Islah & Wanita Gemilang
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, February 25, 2010
Sistem pendidikan punca isu silang gender
Berita Harian
25 Feb 2010
SILANG gender semakin hangat diperkatakan ketika isu menara gading dipenuhi pelajar perempuan, belum selesai. Baru-baru ini, Cuepacs menyuarakan kebimbangan sektor awam yang semakin dimonopoli penjawat awam wanita mengganggu kelancaran khidmat penyampaian maklumat selain memberi kesan kepada masyarakat dan negara.
Susulan isu ini tidak nafikan akan diwujud kuota bagi mengimbangkan nisbah lelaki dan perempuan sama ada untuk merebut tiket ke pusat pengajian tinggi atau menempatkan diri dalam sektor awam terutama kerjaya profesional.
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma-Jim) sebagai gerakan mahasiswa kontemporari yakin akan timbul pelbagai persoalan. Apakah kemajuan yang dicapai wanita menjadi kesalahan, atau adakah usaha mereka yang positif sehingga berada di hadapan menjadi sesuatu yang ganjil? Sedangkan suatu ketika dulu martabat wanita sangat rendah sehingga muncul syiar Islam yang mengangkat kaum ibu ini ke darjat lebih tinggi untuk diberi hak dan keadilan.
Jelas tiada salahnya mereka tetapi muncul kebimbangan apabila sebahagian besar pemudi memenuhi institusi pengajian tinggi (IPT), manakala pemuda ramai di pusat serenti, penjara dan aktif dalam pelbagai gejala termasuk jenayah jalanan.
Ketidakseimbangan yang terhasil dibimbangi kritikal kerana jurangnya kian jauh. Contoh, nisbah lelaki dan perempuan dalam sistem akademik di IPT ataupun kerjaya profesional secara purata adalah 30:70.
Secara relatif dan logik, apabila corak aliran sebegini bermula di IPT maka bidang profesional juga mengalami masalah serupa kerana mahasiswa inilah yang melangkah ke sektor pekerjaan selepas tamat pengajian.
Karisma-Jim berpendapat, sistem pendidikan yang mencatur gaya hidup pembelajaran masyarakat. Sistem pendidikan berorientasi peperiksaan dan hafalan jelas memberi kelebihan kepada pelajar wanita.
Ini bukan tuduhan atau kecaman tetapi perlu dikaji secara ilmiah kerana kelebihan psikologi dan kekuatan gender masing-masing.
Pakar motivasi silang jantina dan kekeluargaan, Ahmad Shafiai Uda Jaafar, tidak menafikan secara fitrah wanita mempunyai tahap tumbesaran dan kematangan lebih pantas berbanding lelaki. Malah perkembangan biologi wanita juga lebih cepat matang berbanding lelaki. Kekuatan emosi dan kelebihan dalam memberikan fokus menjadikan mereka lebih selesa dengan sukatan pelajaran di sekolah mahupun universiti yang berorientasi peperiksaan.
Fitrah wanita majoritinya lebih fokus, kebolehan menghafal dan ada kekuatan dalam subjek teori.
Ini berbeza dengan lelaki kerana dari segi biologi dan emosi jarang berdepan dengan buku atau pendekatan teori kerana majoritinya secara fitrah lebih berminat dengan aktiviti praktikal yang boleh membabitkan kekuatan fizikal atau mencabar untuk membuktikan sifat mereka.
Mungkin pendekatan sekolah teknik, vokasional, politeknik, universiti teknikal serta lain-lain yang bercorak aplikasi dan hands-on adalah langkah yang boleh dikenal pasti kerajaan dalam membantu menghadapi situasi sekarang.
Kajian secara serius perlu dilakukan dengan digembleng kepakaran setiap organisasi atau individu untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berhubung isu silang jantina ini. Karisma-Jim sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk berkongsi idea dan input bagi mencadangkan penyelesaian.
AL AMIN MOHAMED SULTAN,
Karisma-Jim.

Tuesday, November 17, 2009
WACANA ISU SEMASA SIRI 2: CEKAP, AMANAH & TELUS(CAT) : SEJAUH MANA PELAKSANAANNYA? , 24 NOV 2009
Salam kepada semua,
Kalau tahun lepas(2008), isu yang hangat dibangkitkan ekoran daripada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007 ialah pembaziran ratusan juta RM wang rakyat & kebocoran yang berlaku dalam kontrak pembinaan kapal peronda TLDM yang diberikan kepada PSC Naval Dockyard akibat daripada kelemahan dalam aspek kawalan & pengurusan kewangan Kementerian Pertahanan, namun pada tahun ini isu yang lebih hangat ialah isu PKFZ yang memperlihatkan pembaziran wang rakyat yang lebih parah & "lubang yang lebih besar" yang mana implikasi kewangannya boleh mencapai sehingga RM12 billion!! Dan yang terbaru yang dibangkitkan daripada Laporan Ketua Audit 2008 adalah isu kelewatan pembinaan landasan keretapi berkembar Rawang-Ipoh yang dilaporkan mengakibatkan kerugian RM1.4 bil wang rakyat. Itu di peringkat nasional...

Ini belum lagi termasuk isu-isu "competency, accountability & transparency" di peringkat negeri S'gor yang tidak kurang hebatnya. Tidak menghairankan jika negeri S'gor menjadi tumpuan kerana ianya dianggap sebagai negeri paling maju di Malaysia. Jadi, mari kita dengar sendiri pandangan daripada mereka yang terlibat secara langsung menyiasat isu ini, kata orang "let's hear from the horse's mouth".
Sehubungan dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa J/K Siyasah Syar'iyyah & Keadilan Sosial (SAKSI) JIM Pusat dengan kerjasama JIM Negeri Selangor akan mengadakan Wacana Isu Semasa Siri 2 seperti berikut :-
TAJUK : CEKAP, AMANAH & TELUS(CAT) : SEJAUH MANA PELAKSANAANNYA?

TARIKH : 24 NOV 2009 (SELASA)
MASA : 8.15 MALAM-11.30 MALAM
TEMPAT : BILIK TIARA ZAMRUD, HOTEL SINGGAHSANA, PETALING JAYA
1. Hj Zaid Kamaruddin
-Presiden JIM
2. YB Teng Chang Khim-
2. YB Teng Chang Khim-
-Speaker DUN S'gor & Pengerusi SELCAT S'gor
3. Wakil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri S'gor

Moderator: Hj Syed Ibrahim Syed Noh
-Timb Presiden JIM & Pengerusi JK SAKSI JIM
Wacana ini adalah terbuka kepada masyarakat umum. Tiada sebarang bayaran dikenakan namun sumbangan secara ikhlas adalah dialu-alukan.
Harap dapat disebarluaskan pemakluman ini.
Wassalam.
Mohd Kamal Mohd Rathi
Pengarah Program
HP : 012 2917217
++++++++++++
Subscribe to:
Posts (Atom)