1. Jaulah & Ziarah Kasih pada 17 & 18 Mac 2009
2. Rehlah Keluarga JIM AJ @ Taman Tasik Perdana pada 21 Mac 2009
Jaulah Kasih ke rumah Akh Mohd Sofi Samad & ukht Zyidah di Bandar Tasik Puteri.
Keluarga ahli JIM AJ ini telah berpindah sejak bulan November 2008 dan ini adalah kali pertama kebanyakan kami berpeluang ziarah dan bertemu muka dengan ukht Zid yang kami kasihi ini. Disamping bertanya khabar, makan tengahari bersama menambah erat lagi ukhuwwah yang sedia terjalin.
Perpindahan mereka tentunya satu kehilangan buat kita di JIM AJ namun didoakan moga kehadiran mereka didaerah baru, Hulu Selangor, akan menyemarakkan lagi usaha-usaha pengislahan masyarakat disana.
Ziarah Kasih ke rumah Akh Rozman Azni & ukht Fatimah Razaly
Setelah berpindah ke Kedah selama beberapa tahun, Alhamdulillah keluarga akh Rozman kini kembali ke Ampang Jaya dan kini tinggal di Taman Melati.
Kami amat gembira melihat ukht Fatimah kembali sihat dan ceria setelah mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke hospital beberapa bulan yang lalu. Moga diberikan Allah kesembuhan yang sempurna dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Fatimah sempat berkongsi cerita terkini tentang diri, anak-anak dan keluarga.
Moga keluarga Sofi/Zid dan Rozman/Fatimah sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”
Jawab Nabi:
“Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.”
Lalu baginda membaca ayat al-Quran:
(maksudnya) Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita
(hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
No comments:
Post a Comment