Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, January 27, 2009

JKKKM ke HUKM - 21 Januari 2009


Rabu 21 Januari 2009
Alhamdulillah, JK Kebajikan & Khidmat Masyarakat JIM AJ telah ke HUKM untuk menziarahi ukht Noorazian Anidin yang telah selamat menjalani pembedahan sehari sebelumnya.

Didoakan semoga Yan kembali pulih seperti sediakala dan dapat bersama kita meneruskan usaha-usaha mengislah masyarakat, insyaAllah

Dikesempatan yang ada kami juga telah menziarahi adik Farras yang di masukkan ke wad untuk pemantauan. Sungguh tabah bonda Farras, Ibu Yuki, melalui dugaan yang amat berat ini.

Kami kemudian dimaklumkan oleh Ibu Yuki tentang adik Mohd Ilham Rusydi, anak Puan Salbiah(adik ukht Salina Awaluddin /adik ipar akh Abd Rashid). Adik Ilham yang kebetulan berada dikatil sebelah, juga sedang menjalani rawatan chemo sepertimana adik Farras.

Sempat juga menyampaikan sedikit sumbangan

Doakan moga Allah permudahkan segala urusan mereka serta di berikan kekuatan & kesabaran dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Ikhwah akhawat bolehlah bawa anak2 ziarah adik Farras di Rumah Mc Donald,HUKM. Kehadiran anak2 kita insyaAllah akan menjadi teman penghibur pada Farras.

AdikIlham, kurang ceria ...

Adik Farras nyenyak tidur keletihan menanggung kesakitan rawatan


Saturday, January 17, 2009

BERSAMA MU PALESTIN - TM TTDI 15 Jan 09

Alhamdulillah satu lagi RSP telah berjaya dijalankan.

15/1/09 - Lunch Talk, 12.45-1.45ptg di Pej Telekom Malaysia Bhd,Taman Tun Dr.Ismail. Penyampaian oleh Ukht Noorazian Anidin. Jzkk Akhi Othman Mahmud,SU JIM AJ.

Kehadiran lebih kurang 80 orang kakitangan TM . Pengisian modul Umum Muslim-Nakbah Palestin susunan Dr.HMN telah diguna pakai. Hadirin & hadirat yang hadir memberikan feedback yang positif tentang isu-isu Palestin.
Ini menunjukkan status terkini di GAZA amat diambil peduli oleh warga TM.Program diakhiri dengan sesi soal jawab .

Mereka juga amat terkilan dengan sikap kerajaan yang tidak mahu mengiktiraf status HAMAS walaupun hakikatnya HAMAS adalah ”The legitimate ruling party in Palestine” .

Isu memboikot barangan - bersetuju syarikat-syarikat yang bersekongkol dengan Israel perlu diboikot!. Apa lagi yang memang milik Israel.

Alhamdulillah, kutipan sumbangan berjumlah RM 903.

Thursday, January 15, 2009

BERSAMA MU PALESTIN

Alhamdulillah, 2 Roadshow Palestin (RSP) telah dijalankan oleh JIM AJ:

8/1/09 -
Surau Al Hidayah, Taman Keramat Permai.

Jzkk Akhi Raji.Penyampaian oleh Saudara Zun Arif. Sekitar 200 orang hadir dan kutipan berjumlah RM2883 telah berjaya dikumpul. Dato Brig Jen (B) Ustadz Hj Najmi b Hj Ahmad turut hadir. Turut juga dikempen TOPS dan beliau amat berminat untuk menyertainya. InsyaAllah TOPS seterusnya akan dijemput beliau.

10/1/09 - Madrasah Ehsaniah Ampang .

Ini kali ke 5 RSP diadakan dalam tempoh 2 tahun. Dr Hafidzi dengan bersemangat sekali menyampaikan ceramahnya dihadapan sekitar 250 orang jamaah. Sejumlah RM 5,500 berjaya dikumpul dengan tambahan sumbangan dari hamba Allah sebanyak RM600 lagi . Ini jumlah terbesar pernah dikutip berbanding jumlah jamaah yang hadir

Seminggu di iklankan kehadiran Dr Hafidzi dan JK Surau telah membuka tabung Palestin seminggu sebelumnya. Sumbangan masih berterusan....

Jzkk Dr Hafidzi atas penyampaian yang amat baik. Juga buat anak-anak serta isteri Sdr Zun Arif yang menjaga gerai jualan. Berebut-rebut jamaah membeli tabung dan button badge Freedom For Palestine

InsyaAllah RSP seterusnya:
  • 15/1/09 - Telekom Taman Tun Dr Ismail - Lunch Talk. Jzkk Akh Othman.
  • 15/1/09 - Masjid Darul Ehsan Taman TAR.- malam. Jzkk Syed Zakaria.

* Wanita JIM AJ juga telah melancarkan Tabung Palestin di IJN. Alhamdulillah jumlah kutipan RM 1,585.00

Ayuh terus semarakkan lagi kempen !!


Freedom For Palestine!!!

Monday, January 12, 2009

PERHIMPUNAN SELAMATKAN GAZA d ADELAIDE, 11 Jan 09

salam,

Alhamdulillah, sempat sertai 'Adelaide's official protest against the human massacre in Gaza' pada pagi Ahad 11 Januari 09 di depan Parliament House. Kehadiran lebihkurang 1000 orang. Ucapan2 dari penganjur, friendsofpalestine (www.friendsofpalestine.org.au) begitu bersemangat serta amat menyentuh hati.

Wahai Tuhan yang gagah perkasa,
wahai Tuhan yang bersifat murka,
ya Allah, Ya Allah, Ya Allah!
wahai Tuhan yang menurunkan AlQur'an,
wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkan lah mereka, menangkanlah kami keatas mereka! amin

Wan Fauziah/Wan Afrah




Monday, January 5, 2009

RSP d SMIAAG , 4Jan 09

Assalamu'alaikum wbt
Pada Ahad 4/1/09 telah berlangsung majlis perjumpaan ibu bapa pelajar tingkatan 1 yang bersekolah di SMIAAG. Kami telah mengambil peluang ini untuk membuat kempen Bebaskan Palestin selepas program berakhir.
Secara sepontan selepas mendapat , ana tayangkan VCD PACE serta menjemput Ukhti Noorazian Anidin menerangkan tentang kempen 1 juta tandatangan.
Kutipan kira-kira RM1,200 berjaya dibuat dan berduyun-duyun para pelajar dan kaum ibu menurunkan tanda tangan mereka.

Alhamdulillah kempen sesingkat 10 minit sahaja memberi kesan yang cukup baik.

Freedom For Palestine!!!
Wassalam
Zun Arif Hakim
JKPA

Sunday, January 4, 2009

Jalinan Orang Muda JIM (JOM )

Salam,
Alhamdulillah JOM Selangor secara rasminya telah melebarkan sayap dakwahnya dengan menubuhkan JOM Outdoor Venture (JOV) pada sabtu 3 Januari 2009. JOV ini berperanan untuk menerobos mendekati masyarakat belia melalui pelbagai aktiviti outdoor.

The men behind JOV are as follows:
Pengarah :'Urwah Saari
AJK : Mohd Khairul Anuar

Mohd Safwan Roslan

Mohd Sofwan Mohd Resali
Aktiviti pertama JOV adalah XPDC Belia ke Bukit Tabuh pada 24 Jan 2009. Utk aktiviti pertama ini, fokus utama peserta adalah belia JIM. iA JOV target untuk buka penyertaan aktivitinya kepada belia luar dalam tahun ini juga. Penyertaan belia luar ini akan disusuli dengan program tarbiyyah yg berterusan bagi mencapai objective meramaikan lagi penggerak dakwah bagi mencapai RJIM2.
JOM juga akan terlibat aktif dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang isu Palestin dan juga melebarkan sayap dakwahnya melalui pelbagai cara yg innovative. Ingin tahu apakah cara tersebut? Tungguuuu perkembangan seterusnya...

Wassalam.
Abu Dzar Azme
Coordinator JOM
019-2445523

Saturday, January 3, 2009

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram - 6 & 7 Jan09

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram):

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: ((Apakah ini?)). Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: ((Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu)), maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: ((Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: ((Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu)). (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: ((Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9)). Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): ((Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9)). (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): ((Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram)).
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Friday, January 2, 2009

BOIKOT! BOIKOT! - Produk DENMARK

We've got nothing to lose and absolutely everything to gain Insha Allah. Please read and ACT NOW!

Remember the Denmark newspaper that made fun of our holy
Prophet, and till now they do not regret... let us make them regret for good...

The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark National Channel; all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 2 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 more months it could reach around 40 billion Euros !!.

REMEMBER, THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT,
' WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME? HOW DID YOU DEFEND ME?'


STOP BUYING
7-up drink, LEGO, Cadbury chocolates, Hall Chewing gums
or any product

with barcode no. starting with 57