Anak-anak perlu dijelaskan matlamat hidup,
sejarah asal usul kejadian dan aku janji yang telah dimeterai semasa di alam roh untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t. Penjelasan dikukuhkan dengan khabaran Allah Azza Wajalla yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Al-Karim.
Kebenaran proses penciptaan manusia oleh al-Quran lebih seribu empat ratus tahun dahulu, akhirnya telah diakui oleh penemuan Sains khususnya dalam bidang ambriologi yang baru menemuinya menerusi teknologi canggih menjelang abad ke dua puluh. Subhanallah......
Cinta adalah suatu anugerah dari Tuhan. Impak cinta kepada diri manusia ialah sama ada cinta akan menjadikan seseorang itu manusia yang terbaik ataupun sebaliknya. Seks pula adalah keperluan hidup manusia yang juga diberikan Tuhan bagi menjamin kesinambungan zuriat keturunan manusia di muka bumi ini. Kedua-dua hakikat cinta dan seks ini sering disalah tafsir oleh remaja hingga akhirnya memberi kesan kepada permasalahan sosial termasuklah seks bebas, kehamilan luar nikah, pengguguran tidak selamat dan pembuangan bayi. Pengajaran-pengajaran dambil dari Rumah Perlindungan RS sebagai teladan kisah benar dalami usaha pencegahan di peringkat awal.
Kesan cinta yang tidak diurus dengan betul boleh mengundang padah. Berzina seringkali menjadi natijah daripada kekeliruan antara cinta dan seks. Selain daripada azab Tuhan yang menanti di akhirat, bala Allah secara terang-terangan sampai kepada manusia menerusi jangkitan penyakit kelamin atau STD kepada penzina malahan boleh menjangkiti pasangan (isteri) dan anak yang tidak berdosa. Contoh-contoh penyakit kelamin seperti AIDS,
siphylis, gonorrhea, genital herpes, genital wart dan lain-lain
Bercinta dan keluar dengan pasangan adalah perkara biasa bagi remaja hari ini. Tidak hairan, hasil soal selidik mendapati 44% daripada peserta yang hadir, sedang bercinta. 69% yang sedang bercinta ini, keluar dengan pasangan masing-masing. Inilah diantara jalan-jalan yang membuka ruang kepada penzinaan. Lebih menyedihkan, 3% daripada mereka telahpun berzina. Begitulah hakikatnya senario percintaan remaja pada hari ini.
Melalui program ABJZ didapati, setiap sekolah mahupun IPT yang dikunjungi pasti ada saja remaja yang telah berzina. Paling menggerunkan, IPT yang menyediakan tenaga graduan yang bakal mendidik anak bangsa, juga tidak terkecuali dari permasalahan ini.
Cikgu Siti
No comments:
Post a Comment