Islah & Wanita Gemilang

Monday, October 5, 2009

MPWN Selangor , 3 Okt 09

Alhamdulillah MPWN Selangor telah selamat disempurnakan pada 3 Oktober 2009 di Kompleks Warga Emas, Shah Alam, dirasmikan oleh Ukt Anfal Saari yang membawa message akan cabaran yang ada dan apakah kesediaan kita menanganinya

Senarai Ahli Jawatan Kuasa Wanita JIM Selangor yang telah dipilih:


KW: Dr Ruziaton Hasim

TKW: PM Dr Roohaida Othman

Setiausaha: Pn Maznah Ahmad

Bendahari: Pn Sarimah Sunar
Ahli Jawatan Kuasa: Pn Wan Fauziah Wan Kadir, Dr Radziah Jabir, Pn Nahdia Arifin

Ahli jawatankuasa lain akan dilantik kemudian insyaAllah

JZKK kepada ukhti Anfal dari JKPW dan semua yang terlibat dalam menjayakan MPWN kali ini.

Dr Ruziaton Hasim
KW WJS Sesi 2009-2011


Di kongsi ucapan KW semasa MPWN.

“WANITA SERIKANDI UMMAH”

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah Swt Tuhan sekalian alam, salawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Yang saya hormati Pengerusi Tetap MPWN, Puan Norliah Yusuf
Wakil Ketua Wanita Jim Pusat, Ukht Anfal Saari,
KW daerah Petaling selaku tuan rumah,
Semua Ketua WD Negeri Selangor-Ampang Jaya, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Petaling Jaya dan Sepang, semua barisan pimpinan Wanita JIM Negeri dan Daerah, para perwakilan dan pemerhati MPWN Selangor 2009.

Akhawat yang dirahmati Allah,

1. PENDAHULUAN

Saya mulakan dengan mengucapkan salam Aidil Fitri Al Mubarak dan memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan selama ini, zahir dan batin. Bagi pihak Wanita JIM Selangor, saya mengalu2kan dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas kehadiran semua yang hadir, terutamanya wakil ketua wanita JIM pusat, Ukhti Anfal dan para akhawat dari semua pelusuk daerah Negeri Selangor termasuk adik bongsu kita wanita JIM Hulu Selangor yang dengan resminya telah ditubuhkan lebih kurang sebulan yang lalu. Tahniah kepada mereka dan kepada anda semua kerana dapat menjayakan MPWN Selangor tahun 2009 ini.

Alhamdulillah, pertemuan kita pada hari ini dalam Mesyuarat Perwakilan Wanita JIM Negeri (MPWN) Selangor amat istimewa kerana pada kali ini pertemuan ini berlaku di dalam bulan Syawal yang mulia, bulan kita meraikan kemenangan selepas berjaya melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sebulan kita telah melatih diri untuk menundukkan segala macam hawa nafsu yang bertapak didalam diri, dada dan jiwa kita dan sebulan juga kita meneguk kemanisan beribadah dan bertawajuh kepada pencipta kita, Allah swt. Kita menanti2 kedatangan Ramadhan dan menangis akan pemergiannya.Semuga amalan di bulan Ramadhan yang baru berlalu ini dapat membekasi jiwa kita, membentuk ketaqwaan dan menjadi bekalan yang baik untuk kita menghadapi setahun kehidupan akan datang sehinggalah kita bertemu Ramadhan sekali lagi pada tahun hadapan Insya Allah. Marilah kita ambil kesempatan di MPWN ini untuk mengambil sela2 ruang yang ada untuk menambahkan lagi ikatan persaudaraan dan ukuwah antara kita disamping bermaaf2an antara satu sama lain.

Pertemuan kali ini juga istimewa kerana pada tahun ini pasukan kita bertambah kekuatannya dengan kehadiran wanita Daerah Hulu Selangor sebagai perwakilan bukan pemerhati seperti tahun2 sebelum ini. Ini semestinya akan menambahkan semangat kita bersama kerana kita tahu bahawa Wanita Daerah Hulu Selangor kaya dengan potensi dan kekuatan mereka yang tersendiri. Insya Allah dengan adanya mereka bersama kita akan dapat memberi nafas dan lonjakan baru pada kita semua.

Akhawat yang dikasihi

WANITA JIM SELANGOR, MAWD, MPWN

2. Dengan adanya MPWN ini, bermakna setiap Wanita JIM Daerah di negeri Selangor ini sudah pun melaksanakan MAWD masing2, sudah meneliti keberhasilan kerja setahun yang lalu dan mendapat kepimpinan baru. Ucapan tahniah atas segala kerja keras dan kesungguhan antunna dalam menjayakan visi dan misi kita dan tahniah kepada semua Ketua Wanita
Daerah yang baru dan Ahli jawatan kuasa yang telah terpilih untuk menjadi kepimpinan wanita di daerah dimana aktivisme yang sebenarnya berlaku. Saya mendoakan agar setiap daerah didalam negeri Selangor ini terus maju kehadapan - Membina Islam Bersama Masyarakat, meneruskan kerja2 amar makruf nahi mungkar dan seterusnya berusaha sedaya mampu untuk mencapai cita2 dan impian kita agar Islam diletakkan ditempatnya yang sebenar di muka bumi ini. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kaseh kepada Dr Roohaida selaku pemangku Ketua Wanita sewaktu ketiadaan saya selama 9 bulan yang lalu dan tidak ketinggalan kepada semua barisan AJK WJS dan Ketua Wanita dan AJK wanita JIM Daerah sesi 2007-2009, Insya Allah semuga usaha kalian menjadi amal saleh yang akan diberi perhitungan yang baik oleh Allah azzawajalla.

Di mesyuarat kali ini kita di peringkat wanita negeri akan meneliti dan menilai bersama serta muhasabah segala kerja yang kita laksanakan bersama sejak hampir setahun diperingkat negeri terutama pencapaian kita dalam RJIM2. Disamping itu kita juga akan membuat pemilihan pimpinan wanita negeri Selangor buat sesi yang akan datang. Muga mendapat pimpinan yang terbaik buat kita semua dan mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha kita selama ini.

Akhawat yang dikasihi,

JANJI KITA

3. Saban hari kita mengucapkan “ innasolati wanusuki wamahyaya mamamatilillahi rabbil ‘alamin...., sesungguhnya solatku, hidup ku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam”. Ini lah janji kita kepada Allah swt. Kita berjanji dalam segala apa sahaja lapangan kehidupan yang kita lakukan, semuanya kita lakukan semata keranaNya demi mencari redhaNya. Rupa paras, warna kulit, harta kekayaan, pangkat dan keturunan mungkin membezakan kita dimata manusia, tetapi disisi Allah, ini semua tidak bermakna, kerana ukuran kemuliaan disisiNya hanya terletak pada ketaqwaan sesaorang itu. Yang paling mulia di sisi Allah di antara kita ialah yang paling bertaqwa kepadaNya, yang paling mengabdikan diri kepadaNya dan yang paling mengotakan janjinya kepada Allah.

Kita sebagai wanita mempunyai banyak ruang dan peluang untuk membuat kebaikan dan membina ketaqwaan. Nikmat Islam yang kita miliki harus kita hargai dan hayati agar ketundukan kita itu membawa kepada keimanan sebenar yang menjamin kepada kebahagian hakiki. Allah telah berfirman bahawa Dia tidak akan mensia2kan segala perbuatan baik yang kita lakukan, kerana Allah itu Maha Mengetahui, Maha mendalam pemerhatianNya, Maha mengasihi. Marilah kita mohon kepada Allah agar mengurniakan ketaqwaan itu kepada kita semua, agar kita dapat mengotakan janji dan amanah kita kepadaNya.

Kita berjanji untuk taat kepada Allah dan kita memohon kepadaNya sekurang2nya 17x dalam sehari untuk ditunjuki jalan bagaimana menjadi hambanya yang diredhai dalam bacaan iftitah dan fatihah kita. InsyaAllah semuga denga ketekunan puasa dan solat kita, janji Allah untuk mengurniakan sifat taqwa dalam diri2 kita semua akan berlaku kerana Allah tidak sekali2 memungkiri janji. Manakala kita yang yang selalu alpa dan cuai akan janji2 kita.

Surah An Nahl ayat 97 bermaksud:
’ Dan barang siapa yang mengerjakan amal kebajikan baik dari lelaki ataupun perempuan, padahal dia beriman , maka Kami akan beri kehidupan padanya dengan kehidupan yang baik dan kami akan beri balasan mereka itu dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”

Surah Alkahfi 39 bermaksud:
Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh tentulah Kami tidak akan menyia2kan pahala orang2 yang mengerjakan amalan baik.

Janganlah kita menjadi seperti orang munafik yang suka memungkiri janji kerana hukuman Allah juga amat berat.

Surah Attaubah ayat 67 bermaksud:
“ Orang lelaki yang munafik dan orang perempuan yang munafik sebahagian dari mereka sama dengan sebahagian yang lain, mereka memerintahkan orang berbuat jahat dan melarang orang berbuat baik dan mereka genggam tangan2 mereka, mereka melupakan Allah, maka Allah melupakan mereka” Na’uzubillahiminzalik

Akhawat yang dikasihi,

Dizaman ini manusia, mungkin termasuk diri2 kita sendiri sering saling berlumba2 mencari kehidupan duniawi. Tetapi sebenarnya apa yang amat dituntut ialah untuk kita berlumba2 mencari kebaikan dan ketaqwaan kerana perlumbaan ini lebih menjamin kepada kebahagiaan dan kehidupan abadi diakhirat nanti.

Perlumbaan kearah taqwa ini akan menjadi lebih mudah jika kita melakukannya bersama2 dalam satu pasukan, tidak kira kita dalam keluarga kita atau dalam persatuan dan jamaah kita. Setiap kita memainkan peranan masing2 dan saling tolong bantu antara satu sama lain. JIM sebagai wadah dakwah dan tarbiah memberi kita sebesar2 peluang untuk mencari kelebihan ini. Kita sesama kita boleh saling tolong bantu, bekerja dan berlumba untuk saling menguatkan antara kita secara kolektif baik di peringkat daerah, negeri dan pusat.

Surah Al Maidah ayat 2; bermaksud:
Tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran.

Surah As-Shaf: 4, bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang berperang dijalannya dalam barisan yang teratur, seakan2 mereka bangunan yang tersusun kukuh.”

Akhawat yang dirahmati,

SUMBANGAN KITA KEPADA ISLAM DAN CONTOH IKUTAN KITA

4 . Sebagai wanita sumbangan kita kepada Islam dan dakwah amat bermakna dan amat diperlukan. Masing2 kita berada didalam lapangan kita dengan membawa amanah dan janji tidak kira samada sebagai ibu, anak, isteri, ketua atau pekerja, ahli masyarakat atau dai’at. Sumbangan kita adalah besar dan sebenarnya menjadi faktor kepada kemenangan Islam. Kitalah murabbi pertama kepada anak2 kita, kitalah pendamping dan pendorong setia suami2 dan ahli keluarga kita, kitalah pembakar semangat kepada kawan dan sahabat handai kita dan kita punya azam menjadi penyebar kepada kebaikan dan ketaqwaan dimana saja kita berada.

Contoh ikutan dan idola kita termasuklah wanita2 kesayangan Allah dan Rasul yang kita baca kisahnya dalam Al Quran dan seerah nabawiyah. Mereka menjadi contoh ikutan kita dalam melakasanakan janji kita dan meraih redha Allah dalam kerangka kewanitaan kita. Empat contoh wanita terbaik dunia ialah .......Siti Khadijah isteri Nabi Muhammad saw, Fatimah Azzahrah puteri rasulullah, Asiah isteri Firaun dan Maryam binti Imran.
Kemulian Siti Khadijah dirakamkan apabila Allah menyampaikan salamNya melalui Jibril pada waktu ia sedang sakit menanti ajalnya dan dijanjikan sebuah mahligai di syurga. Manakala baginda Nabi saw tidak henti mengenang jasa budinya walaupun disisinya ada wanita2 lain sebagai isterinya sehingga menimbulkan cemburu pada Saidatina Aisyah.
Kemuliaan Fatimah pula adalah apabila Nabi mengatakan bahawa ia wanita penghulu syurga, yang pertama memasuki syurga sehingga batu gilingnya pun disebut nabi sebagai batu mahligainya di syurga.

Sebagai isteri patut kita mencontohi Khadijah. Dia seorang isteri yang amat mencintai suaminya, membenarkannya, membantu dan menyokongnya dan mendorongnya sewaktu manusia lain menentang dan memusuhinya, ia memberi ketenangan kepada suaminya dan dia mengorbankan segala harta bendanya dalam membantu suaminya.

Fatimah Azzahrah adalah anak kesayangan Nabi. Ia bekerja keras untuk rumah tangga, anak dan suaminya. Dia mengisar gandum dan mengulinya untuk dijadikan makanan, mengambil air diperigi, dan membuat kerja2 rumah yang lain sehingga tangan dan bahunya berbekas akibat kerja keras. Ketabahannya, kesabaranya berkhidmat untuk keluarganya disamping keimanan yang tinggi mendatangkan kemuliaan kepadanya.

Dr Ruziaton Bt Hasim, KW JIM Selangor
3 Oktober 2009




No comments:

Post a Comment