Gerakkan Ummah Hebatkan Dakwah
Begitulah tema diberi dan diharapkan sebaik isinya, semoga semua peserta GRUM '09 yang telah melaluinya mendapat momentum baru dan lebih teruja untuk melakarkan rentak dan gerak kerja dakwah yang lebih kemas tersusun serta dilihat mampu membawa perubahan yang lebih baik di lokaliti masing-masing. Walaupun masih ada yang terasa kepenatannya..
Banyak perkongsian yang bermanafaat :-
Hari Pertama 22 Mei selepas pendaftaran, solat maghrib berjamaah dan makan malam dan ma'athurat di Al-Amin Keramat, para peserta disajikan dengan Bicara Kepimpinan bersama Dr. Melasutra Md. Dali (Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial & Ahli Majlis MBPJ) mengupas tajuk Kepimpinan : Prasyarat dan keperluannya. Dalam pembentangan awal ditayangkan wajah-wajah pimpinan gerakan2 dakwah, politik dan NGO. Seterusnya disusuli dengan pembentangan bahan prasayarat kepimpinan dan cabarannya.
Slot seterusnya bersambung dengan ice breaking dan pembentukan kumpulan untuk tugasan ummah (3 Kump ikhawah dan 3 kump Akhawat) serta cabutan bahan2 tugasan ummah. Tugasan Ummah yang ditetapkan iaitu :
- DDMM - Sempena Karnival Harmoni di Summit Subang Jaya ( 2 Kump : 1 ikhwah dan 1 akhawat),
- Membersih Kubur berhampiran Masjid Klang Gate,
- Menyantuni Remaja Taman Medan, PJ ,
- Cakne Politik di Pejabat YB Batu 3,
- Isu Palestine di Pasar Seni KL.
Mengikut perancangan para peserta perlu berada di lokasi seterusnya (Bukit Bandaraya) @ Bukit Cherakah (BC) jam 4 petang.. Namun berlaku beberapa insiden dan cabaran yang tidak terduga menyebabkan beberapa kumpulan yang terlewat sampai dan kumpulan terakhir sampai sekitar jam 06.30 petang dipintu masuk BC. Mereka perlu berjalan lagi ke lokasi perkhemahan iaitu Camar Rimba. Keadaan memang tidak terduga kerana begitu ramai insan yang mengadakan perkhemahan pada tarikh yang sama. Khemah peserta GRUM belum didirikan lagi sesampainya ana selaku pengiring kumpulan terakhir dan diarahkan oleh kem komandan untuk berteduh di surau BC.
Awal malam, 23 Mei selepas menjamu selera diikuti solat Isyak Berjamaah dan tazkeerah kisah sahabat Usamah bin Zaid oleh Ust Arif Ahmad. Seusai slot tersebut bermulalah sesi perkongsian tugasan ummah dengan pelbagai cerita dan cereka yang disampaikan melalui lisan dan ppt yang mengujakan.
Tengah Malam, 23 Mei Slot Cekal Malam - 5 check Point yang peserta kena lalui - Kawasan tasik, Taman Burung, Taman Haiwan, Padang Pasir, Sawah padi dengan aktiviti2 istimewa...
Ana yang berada di Padang Pasir sempat bersemuka dengan haiwan H1N1 yang sedang meronda2 mencari makanan. Padang Pasir tu memang antara portnya.... Walaubagaimanapun ramai peserta terkilan kerana tidak dapat meneruskan misi di sini memandangkan waktu hampir dini hari sekitar jam 03.30 dan aktiviti terpaksa diberhentikan serta merta.
Hari ke3 - 24 Mei seusai solat Subuh Berjamaah dan Ma'athurat, peserta yang tak cukup lena malam tadi menyambung sesi nyenyakan pagi itu sehingga jam 08.00 pagi. Dan tak kurang juga yang terus mengambil kesempatan meronda2 kawasan sekitar BC. Selesai bersarapan nasi lemak dan air teh GRUM, para peserta diarahkan untuk bersiap sedia untuk sesi berikutnya pada 9.00 pagi untuk slot Simulasi kepimpinan.
Simulasi Kepimpinan - Peserta dibahagikan mengikut pasukan masing mewakili - Rakyat Jelata, Pemerintah, Pembangkang, NGO, Media dan Mahasiswa mengupas isu Masalah Sosial Remaja : Cabaran dan Penyelesaiannya. Perbincangan diketuai oleh speaker yang dilantik khas dan perbahasan dibuat seperti Mini Parlimen. Begitu hebat belia & beliawanis IPT kita berbahas dan dengan bermacam-macam aksi dan gaya yang ditunjukkan bagi menggamatkan suasana perbincangan dan perdebatan.... .Slot ditamatkan sekitar jam 01.30 tgh diikuti solat zuhur berjamaah dan makan tengahari yang tidak kurang enaknya...
Sekitar jam 3.00 selepas sesi muhasabah dan penutup - para peserta bersalam-salaman dan melangkah pulang semula ke destinasi masing-masing membawa seribu kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan dan sejuta harapan dan keyakinan untuk terus melakarkan perjuangan ditempat masing-masing.
Untuk Akhirnya, ana selaku penghebah GRUM '09 memohon maaf kerana mungkin tidak dapat memberi perkongsian sebaiknya dan jumpa di Hebahan GRUM 2010 yang akan datang pastinya lebih mencabar.... Salam Ukhuwwah.
Indah Sungguh Perjalanan
Dari Sri Keramat ke Bukit Cahaya Sri
Kita telah merakamkan
Langkah demi langkah kaki menjadi Bukti
Panas tidak terasa
Percikan peluh menjadi saksi
Bahawa kita bernama manusia
Hidup dan mati ujian Ilahi
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Jengok kami biar nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Sekian, Jazakumullah Khairan Kathira.
Siti Khadijah Abd Wahid
b/p JK Penganjur
GRUM '09
No comments:
Post a Comment