Islah & Wanita Gemilang

Thursday, April 30, 2009

Seminar KIMB/Wasiyyah Shoppe 9 Mei 2009

Kebanyakan dari kita mempunyai harta walaupun mungkin tidak banyak, seperti akaun simpanan di bank, akaun pelaburan, rumah, tanah, kenderaan, barang kemas, polisi takaful dan insuran. Kita telah bekerja kuat seumur hidup untuk mengumpulkan harta-harta ini bagi kegunaan diri sendiri dan pastinya juga untuk WARIS TERCINTA seperti pasangan dan anak-anak.

Tetapi tahukah kita, apabila seseorang rakyat Malaysia yang beragama Islam meninggal dunia, waris-waris mereka terpaksa melalui pelbagai proses sebelum mereka dapat menerima harta yang ditinggalkan ?

Satu seminar akan dianjurkan oleh KIMB dgn kerjasama Wassiyah Shoppe (WS).Seminar ini bertujuan mendedahkan kepada peserta wasilah/wahana yg disediakan oleh pihak WS mengenai HARTA yg ditinggalkan kepada waris.

Utk mengetahui lebih lanjut, datanglah ke seminar di atas pada

Tarikh:::
9 Mei 2009


Masa:::
9 pagi - 2ptg


Tempat:::
PKJ, Taman Melawati


Yuran::::
RM10 utk bukan ahli KIMB


Utk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungilah Ibupejabat KIMB atau emel ke kimb.jim@gmail.com.

Jangan lepaskan peluang ini. Pastikan anda tidak ada komitmen lain pd 9hb Mei tersebut dari jam 9 pagi - 2 ptg.

Dr Ahmad Zainuddin
ALKIMB
HUBUNGI KIMB, TEMAN MUAMALAT ANDA
TEL: 03 41086314: Fax:03 4108 6314
EMEL:::::kimb.jim@gmail.com


All You Need to Know About Swine Flu

What is swine flu?

Swine flu is an acute respiratory disease caused by type A Influenza virus which infects pigs. It spreads among pigs through direct and indirect contact. Its incidence increases in winter and fall, although present all year round. Swine flu normally infects pigs. However, the virus can cross the species barrier to infect humans.

What are the signs and symptoms of swine flu in people?

Symptoms of swine flu are similar to those of seasonal Influenza and range from asymptomatic cases to fatal pneumonia.

Symptoms might include, fever, cough, sore throat, body aches, headache, chills, fatigue, as well as diarrhea and vomiting in some cases. It can also worsen chronic diseases already present.

Is it transmitted by eating pork?

No. There is no evidence that it is transmissible to people through eating pork or any other products obtained from pigs. If pork is properly cooked, it will not transmit the virus, which is destroyed at a temperature of 160°F/70°C.

How do people catch swine flu?

People usually catch the infection directly from infected pigs and places contaminated with the virus.

Human to human infection is also documented. In this case, the infection is thought to spread the same way as seasonal flu, through airborne particles.

How long can an infected person spread swine flu to others?

The person should be considered potentially contagious as long as he/she is still symptomatic for a period of up to seven days. Children might be contagious for a longer duration than this.

What can I do to protect myself from getting sick?

Avoid direct contact with sick people.

Wash your hands with soap and water, especially after coughing or sneezing.

Always use a tissue to cover your nose and mouth when you cough or sneeze, and discard the tissue immediately after that.

If you catch the flu, stay at home, and avoid contact with others. Avoid touching your eyes, nose, and mouth to prevent further spread of infection.

What are emergency signs?

According to the CDC:

In children, emergency warning signs that need urgent medical attention include:

  • -Fast breathing or trouble breathing
  • -Bluish skin color
  • -Not drinking enough fluids
  • -Not waking up or not interacting
  • -Being so irritable that the child does not want to be held
  • -Flu-like symptoms improve but then return with fever and worse cough
  • -Fever with a rash

    In adults, emergency warning signs that need urgent medical attention include:

  • -Difficulty breathing or shortness of breath
  • -Pain or pressure in the chest or abdomen
  • -Sudden dizziness
  • -Confusion
  • -Severe or persistent vomiting

Are there available medications to treat swine flu?

Antiviral drugs can be of use by keeping the virus from reproducing in the body. It will make the patient feel better faster, and make the illness milder. It can also prevent serious complications. The sooner the antiviral drug is taken, the better the outcome.

Is there a human vaccine to protect from swine influenza?

Not yet. This is because influenza viruses mutate very quickly, which will not allow adequate matching between the circulating virus and the vaccine virus. Current flu vaccines based on WHO recommendations do not include the swine flu virus.

Sources:

"Q&A: Swine Flu." BBC News. 26 April 2009. Accessed 26 April 2009.

"Swine Influenza and You." Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Accessed 26 April 2009.

"Swine Influenza Frequently Asked Questions." World Health Organization. 23 April 2009. Accessed 26 April 2009.


Tuesday, April 28, 2009

Hari Kesihatan dan Keanggunan Wanita 25 Apr 2009

Puan Sri Salbiah(tiga dari kanan) bergambar bersama hadirin
[dari kiri, ahli2 WJIM AJ : Noresah, Anita, Latifah (TKW), Jeriah (KW) & Azian ]

TAMAN MELAWATI - Kesedaran dan kepentingan wanita dan beliawanis terhadap kesihatan dan keanggunan diri perlu sentiasa disemai. Keanggunan diri tidak bermakna dari segi kecantikan luaran semata-mata namun aspek kecantikan dalaman turut dititik beratkan. Oleh yang demikian, Hari Kesihatan dan Keanggunan Wanita 2009 yang dianjurkan baru-baru ini (Sabtu, 25 April 2009) merupakan satu program yang memberi peluang kepada wanita untuk meningkatkan kesedaran tersebut.

Hari kesihatan yang dianjurkan di persekitaran Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak disini antaranya menyediakan senamrobik, ceramah kesedaran kanser, kaunter-kaunter kesihatan, pameran kesihatan serta aturcara khas bersama isteri YAB Dato Menteri Besar Selangor, Ybhg Puan Sri Salbiah Tunut. Turut menyerikan program ialah YB Puan Rodziah Ismail, Exco Hal Ehwal Wanita Selangor, Ahli Parlimen Gombak YB Azmin Hj Ali dan Adun Hulu Kelang YB Hj Saari Sungib.

Program adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Adun Hulu Kelang, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Wanita JIM Ampang Jaya, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), WIRDA dan Nisa Gombak.


Antara hadirin yang hadir

Acara senamrobik

Dipetik daripada www.hulukelang.com



gerai WJAJ - berbagai barangan & maklumat tentang JIM

pemeriksaan kesihatan

YB Saari@ Pak Abu, Hjh Aliza & YB Rodziah

IFTAR KELUARGA , 30 April 09


TARIKH:
30 APRIL 2008 (KHAMIS)

MASA:
SUDAH TENTU WAKTU MAGHRIB


MENU:
BIASA SAJE
(AKH MUHAIMN KERJA LUAR PEKAN)

PENGISIAN:
PERKONGSIAN PENGALAMAN -
LIKU2 BERDAKWAH & DIDAKWAH


AKH AKAD & AKH JOHAN LUKAS
(nak tahu kena datang)


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!
Sesiapa yang ingin memberi sumbangan, wang atau kueh atau buah atau apa-apa saje lah, boleh uruskan dengan Dr Ahmad Sharifuddin 0133417951

Saya yang menjalankan tugas
Dr Ahmad Sharifuddin

KUNJUNGAN KASIH , 27 April 09

Kunjungan Kasih ahli2 kelab atfal Ampang Jaya ke Pejabat Presiden JIM


Thursday, April 23, 2009

Hari Kesihatan & Keanggunan Wanita 25 April 09

Hari Kesihatan & Keanggunan Wanita



Anjuran :


Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Pusat Khidmat Rakyat Dun Hulu Klang dengan kerjasama gabungan NGO Wanita.
( Wanita JIM Ampang Jaya, Nisa', WIRDA Gombak & PEKAWANIS)


Objektif:


Memberi kesedaran kepada wanita tentang pentingnya menjaga kesihatan di samping kecantikan supaya dapat menjalankan tugas harian secara efektif dan sempurna


Apa yang menarik di sini?

1) Klinik penjagaan rambut & muka.

2) Pemeriksaan percuma pap smear

3) Pemeriksaan kesihatan umum

4) Aerobik

5) Ceramah kesedaran cancer

6) Beramah mesra dengan isteri Menteri Besar Selangor

7) Gerai- gerai pameran dan jualan dari NGO wanita

8) Lepas tu, pergi derma darah di Pusat Komuniti JIM!, berdepan tempat program..


Tarikh:
SABTU, 25hb April 2009.


Tempat:
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, No 2 Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati
(depan Kompleks JIM)

masa:
7.30 pagi - 12.30 tengahari


Aturcara Program

7.30-8.30 pagi
Mass Aerobik (pakai pakaian yang sesuai)

8.30-9.30 pagi
Rehat & sarapan ( disediakan)

9.30-9.40 pagi
Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program

9.40-10.40 pagi
Ramah mesra dengan isteri YAB Dato’ Menteri Besar Selangor

10.40-11.10 pagi
Ceramah kesedaran kanser oleh Persatuan Pendidikan Kanser Selangor

11.10-12.00 tengahari
Tetamu dan peserta melawat dan mendapat khidmat nasihat dari kaunter-kaunter

12.00-12.30 tengahari
Perasmian penutup oleh tetamu kehormat, YB Rodziah Ismail, EXCO Wanita Kerajaan Selangor

12.30 tengahari
Bersurai


Untuk maklumat lanjut, hubungi

03-42602205

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!

datanglah beramai - ramai..
Terbuka kepada wanita sahaja!

Tuesday, April 21, 2009

WACANA ISU SEMASA, 24 April 2009

Sukacita dimaklumkan

J/K SIYASAH SYAR'IYYAH & KEADILAN SOSIAL(SAKSI) JIM

dengan kerjasama
Jalinan Orang Muda(JOM) JIM S'gor

akan mengadakan
WACANA ISU SEMASA


TAJUK : WAJARKAH MP/ADUN MELOMPAT PARTI?



Tarikh : 24 April 2009 (Jumaat)

Masa : 8.00pm (Mula Pendaftaran) -11.30pm

Tempat : Dewan Kasturi, Hotel De Palma, Ampang



Ahli Panel :-
Hj Zaid Kamaruddin
Presiden JIM


Wakil UMNO (Belum Confirm)


Prof Dr Abdul Aziz Bari
Pensyarah Kulliyah Undang-Undang UIA


YB Fuziah Salleh
MP Kuantan.


Moderator :
Tn Syed Ibrahim Syed Noh Al Habshi

Timb Presiden JIM.



Semua dijemput hadir.
Bayaran pendaftaran : RM10 sahaja.

Sila hubungi
Mohd Kamal (HP 012 2917217 & e mel: mkmr2001@yahoo.com )
atau
Urwah Saari(HP : 019 3342023 & e mel: urwah81@gmail.com
)
untuk urusan pendaftaran & maklumat lanjut.

Wassalam.

Monday, April 20, 2009

KEMBALINYA ADIK MUADZ 19 Apr 09

Inna lillahi wainna ilaihi roji'un.

Anakanda Muadz bin Dr Azhar telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 6.40 petang, Ahad, 19 Apr 2009 di HUKM.

Takziah pada ahli JIM AJ, Akh Zainal Fitri & ukht Zakinah Zainuddin atas pemergian anak saudara yang dikasihi

Moga roh beliau di kumpulkan bersama-sama mereka yang soleh dan penghuni syurga Allah.
Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati dan Allah yang menentukan segalanya. Pemergian ini pastinya menjadi peringatan yang sangat bernilai kepada kita semua yang masih hidup.

Maksud hadith

Abu Musa r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika mati seorang anak, maka Allah bertanya kepada Malaikat: Kamu telah mengambil ruh dari putra hambaKu? Jawab mereka: Ya. Kamu telah mencabut ruh dari buah hatinya? Jawab mereka: Ya. Lalu berkata apakah jawab mereka?: Ia hanya memuji padaMu, dan membaca: Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Maka firman Allah: Bangunkan untuk hambaku itu sebuah rumah di syurga, dan namakan rumah itu: Baitul hamdi. (Riwayat AtTirmidzi)

Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda:Allah berfirman: Tidak ada pembalasan bagi seorang hambaKu yang percaya, jika Aku mengambil kekasihnya di dunia, kemudian ia ridho' dan berserah kepadaKu melainkan syurga. (Riwayat Bukhari)

- dipetik oleh imam Nawawi di dalam RiadhusSolihin.


Sunday, April 19, 2009

PUBLIC EDUCATIONAL TALK: ISLAMIC PHILOSOPHY IN PUBLICATION AND EDUCATION - A MODEL FROM TURKEY

MVSB in colloboration with JIM Ampang Jaya through ICEE and MUSLEH will be hosting:

PUBLIC EDUCATIONAL TALK:

ISLAMIC PHILOSOPHY IN PUBLICATION AND EDUCATION - A MODEL FROM TURKEY
by
Mr Husiyin Bingul

on
SATURDAY
25th APRIL 2009
9.00am to 12.30pm
at
SEMINAR ROOM
WIRA HOTEL
JALAN THAMBOOSAMY
OFF JALAN PUTRA
50350 KUALA LUMPUR

Individual Participant: RM50.00 only
Corporate Participant: RM 100.00 only

Interested or enquiries,please contact:
Tel: 03-55483140
Fax: 03-55427864
E-Mail: mvsb@musleh.com.my
www.musleh.com.my

Friday, April 17, 2009

MKRR@SMK Sri Keramat AU4 , 16 Apr 2009

Alhamdulillah program MKRR ( Modul Kesihatan Reproduksi Remaja) oleh KRJ Ampang Jaya telah berjalan dgn jayanya pada hari Khamis, 16 April 2009,8.00pg hingga 1.00 tgh di SMK Sri Keramat AU4 dan telah dihadiri seramai 200 murid- murid tingkatan 4 serta guru kanan, guru kaunseling dan guru guru sekolah tersebut.

Jazakummullahu khairan kathiro pada penceramah Ummi Roses, ahli panel Dr Radziah, Ibu Yus dan ukhti Munirah. Ucap utama oleh Ummi Roses serta ceramah dari ahli ahli panel sangat memberi kesan pada semua yg hadir. Semoga anak anak SMK Sri Keramat , guru guru dan kita semua mendapat hidayah dari Allah SWT.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada akhawat ajk KRJ (Kelab Remaja JIM) Ampang Jaya; ukhti Norakidah, ukhti Faridah Ali, ukhti Halipah dan lain lain yg telah bekerja keras menjayakan program ini. Teruskan usaha yg mulia ini.........
Pihak sekolah juga akan menghubungi kita untuk program seterusya nanti..

Jeriah Manap
KW JIM Ampang Jaya














Wednesday, April 15, 2009

KENYATAAN AKHBAR SMIWI SELANGOR , 14 April 2009

Pengarah Program, Noursilawati & TKWJS, Dr Roohaida

ISLAM JALAN PENYELESAIAN KRISIS AKHLAK DAN EKONOMI

Mengharungi kehidupan dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia apatah lagi di negeri yang maju seperti Selangor memang cukup mencabar. Pelbagai gejala sosial yang menjadi kebiasaan di negara-negara maju sudah pun mewarnai kehidupan kita di sini seiring dengan rancaknya pembangunan fizikal yang sedang berlaku di negara ini. Laporan akhbar baru-baru ini mengenai peningkatan mendadak kadar rogol adalah amat menggerunkan dan tidak seharusnya dipandang sepi oleh mana-mana pihak walaupun mungkin ada yang beranggapan bahawa ini adalah masalah kaum wanita sahaja. Lebih menyedihkan lagi ada yang beranggapan bahawa ia adalah masalah yang lumrah berlaku dalam suasana negara yang ingin mencapai kemajuan ekonomi. Sebarang jenayah yang berlaku walau seremeh manapun harus dilihat sebagai isu masyarakat yang mesti dibanteras agar semua anggota masyarakat boleh hidup dengan selamat dan selesa di mana sahaja mereka berada.
Suasana kebejatan akhlak ini tambah dirumitkan dengan krisis ekonomi yang sedang melanda dunia kini dan masih belum diketahui bila serta bagaimana kesudahannya. Tiada yang terselamat dari kesannya walaupun ada yang cuba menafikan realiti ini. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan terutama di sektor perkilangan dan swasta. Impak krisis ekonomi lebih lagi dirasakan oleh keluarga besar yang hidup di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil. Institusi keluarga juga terkesan dengan kegawatan ekonomi apabila perhatian terhadap anak-anak kurang diberikan akibat ibubapa yang sibuk mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga dengan kos kehidupan yang meningkat begitu mendadak sekali. Krisis ekonomi juga menyumbang kepada meningkatnya kadar jenayah seperti samun, mencuri dan rompak serta tidak kurang juga jenayah kolar putih seperti rasuah dan pecah amanah.
Bagi mengatasi krisis kewangan, begitu banyak pihak tampil untuk mengutarakan pelbagai langkah penyelesaian bagi memulihkan keadaan ekonomi. Begitu juga, setiap kali diumumkan mengenai peningkatan kes jenayah banyak juga pihak yang tampil dengan pelbagai idea untuk mengatasinya. Namun sehingga kini masih belum kelihatan lagi keberkesanannya kerana langkah-langkah yang diambil lebih bersifat reaktif seperti meningkatkan penguatkuasaan undang-undang. Penyelesaian yang sebenarnya perlu merangkumi langkah-langkah pencegahan dan rawatan.
Allah s.w.t telah menggariskan satu cara hidup yang jelas dalam Islam yang merangkumi kesemua aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial dan politik; manfaatnya adalah untuk seluruh manusia dan alam, bukan sekadar untuk orang Islam sahaja. Bukan sahaja isu ekonomi menjadi kerisauan kita, isu sosial juga sepatutnya lebih merungsingkan kita. Satu jalan penyelesaian yang bersifat holistik bermula dari individu dan keluarga adalah perkara asas dalam menghadapi krisis akhlak dan ekonomi ini. Setiap orang perlu berganding bahu dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memulihkan keseluruhan keadaan masyarakat sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur’an dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Selangor bertekad untuk mengajak orang ramai bersama-sama memahami kaedah-kaedah kehidupan yang sudah sedia termaktub dalam Islam. Penghayatan ajaran Islam yang menyeluruh mampu memperkasakan setiap individu untuk membuat pertimbangan yang bijak dalam menghadapi gelombang kehidupan. Kami meyakini bahawa tiada jalan lain lagi bagi kita menghadapi krisis kehidupan yang melanda kini selain dari kembali melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya. Salah satu usaha Wanita JIM Negeri Selangor untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menganjurkan program berikut:

SEMINAR MENANGANI ISU WANITA ISLAM (SMIWI)

“Krisis? Relakslah…Kemelut? Usah kalut…”

pada 26 April 2009 di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.

Program ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:
1. Memberi kefahaman bahawa Islam adalah jalan penyelesaian krisis.
2. Berkongsi panduan untuk menangani krisis dalam kehidupan.
3. Memberi kesedaran mengenai kepentingan memperkasakan diri

Program ini adalah terbuka kepada orang ramai termasuk ahli-ahli NGO Islam lelaki dan wanita, kakitangan kerajaan dan swasta serta pelajar IPT.

Sekian.

Prof. Madya Dr. Roohaida Othman
Timbalan Ketua
Wanita JIM Negeri Selangor
14 April 2009

Tuesday, April 14, 2009

SMIWI 26 Apr 09

BismilLahirrahmanirrahim,

Dengan keizinan Allah swt, Wanita JIM Selangor akan menganjurkan satu seminar dengan kerjasama Pejabat Exco Wanita Selangor seperti berikut.

SEMINAR
MENANGANI ISU WANITA ISLAM
(SMIWI)

“Krisis? Relakslah…
Kemelut? Usah kalut…”

26 April 2009

Auditorium Daeng Chelak,
Muzium Sultan Alam Shah,
Shah Alam.

Anjuran bersama:

Wanita JIM Selangor & Pejabat Exco Wanita Selangor

Objektif program:
• Memberi kefahaman bahawa Islam Adalah jalan penyelesaian krisis.
• Berkongsi panduan untuk menangani krisis dalam kehidupan.
• Memberi kesedaran mengenai kepentingan memperkasakan diri

Siapa yang patut hadir?

Ahli-ahli NGO Islam lelaki dan wanita, kakitangan kerajaan & swasta, pelajar IPT & masyarakat umum.

Ceramah:
Relaks I : Saya ok… Anda?
Ustazah Hajah Maznah Daud

Relaks II: Keluarga Bahagia Antara Realiti dan fantasi
Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)

Relaks III : Bangkit daripada Kemelut Kewangan
Puan Hajjah Rohani Dato Shahir


Tarikh tutup pendaftaran: 23 April 2009

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari
www.jim.org.my

• Sila hebahkan kepada rakan pejabat anda, jiran - jiran anda, saudara mara anda dan masyarakat sekitar.

• Bagi daerah - daerah sekitar Negeri Selangor, boleh juga dapatkan brochure program dari ketua wanita daerah masing - masing.

Terima kasih.

إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب
"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan pengislahan dengan segala kesungguhanku. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya aku kembali" (Hud: 88)

Saturday, April 11, 2009

Program2 T- PSM, APRIL 09

1. QIAMULLAIL
untuk ahli-ahli usrah Modul 03 PIOJ
tempat: PKJ
tarikh: 17 April 2009 (jumaat) - 18 April 2009 (Sabtu)
jam 9.00 malam (Jumaat) - 7 pagi (Sabtu)
usrah ikhwah
fadzil abdullah, mohd esa, zaid johan, wan ahmad nizar, prof awaluddin, tahir ismail
usrah akhawat:
wan fauziah, zahratullaili, faridah ali, ust faridahanom, halipah ali, salmiah basir, junaida ahmad


2. IFTAR KELUARGAJIM Ampang Jaya
tarikh: 30 April 2009,Khamis
tempat: SRIAAKL
menu: akan ditentukan

sekian,
wassalam

dr ahmad sharifuddin
T-PSM JIM Ampang Jaya

Friday, April 10, 2009

NUSYUZ ISTERI


Salam
Diperturunkan sedutan keratskerja Usatz Alias Othman bertajuk : HURAIAN AL-QURAN TENTANG NUSYUZ SUAMI DAN ISTERI : PENGERTIAN DAN PENYELESAIAN, yang dibentangkan semasa Wacana Wanita Keadilan Syariah anjuran Wanita JIM & JAWI pada 26 Mac yang lalu.
Moga tiada akhawat JIM yang tergolong dalam golongan isteri yang nusyuz sebagaimana yang dihuraikan dalam K/kerja ini.
Dr Har

Nusyuz isteri.

واللتى تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن فى المضاجع واضربوهن فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا – النساء 34

Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya”. ...

Nusyuz Isteri.

Nusyuz isteri disebut dalam ayat 34 surah al-Nisa’ di atas. Nusyuz dalam ayat ini bererti derhaka atau ingkar. Oleh itu maksud ayat ini ialah: sekiranya kamu bimbang kederhakaan dan sikap meninggi diri mereka (isteri) daripada mematuhi apa yang diwajibkan Allah ke atas mereka, iaitu mentaati suami, maka ……”. ( Al-Qurtubi: al-Jami`e Li Ahkam al-Quran 5:170)

Nusyuz ialah kederhakaan dan meninggi diri wanita dari mematuhi apa yang diwajibkan Allah ke atas mereka, seperti taat kepada suami. (ibid 5:170). Isteri menimbulkan kemarahan suami (ibid 5:71)

Bagi Prof. Dr. Wahbat al-Zuhaili nusyua isteri ialah kederhakaan wanita terhadap suami dalam perkara yang diwajibkan ke atasnya, sikap saling membenci antara keduanya dan keluar rumah tanpa izin suami. (al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu 7:338) . Isteri meninggalkan rumah dengan tiada sebab syari`e yang membolehkan atau menghalang suaminya memasuki rumahnya sebelum suami memintanya berpindah ke rumah lain (Zuhaili: op.cit 7:790, Dr. Abd Karim Zaidan, al-Mufassal Fi ahkam al-Marah 7:161)

Perempuan nusyuz ialah perempuan yang meninggi diri daripada suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhkan diri daripadanya, mengelak diri dari suaminya, menyebabkan suaminya marah. (Dr, Muhammad `Uqlah: Nizan al-Usrah Fi al-Islam 2:179. al-Sayuti: al-Dur al-Mantsur Fi Tafsir al-Ma’tsur 2:521. Ibn Katsir: Tafsir al-Quran al-Azim 1: 492. Abd. Rasyid Reda, Tafsir al-Manar 3:72-73) . Pandang rendah terhadap suami, tidak mentaati perintahnya. (ibid).

4.1. Bila isteri dianggap nusyuz.

Isteri dianggap nusyuz apabila tanda-tanda nusyuz. Nusyuz isteri ditandai oleh dua perkara. Pertama melalui perbuatan dengan menjauhkan diri, bermasam muka dan enggan ketika dipanggil. Semua ini berlaku setelah sebelumnya dia bersikap mesra. Kedua melalui perkataan seperti berintraksi dengan suamu dengan perkataan yang kasar, ia berlaku setelah sebelumnya dia bercakap lembut. (Prf. Dr. Wahbat al-Zuhaili: op.cit 7:338).

Huraian-huraian ini cukup untuk memahamkan kita maksud nusyuz isteri.

4.2. Isteri salihah tidak nusyuz.

Sekiranya isteri itu tergulung dalam lingkungan wanita salihat dia tidak akan nusyuz. Ayat di atas menyatakan wanita salihah ialah yang taat قانتات kepada Allah, memelihara diri dengan tidak berlaku curang, menjaga rahsia dan harta suaminya حافظات للغيب , kerana Allah telah memelihara mereka. (34 al-Nisa’)

4.3. Tindakan suami jika isteri nusyuz.

Jika isteri nusyuz suami mestilah melakukan tindakan-tindakan berikut: bersabar menghadapi karenah isteri, memberi nasihat, pisahkan tempat tidur, memukul. Jika tidak berjaya, krisis itu dirujuk kepada hakam untuk mencari penyelesaian. Jika ini juga tidak berhasil pilihan terakhir suami, jika dia mahu, ialah menceraikan isterinya dengan talak satu. (34 al-Nisa’)

Perlu diingat sebelum menasihati isteri suami sepetutnya terlebih dahulu mengkoreksi dan melakukan muhasabah diri, mencari di mana kelemahan dan kesalahan diri. Inilah yang adil bagi isteri dan bijak bagi seorang yang diberikan qiwamah dan kelebihan oleh Allah.


NUSYUZ SUAMI

Salam
Untuk rujukan semua , dikongsikan sedutan kertaskerja Ustz Alias Othman bertajuk : `HURAIAN AL-QURAN TENTANG NUSYUZ SUAMI DAN ISTERI : PENGERTIAN DAN PENYELESAIAN ' yang dbentangkan semasa Wacana Wanita & Keadilan Syariah, anjuran Wanita JIM & JAWI pada 26 Mac 2009.
InsyaAllah, semoga tiada antara para suami ahli JIM yang tergolong dalam golongan suami yg nusyuz sebagaimana yang dihuraikan dalam kkerja ini.
Dr.Har

Nusyuz suami.

وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير – النساء 128

“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)....

Nusyuz suami disebut dalam ayat 128 surah al-Nisa’ yang telah dinukilkan di atas.

Berbagai-bagai versi riwayat yang menjelaskan latarbelakang ayat ini diturunkan, antara lain ialah kebimbangan Saudah Binti Zam`ah dia akan diceraikan Rasulullah saw, lantas dia berkata kepada Baginda saw:

janganlah ceraikan saya, kekalkanlah saya (sebagai isteri). Dan berikanlah satu hari giliran saya kepada `Aisyah”.

Rasulullah saw menerima tawaran tersebut lalu ayat ini diturunkan. (al-Qurtubi, op.cit 5:402).

Menurut Ibn Abi Malikah ayat ini menolak pandangan sesetengah orang bahawa apabila seorang lelaki telah menghabiskan usia muda seorang wanita dan setelah tua lelaki terbabit tidak lagi berhak menggantikannya dengan wanita lain (Ibn `Arabi, Ahkam al-Quran.1:504, Qurtubi, op.cit 5:404). Beliau melihat isu ini positif kerana Allah telah memberi satu jalan keluar di saat tiada pilihan bagi lelaki yang tidak lagi mahu mengekalkan status isterinya sebagai isteri.

Sewaktu ditanya mengenai maksud ayat ini Ali karramalLahu wajhah berkata: seorang lelaki punya perempuan di bawah tanggungannya (isteri), dia tidak lagi tertarik kepadanya oleh kerana susuk tubuhnya, usianya yang telah tua, akhlaknya yang buruk atau kecacatannya. Wanita itu tidak mahu dia diceraikan, jika dia memberikan kepada suaminya sesuatu, harta atau hari gilirannya dia boleh melakukannya”. (Said Hawa, al-Asas Fi al-Tafsir 2:1195).

Dalam ayat ini terdapat dua istilah: nusyuz نشوز dan `ie’radh اعراض . Nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri, tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya. `ie’radh kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (said Hawa, ibid 2:1194)

Dalam mentafsirkan ayat ini al-Qurtubi menjelaskan bahawa sekiranya isteri berpendapat suaminya akan bersikap nusyuz (ingkar dan menjauhkan diri) atau ‘ie`radh (tidak bertegur sapa dan tidak bermesra) dia bolehlah menawarkan suluh kepada suaminya. Suluh boleh berlaku melalui tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan. Suluh juga berlaku melalui tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain (al-Qurtubi, op.cit 5:423-424)

Isunya, jika isteri menawarkan suluh dan dierima suami atau suami menawarkan suluh dan diterima isteri. Namun jika isteri tidak menawarkan suluh atau isteri tidak menerima tawaran suluh suami dan isteri juga tidak nusyuz, dalam keadan ini suami wajib berlaku adil dan memberikan semua hak isteri dan melaksanakan semua kewajipannya sebagai suami.

Dari perbincangan ini dapat dirumuskan bahawa suami juga melakukan nusyuz. Suami dianggap nusyuz apabila dia cuai dalam melaksanakan kewajipan rumahtangga. Menurut Muhammad Qutb dan Dr. Muhammad `Uqlah kalau isteri dianggap telah nusyuz apabila dia derhaka kepada suami, tidak menunaikan kewajipan dan keluar rumah tanpa izin suami maka suami juga boleh dianggap telah nusyuz apabila dia enggan memberi nafkah kepada isteri. (Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 128 dan Dr. Muhammad `Uqlah, Nizam al-Usrah Fi al-Islam 2:184)

Dr. Mustafa al-Khin menganggap suami nusyuz apabila pengabaian dan keengganan berlaku di dipihak suami dengan dia tidak menunaikan giliran, tidak memberi nafkah, bertindak kasar dengan perkataan atau perbuatan. (Mustafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji2;105).

Penjelasan-penjelasan ini cukup untuk meyakinkan kita bahawa suami juga berlaku nusyuz dan memahamkan kita apa maksud nusyuz suami.

5.1. Bila suami dianggap nusyuz.

Suami nusyuz bolehlah ditakrifkan sebagai: suami yang enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri. Hak spiritual isteri ialah komunikasi yang baik, memenuhi kepuasan seksual, memberi pendidikan agama, dicemburui dan adil antara para isteri, tidak dihina dan dikasari. Hak material isteri ialah maskahwin, nafkah dan mut`ah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri. (al-Qurtubi, op.cit 5:422-324, Dr. Muhamad `Uqlah, op.cit 2:84, Muhammad Qutb, Syubhat Haula al-Islam 124).

5.2. Tindakan isteri jika suami nusyuz.

Jika suami nusyuz isteri mestilah bersabar. Memperingatkannya tentang kewajipan husnu al-mu`asyarah seperti disedut dalam ayat 18 surah al-Nisa’ وعاشروهن بالمعروف . Memperingatkannya hadis Rasulullah yang menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله. Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap Istari.

Jika ini tidak berjaya isteri berhak membawa kesnya kepada kadi untuk dia mendapatkan semua haknya, kerana kadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak dan kerana isteri tidak berdaya mendapatkan haknya tanpa kuasa kadi.

Kadi bertanggungjawab memaksanya menyempurnakan hak isteri dan menghentikan kezalimannya.

Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya dan bertindak memukul dan memaki hamun kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir ke atasnya.

Jika ini juga tidak berhasil hakam hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan suluh. Jika usaha suluh juga gagal, penyelesaian terakhir ialah cerai.

DAURAH PENGUASAAN BAHAN 3, 12 April 09

DAURAH PENGUASAAN BAHAN
KALI KE-3


12 APRIL 2009

Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa
(berdekatan dengan stesen LRT Putra, Setiawangsa)

9pagi - 5petang

Pengisian: Tafsir Surah Al-Falaq & surah al-Ikhlas

Penyampai: Ustaz Ariff

Sasaran: Semua Nuqaba' yg membawa usrah pelajar IPT
(Selangor, KL, N9 dan Melaka)


Anjuran: JIM IPT, KARISMA & KONSIS


..:Sebarang pertanyaan, sila merujuk kpd ana, Khairul Fadhli di talian 013-3554342:..




KHAIRUL FADHLI B ISMAIL
SU Kerja JK IPT
(Full timer JIM IPT & KARISMA)
SUA KARISMA Nasional 09
JK HEK KARISMA Nasional 09

JOM DERMA DARAH! 25 April 09

Assalamualaikum wrb

Sukacita dimaklumkan Kempen Menderma Darah anjuran JIM Pusat dengan kerjasama Pusat Darah Negara, akan diadakan pada;

Kempen Menderma Darah
Tarikh : 25hb April 2009
Masa : 10pagi - 3.00petang
Tempat : Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati


Kempen ini mensasarkan 45 orang penderma darah pada hari tersebut bagi mencapai target PDN untuk mengumpul 110,000 unit darah tahun ini. Peningkatan jumlah pengguna & penerima darah saban hari memerlukan lebih ramai penderma darah dari kalangan rakyat Malaysia.

Jika anda merupakan individu yang sehat tubuh badan dan layak untuk menderma, datang beramai-ramai dan menderma kurang 10% daripada isipadu darah jangkaan.

Untuk mendaftar sebagai penderma, sila hubungi Khadijah ditalian 03-4108 9669 atau khadijah.azman@yahoo.com

"Menderma Tanggungjawab Kita Bersama"



IBU PEJABAT JIM

Thursday, April 9, 2009

Forum Dakwah Harmoni pada Masyarakat Thionghua di Malaysia, 24/04/09



Salam,

Harap dapat datang beramai-ramai untuk menimba ilmu berdakwah pada masyarakat Tiong Hua. Rata-rata jiran & kawan sepejabat/kenalan kita yang berbangsa Tiong Hua perlu di dakwahkan . Hadir ke Forum ini dan dapatkan beberapa tips bila berdepan mereka yang sekian lama kita kenali tapi segan untuk menyantuni.

JKD Ampang Jaya memanjangkan jemputan ini kepada semua - ahli & rakan JIM. Sila hadirkan diri untuk menimba satu lagi Ilmu. Penceramah yang diundang ini sememangnya “POWER” & mari kita dengar sendiri dari mereka yang berbangsa Tiong Hua; Pengalaman & Sejarah mereka kembali kepada Fitrah- Agama Suci ISLAM.

Ikhwah & Akhawat, mungkin tanpa kita sedari kenalan Tiong Hua kita ada yang dah lama menaruh minat terhadap Islam, marilah kita menyeru mereka tanpa prejudis!. Sesungguhnya Allah telah memberikan kita peluang ini, terpulang kepada kita untuk merebutnya….

Salam perjuangan!, Wassalamu alaikum .

Noorazian anidin-JKD JIM AJ.

BENGKEL WANITA UNGGUL , 11 April 2009

Assalamualaikum wbt..

BENGKEL WANITA UNGGUL:

" WANITA & POLIGAMI: MEMBINA MINDA POSITIF & MEMAHAMI HAK-HAK ISTERI"

11 April 2009 (Sabtu)

9.30 pagi-12.00 tengahari

Dewan Nurul Yaqeen, Wangsa Maju

Penceramah:

YBHG Prof Madya Dr Raihanah Abdullah,

Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Objektif:

  1. Memberi pendedahan kepada kaum wanita tentang isu-isu yang berkaitan dengan poligami dalam membantu meningkatkan pengetahuan dan memahami hak-hak wanita supaya peserta dapat membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat.
  2. Memupuk pemikiran positif di kalangan kaum wanita dalam usaha mengangkat martabat diri mereka dalam mendepani cabaran semasa.
Tentatif program:
9.30 pagi -Pendaftaran dan minum pagi
9.45 pagi -Ketibaan penceramah
10.00 pagi -Bengkel Wanita Unggul:WANITA & POLIGAMI: MEMBINA MINDA POSITIF & MEMAHAMI HAK-HAK ISTERI" oleh Prof Madya Dr Raihanah Abdullah, Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
11.45 pagi -sesi soal jawab
12.00 tengahari- Majlis bersurai
Kepada yang berminat, harap dapat berikan nama kepada ibu pejabat atau menghubungi sekretariat bengkel 03-41422902 (Pn Norbaiti)
Semoga bengkel ini dapat memberikan kita ilmu berkaitan poligami.

Sunday, April 5, 2009

KENYATAAN MEDIA - Sah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Ke-6

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Jumaat 3 April 2009

Sah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Ke-6

Pada hari ini Malaysia mendapat Perdana Menterinya yang keenam. Peralihan kepemimpinan berjalan dengan lancar. Proses kerajaan mencari rentak baru selepas gegaran pilihanraya umum 2008 masuk ke fasa yang baru.

Umum akan mengucapkan tahniah dan menyambut baik Perdana Menteri yang baru. Apa jua tanggapan lalu biasanya digantung untuk memberi peluang PM baru menetapkan gaya dan dasar kepemimpinannya.. Inilah peluang memisahkan diri dari sejarah lampau dan menempa lembaran baru.

JIM berharap Datuk Seri Najib menjalankan pemerintahan dengan adil berlandaskan matan dan semangat Perlembagaan. JIM ingin mengingatkan bahawa Perlembagaan itu telah meletakkan kedudukan yang tinggi kepada agama Islam sehingga hanya dengan memelihara agama Islam perlembagaan negara dapat dilaksanakan. Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan dirinya sebagai “undang-undang utama Persekutuan” [Perkara 4 (1)] mengukuhkan lagi kedudukan Islam kerana terkandung di dalam Perlembagaan itu, dan disebut terlebih dahulu bahawa, “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan..” [Perkara 3 (1)]. Menurut Perlembagaan, “kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong...dan kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri” [Perkara 39]. Oleh itu Perdana Menteri sebagai ketua jemaah menteri, hendaklah menjalankan pemerintahan dengan memenuhi sumpah DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk “...taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri …mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam..” [Jadual 4 Bahagian 1]. Oleh itu JIM berpandangan wajarlah Datuk Seri Najib menjadikan Islam sendi kepemimpinannya.

Melafazkan sumpah dengan menyeru nama Allah tiga kali adalah pengalaman yang syahdu. Ia mengingatkan tanggungjawab yang dipikul tidak dikongsi dengan orang lain. Itulah sebabnya para khalifah sentiasa memulakan pemerintahan mereka dengan mencari orang yang boleh membetulkan mereka jika mereka tersilap. Omar al-Khattab, khalifah yang kedua amat bersyukur ada sahabat yang sedia membetulnya walau dengan pedang. JIM mengesyorkan Datuk Seri Najib juga membuka ruang syura (consultation) yang luas dan mendengar teguran rakyat tanpa saringan.


Datuk Seri Najib mengambil alih teraju negara dalam suasana cabaran yang besar. Cabaran kemelesetan ekonomi dunia harus ditangani dengan mencari penyatuan kehendak politik (political will), kerjasama dan pelaksanaan langkah-langkah pemulihan yang adil. Cabaran kepada kewibawaan diri Datuk Seri Najib sendiri, seperti yang berhubung dengan urusan pembelian kapal selam Scopene, isu yang dikaitkan dengan kes Altantuya dan isu cubaan rasuah politik di Perak, hendaklah dijawab dengan menghilangkan sebarang rasa sangsi rakyat.. JIM mengesyorkan Datuk Seri Najib menjelaskan melalui saluran yang ada seperti di mahkamah atau kepada suatu suruhanjaya bebas. Berdiam diri atau mengambil tindakan menekan (suppression or repression) akan hanya mengesahkannya di dalam pemikiran rakyat.

Semoga Allah membimbing Datuk Seri.


Zaid Kamaruddin

Presiden

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia