Islah & Wanita Gemilang

Thursday, May 28, 2009

Istiwa A'dzam, 28 Mei 2009, Khamis jam 5:16 petang


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa peristiwa matahari tegak di atas kaabah atau lebih dikenali sebagai Istiwa A'dzam akan berlaku pada 28 Mei 2009 hari Khamis jam 5:16 petang waktu Malaysia.

Justeru, pada tarikh dan masa berkenaan bayang matahari akan menunjuk ke arah Kaabah.


Sehubungan dengan itu, masyarakat Islam boleh mengambil bayang matahari sesuatu objek tegak seperti tingkap rumah, tiang dan lain-lain sebagai objek rujukan untuk dijadikan panduan bagi memeriksa arah kiblat kediaman mahupun pejabat masing-masing. Memandangkan peristiwa ini berlaku pada waktu petang, arah kiblat ialah arah bayang yang menghala objek rujukan tadi (menghala ke arah barat)..


Sekian dimaklumkan, terima kasih.


Hardi Bin Mohamad Sadali

Jabatan Mufti Pulau Pinang


Istiwa A'dzam

Ianya keadaan di mana matahari berkedudukan tegak di atas Kaabah,iaitu berada tepat di titik zenith semasa istiwa (rembang / tengahari).

Pada ketika itu , bayang-bayang objek tegak yg terhasil di seluruh dunia akan membetuli arah kiblat,lantas memberi peluang kepada umat Islam menyemak arah kiblat dari tempat-tempat masing-masing.

Fenomena istimewa yg diatur oleh Allah S.W.T. ini berlaku hanya 2 kali dalam setahun iaitu pada
:
28 Mei jam 5.16 ptg
16 Julai jam 5.28 pgt
(gunakan waktu piawai Malaysia)

Untuk menyemak arah kiblat menggunakan kaedah ini, umat Islam perlu,

  1. Tentukan tarikh dan waktu seperti yg dinyatakan di atas
  2. Pilih satu tempat yg hendak disemak arah kiblatnya - ia tidak terlindung daripada sinaran matahari
  3. Pacakkan satu tiang di kawasan itu
  4. Pastikan tiang tersebut tegak (90 darjah) dan lurus.
  5. Pada waktu yang dinyatakan, tentukan arah bebayang yg terhasil daripada tiang tersebut.
Arah kiblat adalah arah yang bertentangan dgn bebayang yg terhasil daripada tiang itu.


No comments:

Post a Comment