Majlis Hi-Tea Wanita JIM Selangor bersama NGO wanita Islam di Selangor
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana program Hi-tea yang dirancang bersama dengan pertubuhan – pertubuhan NGO wanita di Negeri Selangor berlangsung dengan baik. Program Hi-Tea ini diadakan di Hotel De Palma Ampang bertarikh 15 Mac 2009, pada hari Ahad yang lalu. Majlis berlangsung selama 2 jam, antara pukul 3.30 hingga 5.30 petang.
Antara objektif program ini adalah ingin menjalinkan hubungan dan silaturrahim di kalangan beberapa NGO wanita Islam peringkat Negeri Selangor, berkongsi aktivisme Wanita JIM Selangor dan mencari ruang kerjasama di kalangan NGO Wanita islam dalam menangani isu semasa. Antara pertubuhan NGO Wanita yang hadir adalah dari HELWA ABIM, PERKIM Wanita dan Unit Muballlighat JAIS. Antara yang tidak dapat hadir bersama dalam majlis ini adalah dari NISA’ dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS). Jumlah hadirin yang hadir dalam majlis ini adalah seramai 12 orang.
Alhamdulillah segala objektif yang ditetapkan telah tercapai. Wakil – wakil dari NGO wanita Islam yang hadir menyatakan rasa terharu dan gembira kerana berpeluang untuk menjalinkan silaturrahim dengan NGO lain, disamping dapat mengenalpasti relung da’wah masing – masing yang boleh dimanfaatkan bersama. Kami berharap agar hubungan silaturrahim dan ruang kerjasama yang wujud akan meningkatkan lagi aktivisme da’wah wanita terutama di Negeri Selangor.
Terima kasih.
Nahdia Ariffin,
JK Perhubungan,Wanita JIM Selangor.
Dr Roohaida sedang memberi penerangan mengenai aktiviti Wanita JIM Selangor
Antara yang hadir dalam Majlis Hi-Tea
(Ahli2 Wanita JIM AJ (AJK WJS) yang turut hadir - Nahdia, Dr Radziah, Wan Fauziah & Noursilawati)
No comments:
Post a Comment