Islah & Wanita Gemilang

Saturday, May 29, 2010

PALESTIN - KAMI BERSAMA MU.....


TERKINI: LL4G - TERUSKAN DOA

(di terima 29.5.10 @ 11.22am)

lagi d PALESTIN

Monday, May 24, 2010

BERITA BERGAMBAR SeMI 2010

sila ke  DIARI JIM AJ

.

UBAT HATI

Ibrahim Al-Khawas R.A
“ Sesungguhnya UBAT HATI itu ada lima perkara maka ubatilah hati kamu dgn lima perkara tersebut...
Pertama,bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya...
Kedua,mengosongkan perut dri terlalu kenyang...
Ketiga,bangun(beribadat) di waktu malam...
Keempat,menghampirkan diri kpda Allah (beribadat) disepertiga malam dan...
Kelima,sentiasa bersama-sama di dlm majlis orang-orang yg soleh”

.

Friday, May 14, 2010

Layan pasangan sebagai kawan 

~ KOSMO ~ 

 KESERASIAN pasangan ditentukan berdasarkan personaliti.



MEMILIH pasangan hidup yang benar-benar serasi dan sesuai merupakan keputusan penting bagi individu yang memutuskan untuk hidup berumahtangga.


lagi di keluarga duat  

Penghinaan terhadap semua agama - Zaid

a
KUALA LUMPUR - Pengumuman kelulusan lesen pertaruhan bola sepak kepada kumpulan Berjaya oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin merupakan penghinaan terhadap semua agama di negara ini, demikian kata Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin. 
 
Kenyataan penuh di Artikal - Kenyataan Media

.

SEMINAR
MENANGANI
ISU ISLAM
(SeMI) 2010
 
    Gejala Sosial : Syariah Jalan Penyelesaian
 
lagi di  Diari JIM AJ

 

Sesungguhnya setiap perkataan yg lahir dari bibir itu mati, kaku tidak bermaya sekalipun ia diolah dengan gaya bahasa indah dan diucap dengan semangat berapi-rapi. Kata-kata itu tidak ada nyawa sekiranya ia tidak lahir dari hati yg beriman dengan apa yg diucapkan. Dan seseorang itu tidak dikira beriman dengan apa yg dituturkan sekiranya dia tidak menterjemahkan kata-katanya itu dalam bentuk amal - Sayyid Qutb

.

Tuesday, May 11, 2010

Rawabit Al Da’ie Ilallah




Oleh: Al-Faqir Ilallah

Sesungguhnya para Dai’e diikat oleh tiga ikatan (ar ribat).

Pertama Ikatan Keimanan kepada Allah SWT. 
Inilah ikatan yang paling pokok yang mendasari perjuangan mereka yang berjuang di atas Jalan Islam ini. Dengan ikatan ini hati-hati menjadi satu di atas ikatan tauhid. 
lagi d  Tarbiyah
.
.
Bukti Cinta Allah
'Maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa.' (QS. Ali-Imran: 76).

Setiap Muslim yang bertaqwa kepada Allah akan selalu mendapatkan cintaNya. Tanda-tanda cinta dari Allah dapat dilihat dari keimanannya yang terus menerus bertambah dari waktu ke waktu, ..

lagi d  Tarbiyah


.
 .

SAMBUTAN HARI IBU
Ibu Gigih, Alam Bersih



.

Monday, May 10, 2010

Jadi anak salih tanda syukuri pengorbanan ibu bapa



 Abdurrahman Haqqi

Rasulullah beri peringatan keras terhadap individu abai tanggungjawab kepada orang tua


ANDA mungkin tahu sebuah hadis Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan Imam al-Syafie dan Abu Daud bermaksud yang mana baginda pernah berkata kepada seseorang: “Kamu dan hartamu adalah milik ayahmu.”

lagi d Keluarga Du'at.


.

Tuesday, May 4, 2010

CABARAN MEMELUK ISLAM: PERKONGSIAN

Semuga berada di dalam iman yang sejahtera. Sedikit perkongsian, muga ada manfaatnya.

Kira-kira 3 minggu lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada Bro Lim Jooi Soon, penasihat PERKIM Ampang. Memaklumkan seorang mualaf memerlukan perlindungan setelah 2 minggu menumpang di masjid Jamek KL. Setelah berbincang dengan Sdr Abu Kasim, pengerusi JKD AJ, saya lantas menghubungi beliau. Zulkifli Chen, berasal dari Sandakan hidup sebatang kara. Dihalau daripada rumahnya ketika usia beliau 17 tahun sebaik sahaja keluarganya mengetahui tentang keIslamannya. Zul telah mengambil keputusan berhijrah ke semenanjung Malaysia pada 1/1/2006.

Zul seorang yang sangat tabah. Beliau menumpang dari masjid ke masjid yang bersimpati dengan nasib beliau. Beliau menumpang sehingga 6 bulan sebelum berjaya mendapat kerja di KFC dan menetap di asrama. Walaupun dibuang oleh keluarganya, Zul tetap menunjukkan rasa kasih kepada kedua ibu bapanya. Ayahnya beragama Buddha, manakala ibunya beragama Kristian. Datuk sebelah ayahnya merupakan salah seorang ketua sami di Beijing.  Ketika ayahnya meninggal pada 25/12/08 akibat tekanan darah tinggi, beliau telah pulang ke kampung halaman dengan hasrat menziarahi ayah nya. Malangnya beliau telah dihalau oleh ahli keluarganya. Bukan shaja dihalau, beliau juga telah diparang di kakinya hingga menyebabkan beliau mendapat 14 jahitan. Ibu beliau meninggal dunia pada 17/2/09, tiga bulan selepas ayahnya meninggal akibat koma. Semua keluarga sebelah ayahnya telah balik ke tanah besar China. Manakala keluarga sebelah ibunya tidak menerima beliau lagi.

Bagi menampung kehidupan, Zul telah bekerja di KFC selama 6 bulan. Beliau jug pernah bekerja sebagai promoter CELCOM selama 8 bulan dan kilang Denture di Tebrau, Tampoi.  Sambil bekerja beliau menanam hasrat untuk meneruskan pengajiannya. Alhamdulillah, berkat usaha gigih beliau telah ditawarkan ke UNISEL pada Julai 2007 dalam bidang Diploma Pendidikan Pra-Sekolah. Semasa di UNISEL, beliau selalu sahaja  diperli oleh rakan-rakannya kerana tidak selalu berfoya-foya. Apakan daya, beliau terpaksa bekerja memikul beras dari kilang ke lori seberat 50kg dengan upah RM5 seguni. Seharian bekerja, dapatlah beliau menghabiskan 15 guni. Duit inilah yang dikumpulnya untuk menyara kos pengajian beliau di UNISEL.

Beliau juga seorang pelajar cemerlang dengan mendapat CGPA3.8. Disamping itu beliau juga merupakan seorang EXCO Kemasyarakat di UNISEL. Selalu menasihati pelajar UNISEL yang berpasangan. Ciri-ciri seorang pemimpin dan daie itu telah wujud dalam jiwa Sdr Zul. Beliau telah memohon untuk berhenti daripada UNISEL memandangkan tidak mampu untuk membayar RM10,000. Sebelum ini beliau telah membayar kira-kira RM13,000 untuk yuran pengajian dan penempatan. Tempoh pengajian beliau sepatutnya tinggal satu semester sahaja lagi sebelum menamatkan pengajiannya. InsyaAllah JKD AJ sedang usahakan untuk beliau kembali ke UNISEL dan membantu menguruskan bayaran yuran yang tertunggak.

Pada 17/4/10 yang lepas, beliau telah di jemput oleh Majlis Agama Islam Johor untuk majlis penyerahan zakat yang disampaikan oleh MB Johor. Majlis diadakan di dewan serbaguna Johor Bharu. Sebelum itu 4 orang mualaf diminta membuat perkongsian dihadapan 350 orang hadirin. Kebetulan ada 3 orang berbangsa Cina bernama Ng Kwan Ti (ahli perniagaan), Mong Kai Wah (ahli perniagaan) dan Phylicia Sheah (pensyarah) yang turut hadir di dewan tersebut. Menurut Zul, mula-mulanya menggelatar juga kaki nya kerana berhadapan dgn crowd yang begitu ramai. Alhamdulillah Allah berikan saya kekuatan. Air mata tak tertahan ketika beliau membuat perkongsian, begitu juga beberapa hadirin yang hadir. Selesai perkongsian, 3 orang Cina tersebut berjumpa beliau meminta penjelasan dengan lebih lanjut. Mereka mengucap dua kalimah syahadah di situ juga. Allahu Akbar!!!

Zul juga memaklumkan sedang dalam usaha membantu kawan perumpuannya berumur 17 tahun untuk memeluk agama Islam. Kawannya berada di Sandakan. InsyaAllah sekiranya keadaan mengizinkan, mohon akhawat Sabah menyantuni kawannya ini. Saya akan berikan maklumat apabila saya perolehi kelak.

Kini Zul kami tempatkan di Hidayah Centre JIM Ampang Jaya di Wangsa Maju. Beliau telah bersetuju untuk bersama-sama dengan Ikram dan terlibat dalam sistem usrah. Jzkk kepada Akhi Kasim yang turut menyantuni Zul. Sebagai tanda ukhuwah, silalah hantar sms atau hubungi beliau di 017-2929057.

Dikongsikan sebuah doa yang saya baru belajar dengan Akhi Abu Kasim.

Allahummahdina Wahdibina Waja'alna sababal limanihtada

Maaf tak ada karakter arabic. Camna nak buat Zulk?

Ya Allah berikanlah kami hidayah, Ya Allah jadikan kami orang yang menyampaikan hidayah, Ya Allah jadikanlah kami penyebab orang lain menerima hidayah.


Semuga Allah memilih kita antara penyebab orang lain menerima hidayahNya.


Wassalam

Zun Arif Hakim
JKD AJ