Maklumat lanjut tentang kami, hubungi Setiausaha 019 3846443 atau email othmanaj@gmail.com / sky_dim@yahoo.com
Semoga doa Ad Dhuha mengiringi sepanjang masa hari2 para du'at soleh musleh
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini di langit, Engkau TURUNKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini di bumi, Engkau KELUARKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini susah, Engkau MUDAHKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini jauh, Engkau DEKATKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini dalam keharaman, Engkau BERSIHKANLAH"
Berkat Dhuha Mu.Ameen Ameen Ameen Ya Robbal'aalameen.
Mari belajar Bahasa Al Qur'an - a word a day!
Allah menyukai hambaNya yang:
1. Lisannya sentiasa basah berzikir kepadaNya
2. hatinya sentiasa khusyuk mengingatiNya
3. Sabar di atas segala ujian yang diturun ke atasnya.
Mutaba'ah amal untuk ahli JIM
1. Solat berjamaah min. Isya' & Subuh 2. Tilawah Qur'an - min. 1 Hizb 3. Hafazan min. 1 ayat sehari 4. Istighfar min. 70 kali sehari 5. Ma'thurat sughra 6. Baca buku min. 30 min sehari 7. Riadhah min.15 min sehari 8. Riadhah Jamaie 1x seminggu 9. Interaksi ibubapa mingguan 10. Puasa & iftar jamaie bulanan 11. Ziarah kubur 2 bln sekali
Air Mineral JIM - beli,jangan x beli! hubungi 019 3374400!
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu Memberi salam apabila bertemu dengannya dan Menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta Panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
KBJ - Kelab Belia JIM
Jika ANDA memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Beragama Islam 2) Berumur 18-30 tahun atau berjiwa muda belia! 3) Menetap/bekerja di Selangor 4) Bukan pelajar sekolah atau IPT
Semuga di dalam iman yang sejahtera dan sihat2 selalu.
8hb Feb 2009, berlangsungnya program Kempen Edaran Sejuta Risalah Palestin peringkat JIM Negeri Selangor. Kali ini, kempen ini telah dirasmikan oleh YB Pn Rodziah Ismail, Exco Kerajaan Negeri Selangor. Kempen ini adalah sebahagian daripada program Karnival Keamanan Bersamamu Palestin 2009 yang telah disempurnakan oleh YB Saari Sungib minggu sebelumnya 31/1/09 di Taman Melawati.
Sekitar 120 ahli JIM serta anak-anak memeriahkan suasana pasar mega Shah Alam yang terletak di perkarangan tempat letak kereta E3 Stadum Shah Alam yang luas itu. YB Rodziah amat mengalu2kan program kesedaran ini dan turut serta mengedarkan risalah selama sejam sebelum meninggalkan program untuk program lain. Beliau juga tidak melepaskan peluang menandatangani di atas banner bantahan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin. Antara lain beliau menyatakan sekiranya JIM berjaya mengedarkan 1 juta risalah bermakna JIM berjaya menyampaikan kepada sebahagian besar penduduk Selangor yang berjumlah 2.5 juta.
Dalam kenyataan akhbar sebaik sahaja selesai majlis perasmian, wartawan Sinar telah menemuramah YB serta JK Penganjur. Antara soalan mencabar ialah bagaimana kita menangani isu boikot walhal kebanyakan pekerja-pekerja di syarikat yang kita boikot adalah pekerja muslim.
Saya juga sempat mewar warkan program JIM seterusnya iaitu program TOPS yang akan diadakan pada 14/2/09. Saya juga maklumkan pada 9/2/09 ada sekumpulan 12 orang anak muda akan mengedarkan risalah 1 juta dengan berkonvoi motor besar ke Thailand dan akan mengedarkan risalah yang disediakan JIM & COMPLETE di sepanjang lebuhraya.
Selesai majlis taklimat oleh Sdr Amizi Noor, peserta bertebaran di pasar mega dengan dibekalkan satu tabung setiap kumpulan. 8 tabung dan 5000 flyers berjaya diedarkan dalam masa tidak sampai 2 jam. Ramai yang merungut kerana flyers yang disediakan terlalu sedikit dan tidak menyangkakan pasar ini terlalu besar. InsyaAllah nampaknya kita boleh buat lagi di pasar mega Shah Alam ini.
Tak kurang meriahnya juga jualan amal Palestin yang diadakan dikhemah berhampiran tempat perasmian dan di dalam pasar mega sendiri. Belon-belon Free Gaza diedarkan percuma kepada anak-anak.
Seperti biasa DJ khas diimport daripada Ampang Jaya, Sdr Idris Mohamad, berjaya menghidupkan suasana pagi. Kalau biasanya kita keudara dari studio, hari ini kita kita keudara di konti pasar mega Shah Alam. Ya mari mari mari kak long yang baru lepas mengedar risalah turunkan tanda tangan anda sebagai tanda sokongan kepada umat Islam Palestin. Celotehnya.
Sekitar jam 11 pagi hampir semua peserta kembali dengan hati yang gembira. Dapat menyumbang tenaga memberi kesedaran kepada penduduk Selangor. Saya di maklumkan oleh YDP Selangor, MBSA sedia berikan tempat yang lebih strategik di tengah-tengah pasar sekiranya program yang sama diadakan lagi.
Majlis ditutup dengan ucapan Pengarah program. Saya peringatkan lagi bahawa usaha seperti ini akan dibuat secara berterusan. Saya ingatkan kembali kata-kata Syeikh Khalil Al Haya', Ketua WHIP Hamas, semasa beliau melawat Malaysia satu ketika dulu.
Kami tidak mengharapkan kamu pergi ke Palestin dan berperang dengan Israel. Kami cuma mengharapkan sokongan kamu. Sekiranya kami mati syahid dan kamu tidak melakukan apa-apa, kami akan tuntut di akhirat kelak. Tetapi sekiranya kamu membantu kami, kami akan mendoakan syafaat untuk kamu.
YDP memaklumkan jumlah kutipan yang diperolehi sepanjang bulan Jan-Feb kempen diadakan adalah sebanyak....
RM130,000. Allahuakbar!!! 3X.
Saya, bagi pihak JKPA Pusat kemudiannya menerima RM4,906 daripada Tadika Naim, Kelang. RM3,000 dari Masjid Tok Dagang, Kg Jaya Kelang. Sumbangan disampaikan oleh YDP JIM Kelang Sdr Zainal. RM100 lagi dari tabung keluarga Wan Johari Shah Alam.
JazakumuLlaha khairan kathira kepada semua yang hadir. Timb Presiden JIM Sdr Syed Ibrahim, isteri Presiden JIM Kak Su, Ahli Majlis Shah Alam Kak Mela, Ketua Wanita JIM Selangor Dr Roohaida, AJK JIM Pusat Sdr Ahmad Raji sekeluarga, YDP Sdr Mazmi, keluarga pengarah, Dr Badiah serta anak2, sekadar menyebut beberapa nama. Maaf tak sempat nak sebut semua.
TAHNIAH saya ucapkan kepada JIM Shah Alam (Petaling) yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini. Wan Johari antara orang kuatnya.
TERIMA KASIH kepada semua yang menjayakan kempen ini. Semuga Allah mengira usaha ini sebagai amal soleh dan menjadi bukti yang kita juga bersama-sama saudara kita di Palestin.
No comments:
Post a Comment