Islah & Wanita Gemilang

Monday, March 30, 2009

EKSPLORASI MENARA ILMU (EMI) SELANGOR 29 Mac 2009

EKSPLORASI MENARA ILMU (EMI) SELANGOR 2009

JKPRB Selangor


29 Mac 2009 (AHAD)
9.00pg - 4.30ptg
Auditorium Fakulti Kejuruteraan, UPM, Serdang
untuk lepasan SPM '08

TAHNIAH PADA PESERTA2 DARI AMPANG JAYA!
Moga maklumat & ilmu yang ditimba bermenfaat sebagai panduan
SYABBAS PADA IBUBAPA YANG BERJAYA MENDORONG ANAK2 UNTUK HADIR!

Bil Daerah Nama
1 Ampang Jaya Ammar Ahmad Raji
2 Ampang Jaya Atikah Kamaruzzaman
3 Ampang Jaya HAMNAH FAROHIYYAH BINTI SAZALI
4 Ampang Jaya Mohd Dzafir Zulkifli
5 Ampang Jaya NUR ADIBAH BINTI ABAS
6 Ampang Jaya Nur Maslina Mohd Zaidan Perubatan
7 Ampang Jaya NURULAIN ATHIKAH BINTI MOHD.HANAFIAH
8 Ampang Jaya NURUNNASUHA BINTI ABDUL HASIB
9 Ampang Jaya Sharifah Salimah bt Syed Mohamed Adnan



Dzafir

Dr Azizah sebagai ahli panel

Sharifah Salimah

lagi gambar2 EMI

Friday, March 27, 2009

EARTH HOUR 28Mac 09

Assalamualaikum wrt ikhwah akhawat yang dirahmati Allah swt

EARTH HOUR

Sukacita saya mengambil kesempatan di sini untuk mewar-warkan kepada semua mengenai kempen Earth Hour yang akan berlangsung pada SABTU, 28 Mac 2009, jam 8.30-9.30 malam.

Sebagai ahli JIM yang perihatin terhadap kerahmatan sekalian alam, saya ingin menyeru kepada semua untuk menyertai kempen Earth Hour sebagai sokongan kepada inisiatif mengurangkan kesan pemanasan global. Kempen ini memerlukan sedikit komitmen anda dan keluarga untuk mengurangkan penggunaan tenaga dengan memadamkan lampu, penghawa dingin, TV, radio, komputer, ASTRO dan sebagainya selama 60 minit sahaja.

Sesungguhnya, pemanasan global adalah masalah sejagat. Penyertaan anda semua dalam Earth Hour adalah suatu "pelaburan" yang bermakna kepada kesejahteraan generasi kini dan yang akan datang.

Apa pun untuk ahli JIM sebenarnya usaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga letrik dan usaha-usaha lain dalam pemuliharaan alam sekitar yang membawa rahmat kepada sekalian alam perlu diteruskan dan bukan dilakukan selama 60 minit sahaja. Ianya memerlukan kesungguhan kita untuk merubah sikap dan cara hidup kita.

'Live simple, consume less and share more '

JZKK di atas perhatian anda.

Wassalam

CHE ASMAH IBRAHIM

*(Pengarah JAS Selangor)

MKJ 09 - Rehlah Keluarga 21 Mac '09


Alhamdulillah Rehlah Keluarga JIM AJ telah dijalankan dengan jayanya seperti yang dirancang.

Kehadiran lebihkurang 13 keluarga dengan berbagai kategori: suami,isteri &anak2, suami &isteri, suami tanpa anak isteri,isteri & anak tanpa suami dll....

Pengerusi JKK JIM AJ, akh Mohd Tahir telah merasmikan Rehlah dengan mengingatkan pentingnya ukhuwwah terus dibina, dipupuk & disuburkan. Rehlah adalah antara wasilahnya.

Makan2 antara acara yang dinantikan. Berbagai jenis juadah dibawa & dikongsi. Terserlah bakat2 memasak & membeli...

Agenda seterusnya adalah acara2 untuk anak2, wanita, lelaki/remaja & keluarga.

JZKK pada SEMUA yang telah hadir menjayakan & memeriahkan Rehlah kali ini. Tanpa kehadiran antum tiadalah rehlah.....
JZKK pada Team JK Aulad, KRJ,WJAJ & ikhwah yang merancang & melaksanakan acara2 dengan jayanya

SYARIAH DI JULANG, KELUARGA GEMILANG

ucapan perasmian - akh Mohd Tahir, JKK JIM AJ












Saturday, March 21, 2009

MKJ 09 - ziarah kasih , 17 & 18 Mac 09

Sempena Minggu Keluarga JIM (MKJ 09), JIM Ampang Jaya telah mengadakan:

1. Jaulah & Ziarah Kasih pada 17 & 18 Mac 2009
2. Rehlah Keluarga JIM AJ @ Taman Tasik Perdana pada 21 Mac 2009

Jaulah Kasih ke rumah Akh Mohd Sofi Samad & ukht Zyidah di Bandar Tasik Puteri.
Keluarga ahli JIM AJ ini telah berpindah sejak bulan November 2008 dan ini adalah kali pertama kebanyakan kami berpeluang ziarah dan bertemu muka dengan ukht Zid yang kami kasihi ini. Disamping bertanya khabar, makan tengahari bersama menambah erat lagi ukhuwwah yang sedia terjalin.
Perpindahan mereka tentunya satu kehilangan buat kita di JIM AJ namun didoakan moga kehadiran mereka didaerah baru,
Hulu Selangor, akan menyemarakkan lagi usaha-usaha pengislahan masyarakat disana.

sembang-sembang...

makan-makan.....

Alhamdulillah 6 akhawat beserta 4 anak-anak ke rumah ukht Zyidah (depan, 2 dari kiri) pada 17 Mac 2009

jumpa lagi, insyaAllah!

Ziarah Kasih ke rumah Akh Rozman Azni & ukht Fatimah Razaly
Setelah berpindah ke Kedah selama beberapa tahun, Alhamdulillah keluarga akh Rozman kini kembali ke Ampang Jaya dan kini tinggal di Taman Melati.

Kami amat gembira melihat ukht Fatimah kembali sihat dan ceria setelah mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke hospital beberapa bulan yang lalu. Moga diberikan Allah kesembuhan yang sempurna dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Fatimah sempat berkongsi cerita terkini tentang diri, anak-anak dan keluarga.
Alhamdulillah 4 akhawat beserta 3 anak-anak ke rumah ukht Fatimah (duduk kanan) pada 18 Mac 2009

Moga keluarga Sofi/Zid dan Rozman/Fatimah sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:


Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah.
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”
Jawab Nabi:
“Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.”

Lalu baginda membaca ayat al-Quran:
(maksudnya) Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita

(hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani
).

Friday, March 20, 2009

Palestin diHatiku 22&24 Mac 09

Salam,
Semua dijemput hadir ke

1) Program Palestin Di Hatiku :
Bersama Isteri As-syahid Dr Aziz Rantisi dari Gaza
Ahad 22 Mac 2009, 11.00pg
Stadium Melawati Shah Alam

2) Forum Bersama Wanita Gaza
Selasa, 24 Mac 2009, 8.30mlm
Auditorium MBSA, Shah Alam

Anjuran Aman Palestin, PMM & MBSA

WACANA WANITA DAN KEADILAN SYARIAH, 26 Mac 2009

Assalamualaikum wbt..
Jawatankuasa PAKSI-JIM dengan kerjasama JAWI
akan membawakan
WACANA WANITA DAN KEADILAN SYARIAH
dengan tema
Berkongsi Keprihatinan Masa Depan : Syariah Penyuluh Kehidupan Seimbang
pada
26 Mac 2009 (Khamis)
masa
8.30 pagi -1.00 tengahari
tempat

Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, JAWI, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Penyertaan
Terbuka kepada semua. PERCUMA
Objektif Wacana:
  1. Menjelaskan konsep keadilan dan kesaksamaan dalam hubungan kekeluargaan lelaki dan wanita menurut perspektif syariah Islam
  2. Memperincikan huraian Al-Quran mengenai `nusyuz' suami dan isteri serta saranan penyelesaiannya.
  3. Mencadangkan strategi penambahbaikan implementasi sistem perundangan syariah khususnya berkaitan kekeluargaan di Malaysia
Program tentatif

Masa

Tentatif

8.00-8.30 pagi

Pendaftaran & sarapan pagi

8.30-9.00 pagi

Perasmian Majlis oleh Ketua Penolong Pengarah JAWI

9.00-9.40 pagi

Ucaptama : Keadilan & Kesaksamaan dalam Kehidupan Berkeluarga menurut Perspektif Syariah

Oleh: Ybhg. Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj (Ketua Wanita JIM Pusat)

9.40-10.10 pagi

Kudapan & Sidang Media

10.10-10.40 pagi

Pembentangan (1)

Huraian Al-Quran tentang Nusyuz Suami & Isteri : Pengertian & Penyelesaian

Oleh : Ustaz Alias Othman

Pensyarah Pengajian Islam Cyberjaya University and Medical Sciences (CUCMS), bekas pensyarah dan Prof Madya Akademi Islam UM

10.40-11.30 pagi

Sesi Soal Jawab

11.30-12.30 tengahari

Pembentangan (2)

Penambahbaikan Implementasi Sistem Perundangan Kekeluargaan Syariah di Malaysia : Satu tuntutan

Oleh : Puan Sazira Abdul Aziz

Peguambela dan Peguamcara, Peguam Syarie

12.30-12.45 tengahari

Sesi Soal jawab

12.45-1.00 tengahari

Rumusan oleh Puan Hajjah Faridah Maludin

Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah (PAKSI) Wanita JIM Pusat

1.00 tengahari

Makan tengahari & Bersurai

Untuk Pendaftaran, hubungi sekretariat di:
03-41073379 @ email: wjim@pd.jaring.my @ sms nama ke 019-5053008.

Renung sejenak.....

" Abu Ayub AlAnsari itu berjihad sehingga umurnya hampir 80 tahun, sehinggalah dia wafat di Constantinapole (sekarang Istanbul) setelah tentera Islam menawan kota tersebut .... jika kita memahami bagaimana kecilnya dunia ini berbanding dengan alam ini, dunia ini sebenarnya mungkin ibarat sebiji habuk sahaja berbanding dengan keluasan bilik. Sedangkan syurga itu dikatakan seluas langit dan bumi.

Begitulah juga kehidupan dunia ini yang pada skalanya sangat kecil berbanding dengan kehidupan yang infiniti dan kekal abadi di akhirat kelak. Jika kita benar-benar beriman dengan hal ini, maka segala kepunyaan kita seperti wang ringgit, harta, masa dan jiwa tidak akan ragu-ragu untuk kita korbankan untuk pelaburan akhirat yang kekal abadi itu!"

Dr Sheikh Parid

Wednesday, March 18, 2009

MKJ 09 - REHLAH@TT PERDANA 21 mac

sempena Minggu Keluarga JIM 09....

REHLAH KELUARGA

JIM AJ ‘09

Tema

Syariah dijulang keluarga gemilang

Tempat
Taman Tasik Perdana


Tarikh/Masa
21hb Mac (Sabtu )
9.00pg-12.00tgh

Aktiviti

1)Riadhah

2)Games
3)Makan-makan( pot luck)

4)sembang-sembang

Agenda:

Sebelum 9am – Riadhah fardhi/k’ga/jama’i (acara bebas)

9.00 : Berkumpul

(masuk melaui pintu berhadapan Kelab Diraja Perdana ( Jalan Cenderamulia), jalan terus, belok kiri dihujung, jumpa dikanan jalan - padang mengadap rumah sampan )

9.10: TAZKIRAH YDP/ wakil

9.30 : Sarapan dan persediaan untuk games

10.15 : Games-anak2, ikhwah, akhawat dan keluarga

12.00: Penyampaian hadiah dan penutup

12.30 : bersurai

*
SILA BAWA peralatan duduk(tikar etc),

makanan dan minuman SENDIRI

JOM MERIAHKAN REHLAH KELUARGA KITA,

LAPANGKAN FIKIRAN,

LUANGKAN MASA UNTUK BERSAMA KELUARGA & SAHABAT HANDAI!!

Kata orang,

BE THERE, OR BE SQUARE!!!

PIC : Pn Faridah Ali(0192782096)
Akh.Mohd Tahir(0193866061)












H-T WJS 15 MAC 09

Majlis Hi-Tea Wanita JIM Selangor bersama NGO wanita Islam di Selangor

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana program Hi-tea yang dirancang bersama dengan pertubuhan – pertubuhan NGO wanita di Negeri Selangor berlangsung dengan baik. Program Hi-Tea ini diadakan di Hotel De Palma Ampang bertarikh 15 Mac 2009, pada hari Ahad yang lalu. Majlis berlangsung selama 2 jam, antara pukul 3.30 hingga 5.30 petang.

Antara objektif program ini adalah ingin menjalinkan hubungan dan silaturrahim di kalangan beberapa NGO wanita Islam peringkat Negeri Selangor, berkongsi aktivisme Wanita JIM Selangor dan mencari ruang kerjasama di kalangan NGO Wanita islam dalam menangani isu semasa. Antara pertubuhan NGO Wanita yang hadir adalah dari HELWA ABIM, PERKIM Wanita dan Unit Muballlighat JAIS. Antara yang tidak dapat hadir bersama dalam majlis ini adalah dari NISA’ dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS). Jumlah hadirin yang hadir dalam majlis ini adalah seramai 12 orang.

Alhamdulillah segala objektif yang ditetapkan telah tercapai. Wakil – wakil dari NGO wanita Islam yang hadir menyatakan rasa terharu dan gembira kerana berpeluang untuk menjalinkan silaturrahim dengan NGO lain, disamping dapat mengenalpasti relung da’wah masing – masing yang boleh dimanfaatkan bersama. Kami berharap agar hubungan silaturrahim dan ruang kerjasama yang wujud akan meningkatkan lagi aktivisme da’wah wanita terutama di Negeri Selangor.

Terima kasih.

Nahdia Ariffin,

JK Perhubungan,Wanita JIM Selangor.

Dr Roohaida sedang memberi penerangan mengenai aktiviti Wanita JIM Selangor

Antara yang hadir dalam Majlis Hi-Tea

(Ahli2 Wanita JIM AJ (AJK WJS) yang turut hadir - Nahdia, Dr Radziah, Wan Fauziah & Noursilawati)



Monday, March 9, 2009

Perjuangan Palestin dari perspektif Maulid Nabi SAW.

Sempena sambutan Maulid Nabi SAW yang diraikan setiap tahun pada 12 rabiul Awal maka penulis ingin mengingati peristiwa penting ini dengan berlatar belakangkan perjuangan rakyat Palestin yang semakin mendapat liputan hari ini ekoran dari kepungan dan serangan biadap Israel ke atas Gaza.

Rasulullah SAW adalah Nabi terakhir yang dinanti-nantikan oleh semua terutama dari kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara). Kelahiran Nabi yang bernama Ahmad ini disebut di dalam kitab Injil dan Taurat (termasuk kitab perjanjian Lama dan Baru iaitu kitab-kitab suci yang diselewengkan oleh rahib-rahib dan rabbi-rabbi yahudi). Malangnya apabila Nabi Muhammad SAW ini muncul di Tanah Arab yang kelahirannya dinantikan dengan tanda-tanda yang amat dikenali oleh mereka berdasarkan apa yang terkandung di dalam kitab-kitab Taurat dan Injil, Baginda didustakan.
Pendustaan ini dirakamkan oleh Al-Quran seperti dalam surah as-saff.

'Dan berkata Isa anak Maryam, Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah Rasul yang diutus kepada kamu yang membenarkan apa yang diwahyukan kepada kamu dalam Taurat dan membawa berita gembira tentang kelahiran seorang Rasul yang bernama Ahmad. Apabila Nabi ini diutus mereka mengatakan 'Ini adalah sihir yang nyata'.

Bermula dari saat itu, orang-orang Yahudi menyimpan dendam kesumat yang tidak berkesudahan terhadap Rasulullah SAW dan apa yang dibawa oleh baginda berupa risalah Tauhid. Mereka mengharapkan Nabi akhir zaman yang dijanjikan itu lahir dari jalur keturunan Bani Israel iaitu Nabi Ishaq AS. Tetapi Allah SWT mempunyai perancangannya yang tersendiri lalu memilih Nabi akhir zaman itu dari jalur keturunan Nabi Ismail AS. Sesungguhnya penolakan Bani israel ini tidak mempunyai sebarang rasional kerana Nabi Ismail sebagaimana Nabi Ishaq adalah putera-putera dari ayah yang sama iaitu Nabi Ibrahim AS. Lagipun kedengkian dan kesumat yang ada di dalam jiwa orang-orang Yahudi tidak akan memungkinkan mereka menerima kebenaran hatta jika Nabi akhir zaman itu lahir dari jalur keturunan Banu Israel sekalipun.

Telah terbukti bahawa mereka menolak kebenaran yang dibawa oleh Nabi-Nabi dari keturunan Bani Israel seperti Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa as. Bahkan kedua dari Nabi ini dan beberapa Nabi yang lain seperti yang disebut di dalam Surah Yaasin dibunuh oleh orang-orang Yahudi.
Jika Allah SWT tidak menyelamatkan Nabi Isa AS maka baginda juga bakal menerima nasib yang sama akibat peresekongkolan orang-orang Yahudi dan golongan kafir yang berkuasa di Baitul Maqdis. Pokoknya penolakan orang-orang Yahudi ke atas kerasulan Nabi Muhammad SAW bukan kerana baginda dari jalur keturunan Nabi Ismail AS tetapi kerana kebenaran yang dibawanya.


Pengajaran pertama yang boleh digarap dari peristiwa Maulid ini ialah permusuhan yang sudah tertanam di dalam sanubari orang-orang Yahudi terhadap agama Islam.

Ia juga memberi satu isyarat yang sangat penting bagi umat Islam supaya menjadikan sikap orang-orang Yahudi sebagai sempadan. Jangan sampai umat Islam ghairah menyambut kedatangan Maulid dan menyambutnya dengan pelbagai acara tetapi menuruti jejak orang-orang Yahudi yang memusuhi dan menolak misi perjuangan Rasulullah SAW. Kenyataannya pada hari ini

  • berapa ramai dari kalangan umat yang membuat sambutan Maulud tetapi penentang perlaksanaan syariat Islam dalam semua lapangan kehidupan, terutama dalam aspek perundangan dan kehakiman.
  • Berapa ramai yang berselawat sempena sambutan Maulud tetapi memperlekeh dan mempersenda cara hidup Islam yang merupakan sunnah Rasulullah SAW baik dari sudut pakaian,penampilan, pergaulan dan akhlak.
  • Berapa ramai yang menghargai kelahiran Nabi Muhammad SAW tetapi menentang para ulama dan pejuang-pejuang Islam yang berusaha untuk meneruskan misi dakwah Rasulullah SAW.

Semuga umat Islam membuat semakan dan mengaudit diri masing-masing agar kita tidak terjebak dengan fenomena orang yahudi yang kononnya menanti kelahiran Nabi akhir zaman tetapi kemudiannya menentang secara terbuka apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Apabila umat Islam menyambut maulud pada 12 Rabi'ul awal setiap tahun, haruslah diinsafi pada tarikh yang sama juga Rasulullah SAW meninggalkan kita. Tarikh lahir dan wafatnya Rasulullah SAW adalah pada tarikh yang sama iaitu pada 12 Rabi'ul Awal juga. Apabila menyebut tentang wafatnya Rasulullah SAW maka ia turut membabitkan konspirasi orang Yahudi. Ahli-ahli sejarah sepakat mengatakan bahawa kematian Rasulullah SAW ada kaitan dengan perancangan jahat orang Yahudi yang ingin membunuh baginda.


Dari Tabari jilid 8, halaman 123, 124
Ketika nabi Allah beristirahat dari pekerjaannya, Zaynab bt. al-Harith, istri dari Sallam b. Mishkam, menyajikan daging bakar. Dia telah menanyakan bagian mana dari daging domba yang disukai Muhammad,dan dikatakan padanya yang disukai Muhammad adalah bagian kaki depan.Lalu ditaburinya racun pada bagian itu, dan dia juga meracuni bagian yang lain. Lalu disajikannyalah daging beracun itu. Ketika daging itu sudah disajikan, maka nabi Allah mengambil bagian kaki depan dan
mengunyahnya sedikit, tetapi ia tidak menelannya.
Bersama dengan dia adalah Bihsr b. al Bara b. Marur, yang juga mengambil dan memakan daging itu. Tetapi ia terlanjur menelan, sementara nabi Allah memuntahkan semua daging yang ada di mulutnya dan berkata ”Tulang ini berkata bahwa ia diracun.” Lalu bertanyalah ia, “Apa yang menyebabkan engkau mau meracuni aku,” jawab perempuan itu,”Tentunya engkau sudah mengetahui bagaimana engkau sudah membuat kaumku menderita. Lalu aku katakan kepada kaumku,”Bila ia nabi sejati, ia akan diberi peringatan, tapi kalau ia palsu aku akan menyingkirkannya.” “ Nabi“memaafkannya. Bihsr mati karena racun yang ia makan.


Nabi tidak tidak jadi memakan daging tersebut tetapi racun didaging yang dikunyah sudah cukup untuk menyebabkan beliau demam berpanjangan sehingga membawa kepada kewafatan baginda beberapa tahun kemudian.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa orang-orang Yahudi yang memusuhi Islam akan berusaha untuk menggunakan pelbagai tipu daya, penyamaran dan kerja-kerja perisikan (espionage) untuk membunuh tokoh-tokoh pejuang Islam. Bahkan inilah pendekatan yang digunakan oleh agen perisikan Israel, Mossad pada hari ini di dalam melaksanakan beberapa pembunuhan politik ke atas pemimpin-pemimpin gerakan Islam seperti Yahya Ayyash dan cubaan membunuh ke atas Khaled Meshal beberapa tahun dahulu di
Jordan. Bahkan dalam cubaan membunuh ke atas Khaled Meshal, dua orang ajen Mossad telah menyuntik racun kepada beliau dan sekiranya tidak tertangkap dan dipaksa untuk memberikan antedot (penawar) kemungkinan Khaleh Meshal juga terbunuh di tangan mereka. Bahkan kematian yang dirancang ke atas ramai pimpinan Hamas adalah melibatkan maklumat-maklumat yang dikirimkan oleh agen-agen perisikan Yahudi samada dari pihak Israel atau dari kalangan orang palestin yang mereka upah.

Memperingati Maulud bererti memperingati perjuangan Rasulullah SAW.Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan satu misi yang mengambil masa selama 23 tahun. Seerah ataupun perjalanan hidup Rasulullah SAW ini merupakan khazanah yang tidak ternilai kepada umat Islam yang melaksanakan amanah Rasulullah SAW di dalam meneruskan misi ini. Rasulullah SAW telah wafat namun misi yang beliau bawa telah diwariskan kepada umat yang datang kemudian. Ini dinyatakan secara khusus di dalam khutbah wida' (haji perpisahan) ketika Nabi menyampaikan pesan-pesannya yang terakhir iaitu

'hendaklah mereka yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir agar yang tidak hadir lebih memahami’.

Mereka yang tidak hadir itu ialah umat Islam yang datang silih berganti dari satu generasi kepada satu generasi dan mereka semua dituntut untuk memahami tugas yang diamanahkan kepada mereka iaitu menyeru kepada al-khair (Islam), menyuruh kepada ma'ruf dan menghalang dari kemungkaran. Inilah misi besar yang ditaklifkan ke atas umat Islam 'yang tidak hadir' agar 'mereka lebih memahami'. Dalam ertikata yang lain, sesiapa juga di kalangan umat yang mengambil taklif ini untuk meneruskan misi Rasulullah SAW maka mereka pasti akan berhajat kepada panduan yang terkandung di dalam seerah. Sebabnya ialah seerah mengandung prinsip-prinsip perjuangan yang memandu umat Islam dalam memikul tugas yang maha berat ini. Umat Islam harus faham bahawa seerah junjungan adalah gambaran terhadap apa yang bakal diterima oleh mereka yang mahu mengikuti sunnah perjuangan Nabi.

Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, maka kita dapati begitu banyak persamaan di antara apa yang dihadapi kini dengan apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW. Bukankah rakyat Palestin pada hari ini menerima pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman zionis Israel samada dalam bentuk sekatan perjalanan, penyingkiran dari tanah-tanah milik mereka, kepungan oleh tembok-tembok pemisah dan terakhir sekatan ekonomi dan penutupan laluan darat, udara dan laut di Gaza. Semua bentuk kezaliman dan penindasan ini pernah ditimpakan oleh orang-orang Quraish kepada Rasulullah SAW dan seluruh Bani Hasyim, samada muslim ataupun sebaliknya. Seluruh penduduk Mekah membuat perjanjian supaya memboikot dan memulau Rasulullah SAW dan Bani Hasyim dengan tidak membuat sebarang hubungan dengan mereka, tidak berjual beli dengan mereka, tidak berkahwin dengan mereka. Selama tiga tahun lamanya Rasulullah SAW dan Bani Hasyim dipinggirkan di Shiib Abi Talib, Lembah Abi Talib. Keadaan menjadi begitu getir sehingga anak-anak menangis kelaparan pada waktu malam sehingga mereka terpaksa mengalas perut dengan kulit-kulit unta dan kulit-kulit kayu. Mereka dikhianati dan di aniaya oleh penduduk Mekah termasuk oleh Bapa saudara Nabi sendiri iaitu Abu Lahab.
Apabila kita memerhatikan peristiwa yang berlaku pada hari ini maka kita akan melihat persamaan yang amat ketara. Bukan sahaja rakyat Palestin dikepung dan dipulau oleh masyarakat antarabangsa yang didalangi oleh Amerika Syarikat bahkan mereka dikhianati oleh pemimpin-pemimpin Arab. Dalam keadaan rakyat Gaza diserang bertalu-talu oleh zionis Israel, pemimpin-pemimpin Arab bersekongkol menyokong serangan ini dan menghalang bantuan dari menyeberang masuk ke Gaza. Semua drama yang pahit ini sedang kita saksikan di Gaza. Anak-anak merintih kelaparan pada waktu malam sehingga ibu-ibu mengutip rumput di jalanan untuk direbus dan mengalas perut anak-anak mereka. Ini jugalah yang dialami oleh Rasulullah SAW.
Dek kerana tidak tertahan mendengar rintihan anak-anak maka ada di kalangan orang-orang Quraish yang tidak sampai hati dan menyusup pada waktu malam untuk menghantar makanan. Kini rakyat Gaza merintih tetapi tidak ada di kalangan umat Islam yang menghulur bantuan, bahkan memeritkan lagi keadaan dengan mengenakan pelbagai sekatan dan halangan untuk bantuan segera di sampaikan kepada penduduk Gaza. Kita
perhatikan juga bagaimana sikap pemimpin-pemimpin Arab yang saling tidak tumpah seperti sikap pemimpin Quraish yang diketuai oleh Abu Lahab yang merupakan keluarga Rasulullah SAW sendiri. Kita melihat bagaimana Hosni Mubarak, pemerintah Arab Saudi, Raja Jordan bahkan Presiden Mahmud Abbas (Pihak Berkuasa Palestin) sendiri merestui serangan ke atas Gaza, melantik kontraktor Mesir untuk membekalkan makanan kepada askar Israel dan mengenakan pelbagai syarat tidak menasabah sehingga menghalang bantuan untuk menyeberang ke Gaza.

Namun seerah menunjukkan bahawa pemulauan ke atas Rasulullah SAW adalah merupakan siri-siri awal kepada kemenangan yang bakal ditempa oleh umat Islam. Boikot ini berakhir setelah tiga tahun dan diikuti pula dengan pelbagai bentuk penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Rasulullah SAW. Ini termasuklah kematian Abu Talib dan isteri tercinta,Sy Khadijah RA yang merupakan tonggak utama kepada Rasulullah SAW. Ini disusuli dengan peristiwa menyayat hati apabila Rasulullah diusir dari Taif dan dilontar dengan batu. Dalam saat-saat yang amat menekan inilah Rasulullah SAW dikurniakan mukjizat yang amat besar iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj. Dalam peristiwa bersejarah ini Nabi singgah di Masjid Al-Aqsa sebelum meneruskan mikraj ke Sidratul Muntaha. Perjalanan ini punya makna yang sangat simbolik dalam perjuangan Palestin pada hari ini. Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj ini bermulalah pertemuan dengan penduduk Yathrib yang membawa kepada perjanjian Aqabah I dan II yang disusuli dengan hijrah yang mulia dan pemasyuran Yathrib sebagai Kota Madinatul Nabi. Bermula dari saat itu kemenangan demi kemenangan ditempa sehingga cahaya Islam memancar ke seluruh ufuk timur dan barat. Kesemua ini menunjukkan kepada kita bahawa kemanangan bakal datang setelah pelbagai ujian dan mehnah dilalui oleh umat Islam di Palestin.

Sambutan Maulud juga mengingatkan kita kepada gambaran-gambaran akhir zaman yang telahpun dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Beriman dengan Rasul bererti beriman dan meyakini dengan berita-berita ghaib yang disampaikan oleh baginda, samada menyangkut tentang peristiwa masa depan apatah lagi tentang hari Qiamat. Berkaitan tentang peristiwa masa depan yang bersangkutan dengan Palestin, terdapat begitu banyak perkhabaran-perkhabaran yang disampaikan oleh Nabi. Sepatutnya perkhabaran-perkhabaran ini menguatkan azam dan keyakinan umat Islam tentang jihad yang sedang berlaku di palestin. Malangnya umat Islam pada hari seolah-olah hilang punca apabila berhadapan dengan isu Palestin. Sebabnya ialah umat Islam pada hari ini tidak lagi menggunakan neraca iman dalam menilai perjuangan umat Islam. Mereka lebih cenderung menggunakan penialain material dan kebendaan.
Seringkali mereka berputus asa apabila berlaku serangan ke atas rakyat Palestin dan seringkali menyalahkan umat Islam atas apa yang berlaku. Sedangkan apa yang sedang kita saksikan pada hari ini telahpun digambarkan oleh Rasulullah SAW.


Di antara perkhabaran tersebut disampaikan oleh Abu Hurairah dari Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani.

"Akan ada di kalangan umatku, mereka yang terus berjihad di pintu-pintu Dimasq (Damsyik) dan akan ada dari kalangan umatku mereka yang berjihad di pintu-pintu al-Quds dan sekitarannya. Mereka ini tidak dapat dilemahkan oleh golongan yang membelot dan berkhianat. Mereka akan terus menjadi golongan yang menang, istiqamah sehingga akhir waktu."


Beruntunglah umat Islam kerana para sahabat hanya mampu mendengar sahaja perkhabaran ini sedang kita pada hari ini menyaksikan ianya menjadi kenyataan. Bukankah pada hari ini umat islam terus berjihad di bumi as-Syams (Palestin dan sekitarnya) dan mereka ini terus menerus menjadi golongan yang menang dan istiqamah. Hakikatnya umat Islam telah berjuang lebih dari 60 tahun bahkan lebih lama lagi semenjak deklarasi Balfour diluluskan di parlimen British pada tahun 1917 dan mereka tidak pernah meninggalkan medan perjuangan jauh sekali dari berputus asa. Mereka tetap teguh memegang amanah mempertahankan tanah suci meskipun mereka dikelilingi oleh golongan pengkhianat dan pembelot dari kalangan bangsa mereka sendiri. Semua ini sepatutnya membakar jiwa raga umat Islam untuk terus memacu jihad di bumi Palestin dan tergolong di dalam kelompok yang dijanjikan kemenangan oleh Rasulullah SAW.

Inilah di antara beberapa perkara yang boleh kita kaitkan di dalam keghairahan umat Islam menyambut Maulud pada hari ini.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah PACE
(Palestine Centre of Excellence)