Islah & Wanita Gemilang

Sunday, February 15, 2009

DAPAT KUNCI RUMAH BARU , 7Feb09

Salam,

Masih ingatkah sebuah penempatan setinggan yang pernah beberapa kali diroboh oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)? Berita ini telah mendapat liputan agak meuas di akhbar HARAKAH.

YB Azmin Ali menjemput untuk hadir ke majlis bersama penduduk Kampung Beremban pada 7Feb 2009. Otak ana tak berapa fokus membaca sms itu kerana memikirkan kejadian di Kuala Kangsar,kampung halaman ana yang aman dan tenang menjadi tempat berlaku kekejaman FRU. Rumah ana tak jauh dari masjid Ubudiah yang tersergam indah dan kaya dengan sejarahnya.

Majlis di Kampung Beremban bermula pukul 12.30tgh.Sebaik kami (Puan Azian & suami, Sdr Othman ) duduk, juruacara mengumumkan ketibaan MB Selangor. Jemputan yang hadir termasuk YB Abu 'Urwah dan 'Urwah yang mengiringi ayahnya. Juga kelihatan rakan2 seperjuangan semasa menDERU di Bkt Antarabangsa dan aktivis-aktivis masyarakat yang lain.

Betapa corrupt nya kerajaan Selangor yang lepas kerana menjual tanah yang sepatutnye menjadi milik penduduk Kg.Beremban kepada pihak lain dengan
harga yang mahal sementara penduduk Kampung Beremban sendiri dihalau ke tempatyang jauh dari penempatan mereka dan tempat kerja/ tempat mereka mencari
rezeki (saperti pasar malam dan sebagainya). Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran
dan doa mereka kerajaan Pakatan Rakyat bawah Tan Sri Khalid berjaya mendapat balik hak mereka. TAKBIR! ALLAHUAKHBAR!!!!!!!

Hampir saja ana menitiskan air mata mengenangkan betapa susahnya hidup
mereka tanpa air dan letrik dan hidup dalam rumah yang sudah diroboh. Dapat kita
bayangkan ala GAZA, macam tu la juga hidup mereka dalam keadaan yang
menyedihkan.

Gambar Nashita (ahli JIM AJ) pernah masuk Harakah berdiri dengan anak-anaknya di hadapan surau kampung itu untuk menahan MPAJ dari meruntuh surau mereka. Tapi MPAJ masa itu sama saja dengan sikap FRU. Mereka juga tidak ada belas kasihan.

Tapi hari ini penduduk Kampung Beremban yang ada seramai 68 keluarga tersenyum gembira kerana tidak lama lagi mereka akan dapat kunci rumah baru mereka yang terletak tidak jauh dari kawasan rumah mereka. Itulah yang telah dijanjikan oleh Tan Sri Khalid dalam majlis tersebut InsyaAllah.

Disebalik kisah duka terselit kisah yang menggembirakan kita. Itulah kebesaran Allah dan ana yakin dan pasti Allah tidak akan membeban seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya......Surah AlBaqarah 286.

Wallahu'alam.

Azian Ariffin
Mantan KW JIM AJ

No comments:

Post a Comment