Maklumat lanjut tentang kami, hubungi Setiausaha 019 3846443 atau email othmanaj@gmail.com / sky_dim@yahoo.com
Semoga doa Ad Dhuha mengiringi sepanjang masa hari2 para du'at soleh musleh
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini di langit, Engkau TURUNKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini di bumi, Engkau KELUARKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini susah, Engkau MUDAHKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini jauh, Engkau DEKATKANLAH"
"Ya Allah Sekiranya rezeki kami ini dalam keharaman, Engkau BERSIHKANLAH"
Berkat Dhuha Mu.Ameen Ameen Ameen Ya Robbal'aalameen.
Mari belajar Bahasa Al Qur'an - a word a day!
Allah menyukai hambaNya yang:
1. Lisannya sentiasa basah berzikir kepadaNya
2. hatinya sentiasa khusyuk mengingatiNya
3. Sabar di atas segala ujian yang diturun ke atasnya.
Mutaba'ah amal untuk ahli JIM
1. Solat berjamaah min. Isya' & Subuh 2. Tilawah Qur'an - min. 1 Hizb 3. Hafazan min. 1 ayat sehari 4. Istighfar min. 70 kali sehari 5. Ma'thurat sughra 6. Baca buku min. 30 min sehari 7. Riadhah min.15 min sehari 8. Riadhah Jamaie 1x seminggu 9. Interaksi ibubapa mingguan 10. Puasa & iftar jamaie bulanan 11. Ziarah kubur 2 bln sekali
Air Mineral JIM - beli,jangan x beli! hubungi 019 3374400!
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu Memberi salam apabila bertemu dengannya dan Menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta Panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
KBJ - Kelab Belia JIM
Jika ANDA memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Beragama Islam 2) Berumur 18-30 tahun atau berjiwa muda belia! 3) Menetap/bekerja di Selangor 4) Bukan pelajar sekolah atau IPT
Alhamdulillah Seminar OSCC: katakan TIDAK! kepada keganasan Rumahtanggaanjuran bersama DUN Hulu Kelang dan Wanita JIM Ampang Jaya/Wanita JIM Selangor telah berjalan dgn lancar bermula jam 8.30 pagi hingga 2 ptg hari ini. Kira kira 100 peserta menghadiri seminar ini yang terdiri dari masyarakat kawasan Hulu Kelang serta ahli-ahli JIM Ampang Jaya.
Seminar telah dirasmikan ole ADUN Hulu Kelang, Ybhg YB Tuan Haji Saari Sungib
Ceramah 'Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak, Keganasan Rumahtangga dan gangguan seksual' oleh Dr Radziah Jabir, dan ceramah 'Literasi Undang-Undang bagi melindungi wanita dan Biro Bantuan Guaman' oleh Puan Afzan Harison telah memberi banyak informasi yg sangat berguna serta kesedaran akan keperluan menangani masaalah keganasan rumahtangga.
Dr Radziah
Puan Afzan
Sessi Forum sangat menarik serta mendapat sambutan hangat dari para peserta. Panelis forum terdiri Dr Ridzuan bin Dato' Mohd Isa, Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Ampang, Puan Norizah Azamuddin, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ASP Puan Shaheela Abu Bakar, pegawai Kanan Polis Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.
dari kiri: Dr Badiah, Puan Norizah, ASP Shaheela & Dr Ridzuan
Moderator, Dr. Badiah Baharin serta pengerusi majlis anakanda Raiyan Abd Rahim telah mengendalikan majlis dengan cukup berkesan! Tahniah !!
Halipah (teknikal ) & Raiyan
Tahniah dan jazakumullahu khairon kathiro kepada semua AJK & warga JIM AJ & WJIM AJ yang telah bekerja keras untuk menjayakan program ini. JZKK juga kepada ukht Maznah Ahmad yang sudi hadir mewakili WJIM Selangor
Semoga usaha kita yang sedikit ini mendapat keredhaan Allah swt. Apa jua yang baik datang dari Allah dan kelemahan dari kita sendiri
No comments:
Post a Comment