjalanan dijangka mengambil masa 15 jam kecuali berlaku kelewatan disebabkan halangan atau perkara-perkara lain yang tidak diduga.
Anggota rombongan dari Malaysia ini merupakan wakil-wakil gabungan NGO yang terdiri daripada Haluan Palestin, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Muslim Care, Yayasan Amal dan Aqsa Syarif. Selain itu, rundingan sedang dilakukan dengan Bernama TV bagi membolehkan seorang petugasnya menyertai misi ini sebagai wakil media.
aMenurut ketua misi yang juga Pengerusi Haluan Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin (gambar), wakil media amat diperlukan sebagai 'senjata' untuk memasuki Gaza.
"Kita juga telah mendapat persetujuan daripada Radio IKIM yang akan membuat laporan dan lintas langsung misi ini setiap hari, yang siarannya mungkin dapat diikuti pada jam 11 malam. Selain itu, akhbar Sinar Harian juga akan menyiarkan berita perkembangan misi ini setiap hari juga," katanya.
Noorazman mengucapkan terima kasih kepada kira-kira 120 orang ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-sahabat yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada anggota rombongan.
"Inilah kali pertama wakil-wakil NGO bergabung tenaga menyertai misi ke Palestin. Ingatlah, setiap penglibatan yang kita lakukan adalah jihad. Mudah-mudahan ia menjadi amal soleh sebagai saham kita berjumpa Allah nanti. Kami mengharapkan doa daripada anda semua. Saya teringat (mafhum) kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bahawa apabila Palestin berada di bawah kekuatan Islam, seluruh dunia akan berada di bawah kekuatan Islam," katanya lagi.
Menjangkakan kemungkinan berlaku senario sukar dalam usaha memasuki Gaza, sebuah pasukan pengurusan krisis telah ditubuhkan. Pasukan yang membuka bilik operasinya di Seksyen 17 Shah Alam ini juga terdiri daripada gabungan NGO dan bersiap sedia mengambil tindakan yang sewajarnya jika ditakdirkan berlaku perkara-perkara tidak diingini kepada anggota rombongan.
"Bukanlah kita mengharapkan perkara buruk berlaku, tetapi kita bersedia untuk bertindak kalau ia berlaku," kata penyelarasnya, Zulhilmi.
aBeliau yang juga Timbalan Presiden Muslim Care turut membandingkan misi Lifeline for Gaza melalui laut ini seperti tentera Muhammad al-Fatih yang menawan Konstantinople 500 tahun lalu. "Walaupun kita pergi bukan untuk berperang tetapi kita bersedia menghadapi tentera Israel yang mungkin menyerang. Jadi, bersama-samalah kita memperbanyak mengerjakan solat malam untuk mendapatkan kekuatan."
Kelmarin, kerajaan Israel telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menghalang misi ini daripada memasuki wilayah Palestin tersebut.
Rombongan ini turut disertai oleh Dr Selamat Aliman yang mewakili JIM, Palestine Centre of Excellence (PACE) dan juga Aqsa Syarif. Beliau amat berharap misi untuk memasuki 'penjara terbesar di dunia' ini berjaya supaya wakil-wakil NGO dari yang terlibat dapat melihat sendiri kesukaran hidup yang dilalui oleh rakyat Palestin, seterusnya mengenal pasti bentuk projek yang mesti dilaksanakan segera.
a"Alhamdulillah, untuk misi Lifeline for Gaza ini kita telah menyerahkan sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin berjumlah RM200,000. Selain itu, kita juga mengadakan kutipan kilat selama 24 jam lepas bagi mengumpulkan wang tunai untuk diserahkan kepada penduduk Gaza secara langsung," kata Dr Selamat.
Misi ini difokuskan untuk membawa peralatan dan bahan-bahan binaan ke Gaza. Ia merupakan cubaan kedua beliau untuk memasuki Gaza setelah cubaan pertama pada awal tahun lalu melaui Rafah di sempadan Mesir-Gaza tidak berjaya. "Cubaan pertama dulu tidak diizinkan Allah, diharap kali ini berjaya. Tentang risiko menghadapi tentera Israel saya rasa semua orang faham, tetapi insya-Allah kita akan menghadapinya."
aPengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa JIM ini menjelaskan, Israel memang diketahui bukan sahaja tidak membenarkan kemasukan bahan-bahan binaan, bahkan bahan-bahan keperluan asas turut disekat daripada memasuki Gaza. Oleh hal yang demikian, beliau berpesan kepada rakyat Malaysia supaya berusaha memahami kedudukan sebenar bumi Palestin dari sudut sejarah dan politik, kemudian menghulurkan sokongan dan doa yang berterusan untuk rakyat Palestin.
Turut berucap pada malam itu ialah Setiausaha Agung JIM, Nahar Md Nor, Pengerusi Persatuan Mawaddah Islam Malaysia, Ustazah Maznah Daud, wakil Viva Palestina, Noorazian Anidin, wakil Yayasan Amal, Jamuliddin Elias, wakil kaum ibu untuk isteri-isteri yang ditinggalkan, Puan Afiah dan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Abdullah Sani. Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Alami.


Yang mendoakan

Hj Nahar Mohd Noor berucap bagi pihak JIM

Pn Noorazian (PACE) berucap mewakili VPM

Ustazah Maznah berucap bagi pihak Pertubuhan al-Mawaddah "Kita
bukanlah pendukung atau penyokong tetapi sebaliknya
kita bersama-sama dengan perjuangan ini" ujar beliau
source:
Malaysia Harmoni

Apakah yang ibu2 pesan kepada anak2 ketika anak2 melangkah kaki ke sekolah?


 

NADI ASYBAL


KELAB AULAD JIM AMPANG JAYA

 JOM ke program


  

Saturday, April 17, 2010

Pulangnya seorang syahid menemui Kekasih



Wednesday, April 14, 2010