Islah & Wanita Gemilang

Monday, November 9, 2009

MEMAHAMI TINGKAHLAKU REMAJA - Kau & Aku berbeza!!! , 13 Nov 2009

Fasa pendidikan anak-anak terbahagi kepada tiga seperti yang disarankan oleh Saidina Ali.

Fasa pertama adalah semasa usia anak-anak 1 - 7 tahun. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melalui bermain.
Fasa kedua, semasa usia anak-anak diantara 7 -14 tahun. Peringkat ini, anak-anak perlu dididik dengan cara disiplin. Penekanan tentang solat amatlah penting dan ibu bapa perlu mengajak anak-anaknya mendirikan solat, bukan menyuruhnya solat. Begitulah sunnah yang diajarkan Rasulullah. Mereka boleh dipukul dengan pukulan yang tidak mencederakan bagi tujuan mendidik.
Fasa ketiga ialah apabila usia anak-anak mencecah 14 tahun dan seterusnya. Anak-anak pada masa ini perlu menjadi kawan kepada ibu bapa. Sebagai seorang kawan, minatnya harus di raikan. Pendapatnya perlu didengar dan rahsianya perlu dijaga. Namun, tidak bermakna perbuatan yang salah perlu dibiarkan. Teguran membina sangat diperlukan selain doa berterusan agar anak-anak menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah s.w.t.


Sifat tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi, perlu diterapkan dalam diri anak-anak bermula di rumah. Kebergantungan semata-mata kepada pihak sekolah perlu dielakkan. Kejayaan seorang anak tidak boleh hanya dilihat kepada pencapaian akademiknya.
Bagi anak yang potensinya dalam bidang kemahiran seperti masakan atau kimpalan, kejayaan perlu diukur kepada kualiti hasil kerja tangan mereka. Kecemerlangan juga boleh diperolehi apabila potensi diri anak-anak dapat dibangunkan mengikut minat dan kehendak masing-masing selagi ianya berada di landasan yang benar.

Kecantikan akhlak dan ketinggian budi pekerti semestinya menjadi pelengkap kepada kecemerlangan yang diharapkan.

Cikgu Siti


Jom ke program dibawah untuk mendengar kupasan menarik dari penceramah yang tidak asing lagi mengenai Isu-isu IBUBAPA & REMAJA, yang berbahagia Ustaz Alias Othman.
Moga bermenfaat dan menjadi panduan berguna bagi kita ibubapa dalam menyantuni anak-anak remaja



MEMAHAMI TINGKAHLAKU REMAJA - Kau & Aku berbeza!!!
Ust Alias Othman

JUMAAT, 13 NOVEMBER 2009
d DEWAN PIBG, SRIAAKL

8.15 isya' bersama
8.45 ceramah

anjuran
PIBG,SRIAAKL

dengan kerjasama

Tadika Amal/Amal Hidayah
JK Pembangunan Keluarga & Kebajikan JIM AJ

MARI LUANGKAN MASA MENDAPATKAN TIPS-TIPS BERGUNA.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI
!!

No comments:

Post a Comment