Islah & Wanita Gemilang
Wednesday, July 8, 2009
MEMBINA KELUARGA DU'AT: Perselisihan Pendapat
Rumahtangga bukanlah istana kayangan. Ia adalah satu perkongsian hidup yang menuntut pengorbanan kedua-dua belah pihak.
Sekiranya sebelum berkahwin dulu seseorang boleh berkata, "Ini hidup saya, ikut suka sayalah pukul berapa saya hendak pulang ke rumah, atau hendak berkawan dengan siapa." Bagaimanapun, setelah berumahtangga, keadaan berubah. Ijabkabul menjadikan sebahagian dirinya milik "orang lain".
Perkahwinan membawa bersama-sama tanggungjawab. Namun, perkahwinan juga membawa kebahagiaan dan kegembiraan bagi pasangan yang mampu mengharunginya dengan jaya. Usah harapkan rumahtangga yang tidak ada masalah. Belajar bagaimana untuk menguruskan cabaran yang timbul dalam sesebuah perkahwinan itu.
PERSELISIHAN PENDAPAT
Kata orang tua-tua, "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri." Perselisihan pendapat adalah merupakan sebahagian asam garam kehidupan berumahtangga. Ia sebenarnya adalah proses mencari satu asas kesamaan dalam satu-satu perkara.
Hal ini tidak dapat dielakkan kerana suami dan isteri dibesarkan dalam suasana yang berbeza dan mempunyai pengalaman hidup sebelum berumahtangga yang berlainan. Selain itu, pendidikan yang diterima dan pergaulan juga mempengaruhi cara seseorang berfikir dan melihat sesuatu isu.
Perselisihan pendapat harus dilihat secara positif. Sekiranya dikendalikan dengan baik, perselisihan pendapat boleh membantu sesuatu pasangan mengukuhkan perkahwinan. Melalui perselisihan pendapat, suami dan isteri dapat mencari titik persamaan.
Adalah lebih baik untuk suami dan isteri berselisih pendapat daripada mendiamkan diri dan memendam rasa. Pasangan yang memendam rasa mungkin kelihatan bahagia pada mata umum, namun rasa tidak berpuas hati yang disimpan boleh menjadi bom jangka yang akan meletup satu hari nanti.
Suami dan isteri harus mempelajari teknik yang betul untuk mengendalikan perselisihan pendapat. Bagaimana?
• Tunjukkan kasih sayang
Ingat, perselisihan pendapat bukanlah sesuatu yang negatif. Ia juga bukan merupakan titik penamat perkahwinan anda. Oleh itu, kendalikan perselisihan pendapat dengan penuh kasih sayang.
Nyatakan ketidaksetujuan anda dengan penuh rasa kecintaan. Tentukan pasangan anda mengetahui bahawa walaupun anda tidak bersetuju dengan pendapat atau perbuatannya, anda sayangkannya.
Sekiranya anda ingin menegur perbuatan suami, mulakan dengan kata-kata seperti: "Abang, Ani amat sayangkan Abang. Ani ucapkan terima kasih kerana selama ini Abang amat baik dan menyayangi Ani. Abang, boleh tak kalau Ani menyatakan sesuatu kepada Abang?"
Suami yang mendengar kata-kata sedemikian tahu bahawa isterinya ingin memberikan pendapat demi kebaikan bersama. Dia akan lebih terbuka untuk mendengar pendapat tersebut.
• Gunakan bahasa yang baik
Layani pasangan anda sebagai kekasih – bukan musuh. Gunakan bahasa yang baik. Sekiranya selama ini anda memanggil isteri anda dengan panggilan "Sayang", "Honey" atau "Intan", gunakan panggilan tersebut walaupun anda berselisih pendapat. Perkataan "awak" tidak manis didengar dan lebih bersifat provokatif.
Elakkan ayat-ayat seperti: "Jangan buatkan saya marah!" "Perbuatan awak ini menyakitkan hati saya!" Sebaliknya, gunakan ayat pemujukan dan berbentuk luahan perasaan seperti: "Kalau Abang pulang awal, kita akan ada banyak masa bersama…" atau "Azie rasa seronok apabila bersama Abang. Boleh tak Abang habiskan cuti setiap hujung minggu bersama Azie?"
• Berikan perhatian
Dengar dengan teliti. Cuba fahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Sesekali angguk bagi menunjukkan anda mendengar dan cuba memahami apa yang ingin disuarakan oleh pasangan anda. Sewaktu pasangan anda bercakap, elakkan berfikir bagaimana untuk membalas hujah tersebut. Dengar, dengar dan dengar. Anda bukan di pentas perbahasan dan anda tidak perlu menang dalam perselisihan pendapat dengan pasangan anda.
• Fokus kepada satu isu
Tumpukan perselisihan pendapat kepada satu isu sahaja. Elakkan mengaitkannya dengan isu-isu lain. Lagi banyak isu, bertambah sukar untuk mencari titik persamaan. Elakkan mengaitkan isu tersebut dengan soal peribadi yang tidak boleh diubah. Menyalahkan suami atau isteri kerana dia gemuk, rendah, botak atau latarbelakang keluarganya tidak akan membawa penyelesaian. Sebaliknya, itu akan menjadikannya agresif dan menyerang peribadi anda kembali.
• Baca bahasa gerak badan
Berhati-hati dengan gerak badan anda. Elakkan mencekak pinggang, menuding jari, meninggikan suara dan pandangan tajam. Kesemua ini memberikan gambaran kemarahan anda.
Perhatikan juga gerak badan pasangan anda. Adakah dia menundukkan muka, berdiam diri atau memalingkan muka. Itu mungkin menunjukkan dia sudah tidak berminat untuk berbincang lagi. Mungkin dia kurang senang dengan cara anda.
• Mengalah dan minta maaf
Bersikap rasional. Sekiranya pendapat yang diberikan ada kebenarannya, terimalah. Sekiranya anda bersalah, minta maaf. Suami isteri harus sentiasa membasahkan lidah dengan perkataan "maaf".
Norizan Sharif

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment