Islah & Wanita Gemilang

Thursday, January 15, 2009

BERSAMA MU PALESTIN

Alhamdulillah, 2 Roadshow Palestin (RSP) telah dijalankan oleh JIM AJ:

8/1/09 -
Surau Al Hidayah, Taman Keramat Permai.

Jzkk Akhi Raji.Penyampaian oleh Saudara Zun Arif. Sekitar 200 orang hadir dan kutipan berjumlah RM2883 telah berjaya dikumpul. Dato Brig Jen (B) Ustadz Hj Najmi b Hj Ahmad turut hadir. Turut juga dikempen TOPS dan beliau amat berminat untuk menyertainya. InsyaAllah TOPS seterusnya akan dijemput beliau.

10/1/09 - Madrasah Ehsaniah Ampang .

Ini kali ke 5 RSP diadakan dalam tempoh 2 tahun. Dr Hafidzi dengan bersemangat sekali menyampaikan ceramahnya dihadapan sekitar 250 orang jamaah. Sejumlah RM 5,500 berjaya dikumpul dengan tambahan sumbangan dari hamba Allah sebanyak RM600 lagi . Ini jumlah terbesar pernah dikutip berbanding jumlah jamaah yang hadir

Seminggu di iklankan kehadiran Dr Hafidzi dan JK Surau telah membuka tabung Palestin seminggu sebelumnya. Sumbangan masih berterusan....

Jzkk Dr Hafidzi atas penyampaian yang amat baik. Juga buat anak-anak serta isteri Sdr Zun Arif yang menjaga gerai jualan. Berebut-rebut jamaah membeli tabung dan button badge Freedom For Palestine

InsyaAllah RSP seterusnya:
  • 15/1/09 - Telekom Taman Tun Dr Ismail - Lunch Talk. Jzkk Akh Othman.
  • 15/1/09 - Masjid Darul Ehsan Taman TAR.- malam. Jzkk Syed Zakaria.

* Wanita JIM AJ juga telah melancarkan Tabung Palestin di IJN. Alhamdulillah jumlah kutipan RM 1,585.00

Ayuh terus semarakkan lagi kempen !!


Freedom For Palestine!!!

No comments:

Post a Comment