Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, July 21, 2009

Salam dari FAMSY South Australia

Salam ikhwani fillah~

Semoga sentiasa cergas2 di jalan dakwah.
Kesempatan yang ada ana nak mengirim khabar berita amal kami di sini. Alhamdulillah bumi Australia amart subur dengan Islam dan masih memerlukan ramai lagi staf2 dakwah dan tarbiyah.

Kami baru selesai Winter Retreat yang sangat sejuk tapi hangat di Newcastle pd 6-12 Julai bersama ikhwah dan akhawat dari hampir semua negeri di OZ ni. Alhamdulillah pencerahan yang disampaikan Dr Kamarus Salam sangat berharga bagi kami untuk beramal di bumi kangaroo ini. Ada ikhwah UK juga yang memeriahkan retreat kami. Jzkk ikhwah...kerana memori indah berukhuwah.. sebiru hari ini(lagu tema daurah)...hehe

Pada 13 Julai kami di Sydney menziarahi Presiden Australian Islamic Mission Dr Zachariah Matthew di Punchbowl Musallah. Banyak input dan semangat yang dikutip, juga sempat mendengar tazkirah Dr Salam dalam bahasa Arab kepada sebuah grup halaqah Dr Zach.

Pada 18 Julai di Melbourne kami membantu Ikhwah FAMSY Victoria melaksanakan Konferens Muhammad the Perfect Legacy. Ramai yang hadir termasuk bukan Islam utk mengenali peribadi agung Rasul junjungan SAW. Speaker yang hadir termasuk Sheikh Abd Rahman Al-Helbawi dan Sh Hasan Al-Banna (syukur dapat jumpa the living Hasan AlBanna) dari UK dan local speakers.
Alhamdulillah juga kami sempat , ziarah dan menghadiri dinner dgn ikhwah dari wadah2 spt FAMSY, Australian Islamic Mission, Human Appeal, Wamy Australia. Juga berkenalan dgn akh Singapura, Akhi Raihan Mohd Nawawi yang buat masters in education di Melb.

Most of our journey ke Newcastle, Sydney dan Melbourne dengan drive sejauh 1500 km, 2 minggu membuah satu pengalaman dan hikmah berharga yang perlu diterjemah ke dalam amal di Adelaide.

Jika ada kesempatan, jemput ikhwah akhawat KARISMA menjenguk kami ya... insha Allah rumah buruk kami menanti heheh..Kami dari Adelaide mendoakan semua ikhwah akhawat akan terus komited melaksanakan amal Islami di tanahair tercinta.

Salam perjuangan,

Akhukum fillah,
Safwan
Amir
Federation of Australian Muslim Students and Youth (FAMSY)
South Australia Territory


Family blog www.saffrah.blogspot.com

* Mohd Safwan adalah suami kepada Wan Afrah, ahli JIM AJ, yang juga turut serta menghadiri Winter Retreat '09

1 comment:

  1. Nostalgia kami semasa belajar di bumi down under circa 1985 - 1991. Sempat aktif di dlm FAMSY NSW (sebelumnya dikenali dgn Al-Ittihad & AFAMSA etc).

    Sempat juga berusrah dgn Dr Zach Matthew dan ikhwah local serta menghadiri walimah beliau. Teringat Sheikh Sayyid Qandil yg menikahkan kami di Canberra pd 1988 (bagaimana keadaan beliau?)

    Abah Anas (Bad Latif)

    ReplyDelete