Islah & Wanita Gemilang

Friday, October 2, 2009

SERAHAN SUMBANGAN DARI TABUNG PALESTIN JIM , 1 Okt 09


Sabda Nabi s.a.w " barangsiapa yang membekalkan para mujahid maka dia juga mujahid. Barangsiapa yang menjaga kebajikan keluarga mujahid maka dia juga mujahid."

Kita tak ada peluang utk berada di barisan depan utk mati sebagai syahid. Tapi kita masih ada ruang-ruang yang banyak yang Allah buka untuk menjadi mujahid dan sekiranya kita mati dalam kesibukan membantu mujahid insyaAllah kita juga akan mendapat pahala syahid.

Ayuh ikhwah-akhawat. Jangan lokek dengan masa, dengan harta, gunalah apa juga kudrat yang ada untuk bantu agama Allah. Kelak kita boleh pulang dengan menguntum senyum bila tiba masanya. Alangkah beruntungnya nanti kalau kita diseru 'Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam redha dan diredhai, Masuklah bersama hamba-hambu... masuklah ke dalam syurgaku...

Ya Allah. Kurniakanlah keampunan dan rahmat itu kepada kami dan sahabat-sahabat kami semuanya ya Allah.

Hafidzi MN

***************************
salam,

Khamis 1 Oktober 2009, 4.30 petang, PACE menyerahkan kepada wakil Future Leaders Association, Gaza, Palestin sejumlah rm 100,000.00 daripada Tabung Bersamamu Palestin JIM.

Serahan disampaikan oleh Presiden JIM kepada Bro. Izzeddin Aldohnnooh, Datuk Bandar Bait Lahia, Gaza. Sekembali ke Gaza, sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Ekram al-Rantisi.

Kita menyumbang kepada 3 projek yang telah dikemukakan oleh isteri as-syahid dr Aziz al-Rantisi semasa lawatan ke Malaysia yang lalu.
projek2 tersebut adalah:
  • Female Leaders Club - wanita
  • Miliki Perusahaan Peribadi Anda - wanita
  • Gerakan Kebangsaan anti merokok - dr Salahudin Ali al-Rantisi, Islamic Medical Block.

Kita amat berterima kasih kepada dr Fauziah Hassan (JIM/Mercy) yang telah bekerjasama dengan PACE sehingga terhasilnya usahasama ini. PACE amat mengambil berat agar setiap sumbangan ahli dan masayarakat disalurkan kepada badan ataupun projek yang menepati aspirasi Liberation of Palestine itu sendiri.


ben tampol
014.311.0628
JKPA

No comments:

Post a Comment