Team JKD beserta team JKKM (JK Khidmat Masyarakat ) JIM Ampang Jaya telah bersepadu turun padang melaksanakan amanat sesi lawatan ke Hospital Ampang kali ini selaras dengan saranan YDP JIM AJ,Tn.Hj.Syed Saleh Syed Abd.Rahman agar lawatan ke Hospital dilakukan bukan sekadar untuk menziarahi pesakit, tapi ianya patut juga disertakan dengan aktiviti-aktiviti lain.
Kumpulan sasaran non-muslim - kaum India & Cina - lebih kurang 30 orang telah disantuni oleh team kami yang terdiri dari Pengerusi JKD,Akhi Wan Ahmad Nizar sendiri beserta famili, Akhi Amirul Letfee , anak-anak dari Universiti Islam Malaysia(USIM) & USM serta Ukhti Elaini Wahab.
JKD Ampang Jaya mengucapkan ‘Jazakumullahu khairan kathira’ kepada semua yang telah melibatkan diri dalam sesi Penyebaran Maklumat ini,terutama kepada YDP serta zaujah yang sempat meluangkan masa turut serta bersama kami.
“Kerjakan yang makruf & cegahlah yang mungkar”, akhir kalam dari JKD Ampang Jaya.
Wassalamu alaikum.
Noorazian Anidin
JKD JIM AJ.