Islah & Wanita Gemilang

Sunday, February 22, 2009

RSP d UiTM Shah Alam , 18 Feb 09

Salam,

Lapuran siri ceramah Palestin dari PACE:

Tarikh:18 Februari 2009
Tempat: Kolej Anggerik,UiTM Shah Alam,Kampus Utama.
Masa:9.00mlm-11.30mlm
Penceramah: Norhayati Abd.Kadir(JIM Petaling),
Noor Azni Ibrahim-(JIM Petaling ) &
Noorazian Anidin(JKPA/PACE).

Alhamdulillah kami dijemput oleh pihak UiTM sekali lagi pada malam tersebut (sudah kali keenam dalam siri ceramah di sekitar Kolej & Fakulti di UiTM) ,

Kami 3 serangkai menyampaikan siri ceramah Palestin yang diberi tajuk " Tangisan GAZA" Tajuk dipilih sendiri oleh Cik Solehah dari Kolej Anggerik.

Majlis dimulai dengan ucapan pembukaan oleh En.Isa Pengetua/Pensyarah di Kolej Anggerik.
Ucapan pembukaan beliau terus kepada pembantaian keatas Yahudi Zionis & penyiksaan mereka keatas umat Islam di Bumi Palestin, sungguh membakar semangat kami yang dah memang berkobar2!!.

Selepas itu dendangan lagu Nasyid oleh kumpulan Dakwah Meranti

Diikuti dengan sebuah sajak buat penduduk GAZA - anak muda yang penuh semangat juang menyampaikannya dengan penuh syahdu!

Giliran kami pun tiba...ana mulakan sesi dengan cerita pembukaan kota BM semasa zaman saidina Umar Al Khattab..tahun 636M, dengan harapan mereka, pelajar ni faham dengan fakta sejarah Islam & semangat perjuangan para sahabat yang dimuliakan.

Untuk membangkitkan rasa kesedaran & semangat jihad Ilmu ana bentangkan juga fakta2 statistik perbandingan pelajar2 di Palestin & pelajar2 di Malaysia...

Ukhti Norhayati pula menyambung penyampaian penuh dengan fakta2 teknikal - jenis2 bom dan Helikopter "Drone" yang berlegar tanpa pemandu meledakkan bom ke tempat2 awam serta membunuh umat Islam diGAZA tanpa mengira umur. Sungguh kejam perbuatan mereka. Gambar2 yang terang & nyata menunjukkan ledakan Bom "Phosphorus" di Sekolah perlindungan UNRWA - sekolah terbakar , anak2 menjadi mangsa... cukup mengesani jiwa para hadhirin.

Ukhti Noor Azni pula meneruskan penyampaian dari sudut Akidah yang amat penting dalam menyuntik semangat perjuangan berterusan kedalam jiwa anak2 muda ini, agar mereka tidak lupa akan tujuan kehidupan sebenar.

Terasa akan kehangatan perjuangan kita yang amat getir , ketika saudara kita diperlakukan seperti binatang ...kita disini leka dengan Dunia yang mengasyikkan.

Ukhti Noor Azni juga memberikan saranan serang balas yang amat berkesan, yang boleh dilakukan oleh anak2 muda ini - "Perang Cyber" . Suntikan hadis2 serta ayat2 Al-Quran diikuti dengan gambar2 Syuhadaa' menaikkan lagi semangat pendengar .

Selesai persembahan kami dibawa kebilik khas untuk menikmati hidangan & disitu juga kami memasarkan modul2 lain yang ditawarkan oleh JIM. Seorang Pensyarah,Cik Bulan Abdullah amat berminat. InsyaAllah kita adakan follow up dengan beliau.Kami juga mohon agar En Isa mewar2kan lagi usaha2 murni ini keseluruh masyarakat kampus yang mempunyai bilangan pelajar terbesar di Malaysia.

Semoga Allah membuka hati2 mereka.Ana bagi pihak JKPA/PACE mengucapkan , Tahniah ! kepada UKhti Norhayati Abd.Kadir & Ukhti Noor Azni Ibrahim dari JIM Petaling (peserta TOPS yang memang TOP!)

Juga Jazakumullahu khair kepada suami2 kami yang telah memberi izin.

wallahu a'lam
wassalamu alaikum
Noorazian Anidin-JKPA/PACE/ahli JIM AJ.

No comments:

Post a Comment