Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, February 23, 2010

Siapa pewaris sebenar bumi Palestin




Tarikh:                 18 Februari 2010
Masa:                   Selepas solat maghrib (7.45mlm-9.00mlm)
Pameran & jualan: 6.45ptg-10.30mlm.
Tempat:               Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Penceramah :       Tn.Hj.Shahool Hameed - Felo Kanan PACE
Anjuran:               Masjid Al-Mardhiyah & JIM Ampang Jaya.

Pameran & jualan buku2 diadakan di persekitaran lobi Masjid,pemasangan 6 set "bunting" yang memaparkan Aktiviti serta misi PACE. Perlakuan kezaliman rejim zionis serta pengepungan terbesar diPalestin menarik ramai pengunjung Masjid pada petang tersebut. Sambil menunggu waktu solat maghrib mereka asyik membaca & melihat gambar-gambar ini.

Ceramah " Siapa pewaris sebenar bumi Palestin" dimulai dengan penumpuan kepada fakta2 dari Al-Quran, Bible & sejarah. Sejarah Nabi Ibrahim as yang berasal dari UR,Mesapotamia (Iraq) diperjelaskan dengan terperinci dengan fakta2 penghijrahan baginda ke bumi yang diberkati (Palestin ) sebagai memenuhi seruan dakwah yang diperintah Allah swt.
Nabi Ibrahim a.s serta keturunannya yang menerokai sejarah peradaban bumi suci ini termaktub didalam Al-Quran. Salsilah keturunan baginda yang mulia ini dari Nabi Yakob (pengembara malam) maka lahirlah "Bani Israel" .
Seterusnya kisah Nabi Yusuf a.s sehingga ke Nabi Musa a.s yang menentang kezaliman Firaun" diperincikan .Kisah kedegilan & keangkuhan Bani Israel yang banyak terdapat didalam al-Quran adalah bukti nyata bahawa mereka bukanlah lagi bangsa terpilih.

Sekali lagi dengan takdir Allah semasa zaman Nabi Daud as yang agung baginda membangun semula Bani Israel yang diterajui pula oleh anaknya Nabi Sulaiman as. Kisah para nabi & rasul ini juga termaktub didalam kitab BIble perjanjian lama, bab Genesis dan versi yang sama mereka orang kristian mempercayai sejarah bumi Palestin adalah milik orang Islam.Sehingga
ke zaman Nabi Muhammad saw. Bani Isreal masih menunjukkan kedegilan & kejahatan mereka.
Kisah Saidina Umar Al Khatab yang berjaya menawan kembali bumi Palestin juga jelas membuktikan dalam kitab Kristian bahawa mereka hanya menyerahkan kunci kota suci Baitul Maqdis kepada pemimpin Islam . Perjanjian antara Saidina Umar & pemerintah Rom (sopranus) masih termaktub sehingga kini , bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf umat
Islam sehingga kiamat.Kejatuhan khilafah Uthmaniyyah serta perancangan jahat pihak British telah menyebabkan Bumi suci ini dirampas secara sistematik.

Jemaah amat menghayati sejarah penting ini.Mereka mahukan lebih dari masa yang telah diberikan.
Sejarah ini amat panjang & terperinci yang ringkasannya tidak mungkin dapat menggambarkan keseluruhan perkongsian.

Diakhir majlis,Nazir Masjid. Dr.Ahmad Sharifuddin telah memberikan laluan sesi soal-jawab. Beberapa soalan penting telah diajukan kepada penceramah.

Alhamdulillah Pameran & jualan juga mendapat sambutan dari hadirin & hadirat.

Jumlah derma pada malam tersebut sebanyak RM 1,563.00 telah diserahkan kepada tabung Palestin PACE oleh Nazir Masjid, Dr.Ahmad.

Terima Kasih pada pihak Masjid AlMardhiyah. Semoga usahasama ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang dalam usaha menyebarkan syiar Islam - memberi kesedaran tentang tanggungjawab kita terhadap bumi suci Palestin khusunya.

Semoga segala usaha diberkati Allah.


Noorazian Anidin.
PACE.

 

No comments:

Post a Comment