Islah & Wanita Gemilang

Tuesday, October 6, 2009

MPN Selangor , 4 Okt 09

Assalamu’alaikum,

Dengan lafaz mulia Bismillahhirrahmanirrahim dari yang dikasihi akhi Presiden JIM, maka rasmilah pembukaan Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) Selangor pada Ahad 4 Oktober 2009.

MPN Selangor telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bermula jam 9 pagi. MPN kali ini telah dihadiri oleh seramai 85 perwakilan dari 10 JIM Daerah serta 14 orang AJK Negeri dan Wanita Negeri. Sementara itu Presiden telah diiringi oleh dua orang, akh KZ (PSUA) dan Dr Zulfakar Ramlee (JKP).

JIM Sabak Bernam yang telah dirasmikan penubuhannya pada 15hb Jun 2009 telah menghadiri MPN buat pertama kali dengan 8 orang perwakilan.

Dalam ucapan perasmiannya, Presiden telah berkongsi banyak perkara dengan pimpinan dari semua daerah di Selangor ini. Dari peristiwa-peristiwa yang telah memberi kesan kepada JIM dan KPInya ( seperti penubuhan MAIM, demo GMI dan Jeff OOi), perlaksanaan dalam pencapaian KPI RJIM2, sehinggalah kepada engagement JIM dengan badan-badan NGO Muslim dan bukan Muslim dalam dan luar negara, parti2 politik, kerajaan dan agensinya serta beberapa kedutaan asing.

Berikut adalah barisan pimpinan baru JIM Selangor:

YDP - Mohd Kamal Mohd Rathi
TYDP - Mazmi Kamal
KW - Dr Ruziaton Hasim
SU - Ridzuan Harun
Bendahari - Mohd Rosli Samid
PSU - Ahmad Nizam Shamsuddin

AJK
  • Mohd Amran bin Sakir
  • Mohd Zainudin Mohd Esin
  • Ahmad Fauwaz Mohamad
  • Aizuddin Nuruddin
  • Prof. Dr Mohd Ali Hassan
  • Ibni Khalid Jurait
  • Maswati Abd Talib
  • Prof Madya Pauziah Arsad

Kutipan Tabung Gempa di Padang berjumlah RM1781.70. Semua kutipan akan diserahkan kepada JK Antarabangsa Pusat.

Alhamdulillah MPN Selangor 2009 telah selesai sekitar jam 1.30 tengahari


RH

No comments:

Post a Comment