Islah & Wanita Gemilang

Friday, May 1, 2009

IFTAR & DAKWAH 30 April 2009

Alhamdulillah & jzkk atas kehadiran ikhwah akhawat & keluarga ke Iftar Keluarga semalam, khamis 30 April, menutup tirai April 2009.

Sesungguhnya masa tidak menunggu kita,andai tidak dimenfaatkan sepenuhnya masa & peluang yang ada, alangkah ruginya kita.

  • Alhamdulillah, kutipan sumbangan Palestin RM 753.65 . Moga diterima Allah dengan ganjaran infaq fisabilillah . Teruskan menyumbang demi membantu saudara2 & anak2 kita dibumi suci Palestin.
  • Seperti yang dijanjikan, inilah ‘rupa’ buku yang disarankan agar kita membacanya, sebagai menambah ilmu untuk turun ke medan menunaikan tanggungjawab kita berdakwah dalam masyarakat majmuk.
Tajuk: Fiqah Berinteraksi dgn Non-Muslim
Penulis: Mohammad Nidzam Abd kadir
Penerbit: Telaga Biru
Boleh didapati di MPH dengan harga RM20

  • Berdakwah itu tanggungjawab setiap yang mengaku Muslim, kita tidak terkecuali. Mari kita mulakan/teruskan langkah dengan sama2 terlibat dalam KARNIVAL HARMONI pada 22-24 Mei 2009. Peluang sudah terbuka, jangan kita menjadi antara mereka yang rugi kerana tidak merebutnya. Daftar DIRI & KELUARGA antum segera! Jadikan ini aktiviti keluarga! moga Allah berkati & bertambah bahagia bait muslim yang kita semua idamkan.
  • Sebagai persediaan - JKD tidak akan membiarkan kita terjun secara sembrono - mari dengar tips berdakwah pada non-muslims.
Tarikh: SABTU, 9 Mei 2009
Masa: 2.30 pm – 5 pm
Tempat : PK
J

Moga kita lebih bersedia & tidak lagi gentar..


antara yang hadir

"ikhwah akhawat, berdakwah tu tak lah susah sangat....."


YDP JIM AJ, Akh Syed Saleh menyampaikan cenderahati pada akh Johannes Lukas atas kesudian berkongsi pengalaman. JZKK


No comments:

Post a Comment