Salam
Nusyuz isteri.
واللتى تخافون نشوزهن فعظوهن واهجروهن فى المضاجع واضربوهن فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا – النساء 34
Dan wanita-wanita yang kamu bimbang nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya”
Nusyuz Isteri.
Nusyuz isteri disebut dalam ayat 34 surah al-Nisa’ di atas. Nusyuz dalam ayat ini bererti derhaka atau ingkar. Oleh itu maksud ayat ini ialah: sekiranya kamu bimbang kederhakaan dan sikap meninggi diri mereka (isteri) daripada mematuhi apa yang diwajibkan Allah ke atas mereka, iaitu mentaati suami, maka ……”. ( Al-Qurtubi: al-Jami`e Li Ahkam al-Quran 5:170)
Nusyuz ialah kederhakaan dan meninggi diri wanita dari mematuhi apa yang diwajibkan Allah ke atas mereka, seperti taat kepada suami. (ibid 5:170). Isteri menimbulkan kemarahan suami (ibid 5:71)
Bagi Prof. Dr. Wahbat al-Zuhaili nusyua isteri ialah kederhakaan wanita terhadap suami dalam perkara yang diwajibkan ke atasnya, sikap saling membenci antara keduanya dan keluar rumah tanpa izin suami. (al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu 7:338) . Isteri meninggalkan rumah dengan tiada sebab syari`e yang membolehkan atau menghalang suaminya memasuki rumahnya sebelum suami memintanya berpindah ke rumah lain (Zuhaili: op.cit 7:790, Dr. Abd Karim Zaidan, al-Mufassal Fi ahkam al-Marah 7:161)
Perempuan nusyuz ialah perempuan yang meninggi diri daripada suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhkan diri daripadanya, mengelak diri dari suaminya, menyebabkan suaminya marah. (Dr, Muhammad `Uqlah: Nizan al-Usrah Fi al-Islam 2:179. al-Sayuti: al-Dur al-Mantsur Fi Tafsir al-Ma’tsur 2:521. Ibn Katsir: Tafsir al-Quran al-Azim 1: 492. Abd. Rasyid Reda, Tafsir al-Manar 3:72-73) . Pandang rendah terhadap suami, tidak mentaati perintahnya. (ibid).
4.1. Bila isteri dianggap nusyuz.
Isteri dianggap nusyuz apabila tanda-tanda nusyuz. Nusyuz isteri ditandai oleh dua perkara. Pertama melalui perbuatan dengan menjauhkan diri, bermasam muka dan enggan ketika dipanggil. Semua ini berlaku setelah sebelumnya dia bersikap mesra. Kedua melalui perkataan seperti berintraksi dengan suamu dengan perkataan yang kasar, ia berlaku setelah sebelumnya dia bercakap lembut. (Prf. Dr. Wahbat al-Zuhaili: op.cit 7:338).
Huraian-huraian ini cukup untuk memahamkan kita maksud nusyuz isteri.
4.2. Isteri salihah tidak nusyuz.
Sekiranya isteri itu tergulung dalam lingkungan wanita salihat dia tidak akan nusyuz. Ayat di atas menyatakan wanita salihah ialah yang taat قانتات kepada Allah, memelihara diri dengan tidak berlaku curang, menjaga rahsia dan harta suaminya حافظات للغيب , kerana Allah telah memelihara mereka. (34 al-Nisa’)
4.3. Tindakan suami jika isteri nusyuz.
Jika isteri nusyuz suami mestilah melakukan tindakan-tindakan berikut: bersabar menghadapi karenah isteri, memberi nasihat, pisahkan tempat tidur, memukul. Jika tidak berjaya, krisis itu dirujuk kepada hakam untuk mencari penyelesaian. Jika ini juga tidak berhasil pilihan terakhir suami, jika dia mahu, ialah menceraikan isterinya dengan talak satu. (34 al-Nisa’)
Perlu diingat sebelum menasihati isteri suami sepetutnya terlebih dahulu mengkoreksi dan melakukan muhasabah diri, mencari di mana kelemahan dan kesalahan diri. Inilah yang adil bagi isteri dan bijak bagi seorang yang diberikan qiwamah dan kelebihan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment