Islah & Wanita Gemilang

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

Beri lesen untuk halal judi ‘pendek akal’



Posted on Sunday, June 06 @ 05:11:17 PDT by tokdalang
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyifatkan mereka yang meluluskan lesen judi kerana mahu menyekat aktiviti 'judi haram' adalah golongan `pendek akal’.
Setiausahanya, Nahar Mohd Noor berkata, bukan caranya untuk ‘menghalalkan’ judi dengan mengeluarkan lesen judi.Beliau berkata, jika demikian kemungkinan pelacuran dilesenkan untuk menghalalkannya


Orang pendek akal melakukan demikian,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah kompleks membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, baru ini
Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azami Abdul Hamid dan wakil sebahagian daripada 21 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai gerakan itu.
Mereka turut menyebarkan risalah mengenai Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi Sukan yang akan diadakan pada 3 Julai ini untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Nahar menegaskan bahawa perkara yang buruk dan haram seperti judi tidak boleh diatasi dengan cara memberi lesen.
Katanya lagi, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia akan menyebabkan rakyat terus terperangkap dengan ketagihan judi.
Menurutnya, kajian menunjukkan mereka yang terperangkap dengan kes along kerana terlibat dengan perjudian.
Berucap pada majlis yang sama, Setiausaha Abim, Rahimi Abdul Rahman pula melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana bantahan rakyat terhadap judi sukan itu tidak disambut oleh media arus perdana.
Sehubungan itu, beliau berharap media arus perdana turut memainkan peranan untuk membantah kelulusan lesen judi itu bagi menyedarkan masyarakat


Mudah membuat pembayaran dan pembelian di JIM E-Bazaar!!!..boleh beli buku, renew keahlian dan bermacam lagi!!!. Layari: http://www.jim.org.my/e-bazaar/ JIMat masa, JIMat tenaga dan JIMat BELANJA!!!..tiada alasan lagi, semuanya ada di JIM E-BAZAAR!! Cubalah!!

Saturday, August 29, 2009

Kepala Lembu : Kejahilan membawa fitnah kepada Islam

Apakah mereka sedar mereka sedang melanggar PERINTAH ALLAH s.w.t. di bulan Ramadhan yg suci ini dengan melakukan KEMUNGKARAN dan DOSA dengan mencela sembahan/'tuhan' agama lain yang hasilnya membawa FITNAH BESAR kepada ajaran Islam?

Ayat al-Quran menerangkan dengan jelas:

وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬‌ۗ كَذَٲلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ


Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
(surah al-An'am ayat 108)


"Sebarang perbuatan yang mencetuskan provokasi supaya orang lain menghina Islam serta memberikan gambaran yang sangat buruk kepada Islam hakikatnya adalah perbuatan menghina Islam."

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Tuesday, July 14, 2009

SMIAAG ungguli Debat MUSLEH 2009 , 12 Julai 09

Kuala Lumpur, 12 Julai – Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) muncul juara Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar MUSLEH 2009 kategori Bahasa Melayu setelah menewaskan Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH JB) pada perlawanan akhir yang diadakan di Hotel Putra di sini hari ini.

Dengan usul yang dibahaskan bertajuk “Pemansuhan PPSMI Adalah Wajar”, para pendebat SMIAAG yang bertindak sebagai kerajaan yang terdiri daripada Khalilah Alhuda Kamilen, Nurazlina Azizi, Nur Diyana Nas Tamimi dan Nabil Afham M Fuad telah berjaya menarik perhatian juri, seterusnya membawa pulang Piala Pusingan Kejohanan, trofi serta wang kemenangan berjumlah RM500.00.

Tambah manis bagi SMIAAG apabila pendebatnya Khalilah Alhuda telah dipilih sebagai pendebat terbaik dalam perlawanan akhir tersebut.

SMIH JB yang membariskan Ili Syazwani Shairi, Nur Liyana Zakaria, Ilham Nasharuddin dan Abdullah Zubayr Mohd Azaini pula selaku naib johan meraih hadiah wang kemenangan sebanyak RM300.00 serta trofi.

Dalam kategori Bahasa Inggeris, SMIAAG sekadar menjadi naib juara setelah tumpas kepada SRI Ayesha Islamic School pada perlawanan akhir yang mengetengahkan usul “Indonesia Should Not Stop Sending Their Mad to Malaysia”.

SRI Ayesha Islamic School dengan para pendebatnya iaitu Nur Sakeenah Md. Riza, Sharifah Zafirah Jamallail Syed Zainal Abidin, Abd Rahman Seiz dan Wan Nur Fareeha Wan Ahmad Fauzi yang bertindak sebagai kerajaan menggondol Piala Pusingan Kejohanan, trofi serta wang kemenangan sebanyak RM500.00.

Selaku naib juara, SMIAAG yang terdiri daripada Tengku Amirah Tengku Johari, Affan Torla, Adibah Baniah Awang dan Ali Uthman meraih wang kemenangan berjumlah RM300.00 serta trofi.

Namun, kehampaan SMIAAG sedikit terubat apabila pendebatnya Adibah Baniah diumumkan sebagai pendebat terbaik perlawanan akhir.

Manakala dalam kategori Bahasa Arab, kehadiran Madrasah Aljunied Al-Islamiah daripada Singapura nyata berbaloi apabila mereka muncul juara setelah mengecewakan SMIH JB pada perlawanan akhir.

Kejohanan Debat Antarabangsa Musleh 2009 ini telah dirasmikan penutupannya oleh Yang Berbahagia Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara Parlimen Malaysia. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kejohanan yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) ini telah berjaya menarik menyertaan hampir 20 buah sekolah Islam dari seluruh negara dengan menampilkan pelbagai tema yang merangkumi isu-isu politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, kesihatan dan pendidikan.

Kejohanan yang mendapat kerjasama daripada Rangkaian Pendidikan Islam (RAPI) serta International Centre For Educational Excellence (ICEE) ini turut diserikan dengan dua sekolah jemputan dari luar negara iaitu SMP Internat Al Kausar, Sukabumi dari Jawa Barat, Indonesia serta Madrasah Aljunied Al-islamiah dari Singapura.

Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk menjadi medan bagi membentuk sifat yakin diri para pendebat melalui kemampuan berhujah dan mempertahankan hujah dengan cara beradab, penuh berhikmah dan boleh diterima pihak lawan. Dari situ mudah-mudahan akan lahir barisan pimpinan negara pada masa akan datang yang beriman, berilmu, berkemampuan dan berakhlak tinggi.

Di samping itu, kejohanan ini juga menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau.

alamin debat bm with datuk zamani n ust megat

aljunied debat ba with datuk zamani n ust megat ayesha debat bi with datuk zamani n ust megat
ayesha school debat bi best debater final bi

best debater final bm final debat bi
final debat bm penonton debat final
smiaag debat bi smiaag debat bm

smihjb debat bm



Tuesday, June 9, 2009

Bantuan untuk pembinaan semula makmal Islamic University of Gaza , 8 Jun 09

Assalamualaikum

Alhamdulillah, penyerahan bantuan untuk pembinaan semula makmal Islamic University of Gaza - Dr Jamal Naji El-Khoudary, telah disempurnakan seperti berikut:

Tarikh: 8 Jun 2009
Masa: 9 malam
Tempat: Kompleks JIM
Jumlah sumbangan dari JIM/PACE : RM 250,000 (Euro 53,000)

Dr Jamal Naji El-Khoudary segera menalipon ikhwah di Gaza pada malam tadi dan mereka amat bersyukur dan menyampaikan salam kepada semua ikhwah dan akhawat yang membantu.

Perdana Menteri Ismail Haniye juga secara peribadi menyampaikan salam dan mendoakan kita semua.

JZKK kepada semua penyumbang yang memungkinkan infaq ini dapat dilaksanakan.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE

Menanda tangani perjanjian usahasama
Penyerahan Mock Cheque RM 250,000

Wan Abdullah Mujahid bin Hasanuddin
Pengerusi Karisma International

Berita berkaitan :

Universiti Gaza Rayu Bantuan

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Universiti Islam Gaza yang musnah dalam serangan udara Israel pada Disember tahun lalu merayu bantuan untuk ia dibangun semula.

Pengarah Lembaga Amanah Raya universiti itu, Dr Jamal Naji El-Khoudary berkata sebanyak US$15 bilion diperlukan untuk membangunkan semula dua bangunan utama yang musnah teruk akibat serangan tersebut.

Beliau berharap masyarakat di Malaysia dapat memberikan bantuan atas dasar kemanusiaan supaya penduduk Palestin dapat bersaing dengan rakyat Israel yang kini menguasai bidang ekonomi di Gaza.

Beliau menghadiri program mengingati Peristiwa An-Naksah anjuran Pusat Kecemerlangan Palestin di Ibu Pejabat Jamaah Islah Malaysia, di sini hari ini.

Peristiwa An-Naksah atau Perang Enam Hari berlaku pada 5 Jun 1967 yang menyaksikan Israel melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas Mesir, Jordan dan Syria secara serentak yang berakhir selama enam hari.

"Bantuan yang diperlukan adalah supaya kami dapat membeli peralatan makmal yang telah musnah serta membantu pelajar-pelajar untuk membayar yuran pengajian," kata Jamal Naji.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau dengan menghubungi ibu pejabat JIM di talian 03-41089669.

-- BERNAMA

__._,_.___

Sunday, May 24, 2009

HARMONY CARNIVAL , 22-24 Mei 09

Harmony Carnival

22-24 Mei 2009

Summit USJ, Subang Jaya, Selangor

Perasmian oleh Hj Zaid Kamaruddin, Presiden JIM

Tarian Singa yang menggamatkan suasana!

Peserta pertandingan mewarna dari pelbagai kaum...

..dengan pelbagai gaya.

Ahli JIM AJ, Dr Bad sempat menyantuni ibu2 yang menunggu anak2 mewarna. Begitulah, sukarelawan di Harmony Carnival tidak melepaskan peluang yang ada!
Rehat & isi minyak....

Abang Fasi menghiburkan para hadirin dengan 'Chicky Dance'

Sementara menunggu keputusan, Cikgu Idris memukau anak2 dengan pertunjukan silap mata....

Team GRUM '09 yang diamanahkan dengan tugasan menjayakan pertandingan mewarna di Harmony Carnival. Tahniah! Job well done!Penganjur agak cemas bila peserta GRUM '09 tak kunjung tiba. Rupanya bas lewat ..... :(

Ahli-ahli JIM AJ berkhidmat di booth PAKSI-JIM dan lain2 booth JIM - PACE, RS & HC Semuanya memerlukan tenaga kita...

MC majlis perasmian yang mantap mantop! Ukht Izahana, dari Ampang Jaya...TAHNIAH!

P1060543

Forum "Spiritual Solutions To Economics Problems" yang dikendalikan oleh Naib Pengerusi Hidayah Centre, Hj Aizuddin Nurudin

P1060515

DJ bertugas dari Ampang Jaya, Cik gu Idris (bertopi), memeriahkan karnival dengan celotehnya

P1060587
Para pengunjung sudah bersiap sedia untuk menyaksikan persembahan Malam Harmony Carnival 2009

Aksi dari pasukan Kompang Akrobat…

P1060598

….dengan langkah yang diatur…

Kompang

…mengikut paluan kompang.

P1060600

Pengunjung memenuhi ruang concourse The Summit untuk menyaksikan persembahan Malam Harmony Carnival

P1060672

Penonton yang bertuah pada malam tersebut

P1060593

Pukulan gendang Urimi Melam dari pemuda Serdang

P1060628

Antara penonton bukan Muslim..

P1060604

Penonton yang setia menyaksikan persembahan-persembahan yang dihidangkan

P1060675

Picture6
Aksi menarik Silambam

Team Ampang Jaya dengan minuman sihat JIM yang belum sampai seminggu berada di pasaran !

Teka siapa.... mengambil peluang masa terluang, mengurut mata yang penat...

Lagi penonton yang bertuah!

Moga usaha-usaha ini mendapat keberkatan Allah swt, membuahkan hasil yang diharapkan - terbukanya hati-hati yang disantuni untuk kembali kepada Islam, agama fitrah. Ameen

Friday, May 15, 2009

Kes pertama flu H1N1 di Malaysia , 15 Mei 2009




Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi yang disahkan di Malaysia hari ini, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican

"Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan di
Malaysia."

Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

"Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan
kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarga beliau dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Kementerian juga meminta semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut supaya menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan.

Menurut kenyataan itu lagi, kementeria meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut: batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi tujuan siasatan dan pemerhatian.

Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikan jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah.

Kes terkumpul sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.

Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).

Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.

WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di Fasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagi perlindungan kesihatan antarabangsa.

www.malaysiakini.com

Tuesday, April 28, 2009

Hari Kesihatan dan Keanggunan Wanita 25 Apr 2009

Puan Sri Salbiah(tiga dari kanan) bergambar bersama hadirin
[dari kiri, ahli2 WJIM AJ : Noresah, Anita, Latifah (TKW), Jeriah (KW) & Azian ]

TAMAN MELAWATI - Kesedaran dan kepentingan wanita dan beliawanis terhadap kesihatan dan keanggunan diri perlu sentiasa disemai. Keanggunan diri tidak bermakna dari segi kecantikan luaran semata-mata namun aspek kecantikan dalaman turut dititik beratkan. Oleh yang demikian, Hari Kesihatan dan Keanggunan Wanita 2009 yang dianjurkan baru-baru ini (Sabtu, 25 April 2009) merupakan satu program yang memberi peluang kepada wanita untuk meningkatkan kesedaran tersebut.

Hari kesihatan yang dianjurkan di persekitaran Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak disini antaranya menyediakan senamrobik, ceramah kesedaran kanser, kaunter-kaunter kesihatan, pameran kesihatan serta aturcara khas bersama isteri YAB Dato Menteri Besar Selangor, Ybhg Puan Sri Salbiah Tunut. Turut menyerikan program ialah YB Puan Rodziah Ismail, Exco Hal Ehwal Wanita Selangor, Ahli Parlimen Gombak YB Azmin Hj Ali dan Adun Hulu Kelang YB Hj Saari Sungib.

Program adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Adun Hulu Kelang, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Wanita JIM Ampang Jaya, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), WIRDA dan Nisa Gombak.


Antara hadirin yang hadir

Acara senamrobik

Dipetik daripada www.hulukelang.com



gerai WJAJ - berbagai barangan & maklumat tentang JIM

pemeriksaan kesihatan

YB Saari@ Pak Abu, Hjh Aliza & YB Rodziah