Islah & Wanita Gemilang

Saturday, January 9, 2010

KENYATAAN MEDIA ISU KALIMAH ALLAH , 7JAN '10

7 Januari 2010

KENYATAAN MEDIA OLEH NGO-NGO ISLAM NEGERI SELANGOR YANG BERDAFTAR DENGAN JAIS BERHUBUNG ISU KALIMAH ALLAH

 

Kami, NGO Islam merakamkan rasa kesal kami  di atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang memutuskan untuk memberi kebenaran kepada Majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan ‘ALLAH’ dalam majalah mereka.

Oleh yang demikian, campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu dalam urusan ini amat diperlukan kerana ia bukan sahaja menyentuh bidang kuasa Raja-Raja Melayu dalam urusan agama Islam, tetapi sekaligus menyentuh secara langsung sensitiviti umat Islam Malaysia .

Istilah Allah dalam konteks budaya Malaysia tidak boleh bermakna selain daripada apa yang difahami: Allah itu bermaksud Tuhan Yang Maha Esa. Makna ini berlainan darpada makna ‘GOD’ dalam agama Kristian, iaitu Tuhan berkonsepkan ‘TRINITY’. Jadi apabila kalimah Allah dibenarkan dipakai dalam konteks Kristianiti, maka ia memberi pelbagai implikasi yang membahayakan masa depan umat Islam dan mengelirukan kerana Allah itu boleh bermakna Tuhan Yang Esa atau Tuhan yang ‘trinity’.

Keputusan ini tidak mengambil kira semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.  Ia juga seolah-olah tidak pernah memahami sejarah, sosio-budaya tempatan yang unik berkait dengan agama Islam. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, serta berpotensi menimbulkan ketidaktenteraman awam sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Isu penggunaan perkataan ALLAH di Malaysia tidak sekali-kali boleh disamakan dengan penggunaannya di beberapa Negara Timur Tengah. Latar sejarah dan budayanya amat berbeza dan memberi pengertian dan implikasi  yang juga berbeza. Suasana baik dan toleransi yang sedia terjalin diantara umat Islam dan Kristian di Malaysia ini, tidak sewajarnya dikeruhkan.

Jika sekiranya saluran mahkamah tidak berupaya mengubah keadaan, maka adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menggunakan segala saluran yang ada atau budi bicara untuk menangani isu ini dengan bijaksana.

Sekian.

   

NGO-NGO ISLAM YANG TERLIBAT:

1.      Wadah Selangor

2.      PERKIM

3.      PIMPINAN

4.      PPIM

5.      Persatuan Ulama’ Malaysia

6.      PEMADAM Selangor

7.      Muafakat

8.      Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS)

9.      Al Hunafa

10.  Sahabat PPUM

11.  Pergerakan Puteri Islam Malaysia

12.  ABIM

13.  Al-Hidayah

14.  Jami’iyah

15.  Persatuan Ikhwan Al Khidmah Selangor & Kuala Lumpur

16.  Persatuan Darul Fitrah Malaysia

17.  Unit Muballighat

18.  Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor

19.  Islamic Information & Services Foundation (IIS)

20.  JIM Selangor

21.  MACMA

22.  Sahabat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

23.  Malaysian Indian Muslim Missionary Council (MIM)

24.  Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor (PEPIAS)

25.  PENGASIH

26.  Persatuan Kebangsaan Pelajat Islam Malaysia (PKPIM)

27.  PERKASSA

28.  Pertubuhan Penyayang Malaysia

29.  Unit MAFAA

30.  Gabungan Pendakwah Islam Selangor (GAPIS)

31.  Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)

32.  SHURA

33.  Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKAWANIES)

34.  Badan Amal Kami Prihatin

35.  Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor

36.  International Muslim Women’s Union (IMWU)

37.  Persatuan Mawaddah Malaysia

38.  Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM)

No comments:

Post a Comment