Islah & Wanita Gemilang

Friday, February 6, 2009

RSP d Masjid Al Firdaus, BB Selayang , 3 Feb 09

Salam,

Alhamdulillah pada 3 Februari 2009, jam 9mlm. satu lagi siri forum
Palestin telah diadakan. Ahli Panel terdiri dari,Ustaz Badrul
Amin(PAS) & ana mewakili PACE.Dato' Kamaruddin Jaafar tidak dapat
hadir kerana ada pertemuan dengan wakil Hamas.

Majlis dimulakan selepas solat Isyak & solat Hajat berjamaah.

Para hadirin & hadirat yang hadir terdiri dari penduduk sekitar

Forum dua pusingan ini mengajukan soalan ,bagaimana kependudukan Haram Israel dibumi Palestin berlaku,bagaimana sikap Yahudi didalam al-Quran , apakah tindakan/saranan yang telah diambil oleh PACE/JIM.

Pertama kali berdepan dengan Ustaz Badrul Amin yang secara lantang menyatakan tentang "Yahudi yang berada di dalam Negara".

Terasa benar keagungan Allah berforum dalam rumah Allah!, ana cuba bayangkan "AL-Aqsa yang satu masa nanti InsyaAllah kita dapat bersolat didalam nya dengan aman & tenteram....betapa indahnya saat itu!...

Majlis diakhiri dengan serahan sumbangan dari kempen2 yang mereka adakan sebelumnya, RM366,000.00 diserahkan kepada pihak HARAKAH.Kutipan malam itu lebih kurang RM 2,700.

Pihak JKPA mengucapkan Jazakallahu khair kepada pihak JIM Batu & JIM KL yang telah sudi membantu JKPA dalam pelaksanaan tugas..semoga Allah membalasnya dengan kebaikan.amin.


wassalamu alaikum.
Noorazian anidin -JKPA/PACE.

No comments:

Post a Comment