Islah & Wanita Gemilang

Sunday, May 31, 2009

WALIMAH 2 PUTERI 6 Jun 2009

Assaalamualaikum wrb
Semoga berada dalam sihat dan diberkati Allah.

Kami sekeluarga ingin menjemput semua ahli JIM Ampang Jaya ke walimatul urus anakanda-anakanda kami:

Fatimah & Maryam

pada
Sabtu

6 jun 2009

12 tgh hingga 4 petang

d
stadium tertutup, jalan tembeling, taman tasik titiwangsa, kuala lumpur



semoga kehadiran anda sekelian akan menyerikan majlis dan mendapat keberkatan dan rahmat Allah jua

wassalam

dr ahmad sharifuddin
dr che noor aini

fatimah
maryam

aasiah

zubair
zaid

abdullah



SEMINAR OSCC 30 Mei 2009

Salam,
Alhamdulillah Seminar OSCC: katakan TIDAK! kepada keganasan Rumahtangga anjuran bersama DUN Hulu Kelang dan Wanita JIM Ampang Jaya/Wanita JIM Selangor telah berjalan dgn lancar bermula jam 8.30 pagi hingga 2 ptg hari ini. Kira kira 100 peserta menghadiri seminar ini yang terdiri dari masyarakat kawasan Hulu Kelang serta ahli-ahli JIM Ampang Jaya.


YDP JIM Ampang Jaya, Tuan Hj Syed Saleh menyampaikan ucapan aluan

Seminar telah dirasmikan ole ADUN Hulu Kelang, Ybhg YB Tuan Haji Saari Sungib

Ceramah 'Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak, Keganasan Rumahtangga dan gangguan seksual' oleh Dr Radziah Jabir, dan ceramah 'Literasi Undang-Undang bagi melindungi wanita dan Biro Bantuan Guaman' oleh Puan Afzan Harison telah memberi banyak informasi yg sangat berguna serta kesedaran akan keperluan menangani masaalah keganasan rumahtangga.

Dr Radziah

Puan Afzan

Sessi Forum sangat menarik serta mendapat sambutan hangat dari para peserta. Panelis forum terdiri Dr Ridzuan bin Dato' Mohd Isa, Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Ampang, Puan Norizah Azamuddin, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ASP Puan Shaheela Abu Bakar, pegawai Kanan Polis Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

dari kiri: Dr Badiah, Puan Norizah, ASP Shaheela & Dr Ridzuan

Moderator, Dr. Badiah Baharin serta pengerusi majlis anakanda Raiyan Abd Rahim telah mengendalikan majlis dengan cukup berkesan! Tahniah !!

Halipah (teknikal ) & Raiyan

Tahniah dan jazakumullahu khairon kathiro kepada semua AJK & warga JIM AJ & WJIM AJ yang telah bekerja keras untuk menjayakan program ini. JZKK juga kepada ukht Maznah Ahmad yang sudi hadir mewakili WJIM Selangor

Semoga usaha kita yang sedikit ini mendapat keredhaan Allah swt.
Apa jua yang baik datang dari Allah dan kelemahan dari kita sendiri

Hjh Jeriah Manap
Ketua Wanita JIM Ampang Jaya



Pendaftaran

bacaan alQur'an oleh adik Luqman Zaharuddin

antara AJK Program - JZKK

Friday, May 29, 2009

Intifadah Diteruskan, Bantuan Diwajibkan - Al-Qaradawi


Intifadah Diteruskan, Bantuan Diwajibkan - Al-Qaradawi

World Popular Conference on Palestine

ISTANBUL, 22 Mei – Gerakan penentangan terhadap pendudukan Israel di bumi Palestin mesti diteruskan kerana hanya itulah sahaja cara untuk mendapatkan pembebasan tanah suci dan kemerdekaan daripada penjajahan. Demikian menurut ulama terkemuka, asy-Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi ketika mengulas mengenai penentangan yang berterusan terhadap pendudukan Israel di Palestin. Beliau berkata demikian ketika berucap di World Popular Conference on Palestine yang diadakan di sini semalam.

Menurut beliau, umat Islam cintakan perdamaian dan tidak mahukan peperangan. Tetapi jika peperangan dipaksakan ke atas mereka, setiap orang Islam harus bangkit mempertahankan tanah airnya.

“Oleh itu, penentangan dari dalam Palestin perlu diteruskan dengan sokongan daripada semua pihak. Tanpa penentangan, tanpa intifadah, Israel tidak akan berganjak. Kebebasan hanya boleh diperoleh melalui penentangan,” ujar beliau.

“Ramai yang bertanya kepada saya meminta kebenaran untuk pergi dan berperang bersama saudara-saudara kita di Palestin. Malangnya mereka dihalang oleh negara-negara mereka daripada pergi ke Tanah Suci (Palestin).”

Beliau juga memberi dimensi dan paradigma baru kepada bantuan kewangan yang perlu disalurkan kepada pejuang-pejuang di Palestin. “Bantuan kita perlu dilihat sebagai bukan sekadar sumbangan, tetapi satu kewajipan, satu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan,” ujar beliau.

Beliau seterusnya menyeru agar negara-negara Islam memutuskan hubungan dengan negara Israel.

World Popular Conference on Palestine

sumber:
http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/antarabangsa/turkey/25-intifadah-diteruskan-bantuan-diwajibkan-al-qaradawi

SAMBUT MENANTU , 14 JUN 2009


Salam
Dijemput ikhwah dan akhawat yang mengenali ana dan isteri, juga yang tak mengenali ana untuk hadir ke majlis kesyukuran

menyambut menantu

yang ke 2 di rumah ana,
13 jalan 12, taman tun abdul razak, 68000 ampang.


pada
AHAD, 14 Jun 2009
12.00 tgh - 4.00 ptg

Mungkin kad tak sempat dihantar atau tiada alamat tetapi dengan penuh keikhlasan dan kesyukuran antum dijemput untuk meraikannya...

Jazakumullahukhairan
syed zakaria & aiza
__._,_.___

Thursday, May 28, 2009

SALAM TAKZIAH & SALAM PERJUANGAN


Salam takziah di atas pemergian ke rahmatullah ibu kepada Mat Sah Mohamad Satray dan ibu mertua kepada Cikgu Norlaila Othman. Sejak Mat Sah ditahan di bawah ISA sejak lebih 7 tahun yang lepas, ibu yang menyayangi anaknya itu tidak sempat melihat anaknya dibebaskan.

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa anak disisi...dipisahkan oleh kezaliman ISA pada jam 8.30 pagi 27 Mei 2009. Walaupun mereka sempat bertemu beberapa hari lepas tetapi ia tetap tidak sama jika semua tahu Mat Sah boleh datang ziarah ibunya bila-bila masa tanpa diiringi SB, tanpa ditetapkan dan dihadkan waktu.

Semalam, saya telah ke rumah Pakcik Mohamad Satray menziarahi jenazah. Menzahirkan simpati saya kepada Cikgu Norlaila dan kepada pakcik. Saya cuma mendengar kata-kata pakcik. Katanya, beliau terkilan kerana tidur pada malam sebelum itu sedangkan arwah yang kabur matanya seolah-olah memberi petanda dengan tidak semena-mena boleh melihat, menegur pakcik yang pergi ke bilik air walaupun lampu tidak dipasang.

Berulang kali pakcik katakan kepada saya, "kenapalah malam itu pakcik tidur...kenapalah?". Saya jawab ringkas untuk menenangkannya, "Itu semua ketentuan Allah pakcik, Allah lebih mengetahui, Allah Maha Besar...Allah lebih sayang makcik".

Pakcik terdiam sebentar selepas itu tetapi terus menyuarakan rasa tidak senangnya dengan penahanan berterusan anaknya, Mat Sah. "Saya tetap tunggu dia balik tengok jenazah emaknya, barulah hantar ke kubur", tegas pakcik. Masa itu jam 1.30 tengahari.

Saya lalu berpesan kepada pakcik, "Nanti pakcik mintak dengan polis SB supaya beri peluang Mat Sah jumpa ibunya, ikut jenazah ke kubur dan bawa semula ke rumah pada malamnya untuk majlis tahlil...pakcik kena mintak". Bagi saya, ini bukan lagi permohonan tapi tuntutan.

Alhamdulillah saya sempat mengimamkan solat zohor dan kemudian bersama-sama solat jenazah berjamaah. Namun saya tidak dapat menanti kepulangan Mat Sah atau mengiringi jenazah ke tanah perkuburan kerana ada urusan tugas. Saya cuma berpesan kepada Sdr Suhaimi Mokhtar (bekas tahanan ISA yang dibebaskan Januari lepas) dan kepada Pakcik untuk sampaikan salam saya kepada Mat Sah. Pakcik mengucapkan terima kasih kerana mengimamkan solat zohor dan di atas usaha yang dilakukan oleh GMI.

Sejak beberapa tahun ini, sudah banyak insiden begini yang saya alami. Dulu Sdr Nasaruddin Nasir (masa itu tahanan ISA, sekarang sudah bebas) kehilangan ibunya semasa dalam tahanan. Sedih melihat beliau dibawa balik oleh SB dan diberikan masa yang amat terhad bersama keluarga.
Kemudian kisah yang sangat menyedihkan, Sdr Shahrial Sirin (masa itu tahanan ISA, sekarang dibebaskan tetapi di 'deport' ke Indonesia) tidak sempat mendampingi anaknya, Aina Mardhiah yang nazak. Beliau hanya tiba dari kem kamunting setelah anaknya meninggal dunia...setelah jatuh sakit selama lebih 48 jam.

Apakah kesalahan mereka sehingga diperlakukan demikian...ditahan bertahun-tahun sehingga lebih 7 tahun seperti Mat Sah? Mereka merompak? Mereka membunuh? Mereka mengangkat senjata? Mereka menyeludup dadah? Kesalahan mereka tidak pernah dibicarakan mahupun dibuktikan tetapi mereka didapati bersalah dan dihukum bertahun-tahun. Dalam tempoh itu, anak membesar, ibu meninggal, ayah telah pergi...isteri bercerai. Siapakah yang bertanggungjawab?

Sebab itulah undang-undang begini...ISA tidak boleh dibiarkan wujud. Menjaga keselamatan negara tidak membenarkan kezaliman dan ketidakadilan sewenang-wenangnya. Hanya kerana ianya undang-undang sah, maka apa sahaja boleh dilakukan walaupun menzalimi, menyeksa dan mencabuli hak insan?

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh ibu Mat Sah dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang soleh. Semoga jiwa-jiwa yang sayangkan keadilan dan benci kezaliman akan bangkit menegakkan yang hak dan mencegah kebatilan.

Syed Ibrahim Alhabshi
Timbalan Presiden JIM
Pengerusi GMI


RELAY 4 LIFE, 30Mei 2009

CAKNe-PPUKM (Kumpulan Sokongan Kanser Kanak-Kanak) akan mengadakan Solat Hajat & aktiviti bersama kanak-kanak kanser ketika program RELAY FOR LIFE yang dianjurkan oleh National Cancer Society of Malaysia, pada Sabtu ini. Progran ini merupakan program tahunan bagi memberikan sokongan kepada pesakit-pesakit kanser diseluruh Malaysia disamping mengutip dana.

Buat julung kalinya, program Solat Hajat akan diadakan ketika RELAY FOR LIFE dan secara langsung dikendalikan oleh CAKNe. Beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak juga akan dijalankan:

- Origami kertas

- Menghias Biskut& Cake

- Bowling Padang

- Cari Gula-Gula Dalam Kotak

- Tiup Belon

- Golf

- Bawa bola celah kaki


Ingin mengambil bahagian? Anda boleh membantu dengan:

  1. Sertai sebagai sukarelawan CAKNe (Sabtu, 4ptg – 10malam)
  2. Menghadiri RELAY FOR LIFE di Stadium Latihan MSN sabtu ini
  3. Menyumbang wang/ hadiah kepada aktiviti kanak-kanak

Untuk sebarang pertanyaan & penyertaan, boleh hubungi Khadijah ditalian 013-5902418 atau Salina 019-3331000


KKD



Istiwa A'dzam, 28 Mei 2009, Khamis jam 5:16 petang


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa peristiwa matahari tegak di atas kaabah atau lebih dikenali sebagai Istiwa A'dzam akan berlaku pada 28 Mei 2009 hari Khamis jam 5:16 petang waktu Malaysia.

Justeru, pada tarikh dan masa berkenaan bayang matahari akan menunjuk ke arah Kaabah.


Sehubungan dengan itu, masyarakat Islam boleh mengambil bayang matahari sesuatu objek tegak seperti tingkap rumah, tiang dan lain-lain sebagai objek rujukan untuk dijadikan panduan bagi memeriksa arah kiblat kediaman mahupun pejabat masing-masing. Memandangkan peristiwa ini berlaku pada waktu petang, arah kiblat ialah arah bayang yang menghala objek rujukan tadi (menghala ke arah barat)..


Sekian dimaklumkan, terima kasih.


Hardi Bin Mohamad Sadali

Jabatan Mufti Pulau Pinang


Istiwa A'dzam

Ianya keadaan di mana matahari berkedudukan tegak di atas Kaabah,iaitu berada tepat di titik zenith semasa istiwa (rembang / tengahari).

Pada ketika itu , bayang-bayang objek tegak yg terhasil di seluruh dunia akan membetuli arah kiblat,lantas memberi peluang kepada umat Islam menyemak arah kiblat dari tempat-tempat masing-masing.

Fenomena istimewa yg diatur oleh Allah S.W.T. ini berlaku hanya 2 kali dalam setahun iaitu pada
:
28 Mei jam 5.16 ptg
16 Julai jam 5.28 pgt
(gunakan waktu piawai Malaysia)

Untuk menyemak arah kiblat menggunakan kaedah ini, umat Islam perlu,

  1. Tentukan tarikh dan waktu seperti yg dinyatakan di atas
  2. Pilih satu tempat yg hendak disemak arah kiblatnya - ia tidak terlindung daripada sinaran matahari
  3. Pacakkan satu tiang di kawasan itu
  4. Pastikan tiang tersebut tegak (90 darjah) dan lurus.
  5. Pada waktu yang dinyatakan, tentukan arah bebayang yg terhasil daripada tiang tersebut.
Arah kiblat adalah arah yang bertentangan dgn bebayang yg terhasil daripada tiang itu.


GRUM '09

Salam Perjuangan.......

Gerakkan Ummah Hebatkan Dakwah

Begitulah tema diberi dan diharapkan sebaik isinya, semoga semua peserta GRUM '09 yang telah melaluinya mendapat momentum baru dan lebih teruja untuk melakarkan rentak dan gerak kerja dakwah yang lebih kemas tersusun serta dilihat mampu membawa perubahan yang lebih baik di lokaliti masing-masing. Walaupun masih ada yang terasa kepenatannya..

Banyak perkongsian yang bermanafaat :-

Hari Pertama 22 Mei selepas pendaftaran, solat maghrib berjamaah dan makan malam dan ma'athurat di Al-Amin Keramat, para peserta disajikan dengan Bicara Kepimpinan bersama Dr. Melasutra Md. Dali (Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial & Ahli Majlis MBPJ) mengupas tajuk Kepimpinan : Prasyarat dan keperluannya. Dalam pembentangan awal ditayangkan wajah-wajah pimpinan gerakan2 dakwah, politik dan NGO. Seterusnya disusuli dengan pembentangan bahan prasayarat kepimpinan dan cabarannya.


Slot seterusnya bersambung dengan ice breaking dan pembentukan kumpulan untuk tugasan ummah (3 Kump ikhawah dan 3 kump Akhawat) serta cabutan bahan2 tugasan ummah. Tugasan Ummah yang ditetapkan iaitu :
  1. DDMM - Sempena Karnival Harmoni di Summit Subang Jaya ( 2 Kump : 1 ikhwah dan 1 akhawat),
  2. Membersih Kubur berhampiran Masjid Klang Gate,
  3. Menyantuni Remaja Taman Medan, PJ ,
  4. Cakne Politik di Pejabat YB Batu 3,
  5. Isu Palestine di Pasar Seni KL.
Hari Kedua, 23 Mei 2009 - Setelah penyampaian beberapa amanat oleh Hj. Mazmi Kamal, YDP JIM Selangor yang banyak menyentuh soal HIJRAH, sesi Pelepasan peserta dilakukan sekitar jam 09.30. Peserta memulakan perjalanan dari LRT Jelatek ke destinasi yang ditetapkan.

Mengikut perancangan para peserta perlu berada di lokasi seterusnya (Bukit Bandaraya) @ Bukit Cherakah (BC) jam 4 petang.. Namun berlaku beberapa insiden dan cabaran yang tidak terduga menyebabkan beberapa kumpulan yang terlewat sampai dan kumpulan terakhir sampai sekitar jam 06.30 petang dipintu masuk BC. Mereka perlu berjalan lagi ke lokasi perkhemahan iaitu Camar Rimba. Keadaan memang tidak terduga kerana begitu ramai insan yang mengadakan perkhemahan pada tarikh yang sama. Khemah peserta GRUM belum didirikan lagi sesampainya ana selaku pengiring kumpulan terakhir dan diarahkan oleh kem komandan untuk berteduh di surau BC.

Awal malam, 23 Mei selepas menjamu selera diikuti solat Isyak Berjamaah dan tazkeerah kisah sahabat Usamah bin Zaid oleh Ust Arif Ahmad. Seusai slot tersebut bermulalah sesi perkongsian tugasan ummah dengan pelbagai cerita dan cereka yang disampaikan melalui lisan dan ppt yang mengujakan.

Tengah Malam, 23 Mei Slot Cekal Malam - 5 check Point yang peserta kena lalui - Kawasan tasik, Taman Burung, Taman Haiwan, Padang Pasir, Sawah padi dengan aktiviti2 istimewa...

Ana yang berada di Padang Pasir sempat bersemuka dengan haiwan H1N1 yang sedang meronda2 mencari makanan. Padang Pasir tu memang antara portnya.... Walaubagaimanapun ramai peserta terkilan kerana tidak dapat meneruskan misi di sini memandangkan waktu hampir dini hari sekitar jam 03.30 dan aktiviti terpaksa diberhentikan serta merta.

Hari ke3 - 24 Mei seusai solat Subuh Berjamaah dan Ma'athurat, peserta yang tak cukup lena malam tadi menyambung sesi nyenyakan pagi itu sehingga jam 08.00 pagi. Dan tak kurang juga yang terus mengambil kesempatan meronda2 kawasan sekitar BC. Selesai bersarapan nasi lemak dan air teh GRUM, para peserta diarahkan untuk bersiap sedia untuk sesi berikutnya pada 9.00 pagi untuk slot Simulasi kepimpinan.

Simulasi Kepimpinan - Peserta dibahagikan mengikut pasukan masing mewakili - Rakyat Jelata, Pemerintah, Pembangkang, NGO, Media dan Mahasiswa mengupas isu Masalah Sosial Remaja : Cabaran dan Penyelesaiannya. Perbincangan diketuai oleh speaker yang dilantik khas dan perbahasan dibuat seperti Mini Parlimen. Begitu hebat belia & beliawanis IPT kita berbahas dan dengan bermacam-macam aksi dan gaya yang ditunjukkan bagi menggamatkan suasana perbincangan dan perdebatan.... .Slot ditamatkan sekitar jam 01.30 tgh diikuti solat zuhur berjamaah dan makan tengahari yang tidak kurang enaknya...

Sekitar jam 3.00 selepas sesi muhasabah dan penutup - para peserta bersalam-salaman dan melangkah pulang semula ke destinasi masing-masing membawa seribu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan dan sejuta harapan dan keyakinan untuk terus melakarkan perjuangan ditempat masing-masing.

Untuk Akhirnya, ana selaku penghebah GRUM '09 memohon maaf kerana mungkin tidak dapat memberi perkongsian sebaiknya dan jumpa di Hebahan GRUM 2010 yang akan datang pastinya lebih mencabar.... Salam Ukhuwwah.

Indah Sungguh Perjalanan
Dari Sri Keramat ke Bukit Cahaya Sri
Kita telah merakamkan
Langkah demi langkah kaki menjadi Bukti

Panas tidak terasa
Percikan peluh menjadi saksi
Bahawa kita bernama manusia
Hidup dan mati ujian Ilahi

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Jengok kami biar nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Sekian, Jazakumullah Khairan Kathira.

Siti Khadijah Abd Wahid
b/p JK Penganjur
GRUM '09



mengendali pertandingan mewarna di Harmony Carnival (HC)
Happy Chicky sementara menunggu keputusan

Team GRUM 09 di HC


TAKZIAH PADA KELUARGA CG LAILA



Warga JIM AJ mengucapkan TAKZIAH kepada akh Mat Sah, Cg Laila, Suhaib & keluarga atas kepulangan ke rahmatullah bonda yang dikasihi.

Moga bonda Mat Sah ditempatkan dikalangan para muttaqeen, serta diberikan sebaik ganjaran atas kesabaran menanggung rindu.
Juga didoakn moga diberikan ketabahan pada yang ditinggalkan.

Ikuti catatan duka di:

Nenek telah kembali ke Rahmatullah....


dan kepulangan anak yang dirindui:

mat sah pulang

PROG CUTI SEKOLAH

CUTI SEKOLAH TIBA LAGI! Sempena cuti sekolah ini JIM Kuala Lumpur akan menganjurkan program KBM (Keindahan Bersama-Mu) untuk anak-anak ahli Badan Kebajikan TM Kuala Lumpur (BAKIT) dan juga membuka ruang penyertaan ini kepada anak remaja ahli JIM KL dan Selangor. Maklumat program seperti berikut:

KBM Kembali (Remaja)

Anjuran
BAKIT TM KL

Lokasi
Impian Country Resort, Hulu Langat

Tarikh dan masa
6 Jun (8.30 pagi) hingga 7 Jun 2009 (1 ptg)

Sasaran peserta
1. Alumni KBM Remaja TM
2. Anak Remaja Ahli JIM (12-17 thn)

Yuran
RM 70 seorang

Pembayaran
MBB : 164221000357 (Hassan Unir)

Untuk pendaftaran, sila hubungi (<2>
Hassan Unir: 013 3366122 atau
uhassan@tm.com.my

Pengangkutan
Bertolak dgn bas dari Menara TM (Sabtu pagi)

Aturcara/Persediaan peserta klik di sini

Plan lokasi klik di sini

IFTAR JAMA'IE , 28 Mei 09

SEMUA IKHWAH

dijemput ke
IFTAR JAMA'IE

pada
KHAMIS ,28 MEI 09

d
SRIAAKL

Tuesday, May 26, 2009

Hi Tea KRJ, 31 Mei 2009


Yesssss... Cuti skolah kembali lagi.... Sebagai pembukaan, Kelab Remaja JIM Ampang Jaya akan menganjurkan satu program yang best lagi melelehkan air liur iaitu....

Hi Tea KRJ
Tarikh : 31 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Pusat Komuniti JIM (PKJ)

Apa yang best sangat program tu.... ?
O ok... agenda seperti di bawah...

2.30 - 3.00 ptg : kehadiran & pendaftaran
3.00 - 3.45 ptg : Perkongsian pengalaman Bro. Joannes Lukas
3.45 - 4.15 ptg : Borak- borak aktiviti Teenetwork AJ
4.15 - 5.00 ptg : Makan-makan

Sila contact ....

Abang Tufayl - 01 662 1543
Kak Pah - 019 280 8329
Makcik Dah - 019 278 2096
Yuran RM3 sahaja..... datang yea....

~ noursila

KATAKAN TIDAK! 30 Mei 2009

Anda BERDEPAN DENGAN MASALAH KEGANASAN RUMAHTANGGA tetapi tidak tahu dengan siapa untuk dirujuk?


Anda SERING TERDENGAR JIRAN SEBELAH RUMAH ANDA DIDERA SUAMINYA tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk membantunya?


Anda INGIN MEMBANTU SAHABAT-SAHABAT ANDA DI LUAR SANA tetapi anda tidak mempunyai sebarang info yang boleh anda jadikan panduan?


Ingin menjadi sukarelawan?

Bantulah mereka yang memerlukan bantuan anda kerana tidak semua daripada kita boleh mengecap nikmat bahagia di luar sana.

JOM kita tambah ilmu dan pemahaman kita mengenai isu ini.

ISU KEGANASAN RUMAHTANGGA

ISU HAK YANG DIABAIKAN

ISU MEREKA YANG TERANIAYA

Sertai kami di

SEMINAR

KATAKAN TIDAK!

KEPADA KEGANASAN RUMAHTANGGA, LITERASI UNDANG-UNDANG WANITA, KELUARGA DAN KANAK-KANAK

Pada

30 Mei 2009 (Sabtu)

Masa

8.30 pagi – 1.30 tengahari

Tempat

Dewan Suria,

Construction and Industrial Safety Training Centre Sdn Bhd,

[CONSIST]

Ground Floor

Bangunan Pro Centre,

Lot 3301, Batu 8, Jalan Ulu Kelang,

68000 Ampang,

Selangor Darul Ehsan

Masuk PERCUMA

ANJURAN

  1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor
  2. Seksyen Sektoral, UPEN
  3. Sekretariat OSCC
  4. Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang
  5. Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM) Ampang Jaya

OBJEKTIF

1. Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.

2. Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.

3. Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu-isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.

4. Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.

TENTATIF PROGRAM

MASA

TENTATIF

8.00 pagi

Ketibaan dan pendaftaran

8.45 pagi

Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis.

Bacaan Al-Qur'an

Ucaputama oleh YDP JIM Ampang Jaya

PERASMIAN oleh YB Hj Saari Sungib, Adun Hulu Kelang

9.15 pagi

Modul 1 : Keganasan terhadap wanita, isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksualiti

PENCERAMAH : Dr Radziah Jabir

Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Selayang Baru

10.15 pagi

Rehat dan Kudapan

10.30 pagi

Modul 2 : FORUM OSCC – Maklumat dan peranan OSCC disertai persembahan multimedia OSCC

PANEL :

Dr Ridzuan Bin Dato’ Md Isa

Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Ampang

Encik Abd Razak bin Aziz

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat

Ketua Polis Daerah Gombak

MODERATOR : Dr Badiah

12.00 tgh

MODUL 3 : Literasi Undang-Undang yang melindungi wanita & Biro Bantuan Wanita

PENCERAMAH : Puan Afzan Harison , Peguam Bela Peguamcara, ahli BAR Council Kuala Lumpur.

1.00 tengahari

Penutup dan Bacaan Doa

Makan tengahari dan bersurai


InsyaAllah, setiap perbentangan yang dilakukan boleh membantu kita sedikit sebanyak untuk membantu mereka di luar sana.

Untuk pendaftaran, hubungi:

Pusat Khidmat Adun Hulu Kelang (Tel:03-42602205)

Wanita JIM Ampang Jaya (Hjh Jeriah Manap-013-3404343 /03-41073379)

atau sms nama ke 019-5053008.




Monday, May 25, 2009

Wanita Islam Menunaikan Haji / Umrah Sunat Tanpa Mahram


Pendahuluan
Islam adalah agama sejahtera yang membawa rahmat dan keadilan kepada seluruh umat manusia, khususnya mereka yang beriman.
Islam sangat menitik beratkan keselamatan dan kesejahteraan umatnya dalam semua aspek; nyawa, harta dan maruah.
Antara bukti yang menunjukkan Islam mementingkan keselamatan umatnya ialah larangan terhadap kaum wanita bermusafir bersendirian tanpa ditemani mahram atau suami. Setengah kalangan menganggap larangan ini merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap wanita dan bukti yang menunjukkan Islam memandang rendah terhadap kaum wanita serta mengongkong kebebasan mereka.
Namun hakikatnya mereka tidak memahami atau sengaja tidak mahu memahami bahawa di sepanjang sejarah kemanusiaan, hatta dalam zaman yang dikatakan maju dan bertamadun sekarang wanita tidak pernah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Wanita sering terdedah kepada pelbagai ekploitasi sampai ke tahap meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan sejati atas nama kemajuan, persamaan dan sebagainya. Hanya Islam yang benar-benar mengangkat darjat wanita dan meletakkan diri mereka di tempat yang mulia sama dengan lelaki.

Wanita dan Ibadah
Ulamak bersepakat bahawa wanita ditaklifkan hukum-hukum Syara’ sama seperti lelaki sama ada yang berekaitan dengan hukum-hukum akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

”Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
(al-Ahzab 33:35)


Walaupun begitu terdapat sedikit perbezaan dari aspek teknikal dalam pelaksanaan sesuatu ibadah antara lelaki dan wanita.
Umpamanya menunaikan fardhu haji adalah wajib ke atas setiap umat Islam yang berkuasa seperti dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud:

”..... dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya .... ”
(Aali ’Imran 3:97)
Jumhur berpendapat maksud berkuasa bagi lelaki ialah mempunyai kenderaan (sekiranya tempat tinggal lebih dari dua marhalah), bekalan, aman perjalanan, sihat tubuh badan dan tiada kesuntukan waktu. Manakala wanita tidak wajib walaupun memiliki semua di atas sekiranya tiada yang menamani sama ada suami, mahram atau beberapa orang wanita yang thiqah.(Kitab al-Idhah, m.s.96-97)

Menunaikan Haji / Umrah Tanpa Mahram
Telah dinyatakan bahawa menurut kebanyakan ulamak wanita tidak wajib menunaikan haji atau umrah sekiranya tidak ada teman sama ada suami, mahram atau beberapa orang wanita yang thiqah. Di dalam kitab Fatawa al-Mar-ah al-Muslimah, penal penulisnya berkata:

”Para ilmuan mengatakan, seorang wanita yang tiada mahram tidak wajib mengerjakan haji. Sekiranya dia meninggal dunia tidak dihajikan untuknya daripada harta peninggalannya kerana dia termasuk dalam golongan mereka yang tidak mempunyai kemampuan (istito’ah)”.
(Fatawa al-Mar-ah al-Muslimah, m.s.369)

Pendapat ini disandarkan kepada beberapa Hadis yang bermaksud:
1. ”Janganlah seseorang wanita itu musafir dua hari kecuali bersama dengan suami atau mahramnya”. Riwayat al-Bukhari dari Abi Sa’eid.
2. ”Janganlah seseorang wanita itu musafir tiga hari kecuali bersamanya mahram”. Muttafaq ’Alaih dari Ibn Umar RA.
3. ”Tidak halal bagi wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat musafir tiga hari tiga malam kecuali bersamanya mahram”. Muslim dari Ibn Umar.
4. ”Janganlah seseorang wanita itu musafir kecuali bersamanya mahram”. Lalu seorang lelaki berkata: ”Ya Rasulullah! Saya hendak keluar (berjihad) bersama angkatan tentera sekian dan sekian, sedangkan isteri saya hendak menunaikan haji?” Baginda menjawab: ”Keluarlah bersama dengannya (isterimu)”. Muttafaq ’Alaih dari Ibn ’Abbas.

Nas-nas di atas jelas menunjukkan larangan ke atas wanita musafir tanpa suami atau mahram.
Namun ulamak tidak sekata dalam memahami Hadis-hadis di atas. Sebahagian mereka mengambil maknanya yang zahir. Manakala sebahagian lain melihat kepada sebab dan hikmah larangan itu.
Mereka yang mengambil maknanya yang zahir seperti yang disebutkan di dalam kitab Fatawa al-Mar-ah al-Muslimah berpendapat wajib ada suami atau mahram. Al- Hanafiyyah juga berpendapat wajib ada suami atau mahram kecuali jika jarak tempat tinggal wanita itu kurang dari tiga marhalah. (’Atiyyah Saqar, jzk 2, m.s.134)

Mereka yang melihat kepada sebab atau illah larangan, antaranya Imam asy-Syafi’e sebagaimana disebut oleh an-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim, tidak mensyaratkan suami atau mahram. Yang penting perjalanan itu selamat. Maka harus bagi wanita menunaikan haji sekiranya ditemani beberapa orang wanita yang thiqat kerana dalam hal ini boleh dikira selamat.
Begitu juga Imam Malik dan satu riwayat daripada Imam Ahmad, tidak mensyaratkan ada suami atau mahram untuk menunaikan haji fardhu.

Antara Musafir Wajib dan Musafir Sunat.
Pandangan yang diutarakan di atas adalah berkaitan dengan haji wajib. Berkenaan haji sunat dan musafir lain yang tidak wajib, pandangan mereka juga berbeza.
An-Nawawi berkata: Adapun haji sunat, safar ziarah, tijarah dan lain-lain yang tidak wajib, maka setengah mereka berkata harus keluar bersama kumpulan wanita yang thiqat seperti haji wajib. Jumhur berkata tidak harus kecuali bersama suami atau mahram dan inilah yang sahih.(Al-Majmuk, jzk 7, m.s.62)
Dalil jumhur adalah nas-nas yang telah dikemukakan di atas.

Para ilmuan masa kini seperti al-Ustaz Dr. Hasan Ahmad al-Kabir, Dekan Kulliyyah Bahasa Arab Universiti al-Azhar Zaqaziq, Syaikh Ali Jumah, Mufti al-Dayyar al-Misriyyah, Atiyyah Saqar cenderung kepada pendapat yang mengatakan harus.
Dalil mereka yang mengatakan harus adalah:
1. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada ’Aadi bin Hatim bahawa Rasulullah SAW menceritakan kepadanya mengenai perkembangan Islam pada masa akan datang dan tertegaknya panji-panji Islam di seluruh pelusuk bumi. Antara maksud ungkapan baginda dalam Hadis tersebut: ”... hampir-hampir seorang wanita dari al-Hirah di Iraq keluar menuju Baitillah tanpa suami bersama dengannya dan dia tidak takut melainkan Allah...” Hadis ini bukan sekadar suatu perkhabaran mengenai keluasan penyebaran Islam, sebaliknya ia menunjukkan keharusan wanita musafir tanpa suami. (Fatawa al-Mu’asarah, m.s.431)
2. Umar RA telah mengizinkan isteri-isteri Rasulullah SAW pergi menunaikan haji bersama Uthman bin Affan RA dan Abdul Rahman bin Auf RA sedangkan mereka berdua bukan mahram kepada kesemua isteri-isteri Rasulullah SAW. Keizinan itu tidak pula dibantah oleh Uthman dan Abdul Rahman juga para sahabat yang lain. Ini boleh dikira sebagai ijmak di kalangan mereka.
3. Hikmah di sebalik pensyaratan wanita ditemani suami atau mahram ialah memastikan keselamatannya di dalam perjalanan dan memudahkannya melaksanakan segala urusan tanpa gangguan dan pergaulan yang tiada batasan. Kini semua masalah itu boleh diatasi dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, sama ada dari segi pengangkutan, penempatan serta keperluan-keperluan asas dan sampingan di sepanjang perjalanan serta masa melaksanakan ibadah.
4. Hadis-hadis yang melarang wanita musafir tanpa suami atau mahram ditakwilkan untuk zaman nubuwwah di mana kaum musyrikin menguasai Jazirah dan sentiasa mengintai peluang untuk melakukan sebarang tindakan yang mengancam keselamatan umat Islam. Dalam zaman sekarang, harus wanita musafir bersama teman yang amanah dan boleh dipercayai dengan izin suaminya sekiranya perjalanan itu aman serta keadaan negeri yang dituju itu aman. Keharusan ini tidak tertentu bagi haji sahaja, malah harus juga untuk tujuan belajar atau lain-lain tujuan yang tidak dilarang oleh Syara’. (Syaikh Ali Jum’ah, m.s.267)

Pandangan di atas juga bersesuaian dengan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiul Awwal 1422 bersamaan 11 Jun 2001. Fatwa tersebut berbunyi:
”Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan menunaikan haji sunat atau umrah sunat tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin tertentu

Jawatankuasa telah menyenaraikan 17 syarat yang mesti dipatuhi.

Kesimpulan
Setelah diteliti pandangan para ulamak dahulu dan kini, didapati mereka mempunyai sudut pandangan yang berbeza sama ada wajib atau tidak wanita diiringi suami atau mahram atau boleh diganti dengan teman yang boleh dipercayai ketika musafir, sama ada musafir wajib atau bukan wajib. Perbezaan sudut pandangan ini berlaku hatta di kalangan ulamak mazhab yang sama. Malah ada di kalangan mereka seperti Ibn Hazm, Ibn Taimiyyah dan lain-lain tidak mewajibkan diiringi teman langsung sekiranya perjalanan itu aman. Di dalam kitab Mughni al-Muhtaj, pengarangnya berkata: Harus bagi perempuan mengerjakan haji atau umrah Islam bersama perempuan-perempuan thiqat. Bahkan mengikut qaul yang sahih, harus walaupun dengan seorang perempuan thiqah. Pada satu pandangan yang lain, harus ia mengerjakan haji atau umrah fardhu walaupun seorang diri sahaja sekiranya aman dirinya daripada fitnah. (Mughni al-Muhtaj, j.2, m.s.465)
Imam asy-Syafie sendiri tidak berpegang kepada zahir nas seperti yang diriwayatkan oleh an-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim (jld 9, m.s.104): tidak disyaratkan mahram, bahkan disyaratkan keamanan dirinya.
Lantaran itu kita dapati beberapa orang dari kalangan ulamak zaman kini mertarjihkan wajib haji ke atas wanita dan harus bagi mereka musafir jika keselamatan dan kemudahan terjamin dengan apa cara sekalipun, sama ada dengan cara ditemani suami, mahram, kawan yang amanah, pengendalian pihak berwajib atau lain-lain. Isteri-isteri Rasulullah SAW telah menunaikan haji dengan keizinan Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Umar telah mengutus Uthman bin Affan RA dan Abdul Rahman Auf sebagai pengiring mereka. Haji yang ditunaikan oleh Ummahat al-Mukminin RA itu adalah haji sunat kerana mereka telahpun menunaikan haji wajib bersama Rasulullah SAW. (’Atiyyah Saqar, j.2, m.s.134-135)

Rujukan:
1. Mughni al-Muhtaj
2. Al-Majmuk, Abi Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syaraf an-Nawawi
3. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili
4. Fatawa ‘Asriyyah, Syaikh Ali Jum’ah
5. Fatawa al-Mu’asarah, Dr. Hasan Ahmad al-Kabir
6. Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, Syaikh ‘Atiyyah Saqar
7. Fatawa al-Mar-ah al-Muslimah, Muhammad Ibrahim asy-Syaikh dan lain-lain..
8. Fatwa-Fatwa Negeri Johor, jld 3, hal.62-68


http://zaadut-taqwa.blogspot.com

Sunday, May 24, 2009

HARMONY CARNIVAL , 22-24 Mei 09

Harmony Carnival

22-24 Mei 2009

Summit USJ, Subang Jaya, Selangor

Perasmian oleh Hj Zaid Kamaruddin, Presiden JIM

Tarian Singa yang menggamatkan suasana!

Peserta pertandingan mewarna dari pelbagai kaum...

..dengan pelbagai gaya.

Ahli JIM AJ, Dr Bad sempat menyantuni ibu2 yang menunggu anak2 mewarna. Begitulah, sukarelawan di Harmony Carnival tidak melepaskan peluang yang ada!
Rehat & isi minyak....

Abang Fasi menghiburkan para hadirin dengan 'Chicky Dance'

Sementara menunggu keputusan, Cikgu Idris memukau anak2 dengan pertunjukan silap mata....

Team GRUM '09 yang diamanahkan dengan tugasan menjayakan pertandingan mewarna di Harmony Carnival. Tahniah! Job well done!Penganjur agak cemas bila peserta GRUM '09 tak kunjung tiba. Rupanya bas lewat ..... :(

Ahli-ahli JIM AJ berkhidmat di booth PAKSI-JIM dan lain2 booth JIM - PACE, RS & HC Semuanya memerlukan tenaga kita...

MC majlis perasmian yang mantap mantop! Ukht Izahana, dari Ampang Jaya...TAHNIAH!

P1060543

Forum "Spiritual Solutions To Economics Problems" yang dikendalikan oleh Naib Pengerusi Hidayah Centre, Hj Aizuddin Nurudin

P1060515

DJ bertugas dari Ampang Jaya, Cik gu Idris (bertopi), memeriahkan karnival dengan celotehnya

P1060587
Para pengunjung sudah bersiap sedia untuk menyaksikan persembahan Malam Harmony Carnival 2009

Aksi dari pasukan Kompang Akrobat…

P1060598

….dengan langkah yang diatur…

Kompang

…mengikut paluan kompang.

P1060600

Pengunjung memenuhi ruang concourse The Summit untuk menyaksikan persembahan Malam Harmony Carnival

P1060672

Penonton yang bertuah pada malam tersebut

P1060593

Pukulan gendang Urimi Melam dari pemuda Serdang

P1060628

Antara penonton bukan Muslim..

P1060604

Penonton yang setia menyaksikan persembahan-persembahan yang dihidangkan

P1060675

Picture6
Aksi menarik Silambam

Team Ampang Jaya dengan minuman sihat JIM yang belum sampai seminggu berada di pasaran !

Teka siapa.... mengambil peluang masa terluang, mengurut mata yang penat...

Lagi penonton yang bertuah!

Moga usaha-usaha ini mendapat keberkatan Allah swt, membuahkan hasil yang diharapkan - terbukanya hati-hati yang disantuni untuk kembali kepada Islam, agama fitrah. Ameen