Perdana Menteri Ismail Haniye juga secara peribadi menyampaikan salam dan mendoakan kita semua.
JZKK kepada semua penyumbang yang memungkinkan infaq ini dapat dilaksanakan.
Berita berkaitan :
Universiti Gaza Rayu Bantuan
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Universiti Islam Gaza yang musnah dalam serangan udara Israel pada Disember tahun lalu merayu bantuan untuk ia dibangun semula.
Pengarah Lembaga Amanah Raya universiti itu, Dr Jamal Naji El-Khoudary berkata sebanyak US$15 bilion diperlukan untuk membangunkan semula dua bangunan utama yang musnah teruk akibat serangan tersebut.
Beliau berharap masyarakat di Malaysia dapat memberikan bantuan atas dasar kemanusiaan supaya penduduk Palestin dapat bersaing dengan rakyat Israel yang kini menguasai bidang ekonomi di Gaza.
Beliau menghadiri program mengingati Peristiwa An-Naksah anjuran Pusat Kecemerlangan Palestin di Ibu Pejabat Jamaah Islah Malaysia, di sini hari ini.
Peristiwa An-Naksah atau Perang Enam Hari berlaku pada 5 Jun 1967 yang menyaksikan Israel melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas Mesir, Jordan dan Syria secara serentak yang berakhir selama enam hari.
"Bantuan yang diperlukan adalah supaya kami dapat membeli peralatan makmal yang telah musnah serta membantu pelajar-pelajar untuk membayar yuran pengajian," kata Jamal Naji.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau dengan menghubungi ibu pejabat JIM di talian 03-41089669.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment