Islah & Wanita Gemilang

Saturday, February 14, 2009

DIARI JIM IPT AJ ( Dis08 - Feb09)

Salam,

Menemui warga2 JIM AJ yg dirahmati Allah. Inilah dia kami persembahkan sebuah pentomen tanpa suara bertajuk "Diari JIM IPT AJ" utk tempoh Disember 2008 - Feb 2009.

Sebelum itu, mungkin ramai yang tak tahu bahawa KARISMA Ampang Jaya (K-AJ) telah pun dibekukan sementara akibat daripada beberapa masalah teknikal. Alhamdulillah kami dah banyak menyelesaikan beberapa masalah yang melanda K-AJ pada tahun lepas dan dunia kini sedang menanti akan pengaktifan semula K-AJ yang akan menggegarkan bumi IPT2 di Ampang Jaya dgn seruan dakwah mereka.

Disember 2008 (bermulanya semester pengajian)

27/12 - 28/12 : 5 orang brothers UTM hadir ke Karnival PKN dan turut serta dalam Katibah JOM di Shah Alam serta disusuli dgn riadhah bolasepak JOM pada pagi ahad.

29/12 : Gerak gempur (Dakwah Fardhiyyah @ DF) diisytiharkan dengan rasminya ke atas bumi UTM, PPKTJ (Persediaan ke Jepun) & Kolej Multimedia Telekom (KMT).

Januari 2009

9/1 - 11/1 : Kembara Siswa berlangsung yg dirasmikan oleh Dr Ahmad Sharifuddin. Hasil daripada Gerak Gempur DF,seramai 16 pelajar daripada UTM menyertai mukhayyam ini.

13/1 : Solat Hajat + Candle Light Dinner + Swimming telah dibuat utk pelajar Senpai (final year PPKTJ) utk sama-sama mendoakan kejayaan mereka di dalam exam genting yang menentukan samada mereka berjaya ke Jepun atau tidak. Alhamdulillah, semua pelajar PPKTJ yg ikut our program berjaya lulus utk fly ke Jepun bulan 3 ni.

18/1 : Riadhah gabungan (futsal+kayak). Hasil dari DF, seramai 24 pelajar UTM turut serta dalam riadhah gabungan ini.

22/1 : Daurah Palestin di Iktisas Ingenieurs. Seramai 8 pelajar UTM telah ikut serta dengan penceramah khasnya adalah Hafiz Bhai Mantop!

24/1 - 1/2 : Cuti Pertengahan Semester

7/2 - 8/2 : Katibah & Program Edaran Sejuta Risalah Palestin di Pasar Tani, Sek 13, Shah Alam. Seramai 2 pelajar UTM & PPKTJ turut serta dalam program ini. Ketika rehat, kami berbincang bila waktu sesuai utk aktifkan semula K-AJ.

12/2 : Usaha DF di KMT berjaya menarik minat 6 orang kuat surau, terus dibawa menjamu kopitiam sambil pekena mee bandung di selera semarak utk berta'aruf. Bila depa tengok kereta ana ada poster Palestin, ada yg minta satu nak tampal kat pintu bilik. Just imagine, dalam ramai2 pelajar KMT, hanya ave 10 orang turun surau utk solat berjemaah maghrib & isya'. Nway, yg paling best ialah bila mereka eager utk berjumpa brothers UTM utk diskus program bersama yg boleh dibuat.

14/2 - 15/2 : Katibah XPDC Bukit Tabuh akan berlangsung malam ni iA. Program anjuran bersama IPT AJ & IPT DHL bertempat di PKJ & Bukit Tabuh, Melawati. Alhamdulillah seramai 30 pelajar dah daftar (14 UTM, 6 PPKTJ & 10 KMT) utk program ini. Penceramah yg dibawa adalah Sohibus Samahah Ustaz Shahrom Abu Hassan yg akan mengupas tajuk "Bagaimana Aqidah boleh membentuk keperibadian muslim soleh wa musleh". Utk UTM & PPKTJ, kami akan mula berbincang usrah selepas sesi tayangan video Palestin esok malam.

Next program akan diumumkan soon. Walaubagaimanapun, serangan & gempuran tentera berkuda IPT AJ akan diteruskan di UTM, PPKTJ & KMT dengan lebih agresif lagi. Jika dulu, kita tidak beri masa mereka bernafas walaupun dalam tidur untuk bertahan daripada serangan DF kita, kali ini usahkan tidur kemaskan katil pun mereka tak sempat kerna serangan bertali arus tentera berkuda IPT AJ ini. i'Allah kita akan dapat melihat kebangkitan semula K-AJ dalam masa sebulan dua ni!

Ana ada 1 /soalancadangan utk JIM AJ. mana pergi riadhah setiap ahad yg pernah dulu kita jayakan? Jika boleh diteruskan, kami boleh bawa semua ikhwah ni join our riadhah & dapat bermuayashah dgn pakcik2 JIM AJ.

Moga Allah berkati usaha ini dan terus memberi kekuatan untuk kita perhebatkan amalan dakwah hingga syahid di jalanNya.

Abu Dzar Azme
Pengerusi IPT AJ
Coordinator JOM
019-2445523

No comments:

Post a Comment