Islah & Wanita Gemilang

Thursday, July 23, 2009

Perhimpunan besar-besaran MANSUHKAN ISA ,1 Ogos 2009

Usaha ini memerlukan pengorbanan tenaga dan fizikal utk kita sama-sama menyatakan bantahan terhadap akta kejam ini. Ana menyeru penglibatan seberapa ramai ikhwah dan akhwat untuk turut serta dlm HIMPUNAN ini. Sudah sampai masanya kita mempraktikkan apa yang selalu di bincangkan didalam liqa' usrah mingguan kita.
JOM daftarkan nama.

Sedutan email akh Khalil Khamis, JIM HS

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

Mesyuarat jawatankuasa induk Himpunan MANSUH yang dianggotai pemimpin parti politik, NGO, mahasiswa sepakat menetapkan perhimpunan tersebut jam 2 petang di tiga lokasi utama di Kuala Lumpur - tempat-tempat itu akan dimaklumkan kemudian

Himpunan MANSUH ini diadakan sebagai kesinambungan kempen GMI untuk membela nasib tahanan dan keluarga, dan juga menutup Kem Kamunting, Taiping.

Maklumat berhubung Himpunan ini boleh didapati di blog himpunanmansuhisa.wordpress.com,

Panduan persediaan Perhimpunan MANSUH, 1 OGOS
1) Pakaian yang memudahkan pergerakan
2) T-shir berkolar dan seluar cargo.
3) Kasut sneakers yang sesuai untuk berlari.
4) Topi bulat untuk mengurangkan risiko sunburn.
5) Bawa beg pun yang ringan sahaja supaya mudah bergerak.
6) Tuala untuk lap peluh atau lembabkan muka.
7) Air dalam botol kecil 600ml. Boleh minum atau basuh muka jika terkena gas pemedih mata.
8) Garam halus untuk disapu di kulit muka jika terkena gas pemedih mata.
9) Makanan ringan seperti coklat untuk tenaga segera.
10) Bergerak dalam kumpulan. Ikut line of command.
11) satu barang amat penting- SWIMMING GOGGLES- untuk elak gas masuk mata. Beli yg murah pun tak pe. Beli jgn tak beli, nanti nyesal.
12) digalakkan untuk memakai pakaian warna tema merah hitam bagi menunjukkan solidariti ketika perhimpunan."

Paling penting,Solat Hajat. Mohon perlindungan dengan Allah


No comments:

Post a Comment