Islah & Wanita Gemilang
Saturday, October 31, 2009
Lapuran Siri Ceramah Palestin.
Tarikh:28 Okt.2009
Masa:2.30ptg-3.40ptg
Tempat: Surau SM Al-Amin,Gombak.
Pihak Sekolah telah menjemput PACE bagi tujuan diatas, ana menghadiri program ini bagi pihak Akhi Dr.Hafidzi Md.Nor. Murid-murid dari tingkatan1-tingkatan 5,seramai lebih kurang 250orang menghadiri program ini.
Ucapan salam "Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh " ana sampaikan bagi pihak Dr.Hafidzi dengan memohon anak-anak ini mendoakan keselamatan & kejayaan pembedahan beliau...
Penerangan disampaikan mengenai gerak kerja PACE secara keseluruhan & gambar2 aktiviti PACE juga dikongsi bersama bagi membangkitkan semangat aktivisma anak-anak ini yang bakal meneruskan perjuangan dalam menerajui PACE di masa hadapan,insyaAllah.
Ana kongsikan juga pertanyaan George Galloway ,seorang ahli Parlimen British yang disampaikan semasa "Conference on Criminalise War"yang sedang berlangsung di PWTC pagi tadi ,,,beliau ditanya oleh seorang anak Palestin(beliau beserta rombongan Viva Palestina memasuki GAZA selepas perang di bulan Januari lepas & bertemu anak yatim ini yang telah kematian 5 ahli keluarga serentak)...
"Where is the Arab world?, where is the Ummah?, why are we being left alone?..where is everybody?....beliau amat sedih dengan keadaan ini, ana dapat melihat wajah pelajar-pelajar ini berubah apabila soalan ini ditanya....tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan mereka ketika itu..ana ingatkan juga kepentingan jihad ilmu yang sedang mereka lalui sekarang.
Anak-anak inilah yang bakal mengambil alih tugas & tanggung jawab memperjuangkan pembebasan bumi Al-Quds & mengembalikan kesucian Masjid Al-Aqsa yang kita cintai dari cengkaman zionis.
Sesi diakhiri dengan sumbangan cek berjumlah RM 11,794.74( yang dikumpul sejak awal tahun ini lagi) disampaikan oleh anakanda Syarifuddin.
sekian,wallahu a'lam
Noorazian Anidin
Saturday, October 24, 2009
Menjadi menantu kesayangan mentua
Perkahwinan bukan sahaja mengikat antara sepasang manusia yang bergelar suami dan isteri. Malah ia merupakan pertautan antara dua keluarga, mungkin juga dua bangsa atau dua negara. Justeru, apabila secara sah anda dinobatkan menjadi suami atau isteri, maka serentak dengan itu anda juga menjadi menantu kepada orang yang bergelar ayah dan ibu mentua.
Untuk menjamin kelangsungan sebuah perkahwinan, tidak cukup sekadar pandai menjaga hati, memadu kasih antara suami dan isteri sahaja. Sebaliknya anda juga harus tahu mengambil hati dan menagih kasih mentua.
Mentua adalah orang yang menjadi sebab kepada wujudnya pasangan anda. Merekalah yang bertanggungjawab membesar dan mendidiknya hingga menjadi manusia yang serasi sebagai pasangan untuk anda. Mereka mengenali pasangan anda jauh lebih dahulu daripada anda dan sayangnya mereka kepada pasangan anda tiada taranya.Oleh itu jika anda ingin bahagia di sisi pasangan anda, disayangi oleh mentua dan disenangi oleh ahli keluarganya perkara-perkara berikut perlu difahami. Sebahagiannya apa yang wajib anda lakukan dan sebahagiannya apa yang mesti anda jauhi.
i. Janganlah anda mengharapkan cinta anda yang baru berputik itu akan menjadi saingan kepada kasihnya mentua anda kepada anaknya. Jangan sekali-kali anda cuba mengalihkan kasih sayang pasangan anda terhadap ibu dan bapanya.
Ingatlah perkahwinan tidak mengubah perintah Allah s.w.t. kepada setiap hamba-Nya. Dia telah berfirman (maksudnya):
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata -mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintah-Nya, maka sesungguhnya dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.”
(Al-Isra’ 17: 23-25)
Maka bantulah dia, berilah dorongan kepadanya agar menjadi anak yang soleh, yang dirahmati dan diredhai Allah s.w.t. Dengan itu secara tidak langsung anda juga mendapat pahala kerana “orang yang mendorong ke arah kebaikan baginya pahala seperti orang yang melakukannya.” (Maksud hadis riwayat Muslim daripada ‘Uqbah bin ‘Amru)
ii. Anggaplah diri anda juga anak mereka dan mereka adalah ibu dan bapa anda. Sayangi dan hargailah mereka yang telah berjasa kepada anda. Mereka telah bersusah payah mempersiapkan seorang insan yang dapat memenuhi citarasa anda, walaupun tidak sepenuhnya, namun ia tetap mengisi tuntutan naluri anda. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Ar-Rum 30: 21)
iii. Gembirakan hati mereka dengan akhlak dan budi bahasa. Mereka tidak mengharapkan anda menjadi manusia yang sempurna. Jangan malu untuk mengakui kelemahan diri. Misalnya jika anda menantu perempuan yang tidak pandai memasak, nyatakan terus terang kepada ibu mentua dan minta supaya dia ajarkan. Tindakan seperti ini akan akan membuat dia berasa gembira dan dihargai.
iv. Ketahui minat mereka dan cuba fahami apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Jika mentua anda minat berkebun, maka cuba-cubalah jenguk kebunnya dan bantu apa yang patut. Jika mereka minat menulis, bacalah tulisan mereka dan berilah pandangan anda tentang tulisan mereka sama ada setuju atau tidak. Mereka tidak perlukan pujian. Yang penting mereka mengetahui bahawa anda mengambil berat tentang diri mereka. Walau bagaimanapun jika mereka meminati perkara yang haram di sisi Islam, janganlah anda terikut-ikut pula. Jauhilah dengan cara berhikmah dan bijaksana.
v. Merendah diri dan berkhidmat kepada mereka. Merendah diri tidak bermakna menghina diri. Berkhidmat tidak bermakna menjadi hamba. Dalam hal ini Nabi s.a.w. adalah sebaik-baik contoh kita. Daripada al-Aswad bin Yazid r.a., katanya: Sayidatina Aisyah r.a. ditanya tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda berada di rumah. Beliau menjawab: Baginda berkhidmat kepada keluarganya. (Al-Bukhari). Abu Hurairah melaporkan bahawa baginda bersabda (maksudnya): “Tiada merendah seseorang kerana Allah melainkan diangkatkan darjatnya oleh Allah s.w.t.” (Muslim)
Sebagai contoh, pada waktu makan bersama, jangan bangun ketika mereka sedang makan. Tunggulah mereka selesai dan bersihkanlah hidangan. Kalau terpaksa, mintalah izin sebelum bangun.
vi. Jangan lokek dan berkira dengan mentua terutama apabila mereka datang ke rumah anda atau anda berkunjung ke rumah mereka. Ingatlah! Mereka telah terlalu banyak berkorban untuk membesarkan pasangan anda.
vii. Doakan mentua setiap kali mendoakan kedua-dua ibu bapa anda. Katakanlah: “Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan kedua-dua ibu bapa suami/isteriku dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidik kami pada waktu kami kecil.”
Friday, October 23, 2009
PROGRAM QURBAN & AQIQAH 1430
~ Begitu mudah membuat pembayaran dan pembelian di JIM E-Bazaar!!!..boleh beli buku, renew keahlian dan bermacam lagi!!!.
~ Layari: http://www.jim.org.my/e-bazaar/
JIMat masa, JIMat tenaga dan JIMat belanja!!!..tiada alasan lagi, ada di JIM E-BAZAAR!! Cubalah!!
Tuesday, October 20, 2009
Ilalliqa’ Bintulu , 10 Okt 09
Alhamdulillah pada pagi 10 okt 2009 telah selesai merasmikan MPWN Wanita JIM Sarawak di Bintulu dan sempat juga menghadiri MPN JIM Sarawak yang dirasmikan oleh S/U Agong, Akh Nahar. Rasa sungguh teruja apabila berjumpa dengan akhawat Sarawak (local) yang bercakap fasih Sarawak….
4 Daerah Sarawak, Bintulu, Kuching Utara, Kucing Selatan dan Miri menghantar perwakilan ke MPWN. Memahami keadaan Sarawak yang sgt besar wilayah taruhan, namun kehadiran perwakilan dari 4 daerah amat membanggakan. Apa yang ‘melegakan’ ialah perwakilan yang hadir terdiri dari muka lama dan muka baru. Yang lama/senior bersemangat nak ‘groom’ @ ‘rekrut’ yang baru dan yang baru bersemangat nak mewarisi & teruskan perjuangan org yang lama/senior. Syabbas! Disamping itu aktivisme nya mula menampakkan keterlibatan akhawat local (sarawakian) , bak kata YDP Ustz Saudi, ini hasil kerja keras dan usaha mentajnid orang local dalam menggerakkan JIM Sarawak, sebab orang orang semenanjung sooner or later akan balik ke Semenanjung….maka orang Sarawaklah yang tinggal….
Jazakallah khairan katheera kepada akhi Roslan (mr tough guy c/w Stormnya ) kerana menjemput kami di Airport Bintulu dan juga pasangan suami isteri Akh Yacop dan Haz’iah (TKW WJIM Sarawak) yang menghantar kami pulang ke airport. Dalam perjalanan sempat pula singgah dan membawa kami menjamu selera di rumah terbuka ukh Zurainah (salah seorang ahli WJIM Bintulu). Alhamdulillah masakan ‘daging hitam’ salah satu masakan daging ‘ala Sarawak'- sedap dan menyelerakan. Masakan lainnya adalah masakan ala semenanjung sebab Zurainah berasal dari Cheras yg mendapat jodoh orang Sarawak.
Semasa saya sampai di Tadika Brilliant Kindy, ingat nya hanya sebuah Tadika yg dijalankan di bungalow, namun apabila masuk ke dalam, MasyaAllah, ia bukan setakat Tadika, ‘ its an Islamic center’ aka Pejabat JIM Bintulu, lengkap dgn pejabat JIM, dewan besar berhawa dingin, PA system and plaster ceiling lagi, canggih……. Every class room dipasang aircond ….Entah kenapa tetiba sahaja rasa tercabar, sebab Dewan di Kompleks JIM HQ pun tidak sebesar itu. Menurut ikhwah Bintulu harga renovation dewan nya lebih kurang RM20,000 (murah berbanding di KL ). Saya berkata dalam hati, hebat perjuangan dan besar pengorbanan ikhwah akhawat Sarawak ini. Dengan bilangan ahli yang sedikit mereka boleh buat kerja besar. Disamping itu mereka telah berjaya menubuhkan Maahad Tahfiz!
Tahniah kepada Pimpinan baru WJIM Sarawak yang menggandingkan muka lama dan muka baru. Tabik kepada ukhti Zahirah (zaujah Faiz Sahari) yang menjadi pengerusi majlis yang berkesan. Ana sempat usik dia , ini KW Sarawak in the making! InsyaALlah.
Kepimpinan WJIM Sarawak yang dipilih diketuai oleh KW Ukh Zaiton Yusof (Kucing ), TKW Haz’iah Sahari (Bintulu) , S/U Dewi Arabi(Kucing), Bendahari Cikgu Eda (tak pasti samada Kucing or Binutulu).
Tema ucapan perasmian WJIM pada tahun ini disemua negeri termasuk Sarawak ialah : KEARAH PENEGAKKAN SYARIAH: KESEDIAAN & PERSEDIAAN (READINESS & PREPARATION)-
KESEDIAAN KITA:
KEPIMPINAN & JURUBICARA UMAT…! Kita bertambah yakin bahwa kita tidak ada pilihan lain melainkan ‘pejuang syariah’ harus maju ke depan memimpin umat - tidak ada alasan dan waktu untuk duduk di belakang! KITA TIDAK ADA PILIHAN LAIN BUT TO LEAD
MENEGAKKANYA SYARIAH PERLUKAN ”PERSEDIAAN” DAN KEKUATAN:
· Kekuatan pendokong yang beriltizam - yg beriman,berilmu, bersedia bersama kepimpinan semasa senang atau susah –tingkatkan penambahan ahli yg komited
Kekuatan sokongan rakyat (massa) yang memahami, menerima, memilih dan memperjuangkan Islam- sebarkan fikrah & santuni rakyat- jalankan modul-modul serata negara
Kekuatan dan kemampuan membaca Waqi’e , kita mampu membaca kedudukan dan keperluan masyarakat terhadap kepimpinan baru yg boleh memimpin dan menyelesaikan permasalahan ummah menurut neraca Islam.
Maka kita jayakan PELAKSANAN RJIM2 Dengan Segala Daya Dan Upaya menghayati Surah Hud, Ayat 88 dan surah Muhamamd ayat7…Pastikan kotak kotak dan petak petak KPI kita diupdatekan dan warnakan dgn warna hijau kuning atau merah….kita semak mengapa terjadi demikian dan baiki mana yang belum dicapai
Semasa break solat zohor, sempat pula menjenguk pasar Bintulu bersama ukh Hazi’ah dan ukht Nor Azah. Alhamdulillah dapat lah oleh- oleh yang unik seperti buah “DABAI’, keropok TEBALOI dan ikan pekasam Terubok…..Kata Akhi Yacop …..nampaknya tidak sempat lah nak merasai laksa Sarawak yang tak sama dgn laksa Johor atau laksa Penang! Pada jam 4.10 petang terbang pulang meninggalkan bumi kenyalang dengan memori indah yang tidak mungkin terlupakan,……Jazakumullah khairan kepada semua warga Bintulu yang menjadi tuan rumah MPWN & MPN Sarawak....
Ilalliqa’ Bintulu,…
Jangan kamu ucapkan “selamat tinggal “ bahkan ucapkanlah “jumpa lagi(ilal liqa’). Sekiranya tidak didunia maka di Syurga Tuhan yang mempunyai Arasy di langit............
Wassalam
K endok
Begitu mudah membuat pembayaran dan pembelian di JIM E-Bazaar!!!..boleh beli buku, renew keahlian dan bermacam lagi!!!.
Layari: http://www.jim.org.my/e-bazaar/
JIMat masa, JIMat tenaga dan JIMat BELANJA!!!..tiada alasan lagi, semuanya ada di JIM E-BAZAAR!! Cubalah!!
Friday, October 16, 2009
JOM JOIN HISYAJ!!! - 18 Okt 09
AHAD 18 OCTOBER 2009 TENTATIF PERJALANAN :
JANGAN LUPA BAWA KELUARGA , KECIL BESAR TUA MUDA! ERRRRRRRATKAN UKHUWAH SESAMA KITA MOGA ALLAH RAHMATI SEMUA... Salam, Kak Dah |
~ Begitu mudah membuat pembayaran dan pembelian di JIM E-Bazaar!!!..boleh beli buku, renew keahlian dan bermacam lagi!!!.
~ Layari: http://www.jim.org.my/e-bazaar/
JIMat masa, JIMat tenaga dan JIMat belanja!!!..tiada alasan lagi, ada di JIM E-BAZAAR!! Cubalah!!
Thursday, October 15, 2009
ACT dan JIM Bantu Pangan Bergizi Untuk Korban Gempa Sumatera Barat
09-10-2009
Keadaan yang darurat di daerah bencana menjadi kendala para pengungsi untuk mendapatkan makanan yang layak. Ketiadaan bahan pangan maupun tidak adanya alat yang memadai untuk memasak, membuat pengungsi memakan makanan seadanya sehingga asupan gizi pengungsi sangat rendah, terutama untuk anak-anak. Padahal pada saat terjadi bencana dan dalam fase tanggap darurat, pengungsi membutuhkan makanan yang berenergi tinggi dan asupan gizi yang cukup agar mereka kuat dalam menghadapi hari-hari yang berat.
ACT Foundation dan JIM (Jama'ah Islah se-Malaysia) berinisiatif untuk memberikan Bantuan Pangan Bergizi bagi para pengungsi korban gempa bumi di Sumatera Barat. ACT dan JIM telah menyiapkan berbagai titik di wilayah bencana di Sumatera Barat sebagai tempat distribusi bantuan tersebut.
Uniknya, bantuan tersebut bukan bantuan logistik seperti yang biasa kita lihat. Namun ACT dan JIM membeli sapi, kerbau atau kambing untuk kemudian disembelih, dimasak bersama, lalu disantap bersama warga di lokasi pengungsian. Selain memperbaiki gizi, program ini juga memiliki efek berantai yang baik, seperti berputarnya ekonomi masyarakat karena hewan dibeli dari masyarakat sekitar, dan kebersamaan pengungsi untuk mengelola program ini dapat membangkitkan semangat pengungsi.
Kegiatan pertama Bantuan Pangan Bergizi ini dilakukan di Mushalla Al Mukhlisin, Jorong Ambung Kapur, Nagari Sungai Sarik, Kecamatan VII Koto, Kabupaten Padang Pariaman pada Jum'at (09/10). ACT dan JIM menyediakan sapi untuk disembelih dan dimasak warga. Setelah itu, dilaksanakan santap siang bersama setelah sholat Jum'at.
"Semoga dengan program ini, Tuan-tuan dan Puan-puan dapat sejenak melupakan kesedihan yang sedang dialami karena bencana ini. Kami sangat berbahagia bisa membantu Tuan-tuan dan Puan-puan di sini," terang Bakhtiar, perwakilan dari JIM.
"Kegiatan ini akan dilanjutkan di titik-titik wilayah bencana di Sumatera Barat. Perlu diingat, ACT dan JIM pun telah melakukan hal yang sama (menyembelih hewan ternak-Pen) ketika gempa melanda Jawa Barat beberapa waktu lalu. Dengan program ini, pengungsi akan sadar
bahwa mereka terus diperhatikan oleh saudara-saudara mereka di belahan lain di Indonesia maupun dunia," terang Ahyudin, Direktur Eksekutif ACT.
"Kami sangat berterima kasih kepada ACT dan JIM atas perhatiannya kepada warga selama ini. Kami juga berterima kasih kepada para donatur yang telah mempercayakan amanahnya kepada ACT. Kami mohon program-program yang bermanfaat dapat terus dilanjutkan di Nagari ini," ungkap Haji Ismail, Wali Nagari Sungai Sarik.
~ Begitu mudah membuat pembayaran dan pembelian di JIM E-Bazaar!!!..boleh beli buku, renew keahlian dan bermacam lagi!!!.
~ Layari: http://www.jim.org.my/e-bazaar/
JIMat masa, JIMat tenaga dan JIMat belanja!!!..tiada alasan lagi, semuanya ada di JIM E-BAZAAR!! Cubalah!!
Monday, October 12, 2009
DIARI JIM AJ
***************************************************************************
Masa | Program |
8.30-8.50 pagi | Pendaftaran |
8.50-9.00 pagi | Ucapan pengerusi majlis dan ucapan aluan oleh Hjh Jeriah Manap, Ketua Wanita JIM Ampang Jaya |
9.00-9.45 pagi | Peranan ibu dalam menjaga alam sekitar oleh Puan Che Asmah Ibrahim, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor |
9.45-10.00 pagi | Sesi soal jawab |
10.00-10.15 pagi | Cabutan hadiah |
10.15-10.30 pagi | Deklamasi sajak/puisi oleh anak-anak |
10.30-11.30 pagi | Sesi penerangan mengenai kitar semula minyak masak terpakai oleh En Mazlan Idrus, pegawai Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) |
11.30-11.45 pagi | Cabutan hadiah |
11.45-12.00 tengahari | Bacaan doa dan penutup |
12.00 tengahari | Jamuan dan bersurai |
NOVEMBER 2009 | |||
TARIKH | AKTIVITI | TEMPAT | Anjuran |
1 | Retreat RJIM2 | PKJ | JIM AJ & WJIM AJ |
8 | Ihtifal Amal Hidayah | Tadika AH | |
13 | Ceramah Keibubapaan | SRIAAKL | JKPKK |
15 | Daurah 03 | SRIAAKL | |
Sekolah2 |
OKT 2009 | |||
TARIKH | AKTIVITI | TEMPAT | Anjuran |
3 | MPWN | Shah Alam | WJS |
4 | MPN | PJ | JIM S’ngor |
9 | HISYWAJ | Rumah ke rumah | WJAJ |
10 | Walimah Rubaie | Gombak | Tahir & Faridah |
11 | jualan &kutipan Tabung Gempa Padang | Msjd Mardhiyah | Masjid&JIM AJ |
17 | Walimah Fatah | Keramat | Nordin&Laili |
17 | MAN | Bangi | JKPA |
18 | HISYAJ | Rumah ke rumah | JIM AJ |
18 | Majlis Raya JIM | Tmn Melawati | JIM Pusat |
21 | Mesy WJAJ | PKJ | WJAJ |
SEPT 2009 | |||
TARIKH | AKTIVITI | TEMPAT | Anjuran |
5 | Mesyuarat JIM AJ & WJAJ | PKJ | JIM AJ |
5 | Iftar d RS | RaudahtusSakinah, Sungai Buluh | WJAJ |
6 | Usrah & Tadarrus Gabungan | Tadika Amal Keramat permai | WJAJ |
6 | Usrah & Riadhah | Keramat | IPT |
12 | Iftar Perdana HC | Putrajaya | HC/JKD |
13 | Iftar Perdana AJ-SRIAAKL | SRIAAKL | JIM AJ / SRIAAKL |
20 | AidilFitri | - | - |
OGOS 2009 | |||
TARIKH | AKTIVITI | TEMPAT | Anjuran |
1 | Jualan Amal Palestin | Flat Taman Melati | JKPA |
1 | Himpunan Mansuh ISA | Kuala Lumpur | GMI |
2 | Sukan Tadika Amal | Stadium Cheras | Tadika Amal |
3 | Iftar HC AJ(lelaki) | HC AJ | JKD |
7 | Majlis Kesyukuran | PKJ | GMI |
9 | Walimah anak2 Kasim | Dewan Centrum | Kasim & Sharifah |
10 | Mesyuarat WJAJ | PKJ | WJAJ |
14 | Ceramah keibubapaan | SRIAAKL | JIM AJ & PIBG |
15 | MAWD & MAD | SRIAAKL | WJAJ & JIM AJ |
15 | Boycott Israel Walkabout | DBKL | JKPA |
16 | Daurah Penguasaan Bahan | Masjid Mu’az | JIM IPT |
22 | RAMADHAN AL MUBARAK | - | - |
22 | Mula Cuti Sekolah | - | - |
23 | Mesyuarat WJAJ(1-09/11) | PKJ | WJAJ |
30 | Ramadhan d Ambang Merdeka | Shah Alam | JKPA |