Antara objektif HISYAJ yang utama adalah untuk merapatkan silaturrahim sambil maaf bermaafan antara sahabat2 .HISYAJ kali ini adalah berkonsepkan satu rumah mewakili rumah2 yang lain di kawasan tersebut tetapi masing2 berkongsi dalam penyediaan makanan.
HISYAJ kali ini bermula jam 8.30 pagi di rumah Akh Mahbob dan KW,Kak Jeriah yang mewakili kawasan Keramat AU1-3.
Juadah nasi lemak memanglah membuka selera para tetamu yang memang sudah bersedia untuk bersarapan yang agak berat. Masing2 sudah menyediakan 6 segmen dalam perut mereka kerana 6 rumah akan diHISYAJkan.
YDP memulakan ucapan menyambut para tetamu sambil mengingatkan beberapa perkara yang antara lainnya:
1) supaya berbelanja dengan berhemah kerana pada masa ini ekonomi dunia sedang dilanda krisis yang agak teruk. Walau bagaimanapun sistem kewangan berasaskan Islam tidaklah terjejas menyebabkan golongan Barat mula menunjukkan minat terhadap sistem kewangan Islam.4)JIMAJ juga turut meraikan mereka yang akan pergi ke Tanah Suci pada tahun ini iaitu Hj Rusman dan isteri, Ukht Suzibazura serta Akh Shahruddin dan isteri, Ukht Rosmawati. Mereka tidak berkesempatan untuk turut serta kerana ibu Suzibazura yang sakit di hospital serta menyertai kursus haji perdana.
Antara juadah yang disediakan termasuklah mee hoon, roti canai, lontong, nasi lemak dan ais kerim. Alhamdulillah dapatlah kita perhatikan betapa ramai penduduk di sekitar Ampang dan Hulu Kelang yang memberi sokongan kepada Parti Rakyat.
Kami disambut mesra oleh Dr sekeluarga dan jamuan di sini pula adalah laksa Penang.Mereka yang meraikan kami di AU4&5 ini antara lainnya adalah keluarga tuan rumah, KZ, Zainal Fitri, Shahriman,Prof Awaluddin , ukht Jawaher/Ismahadi dan Zaid Johan.
Mereka yang terlibat adalah keluarga Hj Othman, Hj Md Besah, Hj Muhaimin, Hj Wan Suhaimi, Asri serta tuan rumah sendiri. Juadah yang disediakan adalah popiah panas, spaghetti serta buah2an tempatan dan antarabangsa.
Selepas solat zohor di masjid berdekatan kami menjamu selera mee goreng panas serta kueh2 kering serta di raikan dengan permainan anak2 yang kemudiannya dihadiahkan dengan duit2 raya.

Hidayah Centre ini dikelolai oleh JIM Ampang Jaya yang diketuai oleh Akh Hj Wan Ahmad Nizar. Tuan rumah bagi sambutan di HC juga Akh Hj Taufik/ukht Noorazian, Akh Hj Syed Mohd Adnan, Akh Iskandar/ukht Habibah, Akh Wan Abdullah/ukht Zaidah, ukht Robiah Ramli serta ukht Juneta/dr Nordin. Antara saudara baru yang turut serta adalah Mohd NorHakim, Ridzuan, Ahmad Raj dan Hilal serta bro Ibrahim serta isteri & anak yang kini menetap di HC Wanita (Wangsa Maju).
Turut serta juga seorang mualaf dari Holland,Akh Haramain yang beristerikan ukht kita dari Medan.
Turut dalam rombongan HISYAJ , bro Lawrence dari Holland yang sedang mencari2 jalan yang benar - moga diberikan Allah hidayah untuk kembali pada agama fitrah. Ameen.
Alhamdulillah pengalaman yang berbeza ini dapat mendekatkan kita dengan HC ini dan InsyaAllah dengan mereka yang baru memeluk Islam ini.
Alhamdulillah HISYAJ ditamatkan hampir jam 3.30 petang dan disudahi dengan bacaan doa yang dibaca di setiap rumah.syed abah@syed atuk@syed zakaria








No comments:
Post a Comment