Buat julung kalinya makan malam kami yang disediakan oleh akhowat tidak diberikan sebarang kritikan namun hanya pujian. Coslow ala-ala kfc yang disediakan ternyata memang sedap.
Islah & Wanita Gemilang
Monday, January 11, 2010
mari jenguk anak-anak MHi d Kem Lembah Genting
Hanya ikhwah sahaja yang terlibat memandangkan akhowat perlu menjalankan tanggungjawab memasak yang diamanahkan. Aktiviti bersenam merangkumi tarian poco-poco, chicken dance serta diiringi sistem bunyi yang agak keterlaluan. Kelakar juga melihat terdapat ikhwah yang bersenamrobik dengan berpakaian jubah dan kain pelikat.
Slot pengisian diisi dengan kuliah sirah yang disampaikan oleh Ustaz Muhaimin. Walaupun banyak perkara yang telah biasa didengari, namun pendekatan ustaz yang menceritakan sirah dari sudut perspektif yang berbeza membuatkan kuliah tersebut menarik. Slot sirah diteruskan hingga ke petang.
Sesi malam dikendalikan oleh Abang K dengan perbincangan konsep syahadatain secara berkumpulan. Tazkirah serta perbincangan tersebut membuatkan kami sedar dan 'terjaga' daripada segala apa yang mengganggu tumpuan kami daripada mengejar inspirasi mhi.
Buat julung kalinya makan malam kami yang disediakan oleh akhowat tidak diberikan sebarang kritikan namun hanya pujian. Coslow ala-ala kfc yang disediakan ternyata memang sedap.
...........lagi di.......... ..
" jgn lupa lawat kami di sini kalau berkesempatan.. adik2 ni sangat2 hargai kehadiran kalian ke MHi di Kem Lembah Genting..." Iqbal (Murabbi MHi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment