Islah & Wanita Gemilang

Friday, July 3, 2009

BANTULAH SAUDARA MU

Salam

Semua Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi dan dirahmati Allah.

Salah seorang dari anak kita dan ahli aktif KARISMA yang telah menghadiri PERKASA 2009 (Pemimpin Pelapis JIM) dan MISI 2009 telah diuji oleh Allah dengan kemalangan yang serius .

Akh tersebut, Uzair Bin Zulkifli, pelajar Politeknik Port Dickson, merupakan penerima anugerah peserta cemerlang MISI'09 - kemalangan apabila hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan. Kini Akh Uzair ditempatkan di Hospital Selayang, telah menjalani pembedahan akibat patah lutut dan perlu menjalani pembedahan lanjutan . Beliau terpaksa menunggu lama untuk pembedahan selanjutnya (terlalu ramai pesakit) di Hospital Selayang

Kos pembedahan pertama sebanyak RM 2,000.00.

Ana menyeru semua ikhwah dan akhawat untuk menghulurkan bantuan dan sokongan sebagai penzahiran ukhuwah fillah bagi meringankan dugaan ditanggung beliau dengan

1. menyumbang melalui tabung KARISMA

di bawah nama Nur Idayu Abd Rahman,

AKAUN MAYBANK: 114160842669
AKAUN BANK ISLAM: 12-038-02-523254

2. menghantar sms sebagai pendorong & memberi semangat kepada Akh Uzair (013-3718156) dan menziarahi beliau.

Sila maklumkan sumbangan antum terus kepada Nor Idayu (019-2273155) untuk rekod.

Ayuh Ikhwah dan akhawat jangan tunggu lagi. Hulurkan bantuan segera.

Semoga Allah merahmati ,memberkati dan mengganjari sumbangan dan usaha kita.


Sahrim Haji Ahmad
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Kebajikan JIM

No comments:

Post a Comment