Islah & Wanita Gemilang

Wednesday, December 30, 2009

KRJ AJ : FUTSAL AWAL MUHARRAM , 27 Dis 09

Satu Pertandingan Futsal  KRJ JIM AJ telah diadakan di KK Club, Taman Melawati pada 27 Disember, 2009 pada pukul 9 -11 pagi.Pertandingan tersebut telah disertai oleh 12 orang remaja dari sekitar Ampang Jaya
1. Muhammad Syamil
2. Husnul Hadi
3. Mohd Ridhwan Hanif
4. Taufiq Hamidi
5. Zaid bin Ahmad Sharifuddin
6. Abdullah bin Ahmad Sharifuddin
7. Suhail bin Mohd Shirajudin
8. Talhah bin Mohd Shirajudi
9. Ammar bin Othman
10. Abdul Hadi
11. Wan Ahmad Atif
12. Wan Ahmad Irfan

Peserta telah dibahagikan kepada dua pasukan iaitu Pasukan Cucu Drogba dan Asopages. Perlawanan telah dimulakan pada pukul 10.pagi sehingga 11 pagi,dengan setiap half selama 20 minit. Keputusan akhir perlawanan memihak kepada Cucu Drogba dengan jaringan 7- 6.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr.Ahmad Sharifuddin kerana telah menjamu peserta futsal dengan hidangan ayam drummet dan french fries. Moga Program seperti ini dapat diadakan pada masa hadapan dengan lebih ramai peserta lagi.

Abdullah Umair Awaluddin

Saturday, December 12, 2009

KaSukaBe 09, 19-20 Dis 09



Apa yang menarik di KASUKABE09 ?

  • Forum Belia : "Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan" oleh ahli panel belia iaitu Saudara Muadz(artis), Saudara Wan Hafizam Wan Ismail (Penderma hati pertama di Malaysia) dan Saudarai Maryam Aizuddin (Aktivis Wanita JIM Pusat).
  • Senaman 1Malaysia untuk seisi keluarga
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma
  • Derma Darah
  • Perasmian oleh ADUN Chempaka, YB Iskandar
  • Pelancaran Boikot Barangan Israel
  • Mini Konsert Amal oleh Muadz, SaffOne dan kumpulan nasyid SMI Hira'
  • Car Boot Sale (Hubungi Abdullah Umair 012-7095715)
  • Pendaftaran Pengundi Baru
  • Pelbagai jualan, gerai dan pameran oleh NGO dan Jabatan Kerajaan
  • Sukaneka kanak-kanak
  • Sukaneka rakyat (dewasa dan remaja)

Jemput hadir beramai-ramai!

!

Friday, December 11, 2009

Layang-layangku Terbang Tinggi , 8 Dis 09



Alhamdulillah Program Cuti Sekolah (2) Nadi Asybal telah berjaya diadakan di Taman Metropolitan, Kepong pada hari  Selasa,  8 Disember  09 jam  11pg -3ptg
Kehadiran seramai 41orang anak-anak Nadi Asybal diiringi oleh 12 orang dewasa (ibu2,ayah &  kakak2) memeriahkan lagi program 

Anak-anak beserta pengiring  telah berkumpul di PKJ pada pukul 10.30 pagi dan bertolak dengan berkonvoi lebihkurang 8 buah kereta.




Selesai pendaftaran, Tazkirah ringkas dan taklimat telah disampaikan oleh ukht Fuziah Toha selaku PIC program kali ini.

 

Anak-anak (& bu2) begitu teruja &  gembira dapat lepas bebas dikawasan yang begitu lapang & indah; berlari berkejar-kejaran, mengayuh basikal &  terutamanya dapat bermain layang-layang. Bagi sebahagian anak-anak ini mungkin pertama kali mereka bermain layang-layang. Ada juga anak-anak yang  ke Menara Tinjau untuk melihat pemandangan sekeliling.


Selepas makan dan solat zohor  di padang, anak-anak menyambung bermain layang-layang.Cuaca yang redup dan angin yang bertiup agak kencang pada sebelah petang menambah keseronokan anak-anak bermain layang-layang sehingga sukar untuk diajak pulang.

 
 

Selepas keletihan mengejar layang-layang , lebihkurang jam 3 petang, masing-masing bertolak pulang, puas dan gembira .

Moga program ini berjaya mengeratkan ukhuwwah anak-anak di Ampang Jaya serta meninggalkan kenangan manis buat semua.

JZKK pada semua yang telah membantu menjayakan program kali ini.


Laporan oleh:

Fuziah Toha
JK Aulad JIM AJ
10 Disember 2009


 

Wednesday, December 9, 2009

TeeNetwork - Hi T, 13 Dis 09

Sempena cuti sekolah akhir tahun ini, Kelab Remaja JIM Ampang Jaya akan menganjurkan satu lagi program yang pastinya best.........
 
 
Hi Tea KRJ
                 Tarikh   :    13 Disember 2009
Masa   :    2.00 ptg - 5.00 ptg
Tempat   :    Pusat Komuniti JIM (PKJ)
 
 
 
Agenda yang pastinya best........
 
2.00 - 2.30 ptg    :    Kehadiran & pendaftaran
2.30 - 3.00 ptg    :    Bicara bersama Bro. Abu Dzar
3.00 - 3.30 ptg    :    Perkongsian cerita/ pengalaman XRek  2009
3.30 - 3.45 ptg    :    "Welcoming" ahli baru KRJ 
3.45 - 4.15 ptg    :    Chit-chat KRJ_AJ@teenetwork   
4.15 - 5.00 ptg    :    Makan-makan
 
Daftar kat ....
 
Abang Umair - 012 7095715
Kak Pah - 019 2808329
Makcik Dah - 019 278 2096
 
Yuran ...
 
RM3 - Hi Tea
RM5 - Pendaftaran keahlian KRJ, Selangor
 
Datang yea...............
 

Perhimpunan Perwakilan Nasional ke19, 2009 - Perkongsian Ucapan Dasar Presiden

UCAPAN PRESIDEN DALAM PERSPEKTIF FIKRAH ISLAM

 Ucapan yang telah disampaikan oleh akhi presiden sebenarnya adalah menggambarkan perjalanan fikrah Islam yang kita pelajari selama ini. Namun urutannya tidaklah seratus peratus seperti mana perjalanan sirah Ar-rasul. Walau bagaimanapun kita dapat membuat satu rumusan bahawa apa yang disampaikan itu berlegar di sekitar beberapa perkara penting seperti berikut:-

1.    Hakikat  manusia itu adalah khalifah. Perkara ini tidak dapat dinafikan bahawa tujuan manusia dijadikan adalah sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk mengurus hal ehwal dan mendirikan agama. Orang yang mengenali hakikat ini ia akan menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin seperti mana yang dituntut oleh penciptanya. Seseorang yang dapat merealisasikan perkara tersebut sebenarnya ia sudah membina ciri peribadinya yang sholeh dan taqwa pada dirinya. Inilah yang diungkapkan oleh presiden dalam perenggan “kita pertama”.

2.    Pembentukan Jamaah. Ciri peribadi yang sholeh dan taqwa tidak akan sempurna jika ia tidak dicurahkan kesholehan dan ketaqwaan itu pada orang lain. Namun ia tidak boleh dilaksanakan seorang diri sebaliknya perlu berjamaah untuk merealisasikan tugas dan tanggungjawab yang berat ini. Maka perkumpulan ciri-ciri peribadi yang sholeh dan taqwa menjadi sebuah jamaah yang yang berteraskan fikrah dan kefahaman yang sama. Hakikatnya begitulah di dalam dakwah ini ia bergerak dari individu kemudian kepada pakatan dan permuafakatan yang berpaksikan cita-cita dan tujuan yang sama. Inilah yang hendak disampaikan dari ungkapan presiden dalam “kita dua”.

3.    Musuh yang menghalang. Didalam hendak mencapai hasrat yang dikehendaki kita tidak akan terlepas dari musuh yang akan menghalang perjuangan dan hasrat cita-cita murni kita. Musuh-musuh itu bukannya baru wujud dalam medan perjuangan ini. Sebaliknya ia telah lama wujud, tetapi dalam rupa paras yang baru seperti kapitalis, liberalis, sosialis dan komunis. Kesemuanya adalah ajaran sesat yang melengkari kefahaman manusia masa kini samada dari kalangan umat Islam atau bukan Islam. Perkara ini disampaikan oleh akhi presiden dalam ungkapan “kita dan mereka”.

4.    Waqieyatud Dakwah. Perlu dingat bahawa dakwah yang hendak disampaikan perlu bersesuaian dengan keadaan setempat. Maka analisis perlu dilakukan agar dakwah yang disampaikan akan mendapat sambutan yang baik. Selain dari musuh yang ada, situasi semasa umat Islam dan gerakan Islam yang telah lama berperanan di medan juga perlu diambil kira. Nilai ukur yang dibaca menjadi neraca kepada penentuan sikap dan pendekatan yang hendak diambil. Sekalipun kefahaman dan jamaah yang dibentuk berlaku ditempat lain, namun ia tidak menghalang untuk disesuaikan dengan keadaan setempat. Kerana Islam itu universal, maka sesuaikanlah cara amalan dan dakwah itu dijalankan.  Dalam konteks ini akhi presiden menjelaskannya dalam ungkapan “kita balik”.

5.    Membentuk wadah. Membentuk wadah adalah satu fasa untuk mengiklankan dakwah. Matlamat dan tujuan dakwah adalah jelas. Ia perlu dijelaskan kepada semua untuk memahaminya.  Menegakkan syariat adalah tujuan utama kepada pencapaian dakwah masa kini. Umat Islam yang kehilangan Negara dari mengamalkan syariat sepenuhnya menjadi tuntutan kepada semua mengembalikan semula kegemilangan pelaksanaan itu. Pendekatan dakwah yang diambil pada fasa ini akan memberi penumpuan sewajarnya kepada pencapaian tujuan tersebut. Namun ia perlu dingat bahawa hasrat itu bukan sahaja perlu dijalankan pada peringkat Negara sahaja, bahkan pelaksanaan pada peringkat diri juga menjadi tuntutan sama disamping usaha itu dijalankan. Ia diungkapkan oleh akhi presiden mengenai perkara ini dalam “mencari tempat kita”

6.    Bekerjasama untuk kebaikan dan menjauhi perpecahan. Kita tidak dapat lari dan mengelak bahawa kerja dakwah seberat ini kena dipikul bersama dengan orang lain. Sunnah Allah telah menjadikan kita ini berbagai-bagai. Maka kepelbagaian itu perlu dimanfaatkan. Kaedah bekerjasama dalam perkara yang kita sepakat menjadi satu kebenaran bagi kehidupan berjama'i. Kita akan rugi jika tidak kreatif menyepakati perkara kebaikan yang hendak dilakukan. Dakwah akan menjadi lembab jika bebanan itu tidak dipikul bersama. Lebih lembab lagi jika kita merasakan kita boleh melakukannya sendirian tanpa bantuan orang lain. Selain dari permuafakatan itu kita juga perlu menjaga hubungan yang mesra dengan orang lain. Kerana hubungan itu menjadi kewajipan kita semua menjaganya. Menjaga ukhuwah adalah wajib sekalipun terpaksa korban perkara sunat, apatah lagi perkara harus. Perkara ini selaras dengan pendekatan yang diambil oleh akhi presiden terhadap isu yang berlaku dan diungkapkannya dalam “tepi kain kita”.

7.    Qiyadatul ummah. Setelah melalui fasa yang berbagai-bagai didalam dakwah seperti mana yang kita fahami, maka tibalah kini kita perlu mengambil peranan memimpin ummah. Liku-liku yang dilalui sepanjang pejalanan tersebut adalah sunnah bagi dakwah ini. Namun ia bukan penutup kepada dakwah ini untuk berjalan. Memang Allah telah menjanjikan di dalam al-Kitab bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hambanya yang sholeh maka tidak hairanlah kalau kita dapat memimpin ummah selagi mana masih ada dikalangan  kita  orang yang ikhlas dan sabar menempuhi liku dalam perjalanan dakwah ini. Ingat… kuasa memimpin ini diberi bukan diusahakan semata-mata. Jika kelalaian dan kederhakaan dilakukan ianya akan ditarik balik seperti mana Allah menarik balik kepimpinan kaum Bani Israel dari menguasai alam. Kita akan dipelihara oleh Allah sekiranya kita sentiasa memelihara batasan Allah. Begitu juga orang akan menghormati kita sekiranya kita jujur sejujur ar-Rasul menyampaikan dakwah. Allah akan memperlembutkan hati hambanya untuk dipimpin sekiranya orang yang memimpin itu berjiwa rabbani. Akan dampak seterusnya berbondong-bondong manusia manusia menerima dakwah ini dengan penuh kerelaan. Akhi mengungkapkannya perkara ini di dalam “topi kita”.


Sekaligus apa yang kita dapat perhatikan dari ucapan akhi presiden adalah sebagai satu perjalanan dakwah di Malaysia. Dari perjalan itu kita boleh membuat ukuran sejauh mana ia telah menepati dengan perjalan sirah ar-Rasul. Ia juga akan memberi gambaran kepada kita bagaimana pula langkah kita seterusnya untuk menggerakkan dakwah ditempat kita. kerana kita juga bermula dari “kita yang pertama” dan berakhir dengan menjadikan orang lain memakai “topi kita”. wallaah hua’lam bisshowaab.

Ust. Mohd. Nuri  Bin Mustafa
YDP JIM Daerah Bachok
Merapkap Biro Ulamak dan Pendidikan JIM KE1
9 Disember 2009/22 dzulhijjah 1430

Monday, December 7, 2009

Perkongsian PPWN & PPN ,4-6 Dis 09

Berikut adalah senarai kepimpinan tertinggi JIM untuk sesi 2009-2011

Presiden : Hj Zaid Kamaruddin
Timb. Presiden : Hj Syed Ibrahim Syed Noh
Naib Presiden 1 : PM Dr Harlina Halizah Hj Siraj
Naib Presiden 2 : Prof Dr Sahrim bin Ahmad
Setiausaha Agong : Hj Nahar Mohd Nor
Pen. Setiausaha Agong : Kamarul Zaman Shaharul Anuar
Bendahari : Tuan Yaacob Tuan Sof

AJK :

1. Mohammad bin Abdullah
2. Zulfakar Ramli
3. Mokri Sabran
4. Ahmad Jamali bin Sepihie
5. Salwani Daud
6. Ahmad Raji Yaakub
7. Wan Muhammad (Wan Am)

Pengerusi Tetap : Ainul Azhar Jamil
Timb Pengerusi Tetap : Ibnu Khalid Jurait

Pemeriksa Kira kira : Jusni Jusoh
Pemeriksa kira kira : Wan Suhaimi Wan Sulaiman

Barisan JKPW:

Ketua Wanita : Che Asmah Ibrahim
Timb Ketua Wanita : Dr.Roselainy
Setiausaha Kehormat : Anfaal Saari
Bendahari : Fairuzana Haneem Mohd Ali

Ajk : Faridah maludin
Ajk : Maryam Aizuddin
Ajk : Roha Hassan



Begitu mudah membuat pembayaran dan pembelian di JIM E-Bazaar!!!..boleh beli buku, renew keahlian dan bermacam lagi!!!.
Layari: http://www.jim.org.my/e-bazaar/
JIMat masa, JIMat tenaga dan JIMat BELANJA!!!..tiada alasan lagi, semuanya ada di JIM E-BAZAAR!!
Cubalah!!