Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, November 17, 2009

WACANA ISU SEMASA SIRI 2: CEKAP, AMANAH & TELUS(CAT) : SEJAUH MANA PELAKSANAANNYA? , 24 NOV 2009

Salam kepada semua,

Kalau tahun lepas(2008), isu yang hangat dibangkitkan ekoran daripada Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007 ialah pembaziran ratusan juta RM wang rakyat & kebocoran yang berlaku dalam kontrak pembinaan kapal peronda TLDM  yang diberikan kepada  PSC Naval Dockyard akibat daripada kelemahan dalam aspek kawalan & pengurusan kewangan Kementerian Pertahanan, namun pada tahun ini isu yang lebih hangat ialah isu PKFZ yang memperlihatkan  pembaziran wang rakyat  yang lebih parah & "lubang yang lebih besar"  yang mana implikasi kewangannya boleh mencapai  sehingga RM12 billion!! Dan yang terbaru yang dibangkitkan daripada Laporan Ketua Audit 2008 adalah isu kelewatan pembinaan landasan keretapi berkembar Rawang-Ipoh yang dilaporkan mengakibatkan kerugian RM1.4 bil  wang rakyat. Itu di peringkat nasional...
 
Ini belum lagi termasuk isu-isu "competency, accountability & transparency" di peringkat negeri S'gor yang tidak kurang hebatnya. Tidak menghairankan jika negeri S'gor menjadi tumpuan kerana ianya dianggap sebagai negeri paling maju di Malaysia. Jadi, mari kita dengar sendiri pandangan daripada mereka yang terlibat secara langsung menyiasat  isu ini, kata orang "let's hear from the horse's mouth".
 
Sehubungan dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa J/K Siyasah Syar'iyyah & Keadilan Sosial (SAKSI) JIM Pusat dengan kerjasama JIM Negeri Selangor akan mengadakan Wacana Isu Semasa Siri 2 seperti berikut :-

TAJUK : CEKAP, AMANAH & TELUS(CAT) : SEJAUH MANA PELAKSANAANNYA?

TARIKH : 24 NOV 2009 (SELASA)
MASA : 8.15 MALAM-11.30 MALAM
TEMPAT : BILIK TIARA ZAMRUD, HOTEL SINGGAHSANA, PETALING JAYA

AHLI PANEL :
1. Hj Zaid Kamaruddin
         -Presiden JIM
2. YB Teng Chang Khim-
        -Speaker DUN S'gor & Pengerusi SELCAT S'gor
3. Wakil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri S'gor
 
Moderator: Hj Syed Ibrahim Syed Noh
       -Timb Presiden JIM & Pengerusi JK SAKSI JIM

Wacana ini adalah terbuka kepada masyarakat umum. Tiada sebarang bayaran dikenakan namun sumbangan secara ikhlas adalah dialu-alukan.

Harap dapat  disebarluaskan pemakluman ini.

Wassalam.

Mohd Kamal Mohd Rathi
Pengarah Program
HP : 012 2917217
+++++++++++++++

No comments:

Post a Comment