Islah & Wanita Gemilang
Thursday, July 16, 2009
Program Puteri : Kelas Memasak
Oleh : Khawlah Sahrim
KUALA LUMPUR - Baru-baru, pada 1 Julai lalu, satu kelas masakan 'resepi istimewa' khas untuk puteri-puteri Ampang Jaya diadakan di sekitar Setiawangsa bermula jam 6.00 petang telah mengamatkan suasana di dapur tersebut.
Kelas yang dihadiri 10 orang termasuk dua chef jemputan dan Pakar Penasihat Di Dapur yang berpengalaman , Ummi Jer turut berkongsi tips untuk diamalkan oleh semua yang hadir.
"Makaroni Cincai Manja" (MCM) merupakan resepi pertama yang dibawa khas oleh Chef Cik Zati Iwani Ismahadi mendapat pujian semua yang hadir.
" Resepi ini saya belajar sendiri daripada kawan saya dua tahun lalu, tetapi saya ubah mengikut citarasa yang saya suka. Bahan-bahan mungkin agak mahal, tapi berbaloi untuk disediakan untuk jamuan, kenduri atau makan beramai-ramai bersama keluarga kerana ia merupakan resepi yang unik dan membangkitkan selera," kata Zati.
Puteri-puteri yang hadir turut menunjukkan bakat-bakat terpendam ketika acara 'merewang' proses penyedian resepi terbabit diriuhkan lagi dengan telatah chef dan Ummi Jer yang banyak memberi nasihat dan pelajaran baru kepada anak-anak puteri untuk panduan masa hadapan.
Ditanya lebih lanjut mengenai nama resepi tersebut, Nur Akmar memberitahu, nama resepi ini diberi secara tidak sedar ketika salah seorang pelajar kelas ini membuat jenaka.
"Tak sangka pula nama ini (MCM) sesuai dengan resepi ini, kami akan ingat sampai bila-bila."
Seterusnya, kelas diteruskan dengan resepi "Puding Karamel Tanpa Telur" yang diketuai oleh Cik Khawlah Sahrim. Walaupun setelah dua jam berhempas pulas menyediakan resepi macaroni, puteri-puteri JIM AJ, tidak jemu dan masih teruja dan bersemangat dengan meneruskan resepi kedua.
Program yang berakhir sekitar 9.30 malam ini diselitkan dengan pelbagai aktiviti lain seperti solat dan makan berjemaah.
Selain itu, Ummi Jeriah ketika ditemubual berkata, beliau begitu gembira dan teruja untuk mengadakan program sebigini di masa akan datang dan mengajak lebih ramai lagi golongan belia untuk turut serta.
"Program seperti ini banyak membantu anak-anak dalam bertukar pandangan dan mempelajari pelbagai kemahiran dan teknik dalam masakan. Ia mampu mencungkil bakat anak-anak muda yang kreatif dan mempunyai kelainan dalam menghasilkan sesuatu yang cukup menyelerakan, " katanya.
Nur Amirah, 22 ketika ketika ditemui berkata, program seperti ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa, selain merapatkan jurang dan menjalinkan ukhwah antara remaja puteri lain, program ini secara tidak langsung memberi kemahiran baru kepada puteri JIM AJ untuk bekalan di masa akan datang sekaligus memberi persepsi baru mengenai corak dan pendedahan tarbiyah yang lebih terkini , menarik, dan versetail. Penganjuran program ini juga adalah satu bentuk pengisian dalam bentuk yang lebih subjektif dan praktikal.
p/s Terima Kasih kepada pihak penganjur, Ummi Jeriah, Pn.Intan & Puan Akmar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment