KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
08 Oktober 2009 / 19 Syawal 1430H
Misi Kasih Padang Pertama (MKP 1)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) hari ini akan menghantar misi bantuan kemanusiaannya yang pertama ke Padang. Misi ini dinamakan Misi Kasih Padang yang Pertama (MKP 1). Usaha ini dilancarkan untuk melahirkan keperhatinan dan solidariti kita dengan penduduk Padang yang ditimpa musibah.
Misi Kasih Padang ini adalah penerusan usaha-usaha kemanusiaan JIM. Sebelum ini JIM menghantar misi di beberapa tempat lain seperti Aceh, Maluku, Ambon, Palestin (Lebanon) dan Sri Lanka.
Di atas dasar “Kepedulian Merentasi Sempadan”, MKP membawa amanah dan hasrat ahli JIM dan rakyat Malaysia untuk disampaikan kepada penduduk Padang yang sedang diuji. MKP 1 ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan secara terus ke Padang. Ia juga bertujuan mendapatkan maklumat terperinci untuk memudahkan JIM menggariskan tindakan selanjutnya.
Misi kemanusiaan JIM dilaksanakan berdasarkan pegangan berikut:
1. Hanya mengharap keredhaan dari Yang Maha Esa,
2. Bantuan kemanusiaan diberikan kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan sempadan politik antarabangsa,
3. Bekerjasama dgn NGO / wakil yg diiktiraf oleh pihak berkuasa atau penduduk di negara berkenaan,
4. Berganding bahu dgn NGO bersesuaian dengan memanfaatkan kekuatan satu sama lain untuk meningkatkan kekesanan,
5. Bersikap jangka panjang; istiqamah, berterusan, meninggalkan impak kepada masyarakat setempat, dan
6. Keperhatinan yang tinggi
JIM melihat bahwa kesemua dasar ini adalah penting untuk memastikan Accountability, Transparency dan Integrity berlaku di dalam menyalurkan bantuan ini di samping menjaga imej dan nama baik negara.
JIM berharap agar orang ramai akan terus memberikan kepercayaan dan menyumbang agar usaha-usaha sebegini boleh diteruskan di Padang dan di tempat-tempat lain.
Sumbangan kewangan boleh dibuat melalui transaksi atau bank in kepada akaun
“PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA” di
Maybank, no akaun: 562209608847 atau
Bank Muamalat Malaysia Berhad, no akaun: 14030004053711.
Kami juga menyediakan kemudahan pembayaran secara online melalui laman web: www.jim.org.my/e-bazaar.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Sdr Mohd Nasir Tampol di talian 03-4108 9669 atau 014-311 0628 atau melalui emel mnt1964@yahoo.com atau lawati laman web http://nusantara.jim.org.my
Sekian.
ZAID KAMARUDDIN
Presiden
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
No comments:
Post a Comment