Islah & Wanita Gemilang

Saturday, October 31, 2009

Lapuran Siri Ceramah Palestin.




Tarikh:28 Okt.2009
Masa:2.30ptg-3.40ptg

Tempat: Surau SM Al-Amin,Gombak.

Pihak Sekolah telah menjemput PACE bagi tujuan diatas, ana menghadiri program ini bagi pihak Akhi Dr.Hafidzi Md.Nor. Murid-murid dari tingkatan1-tingkatan 5,seramai lebih kurang 250orang menghadiri program ini.

Ucapan salam "Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh " ana
sampaikan bagi pihak Dr.Hafidzi dengan memohon anak-anak ini mendoakan keselamatan & kejayaan pembedahan beliau...

Penerangan disampaikan mengenai gerak kerja PACE secara keseluruhan &
gambar2 aktiviti PACE juga dikongsi bersama bagi membangkitkan semangat aktivisma anak-anak ini yang bakal meneruskan perjuangan dalam menerajui PACE di masa hadapan,insyaAllah.

Ana kongsikan juga pertanyaan George Galloway ,seorang ahli Parlimen
British yang disampaikan semasa "Conference on Criminalise War"yang sedang berlangsung di PWTC pagi tadi ,,,beliau ditanya oleh seorang anak Palestin(beliau beserta rombongan Viva Palestina memasuki GAZA selepas perang di bulan Januari lepas & bertemu anak yatim ini yang telah kematian 5 ahli keluarga serentak)...
"Where is the Arab world?,
where is the Ummah?, why are we being left alone?..where is everybody?....beliau amat sedih dengan keadaan ini, ana dapat melihat wajah pelajar-pelajar ini berubah apabila soalan ini ditanya....tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan mereka ketika itu..ana ingatkan juga kepentingan jihad ilmu yang sedang mereka lalui sekarang.

Anak-anak inilah yang bakal mengambil alih tugas & tanggung jawab
memperjuangkan pembebasan bumi Al-Quds & mengembalikan kesucian Masjid Al-Aqsa yang kita cintai dari cengkaman zionis.

Sesi diakhiri dengan sumbangan cek berjumlah RM 11,794.74( yang dikumpul
sejak awal tahun ini lagi) disampaikan oleh anakanda Syarifuddin.

sekian,wallahu a'lam


Noorazian Anidin




No comments:

Post a Comment