Islah & Wanita Gemilang

Friday, February 6, 2009

KARNIVAL KEAMANAN BERSAMAMU PALESTIN (1) - 31 Jan 09

KEMBARA PALESTIN
Apa kata Pengarah Program:


Asalamu'alaikum wbt.

Semuga ikhwah/at berada di dalam iman yang sejahtera.

Dengan penuh syukur, kita panjatkan kepada Allah swt dengan terlaksananya Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009 Selangor yang berlangsung sehari suntuk pada 31hb Januari 2009 yang lepas. Seawal 7pagi, para petugas telah bersiap menyediakan pentas, kerusi dan dewan di pejabat YB Azmin Ali. Malam sebelumnya setelah selesai mesyuarat terakhir karnival, kami telah menggantung banner dan mengedarkan risalah, bendera, barangan untuk jualan kepada wakil-wakil daerah. Ramai sekali adik adik Jaringan Orang Muda (JOM) kita membantu malam tu.
Sekitar jam 8:30pagi, setelah mendaftar diri, saya terus menampal pelekat kereta Bebaskan Gaza yang telah disediakan oleh Akh Zukri. Menarik sekali 'sticker' nih. Bendera Palestin dan Malaysia dipasang di kiri kanan MyV dan kami berada di lorong sebaris dgn YDP JIM Ampang Jaya . Gagah bergaya YDP dengan Muranonya...

Tiba-tiba Sdr Idris, DJ majlis memberitahu saya ada seorang pegawai polis ingin berkenalan. Saya berjumpa dengan beliau, Pn Yati bersama anaknya memperkenalkan diri daripada IPD Ampang. Beliau memaklumkan permit telah dikeluarkan semalam (30/1/09) dan telah memaklumkan kepada Bhg Trafik. 2 lagi SB berpakaian biasa bersama beliau dan memperkenalkan diri. Dia kata nak ikut sampai PJ. Cuti 3 hari duk rumah boring juga katanya.

Saya pun perkenalkan mereka kepada YDP JIM AJ, Tn Hj Syed Saleh dan Abu Dzar dari JOM yang bertanggungjawab kepada laluan yang bakal kami lalui. Saya juga melahirkan rasa kesal kenapalah permit lambat sangat keluar walhal permohonan telah dibuat lama. Mrk memberi alasan Bukit Aman lambat approve!? . Saya walaubagaimanapun mengucapkan terima kasih dan meminta untuk mereka fakskan permit tersebut untuk tujuan rekod. Saya turut mengingatkan MC untuk ucapkan t kasih nanti.

Kelihatan beberapa pimpinan JIM Pusat Sdr Tuan Syed Ibrahim, Hj Nahar dan Dr Sahrim hadir sama untuk program perasmian oleh Ahli ADUN Ulu Kelang yang kita kasihi, YB Saari Sungib. Lagu Michael Heart berkumandang diselangi nasyid AL-Quds kumpulan Indonesia dan lagu kemanusiaan oleh Ramli Sarip. Celoteh DJ boleh tahan juga menghidupkan suasana.

MC pagi tu (dan seterusnya sampai ke malam)Tn Hj Syed Salleh, mengumumkan program Karnival bermula dengan penyebaran sejuta risalah. 3 risalah diedarkan iaitu Tabung Bersamamu Palestin bersama fakta tentang Negara Haram Israel, risalah boikot Isreal & US produk serta risalah C.O.M.P.L.E.T.E. Sebanyak 10,000 risalah dicetak dan 7,000 risalah telah disumbangkan oleh C.O.M.P.L.E.T.E

Hancuq Hancuq, Hancuq Zionis!!!
Down down Israel!!!

Bergema suara Tn MC dengan penuh bersemangat diikuti oleh para hadirin. Sesekali tersasul Hancuq Hancuq Hancuq Palestin!!! sambil diikuti oleh para hadirin. Menyedari kesilapan tersebut MC dengan lebih bersemangatnya menjerit

Hancur Hancur, Musuh Palestin!!!

Hmmm, saya tersenyum saja. Memang JIM kena 'develop' chanting group macam yang C.O.M.P.L.E.T.E dah buat ni. Apa kata KARISMA atau JOM boleh bantu ambil tugasan ini.

Maka bertebaranlah para peserta ke pelusuk pasar tani Taman Melawati. Saya tidak berkesempatan kerana menguruskan beberapa perkara lagi.

Jam 10 pagi, peserta kembali ke pentas untuk upacara perasmian. Saya iringi YB Saari Sungib naik ke pentas. Bersama-sama kami juga YDP JIM Selangor Hj Mazmi Kamal, Bendahari Pusat Tn Hj Nahar, Timb Presiden Tn Syed Ibrahim Syed Noh serta Dr Rohaida KWJIM Selangor.

YDP Selangor mengingatkan kempen sejuta risalah ini adalah program berterusan yang akan dimulakan dengan Kembara Palestin. Juga mengumumkan pada 8hb Januari satu lagi program besar edaran sejuta risalah akan diadakan di Shah Alam.
YB Saari Sungib diumumkan oleh MC berucap. Sebagai wira Palestin yang telah memperjuangkan isu ini sejak penubuhan JIM. Pak Abu membawa hadirin ke zaman Khalifah Abu Bakar ketika pembukaan kota Baitul Maqdis. Kemudian menyusuri zaman Salahuddin Al Ayubi 700 tahun lalu ketika pembukaan kota Baitul Maqdis menghadapi tentera Salib. Beliau akhiri dengan sebuah hadith yang berkaitan penduduk Palestin adalah hamba pilihan Allah yang akan tetap berjihad di atas jalan Allah. Maka bersyukurlah kita kerana bersama-sama perjuangan mereka.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Karnival Keamanan Bersamamu Palestin....

Sebelum memulakan kembara Akhi Rusman dijemput membacakan doa. Dengan penuh bersemangat dan harap agar Allah membantu para pejuang Palestin.

Ya Allah sekiranya kami mati, jadilah kami para syuhada sebagaimana pejuang pejuang di Palestin......

Freedom For Palestine!!!

Zun Arif Hakim
Pengarah
Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009
Peringkat Negeri Selangor








No comments:

Post a Comment