Islah & Wanita Gemilang

Wednesday, February 18, 2009

XPDC Bukit Tabuh: UNITEN+UTM+KMT, 14&15 FEB 2009

D JOMers berposing....

Trekkers KMT

Ni pula Team UTM

LAPURAN DARI PIC UNITEN:

Alhamdulillah program katibah untuk usrah brothers UNITEN, UTM & KMT (Kolej
Multimedia Telekom) telah berjaya diadakan pada 14 & 15 Feb 09. . Asalnya program katibah XPDC Bukit Tabuh ini untuk usrah brothers UNITEN, tapi begitulah Allah merancang, Dia permudahkan urusan kami dengan kerjasama akhi Abu Dzar and Safwan (perkaso).

Pendaftaran awal seramai 34 orang. Pagi sabtu tu ana dapat panggilan dari abu dzar, semuanya
dalam 50 orang. Tapi yang turn up seramai 39 orang shj. Campur urusetia jadi 42.
Program yang mengumpulkan 39 orang pelajar: 17 UNITEN, 13 UTM & 9 KMT, bermula dengan solat maghrib di Komplex JIM. Ana ucapkan jzkk pd kak zira & akh dhany bantu uruskan tempat.

Konvoi 6 kereta UNITEN bertolak dalam pukul 7pm dari kampus kerana menanti adik2 yang baru selesai final exam pkl 6pm hari tu. Seusai solat maghrib, ana beri sedikit pengisian, based on surah yang ana bacakan time solat (surah al-kahfi & al-qariah).
Pengajarannya,
sebagai pemuda kita perlu jadi unik dengan membina keimanan yang teguh agar Allah bantu kita dalam memberatkan timbangan amal kebaikan kita.

Tazkeerah ringkas ana sekadar mengisi masa menanti special dinner kami: soto..Abu Dzar tempah untuk 50 orang, tapi depa 39 je lantak makan macam tak cukup.


Selepas makan malam, kami solat isya berjamaah dengan ust Shahrom.
Slot katibah di sampaikan beliau berkisar sekitar topic aqidah.(bagaimana kita mentauhidkan Allah, pengertian tauhid, implimentasi kepada aqidah yang benar). Topik 4 jam disampaikan beliau dalam masa 2 jam sahaja. Slot Q&A pula memakan masa sampai tengahmalam, syok tak syoknya brother2 ni bertanyakan soalan.

Plan asal kami hanya akan guna surau complex JIM, tapi memandangkan terlalu ramai, kami guna PKJ untuk program pengisian, tidur dan qiam. Oh ya, tidak dilupakan MC kita malam tu, saudara Dini (UTM), yang ditugaskan oleh Abu Dzar sebagai latihan dalam membentuk kualiti memimpin.

Sebelah malam sebelum tidur, kami adakan sesi tayangan. Memandangkan masa sudah larut malam (tayangan start pkl 1.15), video kejatuhan khilafah (import HT punya) terpaksa dipendekkan, kami sambung dengan video ringkas Palestine dan v.clip nasyid alam barzakh.

Wallahualam, kesannya macam mana. Tapi pengalaman ana conduct katibah dengan tayangan kejatuhan khilafah, ahli2 usrah mampu hayati. Sedikit sebanyak memberikan impak sebelum mereka bangun untuk qiam esok pagi.

Kami qiam esoknya jam 5am dan subuh di imamkan saudara GG (Uniten).
Directly selesai solat, kami packing dan terus bertolak ke kaki bukit tabuh. Kami sampai awal juga, Cuma tunggu trekkers dari UIA (ahli usrah akh Mujahid) yang tak sampai2. Rupa2nya bukit tabuh ni ada dua trek, so trekkers kami (yaye and the geng) dok tunggu kami di trek
yang Nampak UIA, kami pula tunggu diorang di trek yang orang katakan agak bahaya. Alhamdulillah, jumpa juga dgn team trekkers sekitar 7am dan kami syurakan untuk teruskan mendaki trek yang curam (bukan yang menghadap UIA).

Klang Gate Dam - nun jauh di belakang, UIA...

Kalau nak cerita pengalaman mendaki, spoiler plak rasanya. Kenalah rasa sendiri. Overall part mendaki sgt mencabar.


Selesai pendakian, kami berehat di sungai dan makan nasi ayam hai nan Singapore

Sebelum penutup, kami adakan sesi sharing. Alhamdulillah, reaksi positif dari semua pihak termasuk teguran-teguran membina.

Ucapan semangat dari Bro Qayyim

Objektif program boleh kami katakan tercapai;

1. release tension lepas habis exam (final paper-foundation UNITEN & test-UTM) 2. merapatkan ukhuwah (jadi program jejak kasih sebab ada yang satu sekolah tak pernah jumpa lepas SPM..mahlil UNITEN & megat UTM) 3. membina kefahaman sbg muslim (melalui pengukuhan kefahaman ttg aqidah) 4. riadah
Ana personally ucapkan jzkk kpd akh abu dzar dan safwan kerana bersama dalam menguruskan program ini. Tidak ana lupakan juga ahli2 usrah UNITEN (GG, nabil, shah-tukang buat air teh rasa kari and acap).

Sekian

Yang hanya mengharapkan redhaNya
Qayyim Hafidzi
Tekong KARISMA UNITEN
3rd yr mech eng

APA PULA KOMEN PIC AMPANG JAYA....

Alhamdulillah dgn izin Allah, program gabungan yg dirancang ketika edaran risalah Palestin di Pasar Tani dapat berjalan dgn lancarnya. ukhuwwah yg ditunjukkan mmg power! esp Megat & kembarnya Mahlil mcm Ipin dan Upin. Beberapa kenangan menarik sepanjang program ni:

1) Melopeh den nak pekena d best soto in Melawati, Keramat & Gombak bila 39 mujahideen ni melahap sampai habis. Sedar2 je dah tinggal taugeh, kacang & sup. Dah dekat setahun lebih gak tak merasa soto tu, kesian kesian..

2) Ana dah agak pengisian Ust Shahrom sure akan drag tapi tak sangka drag till 12am. Berselang seli Ust kena jawab macam2 soalan, kejap bro Uniten, kejap bro UTM, bro KMT pula jadi juri pemerhati. Maybe kerna KMT ni baru je seminggu join our program, so agak segan nak kehadapan. Pengisian Ust diakhiri dgn nasyid ramai2 2 lagu Hijjaz versi Nadamurni, dah lama tak dgr the 2 songs, terkenang muka Muadz ketika kami form 1 dulu.

3) XPDC ni pun macam jejak kasih utk Megat & Mahlil. Megat volunteer nak bawa panji Palestin ketika mendaki Bkt Tabuh, sampai kat puncak Mahlil kena jadi penenang Megat yg makin ligat aksinya di puncak. Lagu Up Up Palestin, Down Down Zionis pun bro UTM nyanyi ramai2. Credit to Abg Bai kita atas usahanya menjayakan Daurah Palestin utk UTM last month.

4) Mmg exciting+challenging sepanjang XPDC ni.

Walau susah mana pun nak turun, Muzakkir lah pemegang panji Palestin yang paling setia

Setiap kump menyanyikan lagu IPT masing2 sepanjang pendakian. Bro UTM pula riuh sekampung sampai tersengaja menegur 3 merpati sejoli yg sedang berselimut ketika nak sampai ke puncak. Lawak juga dgr camna depa ni tegur 3 org tu, tapi yg jadi mangsanya Qayyim. Nasib baik Qayyim penyabar orangnya.

Overall respon fr semua peserta pun mantop mantop, semangat extra utk kami terus bergerak lebih laju (tarbiah & aktivisma) insyaAllah

On behalf of IPT AJ, kami mengucapkan JZKK kepada bro Qayyim King of Parkour & team Usrah Uniten, mmg syok bekerja dgn antum. JZKK kepada 2 JOMers yg menabur bakti siang malam, Safwan Perkaso & Abu Firzanah dan JIM AJ esp Akh Syed abah1963, Dr Ahmad S dan Azmil serta semua yg terlibat menjayakannya.

Moga Allah merahmati usaha ini dan terus memberi kekuatan utk kita bergerak cergas membuat dakwah yg telah diamanahkan.

Abu Dzar Azme
Pengerusi IPT AJ
Coordinator JOM
019-2445523

2 comments:

  1. caiyok sume, mantop deh, sedey org x ajak join, huhuhu..

    ReplyDelete