Islah & Wanita Gemilang

Thursday, February 26, 2009

IFTAR KELUARGA 26 Feb 09

assalamualaikum warga jim ampang jaya

KHAMIS 26 FEBRUARI 2009,

IFTAR KELUARGA
JIM AMPANG JAYA

AKAN DIADAKAN DI
SEK REN ISLAM AL-AMIN KUALA LUMPUR

SEMUA DIJEMPUT HADIR


MENU- MUHAIMIN SPECIAL

PASTIKAN ANDA HADIR BERSAMA KELUARGA

WASSALAM

DR AHMAD

Tuesday, February 24, 2009

Wacana Wanita & Krisis Ekonomi Global , 28 Feb 09

Assalamualaikum wbt..
Buat julung-julung kalinya
Wanita Pusat
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
akan mengadakan

WACANA WANITA & KRISIS EKONOMI GLOBAL:

CABARAN, HARAPAN DAN SARANAN

pada
28 Februari 2009 (Sabtu)
masa
9.00-12.30 tengahari
bertempat
Pusat Khidmat Rakyat YB Azmin Ali, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.
Datanglah beramai-ramai jika ingin mengetahui mengenai:
  1. krisis ekonomi global semasa - apa, mengapa, siapa terlibat.
  2. kesan dan impak krisis ekonomi global kepada masyarakat, keluarga & wanita
  3. strategi mengatasi impak negatif krisis kepada diri, keluarga dan masyarakat sekitar.

Masa

Tentatif aturcara

9.00 pagi

Pendaftaran & Sarapan

9.30 pagi

Kata-kata aluan & kenyataan media - Ketua Wanita JIM Pusat, Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj

10.00 pagi

Sesi interaktif (1) : Krisis Ekonomi Global - apa yang wanita harus tahu? Prof Dr Nazari Ismail (UM)

10.40 pagi

Sesi interaktif (2): Impak Krisis ekonomi global kepada wanita dan keluarga ( Cik Nadiah - Hijrah Wealth Management Sdn Bhd)

11.20 pagi

Rumusan & Saranan: Dr. Ahmad Zainuddin (Pengerusi JK Ekonomi, JKP JIM)

12.00 tengahari

Sesi Soal Jawab

12.30 tengahari

Bersurai

Datanglah beramai-ramai.
Untuk maklumat lanjut / pendaftaran, hubungi pejabat di talian 03-41073379 (Nazirah/Murni)


RSP d UIAM Gombak, 19 Feb 09

Salam,

Siri ceramah Palestin BI,di UIA,Gombak

TITLE : The Story of the Crisis in Palestine
DATE : 19th February, 2009
TIME : 9p.m - 11p.m
VENUE: Experimental Hall, International Islamic University Malaysia.
Speakers: Ukhti Noriah Idris(JIM Gombak) ,Noorazian Anidin(JKPA/PACE)

Alhamdulillah, the talk by the first speaker, Ukhti Noriah was on the History of Palestine - understanding of the history & how it all began. She elaborated on the history from the Islamic perspective , since the time of prophet Abraham through to his descendants who first came to Jerusalem.

"Bani Israel" was tested by Allah & had proven to be disobedient & unfaithful to their leaders. Allah had cursed them twice as mentioned in the Qur'an.The crisis of the holy land of Palestine was started by the European Jews with Zionist ideology.

I continued with "Palestine the land of peace & prosperity" under the rule of the Islamic leaders.(A video was shown on how beautiful & peaceful this land was !) .They were shown how Palestine was later divided into two states. The British Mandate lead to further confiscation of Palestinian land by the Zionists.

This was followed by The Arab-Israel war and The OSLO agreement which had put the entire Arab-Muslim world under shame! This had caused the Palestinians to be in the state of catastrophic human disaster!....the apartheid wall..the GAZA Blockade ...purely dramatic humanitarian crisis! Last but not least,recommendations were put forward on how to address the issue.
During the Q&A session, a brother from Malawi stood up & shared his opinion & thanked PACE for giving a clear overview on the Palestinian crisis.He was concerned about his fellow Muslims back home & wished we could be of further assistance in providing information for him to bring back to his country. We promised to further discuss his concern on another date.

Brother Mustafa from the Ma'aruf club suggested that we work together with the "Rabbi" group who had made strong protests against the Palestinian Oppression.
The talk was also attended by Ukhti Che Zainon Embong (JIM Gombak) & Ukhti Azian Arifin (JIM Ampang Jaya).We had a good round table discussion after the talk with the committee members of Maaruf Club,IIUM. InsyaAllah there will be more talks in the pipeline.

wallahu a'lam.

wassalamu alaikum.
Noorazian Anidin-JKPA/PACE/Ahli JIM AJ

Monday, February 23, 2009

Sunday, February 22, 2009

RSP d UiTM Shah Alam , 18 Feb 09

Salam,

Lapuran siri ceramah Palestin dari PACE:

Tarikh:18 Februari 2009
Tempat: Kolej Anggerik,UiTM Shah Alam,Kampus Utama.
Masa:9.00mlm-11.30mlm
Penceramah: Norhayati Abd.Kadir(JIM Petaling),
Noor Azni Ibrahim-(JIM Petaling ) &
Noorazian Anidin(JKPA/PACE).

Alhamdulillah kami dijemput oleh pihak UiTM sekali lagi pada malam tersebut (sudah kali keenam dalam siri ceramah di sekitar Kolej & Fakulti di UiTM) ,

Kami 3 serangkai menyampaikan siri ceramah Palestin yang diberi tajuk " Tangisan GAZA" Tajuk dipilih sendiri oleh Cik Solehah dari Kolej Anggerik.

Majlis dimulai dengan ucapan pembukaan oleh En.Isa Pengetua/Pensyarah di Kolej Anggerik.
Ucapan pembukaan beliau terus kepada pembantaian keatas Yahudi Zionis & penyiksaan mereka keatas umat Islam di Bumi Palestin, sungguh membakar semangat kami yang dah memang berkobar2!!.

Selepas itu dendangan lagu Nasyid oleh kumpulan Dakwah Meranti

Diikuti dengan sebuah sajak buat penduduk GAZA - anak muda yang penuh semangat juang menyampaikannya dengan penuh syahdu!

Giliran kami pun tiba...ana mulakan sesi dengan cerita pembukaan kota BM semasa zaman saidina Umar Al Khattab..tahun 636M, dengan harapan mereka, pelajar ni faham dengan fakta sejarah Islam & semangat perjuangan para sahabat yang dimuliakan.

Untuk membangkitkan rasa kesedaran & semangat jihad Ilmu ana bentangkan juga fakta2 statistik perbandingan pelajar2 di Palestin & pelajar2 di Malaysia...

Ukhti Norhayati pula menyambung penyampaian penuh dengan fakta2 teknikal - jenis2 bom dan Helikopter "Drone" yang berlegar tanpa pemandu meledakkan bom ke tempat2 awam serta membunuh umat Islam diGAZA tanpa mengira umur. Sungguh kejam perbuatan mereka. Gambar2 yang terang & nyata menunjukkan ledakan Bom "Phosphorus" di Sekolah perlindungan UNRWA - sekolah terbakar , anak2 menjadi mangsa... cukup mengesani jiwa para hadhirin.

Ukhti Noor Azni pula meneruskan penyampaian dari sudut Akidah yang amat penting dalam menyuntik semangat perjuangan berterusan kedalam jiwa anak2 muda ini, agar mereka tidak lupa akan tujuan kehidupan sebenar.

Terasa akan kehangatan perjuangan kita yang amat getir , ketika saudara kita diperlakukan seperti binatang ...kita disini leka dengan Dunia yang mengasyikkan.

Ukhti Noor Azni juga memberikan saranan serang balas yang amat berkesan, yang boleh dilakukan oleh anak2 muda ini - "Perang Cyber" . Suntikan hadis2 serta ayat2 Al-Quran diikuti dengan gambar2 Syuhadaa' menaikkan lagi semangat pendengar .

Selesai persembahan kami dibawa kebilik khas untuk menikmati hidangan & disitu juga kami memasarkan modul2 lain yang ditawarkan oleh JIM. Seorang Pensyarah,Cik Bulan Abdullah amat berminat. InsyaAllah kita adakan follow up dengan beliau.Kami juga mohon agar En Isa mewar2kan lagi usaha2 murni ini keseluruh masyarakat kampus yang mempunyai bilangan pelajar terbesar di Malaysia.

Semoga Allah membuka hati2 mereka.Ana bagi pihak JKPA/PACE mengucapkan , Tahniah ! kepada UKhti Norhayati Abd.Kadir & Ukhti Noor Azni Ibrahim dari JIM Petaling (peserta TOPS yang memang TOP!)

Juga Jazakumullahu khair kepada suami2 kami yang telah memberi izin.

wallahu a'lam
wassalamu alaikum
Noorazian Anidin-JKPA/PACE/ahli JIM AJ.

Saturday, February 21, 2009

ToT FASI KBM SELANGOR , 28 Feb 09


JKPRB Selangor akan mengadakan ToT untuk bakal2 Fasi Team KBM Selangor, butiran seperti dibawah.

Diharap sesiapa yang telah daftar nama, atau belum daftar,tapi berminat, hantarkan nama segera pada

Khansa' 013-2662076

Rebut peluang untuk menimba ilmu dari Pak Utih ,bukan senang nak dapat Pak Utih ni....

Salam,
Maklumat Training of Trainers (ToT):
Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 11.30 malam (penginapan utk bermalam disediakan)
Tempat : Masjid Ubudiah, Sek 19, Shah Alam (Berhampiran Komuter)
Pengendali : Pak Utih (Mahligai Kasih)

Yuran:
Sumbangan Daerah : RM150 (minima)
Aktivis Daerah : RM40
Karisma / pelajar : RM10

Pendaftaran : Khansa' 013-2662076

Objektif:
1. Mendedahkan kemahiran asas
- Fasilitator
- Coaching
- Mentoring
- Aktivis

2. Perbincangan KBM Selangor

3. Perkongsian modul ITQAN remaja/belia di Singapore oleh Pak Utih

Sasaran peserta:

1. JK & Aktivis Remaja Daerah di Selangor
2. JK & Aktivis Belia Daerah di Selangor
3. Karisma Daerah di Selangor yang terlibat & berminat dengan remaja
4. Semua aktivis & karisma yang telah mendaftar untuk menjadi fasi KBM Selangor

Oleh kerana Pak Utih telah confirm dengan tarikh tersebut pihak JKPRB Selangor berharap semua daerah booking tarikh tersebut dan maklumkan awal kepada semua pihak yang akan terlibat.

Khansa'


EMI 09 , 29 Mac 09


EKSPLORASI MENARA ILMU 2009

Tarikh : 29 Mac 2009 (AHAD)

Tempat : Auditorium Fakulti Kejuruteraan, UPM

Anjuran : KRBJ Sepang dengan kerjasama KRBJ Selangor


MUKADDIMAH

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakamya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikatyang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. "

At Tahrim 66:6


- Ramai ahli-ahli KRJ dan para remaja yang telah menamatkan persekolahan mereka diperingkat SPM akan menyambungkan pelajaran mereka diperingkat IPTA mahupun IPTS (IPT)


- Sebahagian besar daripada mereka masih tertanya-tanya dan kurang pasti halatuju bidang pelajaran dan kerjaya yang akan mereka pilih Para pelajar ini perlu dibekalkan dengan pendedahan awal mengenai persediaan ke IPT, cabaran mahasiswa juga cabaran kerjaya agar mereka mampu membuat pilihan yang terbaik berdasarkan kelayakan mereka.


- Disamping itu, satu mekanisma perlu di wujudkan untuk menjamin kesinambungan tarbiyah pelajar dari alam KRJ ke alam IPT, Ini kerana para pelajar ini, sangat berpotensi menjadi calon-calon di IPT nanti.

- Sememangnya JIM mempunyai tenaga ramai tenaga pengajar di IPT juga mahasiswa yang mampu berkongsi pengalaman kepada bakal-bakal mahasiswa ini.


OBJEKTIF

- Berkongsi maklumat dan berkongsi pengalaman bersama pensyarah/tenaga pengajar dan mahasiswa IPT dengan memberikan pendedahan kepada para pelajar lepasan SPM untuk bersedia menghadapi alam belajar selepas sekolah


- Memberikan maklumat mereka mengenai aspek pemilihan bidang pelajaran & kerjaya serta cabaran hidup di IPT


- Mewujudkan kesinambungan tarbiyah kepada ahli KRJ juga peluang tarbiyah kepada bukan ahli KRJ semasa di alam para pelajar mengenai alam IPT.


ATURCARA PROGRAM

9.00 am Bacaan Al-Quran Kata Aluan

En. Zainuddin Esin(Pengerusi JK Belia&Remaja.Selangor)


Ucapan Aluan & Pembukaan oleh

YDP JIM Selangor Tuan Haji Mazmi Kamal


9.30 am Life Beyond SPM / Kehidupan Selepas SPM

Razlan Jalaluddin (Lawyer)


10.00 am Rehat & Sarapan

10.30 am Forum :Kerjaya Idaman 1

Moderator :

Amir Mohd Ali

Ahli Panel :

§ Mohd Kamal Mohd Rathi—Akauntan

§ Dr. Noor Azizah Tahir— Pensyarah Perubatan I'nal Medical Univ

§ Prof Dr. Iskandar Baharin—Dekan M'sian French Institute,UniKL

§ Awang Armadajaya—Peguam


11.45 am selingan 1 : Nasyid


11.55 am Forum : Kerjaya Idaman 2

Moderator : Ahmad Dhanny Sarip

Ahli Panel :

§ Prof.Dr. Mohd Ali Hassan—Dekan Fakulti Biotech, UPM

§ Ustaz Zulkifli Ahmad—Guru

§ Siti Haniza—medicmesir.com


1.15 pm Solat & Makan tengahari


2.00 pm Selingan 2 : KARISMA

2.15 pm LDK—Meninjau Usahawan Berjaya


4.15 pm Selingan 3 : Cabutan Bertuah

4.30 pm Bersurai

Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat melalui salah satu cara berikut:

1) Isi borang ini dan hantar terus kepada wakil JIM Daerah

2) Hantar SMS kepada urusetia EMI, dengan format berikut:

DAFTAR EMI (Taipkan Nama Penuh, No.MyKad, Nama Sekolah & Jurusan)

Hantar ke talian:

Zulkhairi 013-6151151/ Aishah 012-6306709

4) Email butir-butir seperti dalam borang pendaftaran ke

krbj_sepang@yahoo.com







Friday, February 20, 2009

Assalamualaikum,

Program ini dianjurkan bagi memberi ruang dan peluang kepada umat Islam di Malaysia khususnya untuk bersama berqurban pada tahun ini melalui pembayaran secara ansuran. Jawatankuasa Dana JIM mensasarkan 20% daripada ahli JIM Negeri / Daerah akan menyertai program ini. Marilah kita bersama mengembleng ahli JIM, keluarga, kariah, teman sepejabat dan lain-lain lagi.

Kenapa kita perlu bersama dalam program Tabungan Qurban ini?
1. Amalan Qurban adalah amalan yang dicintai oleh Allah SWT.
2. Dapat bersedekah daging qurban kepada umat Islam yang benar-benar memerlukan

Pakej yang kami tawarkan amat menarik sekali. BERQURBAN + BERSEDEKAH. 2 Dalam 1. Menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi... JOM... JOM SERTAINYA...

Bagaimana caranya?

1. Mendaftarkan diri - hantarkan nama, JIM Daerah, tel bimbit dan emel kepada pihak sekretariat qurban & aqiqah.
2. Membayar secara ansuran - RM 30 selama 10 bulan. Kaedah yang terbaik, membuat arahan bank. Ke akaun,
Nama akaun: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
No akaun: Bank Muamalat 1403 0000 391 713
3. InsyaAllah, pelaksanaan Qurban akan dilaksanakan pd 10 Zulhijjah 1430H.

Bagi yang berminat menyertainya, hantarkan nama, JIM Daerah, tel bimbit dan emel ke ajun1030@yahoo.com atau smskan ke +60196109293.
_ _ _
Jun
Pegawai Eksekutif Dana
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
+603-41053159 / +603-41089669

Kepada yang telah mendaftar, terima kasih kami ucapkan diatas sokongan anda untuk program tabungan qurban ini. Kepada yang belum mendaftar, manfaatkanlah sebaiknya peluang ini.






Wednesday, February 18, 2009

XPDC Bukit Tabuh: UNITEN+UTM+KMT, 14&15 FEB 2009

D JOMers berposing....

Trekkers KMT

Ni pula Team UTM

LAPURAN DARI PIC UNITEN:

Alhamdulillah program katibah untuk usrah brothers UNITEN, UTM & KMT (Kolej
Multimedia Telekom) telah berjaya diadakan pada 14 & 15 Feb 09. . Asalnya program katibah XPDC Bukit Tabuh ini untuk usrah brothers UNITEN, tapi begitulah Allah merancang, Dia permudahkan urusan kami dengan kerjasama akhi Abu Dzar and Safwan (perkaso).

Pendaftaran awal seramai 34 orang. Pagi sabtu tu ana dapat panggilan dari abu dzar, semuanya
dalam 50 orang. Tapi yang turn up seramai 39 orang shj. Campur urusetia jadi 42.
Program yang mengumpulkan 39 orang pelajar: 17 UNITEN, 13 UTM & 9 KMT, bermula dengan solat maghrib di Komplex JIM. Ana ucapkan jzkk pd kak zira & akh dhany bantu uruskan tempat.

Konvoi 6 kereta UNITEN bertolak dalam pukul 7pm dari kampus kerana menanti adik2 yang baru selesai final exam pkl 6pm hari tu. Seusai solat maghrib, ana beri sedikit pengisian, based on surah yang ana bacakan time solat (surah al-kahfi & al-qariah).
Pengajarannya,
sebagai pemuda kita perlu jadi unik dengan membina keimanan yang teguh agar Allah bantu kita dalam memberatkan timbangan amal kebaikan kita.

Tazkeerah ringkas ana sekadar mengisi masa menanti special dinner kami: soto..Abu Dzar tempah untuk 50 orang, tapi depa 39 je lantak makan macam tak cukup.


Selepas makan malam, kami solat isya berjamaah dengan ust Shahrom.
Slot katibah di sampaikan beliau berkisar sekitar topic aqidah.(bagaimana kita mentauhidkan Allah, pengertian tauhid, implimentasi kepada aqidah yang benar). Topik 4 jam disampaikan beliau dalam masa 2 jam sahaja. Slot Q&A pula memakan masa sampai tengahmalam, syok tak syoknya brother2 ni bertanyakan soalan.

Plan asal kami hanya akan guna surau complex JIM, tapi memandangkan terlalu ramai, kami guna PKJ untuk program pengisian, tidur dan qiam. Oh ya, tidak dilupakan MC kita malam tu, saudara Dini (UTM), yang ditugaskan oleh Abu Dzar sebagai latihan dalam membentuk kualiti memimpin.

Sebelah malam sebelum tidur, kami adakan sesi tayangan. Memandangkan masa sudah larut malam (tayangan start pkl 1.15), video kejatuhan khilafah (import HT punya) terpaksa dipendekkan, kami sambung dengan video ringkas Palestine dan v.clip nasyid alam barzakh.

Wallahualam, kesannya macam mana. Tapi pengalaman ana conduct katibah dengan tayangan kejatuhan khilafah, ahli2 usrah mampu hayati. Sedikit sebanyak memberikan impak sebelum mereka bangun untuk qiam esok pagi.

Kami qiam esoknya jam 5am dan subuh di imamkan saudara GG (Uniten).
Directly selesai solat, kami packing dan terus bertolak ke kaki bukit tabuh. Kami sampai awal juga, Cuma tunggu trekkers dari UIA (ahli usrah akh Mujahid) yang tak sampai2. Rupa2nya bukit tabuh ni ada dua trek, so trekkers kami (yaye and the geng) dok tunggu kami di trek
yang Nampak UIA, kami pula tunggu diorang di trek yang orang katakan agak bahaya. Alhamdulillah, jumpa juga dgn team trekkers sekitar 7am dan kami syurakan untuk teruskan mendaki trek yang curam (bukan yang menghadap UIA).

Klang Gate Dam - nun jauh di belakang, UIA...

Kalau nak cerita pengalaman mendaki, spoiler plak rasanya. Kenalah rasa sendiri. Overall part mendaki sgt mencabar.


Selesai pendakian, kami berehat di sungai dan makan nasi ayam hai nan Singapore

Sebelum penutup, kami adakan sesi sharing. Alhamdulillah, reaksi positif dari semua pihak termasuk teguran-teguran membina.

Ucapan semangat dari Bro Qayyim

Objektif program boleh kami katakan tercapai;

1. release tension lepas habis exam (final paper-foundation UNITEN & test-UTM) 2. merapatkan ukhuwah (jadi program jejak kasih sebab ada yang satu sekolah tak pernah jumpa lepas SPM..mahlil UNITEN & megat UTM) 3. membina kefahaman sbg muslim (melalui pengukuhan kefahaman ttg aqidah) 4. riadah
Ana personally ucapkan jzkk kpd akh abu dzar dan safwan kerana bersama dalam menguruskan program ini. Tidak ana lupakan juga ahli2 usrah UNITEN (GG, nabil, shah-tukang buat air teh rasa kari and acap).

Sekian

Yang hanya mengharapkan redhaNya
Qayyim Hafidzi
Tekong KARISMA UNITEN
3rd yr mech eng

APA PULA KOMEN PIC AMPANG JAYA....

Alhamdulillah dgn izin Allah, program gabungan yg dirancang ketika edaran risalah Palestin di Pasar Tani dapat berjalan dgn lancarnya. ukhuwwah yg ditunjukkan mmg power! esp Megat & kembarnya Mahlil mcm Ipin dan Upin. Beberapa kenangan menarik sepanjang program ni:

1) Melopeh den nak pekena d best soto in Melawati, Keramat & Gombak bila 39 mujahideen ni melahap sampai habis. Sedar2 je dah tinggal taugeh, kacang & sup. Dah dekat setahun lebih gak tak merasa soto tu, kesian kesian..

2) Ana dah agak pengisian Ust Shahrom sure akan drag tapi tak sangka drag till 12am. Berselang seli Ust kena jawab macam2 soalan, kejap bro Uniten, kejap bro UTM, bro KMT pula jadi juri pemerhati. Maybe kerna KMT ni baru je seminggu join our program, so agak segan nak kehadapan. Pengisian Ust diakhiri dgn nasyid ramai2 2 lagu Hijjaz versi Nadamurni, dah lama tak dgr the 2 songs, terkenang muka Muadz ketika kami form 1 dulu.

3) XPDC ni pun macam jejak kasih utk Megat & Mahlil. Megat volunteer nak bawa panji Palestin ketika mendaki Bkt Tabuh, sampai kat puncak Mahlil kena jadi penenang Megat yg makin ligat aksinya di puncak. Lagu Up Up Palestin, Down Down Zionis pun bro UTM nyanyi ramai2. Credit to Abg Bai kita atas usahanya menjayakan Daurah Palestin utk UTM last month.

4) Mmg exciting+challenging sepanjang XPDC ni.

Walau susah mana pun nak turun, Muzakkir lah pemegang panji Palestin yang paling setia

Setiap kump menyanyikan lagu IPT masing2 sepanjang pendakian. Bro UTM pula riuh sekampung sampai tersengaja menegur 3 merpati sejoli yg sedang berselimut ketika nak sampai ke puncak. Lawak juga dgr camna depa ni tegur 3 org tu, tapi yg jadi mangsanya Qayyim. Nasib baik Qayyim penyabar orangnya.

Overall respon fr semua peserta pun mantop mantop, semangat extra utk kami terus bergerak lebih laju (tarbiah & aktivisma) insyaAllah

On behalf of IPT AJ, kami mengucapkan JZKK kepada bro Qayyim King of Parkour & team Usrah Uniten, mmg syok bekerja dgn antum. JZKK kepada 2 JOMers yg menabur bakti siang malam, Safwan Perkaso & Abu Firzanah dan JIM AJ esp Akh Syed abah1963, Dr Ahmad S dan Azmil serta semua yg terlibat menjayakannya.

Moga Allah merahmati usaha ini dan terus memberi kekuatan utk kita bergerak cergas membuat dakwah yg telah diamanahkan.

Abu Dzar Azme
Pengerusi IPT AJ
Coordinator JOM
019-2445523

Kelebihan Bulan Safar

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.
[Sumber: Pelita Brunei]

Tuesday, February 17, 2009

RSP d Taman Sri Serdang , 16Feb09

salam,
Alhamdulillah ceramah Palestin anjuran JIM Sepang selamat di adakan. Ceramah diberikan oleh akhi Mohd Esa di Surau Al Hidayah Taman Sri Serdang pada 16 feb selepas maghrib.
Kehadiran lebih kurang 100 orang
Semoga ALlah merahmati dan mengampun kita semua. AMIN.
wassalam
k endok

RSP d UIAM

Pelbagai teori konspirasi melatari jenayah perang paling dahsyat Israrel ke atas Gaza di Palestin termasuk teori provokasi perang AS-Iran. Menyedari beberapa fakta di sebalik perang Israel ke atas Gaza yang tidak diketahui ramai mahasiswa, Ma'ruf Club UIAM telah mengambil inisiatif menganjurkan ceramah terbuka kepada semua mahasiswa IPT :

Tajuk : Story Behind The Crisis in Gaza

Hari : Khamis, 19 Feb 2009

Speaker : Madam Noorazian Anidin, Fellow of Palestine Centre of Excellence (PACE)

Tempat : Dewan Experimental, Bangunan Pentadbiran UIAM

Masa : 8.45 - 11 pm

Sunday, February 15, 2009

DAPAT KUNCI RUMAH BARU , 7Feb09

Salam,

Masih ingatkah sebuah penempatan setinggan yang pernah beberapa kali diroboh oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)? Berita ini telah mendapat liputan agak meuas di akhbar HARAKAH.

YB Azmin Ali menjemput untuk hadir ke majlis bersama penduduk Kampung Beremban pada 7Feb 2009. Otak ana tak berapa fokus membaca sms itu kerana memikirkan kejadian di Kuala Kangsar,kampung halaman ana yang aman dan tenang menjadi tempat berlaku kekejaman FRU. Rumah ana tak jauh dari masjid Ubudiah yang tersergam indah dan kaya dengan sejarahnya.

Majlis di Kampung Beremban bermula pukul 12.30tgh.Sebaik kami (Puan Azian & suami, Sdr Othman ) duduk, juruacara mengumumkan ketibaan MB Selangor. Jemputan yang hadir termasuk YB Abu 'Urwah dan 'Urwah yang mengiringi ayahnya. Juga kelihatan rakan2 seperjuangan semasa menDERU di Bkt Antarabangsa dan aktivis-aktivis masyarakat yang lain.

Betapa corrupt nya kerajaan Selangor yang lepas kerana menjual tanah yang sepatutnye menjadi milik penduduk Kg.Beremban kepada pihak lain dengan
harga yang mahal sementara penduduk Kampung Beremban sendiri dihalau ke tempatyang jauh dari penempatan mereka dan tempat kerja/ tempat mereka mencari
rezeki (saperti pasar malam dan sebagainya). Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran
dan doa mereka kerajaan Pakatan Rakyat bawah Tan Sri Khalid berjaya mendapat balik hak mereka. TAKBIR! ALLAHUAKHBAR!!!!!!!

Hampir saja ana menitiskan air mata mengenangkan betapa susahnya hidup
mereka tanpa air dan letrik dan hidup dalam rumah yang sudah diroboh. Dapat kita
bayangkan ala GAZA, macam tu la juga hidup mereka dalam keadaan yang
menyedihkan.

Gambar Nashita (ahli JIM AJ) pernah masuk Harakah berdiri dengan anak-anaknya di hadapan surau kampung itu untuk menahan MPAJ dari meruntuh surau mereka. Tapi MPAJ masa itu sama saja dengan sikap FRU. Mereka juga tidak ada belas kasihan.

Tapi hari ini penduduk Kampung Beremban yang ada seramai 68 keluarga tersenyum gembira kerana tidak lama lagi mereka akan dapat kunci rumah baru mereka yang terletak tidak jauh dari kawasan rumah mereka. Itulah yang telah dijanjikan oleh Tan Sri Khalid dalam majlis tersebut InsyaAllah.

Disebalik kisah duka terselit kisah yang menggembirakan kita. Itulah kebesaran Allah dan ana yakin dan pasti Allah tidak akan membeban seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya......Surah AlBaqarah 286.

Wallahu'alam.

Azian Ariffin
Mantan KW JIM AJ

Saturday, February 14, 2009

DIARI JIM IPT AJ ( Dis08 - Feb09)

Salam,

Menemui warga2 JIM AJ yg dirahmati Allah. Inilah dia kami persembahkan sebuah pentomen tanpa suara bertajuk "Diari JIM IPT AJ" utk tempoh Disember 2008 - Feb 2009.

Sebelum itu, mungkin ramai yang tak tahu bahawa KARISMA Ampang Jaya (K-AJ) telah pun dibekukan sementara akibat daripada beberapa masalah teknikal. Alhamdulillah kami dah banyak menyelesaikan beberapa masalah yang melanda K-AJ pada tahun lepas dan dunia kini sedang menanti akan pengaktifan semula K-AJ yang akan menggegarkan bumi IPT2 di Ampang Jaya dgn seruan dakwah mereka.

Disember 2008 (bermulanya semester pengajian)

27/12 - 28/12 : 5 orang brothers UTM hadir ke Karnival PKN dan turut serta dalam Katibah JOM di Shah Alam serta disusuli dgn riadhah bolasepak JOM pada pagi ahad.

29/12 : Gerak gempur (Dakwah Fardhiyyah @ DF) diisytiharkan dengan rasminya ke atas bumi UTM, PPKTJ (Persediaan ke Jepun) & Kolej Multimedia Telekom (KMT).

Januari 2009

9/1 - 11/1 : Kembara Siswa berlangsung yg dirasmikan oleh Dr Ahmad Sharifuddin. Hasil daripada Gerak Gempur DF,seramai 16 pelajar daripada UTM menyertai mukhayyam ini.

13/1 : Solat Hajat + Candle Light Dinner + Swimming telah dibuat utk pelajar Senpai (final year PPKTJ) utk sama-sama mendoakan kejayaan mereka di dalam exam genting yang menentukan samada mereka berjaya ke Jepun atau tidak. Alhamdulillah, semua pelajar PPKTJ yg ikut our program berjaya lulus utk fly ke Jepun bulan 3 ni.

18/1 : Riadhah gabungan (futsal+kayak). Hasil dari DF, seramai 24 pelajar UTM turut serta dalam riadhah gabungan ini.

22/1 : Daurah Palestin di Iktisas Ingenieurs. Seramai 8 pelajar UTM telah ikut serta dengan penceramah khasnya adalah Hafiz Bhai Mantop!

24/1 - 1/2 : Cuti Pertengahan Semester

7/2 - 8/2 : Katibah & Program Edaran Sejuta Risalah Palestin di Pasar Tani, Sek 13, Shah Alam. Seramai 2 pelajar UTM & PPKTJ turut serta dalam program ini. Ketika rehat, kami berbincang bila waktu sesuai utk aktifkan semula K-AJ.

12/2 : Usaha DF di KMT berjaya menarik minat 6 orang kuat surau, terus dibawa menjamu kopitiam sambil pekena mee bandung di selera semarak utk berta'aruf. Bila depa tengok kereta ana ada poster Palestin, ada yg minta satu nak tampal kat pintu bilik. Just imagine, dalam ramai2 pelajar KMT, hanya ave 10 orang turun surau utk solat berjemaah maghrib & isya'. Nway, yg paling best ialah bila mereka eager utk berjumpa brothers UTM utk diskus program bersama yg boleh dibuat.

14/2 - 15/2 : Katibah XPDC Bukit Tabuh akan berlangsung malam ni iA. Program anjuran bersama IPT AJ & IPT DHL bertempat di PKJ & Bukit Tabuh, Melawati. Alhamdulillah seramai 30 pelajar dah daftar (14 UTM, 6 PPKTJ & 10 KMT) utk program ini. Penceramah yg dibawa adalah Sohibus Samahah Ustaz Shahrom Abu Hassan yg akan mengupas tajuk "Bagaimana Aqidah boleh membentuk keperibadian muslim soleh wa musleh". Utk UTM & PPKTJ, kami akan mula berbincang usrah selepas sesi tayangan video Palestin esok malam.

Next program akan diumumkan soon. Walaubagaimanapun, serangan & gempuran tentera berkuda IPT AJ akan diteruskan di UTM, PPKTJ & KMT dengan lebih agresif lagi. Jika dulu, kita tidak beri masa mereka bernafas walaupun dalam tidur untuk bertahan daripada serangan DF kita, kali ini usahkan tidur kemaskan katil pun mereka tak sempat kerna serangan bertali arus tentera berkuda IPT AJ ini. i'Allah kita akan dapat melihat kebangkitan semula K-AJ dalam masa sebulan dua ni!

Ana ada 1 /soalancadangan utk JIM AJ. mana pergi riadhah setiap ahad yg pernah dulu kita jayakan? Jika boleh diteruskan, kami boleh bawa semua ikhwah ni join our riadhah & dapat bermuayashah dgn pakcik2 JIM AJ.

Moga Allah berkati usaha ini dan terus memberi kekuatan untuk kita perhebatkan amalan dakwah hingga syahid di jalanNya.

Abu Dzar Azme
Pengerusi IPT AJ
Coordinator JOM
019-2445523

Friday, February 13, 2009

PENGKALAN DATA AHLI - MOHON TINDAKAN SEGERA !!



Pihak Ibu Pejabat sedang mengumpul maklumat terkini ahli untuk mengemaskini pengkalan data


Harapnya semua akan isi borang & serahkan hardcopy pada daerah secepat mungkin

Pada siapa nak serah borang yang telah diisi???

Setiausaha JIM AJ - Othman Mahmud


ahli2 wanita boleh serahkan pada naqibah masing2
atau

Setiausaha - Halipah
atau

Ketua wanita - Jeriah
atau

T-PSM - Wan Fauziah

Jangan peram borang yang telah diisi!! Hantar SEGERA!! SEGERA!! SEGERA!!
Sasaran kita - antara daerah terawal (kalau tidak YANG TERAWAL!) menghantar maklumat ke Ibu Pejabat..

Boleh ke?? insyaAllah boleh!!
Tarikh akhir hantar kenama2 diatas - 28 Februari!!

INGAT !!!

28 FEBRUARI 2009!!

Dapatkan borang anda di sini







TEENETWORK @ HI-T 14 FEB 09

Program KRJ untuk anak-anak remaja!!!!

TEENETWORK @ HI-T
Sabtu, 14 Feb 2009
2 - 5 pm
d PKJ

Ada bermacam2 makanan rohani & jasmani

Jom hantar anak-anak remaja kita!!!

RM 3 sahaja +++ sumbangan untuk tabung Palestin!!

Thursday, February 12, 2009

TAHNIAH JIM AMPANG JAYA!!!

TAHNIAH JIM AMPANG JAYA kerana mencatat kutipan tertinggi setakat ini! Ayuh teruskan usaha mengisi tabung demi membantu saudara kita di Palestin. Moga segala usaha menjadi pemberat timbangan di hadapan Allah swt nanti

Salam,

Kutipan Tabung Palestin sehingga 12 Feb09 jam 2.00 ptg drpd Daerah2 di Selangor spt di bawah.

Tahniah kpd semua Daerah yg berusaha gigih mengumpul sumbgn krn telah melebihi paras RM150k!!

MKMR
Bendahari JIM S'gor
+++++++++++++

JIM SELANGOR
KUTIPAN TABUNG PALESTIN OLEH DAERAH-DAERAH DI SELANGOR

NO DAERAH RM CATATAN
1 JIM SELANGOR 5,286.00 Karnival Bersama Mu Palestin 2009
2 SEPANG 15,204.35 Maklumat drpd Dr Ali Hassan dlm e mel pada 6 Feb09
3 PETALING JAYA 11,812.00 Maklumat drpd Bendahari JIM PJ
4 HULU LANGAT 21,197.00 Maklumat drpd Capt Azland pada 5 Feb09
5 GOMBAK 13,932.00 Maklumat drpd Mohd Shah pada 6 Feb09
6 HULU S'GOR 31,234.00 Maklumat drpd Bendahari JIM H S'gor
7 AMPANG JAYA 43,597.00 Maklumat drpd SU Daerah pada 6 Feb09
8 KLANG 8,006.00 Diserahkan oleh YDP Klang semasa Kempen Edaran 1 Juta Risalah pada 8 Feb 09
9 K LANGAT
10 PETALING 4,816.05 Maklumat drpd Wan Johari pada 11 Feb2009 sempena Kempen Edaran 1 Juta Risalah
11 SABAK BERNAM
JUMLAH 155,084.40