Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, November 17, 2009

Boycott Israel Walkabout 2, 14 Nov 2009

Isu Palestine sememangnya belum selesai..isu umat Islam isu dunia yang perlu diambil peduli oleh semua terutama sekali oleh umat Islam. Namun kita kebanyakkannya tergolong dalam kumpulan yang akan terasa dan bersama memperjuangkan nasib bumi Palestine dan rakyatnya apabila Negara Palestine diserang oleh Negara Haram Israel dengan kejamnya.

Alhamdulillah di Malaysia kita ada beberapa pertubuhan dan NGO yang gigih dan komited berjuang untuk pembelaan kepada rakyat Palestine dan pembebasan Bumi Palestine.

Satu acara sepanjang masa ialah kempen memboikot 4 produk utama yang menyokong Negara Haram Israel.

Acara yang terkini dijalankan ialah Boycott Israel Walkabout 2 yang diadakan di Sunway Pyramid Shopping Mall yang diadakan oleh COMPLETE, Coalition of Malaysian NGOs against Persecution of Palestinians.


Alhamdulillah...selepas lebih dari 20 tahun..inilah kali pertama mencecah kaki semula ke ice skating rink...takut..tapi berpeluang juga bermain walau hanya bersandarkan dinding dinding...Terimakasih pada COMPLETE yang menyediakan ruang ini yang punya banyak kelebihannya..dapat berbuat kerja amal, beriadah, bergembira dan muhibbah..juga menonjolkan kita yang berkempen untuk membantu Perjuangan rakyat Palestine.

Perjuangan yang tidak tertumpu atau terikat dengan satu atau dua cara sahaja..malah bermacam-macam dengan cara yang kreatif dan tersendiri...jauhi lambang "Mc D" itu..nampak reflect lambang itu di atas ice..terjatuh Asiah di situ...Banyak lagi sumber restoran makanan segera yang boleh kita pilih. Buat masa ini, inilah cara yang paling mudah untuk kita membantu..boikot Mc D!!!

Anak remaja yang prihatin, yang masih memerlukan ruang untuk meluahkan rasa, bergembira dan santai, ini peluang baik untuk mereka bersama sekumpulan manusia yang lain yang berjuang untuk satu tujuan...Siapa kata remaja Islam tidak boleh berseronok begini sekali sekala...

Tolong menolong dalam kesusahan dan kepayahan...jatuh bangun bersama...

Romantisnya.....Pasangan bahagia dengan niat dan tujuan yang sama..berjuang untuk pembebasan rakyat dan bumi Palestine...


gadoh, gadoh jugak...tapi kesian juga kakak pada si adik....begitulah hendaknya sikap dan sifat pada semua manusia dan makhluk Allah..moga tiada sifat zalim dalam diri..sentiasa berbelas kasehan sesama insan, sentiasa berjuang membela org yang di dalam kesusahan..


Tanpa mengira agama, bangsa, negara, warna kulit mahupun corak dan cara berpakaian...kita tetap bersaudara...di mana saja kita berada...sayangi dan bersifat belas kasihan pada semua..entah berapa kali asiah jatuh dan terpaksa dibangunkan oleh berbagai jenis orang yang sama berice skating...


Ini wajah-wajah kumpulan dari JIM Ampang Jaya yang turut sama mewarnai kempen pada hari tersebut...


They were all so happy together, having fun....but for a good cause..."UNTUKMU PALESTINE!!!!"


Lagi aksi peserta..sesiapa sahaja dapat membaca dengan jelas mesej yang tertera di baju t yang dipakai...

~ ummu asiah ~

Begitu mudah membuat pembayaran dan pembelian di JIM E-Bazaar!!!..boleh beli buku, renew keahlian dan bermacam lagi!!!.
Layari: http://www.jim.org.my/e-bazaar/
JIMat masa, JIMat tenaga dan JIMat BELANJA!!!..tiada alasan lagi, semuanya ada di JIM E-BAZAAR!!
Cubalah!!

No comments:

Post a Comment