Islah & Wanita Gemilang
Sunday, January 17, 2010
JIM DAPAT DATO' BARU,.... TAHNIAH!! 17 Jan 09
Hari ini Tuan HJ Syed Saleh bin Syed Abdul Rahman YDP JIMAJ akan dianugerahkan Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) dan membawa gelaran Dato'.
Kami bagi pihak JIMAJ mengucapkan tahniah kepada YDP kami dan mendoakan gelaran tersebut akan lebih membawa kebaikan kepada beliau dan jamaah dari membawa keburukan.
Syed Zakaria
TYDP JIM AJ
Monday, November 23, 2009
Pace perjuangkan Palestin sepanjang masa
Oleh SITI AINIZA KAMSARI
| |
| Noorazian anidin |
SEBAGAI bumi ketiga paling suci di dalam Islam, iaitu bumi Palestin dan Masjid Al Aqsa di dalamnya maka konflik dengan pihak Israel merupakan satu-satunya ujian besar dari Allah kepada umat-umatNYA.
Ternyata sehingga kini tidak ada sebarang tanda-tanda kemenangan umat Islam berjaya untuk membebaskan sepenuhnya bumi Palestin itu dari kebejatan Israel.
Justeru bayangkan jika ujian yang sama melibatkan bumi Mekah dan Madinah pula? Sedangkan untuk konflik Palestin masih tidak mampu ditangani apatah lagi jika melibatkan bumi pertama dan kedua yang paling suci bagi umat Islam itu!
Tidak mampu ditangani adakah bermakna tiada kekuatan walaupun jumlah umat Islam dari seluruh dunia adalah dalam angka yang berbilion ramainya?
Benar, tidak ada perpaduan atau lebih tepat kesatuan ummah! Begitupun jika kita melihat isu ini dengan dada yang lapang, minda yang terbuka dan sentiasa bertolong-tolongan dengan kesabaran dan solat. Isu ini sebenarnya terlalu banyak hikmahnya kepada kita semua.
Konflik itu menyebabkan terbina jambatan-jambatan yang menghubungkan rakyat Palestin dengan seluruh warga dunia. Ini apabila terlalu banyak pertubuhan dan agensi malah individu-individu yang bermatlamatkan untuk membantu Palestin dari pelbagai aspek.
Malah isu itu kini tidak dilihat sebagai isu konflik agama antara Yahudi dan Islam semata-mata tetapi merupakan krisis kemanusiaan yang sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di dunia ini.
Malaysia tidak ketinggalan membantu Palestin, sama ada dalam bentuk kerajaan kepada kerajaan sehinggalah kepada sekecil-kecil anak, semua mempunyai 'kiblat' perjuangan mengadap ke Palestin.
Justeru, jika tidak kerana konflik itu juga, mungkin tidak akan ada apa yang dinamakan Pusat Kecemerlangan Palestin atau Palestine Centre for Excellence (Pace) yang berpengkalan di negara ini.
Pace yang ditubuhkan sejak tahun 2006 adalah antara beribu-ribu NGO Palestin seluruh dunia yang tidak mengenal erti putus asa. Melainkan terus menjalankan tanggungjawab yang sungguhpun berat untuk memastikan Masjid Al Aqsa kembali kepada umat Islam sepenuhnya dan bumi Palestin adalah bumi yang merdeka.
Sebagai pengenalan Pace adalah badan bukan kerajaan (NGO) atau politik yang ditubuhkan oleh sayap Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), iaitu sebuah pertubuhan NGO yang sangat signifikan nama dan peranannya di negara ini.
Ia berperanan menjalankan kajian strategik dan masa depan terhadap isu umat Islam di Palestin dan Timur Tengah. Pace sangat menekankan isu-isu Palestin, konflik dengan projek-projek Zionis dan Israel serta merangkumi pembangunan rakyat Palestin, Arab, Islam dan antarabangsa.
Dengan lain perkataan Pace adalah satu-satunya 'sekolah' di negara ini yang para pelajarnya akan mempelajari untuk memahami sepenuhnya mengenai isu Palestin sekalipun bukan untuk melahirkan pejuang-pejuang yang akan mengangkat senjata menentang Israel.
Felo Kanan Pace, Noorazian Anidin berkata, ini kerana masih ramai yang menganggap bahawa isu Palestin merupakan isu agama, perebutan wilayah dan percaturan politik dunia.
Walhal ramai yang terkorban itu bukannya anggota tentera mahupun pihak keselamatan tetapi penduduk awam, dari sekecil bayi sehinggalah kepada usia yang telah lanjut, semuanya jadi mangsa.
"Jadi, kita tidak mahu orang ramai berfahaman bahawa krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin tidak lebih merupakan konflik antara agama Yahudi dan Islam.
"Sedangkan ramai yang terbunuh adalah terdiri penganut Kristian juga dan kebanyakan penganut Yahudi sama ada di Amerika dan serata dunia yang lain sendiri tidak setuju dan menentang tindakan kejam Israel terhadap penduduk Palestin," katanya dalam pertemuan dengan Mega, baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Hubungan Antararabangsa JIM berkata, tumpuan Pace bukan sahaja untuk menarik seramai mungkin mereka yang secara sukarela menghulur derma dan sumbangan terhadap rakyat Palestin yang tertindas.
"Tetapi kita tidak mahu isu Palestin menjadi isu bermusim sahaja. Habis musim, sejuk! Ada konflik besar terbaru, ia kembali meraih perhatian, simpati dan tumpuan rakyat. Sedangkan konflik dengan Israel ini adalah selama kita masih bernafas di muka bumi ini," tegasnya.
Kata Noorazian, tidak ada hari di mana rakyat Palestin tidak ditindas atau sehingga ada yang dibunuh dengan kejam oleh rejim Israel.
"Soal sikit atau banyak yang terbunuh tidak berbangkit kerana yang pasti tanggungjawab membantu rakyat tertindas di mana-mana negara adalah menjadi tanggungjawab yang perlu dilakukan tanpa henti walaupun menerima pelbagai tekanan daripada pihak," katanya.
Palestin dan daerah-daerah sempadan yang menempatkan pelarian-pelarian rakyatnya, krisis kemanusiaan yang paling teruk di abad ini.
Menurut Noorazian, hampir-hampir seperti tiada kehidupan apabila hak-hak sebagai pribumi rakyat Palestin dinafikan.
"Mereka tidak ubah seperti hidup dalam saiz penjara yang paling besar pernah wujud di muka bumi ini. Mereka tidak boleh melakukan aktiviti dan pekerjaan untuk tujuan kelangsungan hidup. Segala-galanya disekat dan dikepung. Jadi, bagaimana mereka hendak hidup dan mampu bertahan," soal beliau.
Oleh itu, kata Noorazian, semua pihak perlu menyedari yang isu Palestin perlu diberi perhatian sepanjang masa.
Malah, Pace mengambil tanggungjawab yang sangat besar ini bagi memastikan soal Palestin tidak luput dalam ingatan semua kalangan rakyat.
"Alhamdulillah, inilah hikmah di sebalik mengapa penyelesaian isu Palestin masih buntu dan belum ada titik penyelesaian. Iaitu semakin ramai yang mula memahami mengenai nasib rakyat Palestin yang dinafikan hak mereka. Dan bagaimana liciknya Israel dan konco-konconya dalam merealisasikan pelbagai aspirasi jahat mereka, iaitu yang mahu melihat umat lain akhirnya tunduk kepada mereka," kata Noorazian.
Segenap lapisan masyarakat di negara ini mula disedarkan mengenai hakikat-hakikat yang mereka perlu tahu dan bantu mengenai Palestin.
"Alhamdulillah, kita berjaya menciptakan kemenangan-kemenangan walaupun kecil sifatnya tetapi ia cukup bermakna.
"Golongan berpendapatan rendah misalnya adalah antara yang paling menghulurkan derma untuk disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin," katanya lagi.
Begitupun perjuangan Pace diterima baik oleh kalangan korporat di negara ini. Sehinggakan sesetengah syarikat menjadikan sebahagian kecil hasil jualan mereka untuk membantu Palestin.
"Yang jelas kini kumpulan-kumpulan sasaran Pace semakin memahami pergolakan yang berlaku dan mereka kini tahu tanggungjawab yang mereka perlu lakukan.
"Ini terutamanya menjayakan kempen-kempen boikot barangan atau produk keluaran negara-negara sekutu Israel dan tidak lagi terpengaruh dengan sebarang dakyah oleh pihak Barat yang pro Israel dan menapis setiap berita-berita yang tersiar," kata Noorazian.
Pace yang telah berjaya menyalurkan jutaan ringgit kepada rakyat Palestin tetap menghadapi pelbagai kekangan dan cabaran apabila permintaan kini telah melebihi penawaran.
"Maksud saya semakin banyak pihak meminta supaya PACE menjadi sebahagian daripada aktiviti-aktiviti keagamaan, sosial dan kemasyarakatan di serata tempat tanpa mengira masa.
"Ini menyebabkan kami memerlukan lebih ramai sukarelawan terlatih (oleh Pace) sendiri bagi memastikan jaringan Pace semakin lebar dan lebih banyak mesej dapat disampaikan," jelasnya.
Road show
Lantaran itu, kata Noorazian, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan mereka yang ingin melakukan 'jihad' kecil ini di Palestin, demi Islam dan demi kemanusiaan.
Sebabnya tugas-tugas semurni ini tidak sahaja menjanjikan kepuasan kepada jiwa namun sekurang-kurangnya memberi peluang seseorang itu melakukan sesuatu yang bermanfaat dalam seumur hidupnya.
"Pace akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi merekrut petugas-petugas sukarela ini untuk mereka diberikan latihan dan sokongan bagi menjayakan pelbagai aktiviti ini," katanya.
Menurut Noorazian, kalangan pelajar dan lepasan universiti tentunya menjadi sasaran utama untuk direkrut.
Namun golongan profesional yang mempunyai pelbagai kepakaran turut dialu-alukan dan termasuk juga kalangan bukan Islam yang cintakan kedamaian boleh juga menyertai Pace.
Namun yang jelas Pace banyak 'mengorbankan' diri mereka untuk misi-misi kedamaian di Palestin atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan.
"Sebenarnya rakyat Palestin telah melekatkan Malaysia ini di hati mereka atas segala sumbangan yang telah sampai ke tangan mereka itu.
"Terkadang mereka meminta supaya segala sumbangan dan derma itu dikembalikan semula kepada kita. Ini supaya wang tersebut dapat digunakan untuk melahirkan pejuang-pejuang Islam yang tulen dan sehingga pada suatu hari Palestin akan bebas juga dari cengkaman Yahudi Israel itu.
"Malah yang lebih mereka harapkan agar kita selalu mendoakan mereka, supaya mereka tetap tabah dan cekal menghadapi segala macam kemungkinan jahat dari Israel dan umat Islam yang tidak berpecah-belah tetapi bersatu untuk menyelamatkan seluruh ummah," katanya.
Pace dapat anda lawati di www.jim.org.my. Sumbangan boleh dibuat menerusi no akaun Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia: MBB 5622 0960 8847. Sebarang pertanyaan bagi tujuan ceramah (percuma), boleh hubungi pejabat JIM 03-4108 9669 atau Muhamad Nasir Tampol di 014-311 0628.
Tuesday, November 17, 2009
Boycott Israel Walkabout 2, 14 Nov 2009
Tolong menolong dalam kesusahan dan kepayahan...
~ ummu asiah ~
Wednesday, November 11, 2009
Ir Endok rasmi Hari Ihtifal Brilliant Kindy 2009
Hari Ihtifal Brilliant Kindy telah diadakan pada 8hb November 2009 bertempat di Auditorium Perpustakaan Awam Bintulu. Hari Ihtifal ini telah dirasmikan oleh wakil Wanita JIM Pusat Pn Hjh Ir Endok Sempo bt Mohd Tahir.

Ucapan dari Pn Hjh Ir Endok dan pemberian sejambak bunga kepada jemputan khasLaporan Oleh : Pn Haziaah Sahari, Timbalan Ketua Wanita JIM Sarawak /Ketua Wanita JIM Bintulu
Tuesday, September 1, 2009
Sambutan Ambang Merdeka Masjid Negeri Ada Kelainan
Sambutan hari kemerdekaan agak berlainan di negeri Selangor tahun ini, apabila ianya dianjurkan oleh Masjid Negeri dengan laungan takbir serta selawat menjelang detik 12 malam.
Apa yang menarik, sementara menunggu detik 12 malam tadi pelbagai program telah diadakan bermula sejak pukul lima petang bermula dengan Konvoi Merdeka 9 daerah, Tazkirah Asar, Pengagihan bubur lambuk,Tayangan Video & Pameran Perjuangan Kemerdekaan PALESTIN, Zikir Munajat Merdeka, Wacana Erti Kemerdekaan, Coundown Istimewa, Solat Hajat dan Doa Khas Nikmat Merdeka.
Apa yang pasti sambutan kali ini berbeza kerana disambut pada bulan Ramadan dan program yang dianjurkan juga bagi memastikan bulan mulia ini tidak di cemari perkara-perkara yang tidak diingini.
Bermula dengan konvoi kereta dari Gombak dan Ulu Klang ke Masjid Negeri, sambutan kali ini turut membawa mesej kepada umat islam untuk terus berusaha membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Yahudi.
Selapas solat sunat terawih, program Ramadhan Ambang Merdeka diteruskan dengan persembahan nasyid dan tazkirah sehingga tepat jam 12 malam.
Program ini dianjurkan oleh gabungan 100 NGO Anak Merdeka, Kerajaan Negeri Selangor, Masjid Negeri, PACE, COMPLETE, dan Pro Event.
Turut hadir, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.
Sambutan hari kemerdekaan agak berlainan di negeri Selangor tahun ini, apabila ianya dianjurkan oleh Masjid Negeri dengan laungan tadbir serta selawat menjelang detik 12 malam.
Apa yang menarik, sementara menunggu detik 12 malam tadi pelbagai program telah diadakan bermula sejak pukul lima petang bermula dengan Konvoi Merdeka 9 daerah, Tazkirah Asar, Pengagihan bubur lambuk,Tayangan Video & Pameran Perjuangan Kemerdekaan PALESTIN, Zikir Munajat Merdeka, Wacana Erti Kemerdekaan, Coundown Istimewa, Solat Hajat dan Doa Khas Nikmat Merdeka.
Apa yang pasti sambutan kali ini berbeza kerana disambut pada bulan Ramadan dan program yang dianjurkan juga bagi memastikan bulan mulia ini tidak di cemari perkara-perkara yang tidak diingini.
Bermula dengan konvoi kereta dari Gombak dan Ulu Klang ke Masjid Negeri, sambutan kali ini turut membawa mesej kepada umat islam untuk terus berusaha membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Yahudi.
Selapas solat sunat terawih, program Ramadhan Ambang Merdeka diteruskan dengan persembahan nasyid dan tazkirah sehingga tepat jam 12 malam.
Program ini dianjurkan oleh gabungan 100 NGO Anak Merdeka, Kerajaan Negeri Selangor, Masjid Negeri, PACE, COMPLETE, dan Pro Event.
Turut hadir, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.
Wassalam
Freedom For Palestine!!!
Zun Arif Hakim
Pengarah RDAM2009
Sunday, August 30, 2009
Masjid Negeri, NGO Anjur Himpunan Ramadan d Ambang Merdeka
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dengan kerjasama hampir 100 Badan Bukan Kerajaan (NGO) mempunyai cara tersendiri menyambut kemerdekaan ke 52, pada kali ini.
Esok, satu konvoi membabitkan 100 buah kereta dan motosikal akan bergerak dari daerah Gombak dan Hulu Klang menuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Program yang dinamakan “Ramadan d Ambang Merdeka” ini, bertujuan menyambut kemerdekaan Negara dalam suasana memuliakan Ramadan, di samping menanamkan semangat patriotisma di kalangan anggota masyarakat.
Pengarah Program Ramadan d Ambang Merdeka, Zun Arif Hakim Abdul Rahman berkata, konvoi ini akan dilepaskan oleh ADUN kawasan masing-masing, iaitu Azmin Ali dan Saari Sungib.
Dalam sidang media bersama Imam Besar Masjid Negeri, Ahmad Mustapha Mohd Sidin, Zun Arif berkata, program ini juga akan diisi dengan tazkirah, persembahan nasyid dan tayangan video, sementara menunggu detik 12 malam.
Selain itu, acara berbuka puasa, solat sunat tarawih dan moreh juga akan disertai peserta terbabit, esok.
“Acara kemuncak adalah laungan takbir tepat jam 12 tengah malam 31Ogos dan diakhiri dengan Solat Hajat berjemaah di masjid ini,” katanya.
Zun`Arif menjangka, lebih 5,000 orang bakal hadir memeriahkan sambutan unik yang menepati kehendak Islam bagi meraikan kemerdekaan Negara dalam bulan yang mulia ini.
Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat ialah Persatuan Penggiat Industri Nasyid Malaysia(PIN),Palestine Centre of Excellence (PACE), Sahabat Ihsan dan Iman Malaysia(SIDIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan banyak lagi.
Tetamu khas yang diundang bagi menyerikan lagi sambutan ini ialah ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari dan ADUN Batu 3, Rodziah Ismail.
Zun Arif yang juga merupakan Senior Fellow Palestine Centre of Excellence, berkata program esok akan bermula seawal jam 4 petang hingga menjelang tengah malam 31Ogos.
Saturday, August 29, 2009
Dasar Wanita Negara - ulasan AJK WJAJ , 26 Ogos 2009
~ Pengurus Kewangan Institut Jantung Negara IJN Sharifah Maslahah Abdul Hamid berpendapat pindaan yang dibuat kepada Dasar Wanita Negara perlu sejajar dengan hak dan keperluan wanita Islam moden Malaysia masa kini. Bagaimanapun katanya langkah perlaksanaan dasar itu kelak perlu dipantau agar tidak ada pihak menyalah gunakan dasar tersebut untuk kepentingan sendiri atau lebih buruk terkeluar terus dari landasan Islam. Yang penting pelaksanaannya kelak tidak bertentangan dengan hukum dan ajaran Islam. la juga perlu memperjuangkankeadilan untuk semua pihak bukan sahaja wanita malah golongan lelaki dan kanak kanak juga, katanya yang juga ahli Jamaah Islah Malaysia JIM ~Wednesday, August 19, 2009
Wanita tanpa suami bukan bebanan
| Sebahagian peserta Forum Wanita Tanpa Suami: Bukan Golongan Terpinggir anjuran Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor, baru-baru ini. |
DALAM satu kisah, Nabi pernah menasihati Ibnu Abbas sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tirmizi: "Suatu hari, ketika aku berjalan di belakang nabi, lalu baginda berkata kepadaku,
"Wahai anak muda! Sungguh, aku ajarkan kamu beberapa kalimah, Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu, pelihara Allah pasti kamu dapati Allah selalu di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah."
Sebagai hamba-Nya yang mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, sudah pastinya kata nasihat Rasulullah SAW yang berbunyi, "Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu" di atas, harus diambil perhatian serius, seterusnya diterapkan dalam kehidupan setiap individu Muslim, waima apa status mereka sekalipun.
Malah membina hubungan baik dengan Allah turut ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: Apabila kamu mengingati-Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan. (al-Baqarah: 152)
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani sewaktu membentangkan kertas kerja bertajuk, 'Perbanyakkan amal, jauhi maksiat' menjelaskan, dalam menghadapi tekanan hidup, apatah lagi ke atas golongan tanpa suami, maka menjaga hubungan dengan Allah adalah amat-amat diperlukan.
Ini kerana golongan sebegini sering dilempar dengan pelbagai tohmahan yang sudah pastinya menyentap dan mengguris hati kecil seorang wanita. Ditambah pula dengan lemparan gelaran dan jolokan seperti 'janda berhias', 'janda meletup' 'andartu' dan 'andalusia'.
Padahal sepatutnya, golongan ibu tunggal harus dibela kebajikan dan dijaga sensitiviti mereka. Besar kemungkinan juga, segelintir wanita yang tidak berkahwin itu bukannya memilih, jauh sekali menafikan sunnah Nabi. Tetapi semua itu adalah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.
Sayangnya, itulah realiti masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan seseorang itu tanpa meletakkan diri mereka ditempat si pulan itu.
Hakikatnya, lelucon yang berlebihan dan sindiran yang menyakitkan itu memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi individu yang dimaksudkan itu.
Tambah memburukkan keadaan apabila ada segelintir mengaitkan golongan sebegini dengan perlakuan maksiat dan tidak bermoral. Meskipun tidak dinafikan ada kes sedemikian, namun punca utamanya bukanlah disebabkan oleh status mereka itu.
Lantaran itu, selagi individu yang terpaksa memikul bebanan atas tuduhan yang tidak berasas ini berpegang dengan pendirian setiap sesuatu itu adalah dengan kehendak-Nya, kata Dr Anisah, mungkin tekanan ini dapat dikurangkan atau dijadikan penawar atau sebagai pemujuk hati.
"Oleh itu, sekiranya seseorang itu hendak mengamalkan apa yang dituntut oleh syarak' itu, maka dia terlebih dahulu kena memahami apa matlamatnya Allah jadikan kita (manusia) di atas muka bumi ini dan apakah matlamat kita dalam kehidupan ini?
"Sekiranya perkara ini tidak jelas, akan timbul kesukaran untuk bertindak secara istiqamah serta melahirkan rasa iltizam, yang membolehkan kita mengenal Allah serta melahirkan rasa tenang meskipun dilingkari dengan pelbagai masalah," terang Dr Anisah.
Beliau berkata demikian pada Forum Wanita Tanpa Suami: Bukan Golongan Terpinggir anjuran Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang berlangsung di Auditorium A, Kuliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor, baru-baru ini.
Ulas Anisah lagi, matlamat manusia dijadikan oleh Allah SWT tidak lain dan tidak bukan ialah untuk kita mengabdikan diri kepada-Nya.
Ini dijelaskan menerusi surah al-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
Ini bermakna, manusia kena tunduk dan patuh, taat kepada semua arahan, ajaran Allah SWT secara total.
"Di samping itu, kita juga mestilah meninggalkan atau menghindari larangan-larangan Allah SWT agar ia menjadi benteng kepada kita untuk melayari kehidupan ini dalam keadaan tenang," katanya.
Contohnya, kata Anisah, ibadat solat yang diketahui menghubungkan secara terus hamba-Nya dengan Allah SWT.
Hakikatnya, penyerahan secara total kepada Allah serta doa yang ikhlas itu akan menatijahkan rasa tenang dalam jiwa setiap seseorang itu. "Sebagaimana firman Allah: Dirikanlah solat supaya kamu mengingati-Ku. Ini bermakna dengan kita mengingati Allah, ia memberi satu ruang kepada kita untuk kita tidak terlalu terbeban dengan pelbagai cabaran hidup..
"Apatah lagi, setiap keluhan kita itu didengar oleh Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani, " jelas beliau.
Selain itu, Dr Anisah menambah, manusia juga kena tegaskan pada diri bahawa tiada kuasa yang lebih tinggi selain daripada Allah.
"Walaupun dalam rumah tangga, isteri wajib mentaati dan mematuhi suami tetapi seandainya apa yang disuruh itu bertentangan dengan ajaran Islam, maka tidaklah dikira berdosa kita mengingkari arahan suami itu," ujar beliau.
Katanya, di samping solat banyak lagi ibadat lain untuk menunjukkan pengabdian kita kepada Allah.
Selain itu menurutnya, tanggungjawab berat membesar dan mendidik anak-anak ditambah pula terpaksa bekerja demi menyara kehidupan anak-beranak, jangan sekali-kali dianggap sebagai satu bebanan.
Seperkara yang perlu diingat bahawa keberkatan sebagai ibu mendidik anak dan mencari nafkah itu adalah menjadi satu ganjaran pahala yang tidak terhingga daripada Allah.
Malah pada masa sama dengan kesabaran serta sentiasa reda dengan takdir-Nya, nescaya Allah akan memberi jalan keluarnya serta pahala yang tidak terhingga.
"Ditinggalkan suami atau lewat berkahwin, itu semuanya bukan alasan untuk berputus asa atau hilang harapan atau pedoman hidup. Malah bukan juga dianggap jalan buntu dalam meneruskan kehidupan," katanya.
Dr Anisah berharap, sebagai seorang Muslim sejati janganlah sekali-kali terlintas dalam fikiran, jauh sekali melakukan perkara-perkara haram di sisi agama, waima untuk mendapatkan rezeki untuk sesuap nasi sekalipun.
"Misalnya, mengambil jalan mudah dengan melacurkan diri dengan alasan Allah memahami situasi terdesak kita.
"Namun hakikatnya, apabila kita melakukan satu perkara yang haram, Allah akan menimpakan banyak lagi bala kepada kita. Sebaliknya, apabila kita tinggalkan perkara maksiat, Allah akan memberi ganjaran," pesan Dr Anisah tengah hari itu.
Sementara itu, Ketua Wanita JIM Pusat, Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj menjelaskan, yang dikategorikan wanita tanpa suami terbahagi kepada empat.
Pertama, wanita yang sudah sampai usia yang layak untuk berkahwin tetapi tidak ada jodoh. Ini berkemungkinan berpunca daripada banyak faktor.
Kedua, Golongan wanita yang sebelum ini pernah berkahwin tetapi sekarang menjalani hidup tanpa suami. Kebiasaannya mereka ini adalah sama ada kerana bercerai hidup ataupun mati dan hidup dengan status janda atau balu.
"Kategori ketiga pula ialah ibu yang ditinggalkan suami atau gelarannya ibu tinggal. Ini mungkin kerana suami tidak bertanggungjawab, dipenjara atau di dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Golongan keempat pula, wanita yang sepatutnya bersuami tetapi tidak bersuami atau dengan maksud lain, wanita hamil luar nikah," kata Dr. Harlina.
Baginya, setiap satu kategori ini mempunyai masalah masing-masing yang unik.
Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya yang bertajuk, 'Wanita Tanpa Suami: Cabaran, Peranan dan Sumbangan kepada Masyarakat'.
Malah tegas Dr. Harlina lagi, penganjuran forum ini bukan bertujuan menimbulkan sentimen anti lelaki.
Sebaliknya, apa yang cuba diketengahkan dalam forum ini ialah realiti yang sedang berlaku di negara iaitu golongan wanita tanpa suami ini, sebenarnya semakin ramai.
Sungguhpun mereka seringkali menerima pelbagai label daripada masyarakat yang kebanyakannya berbaur negatif tetapi Dr. Harlina tidak meletakkan senario ini sebagai satu gejala sosial yang semakin memburukkan.
Oleh sebab itulah, kata beliau, jika setiap Muslimin itu mengikut ajaran yang telah digariskan oleh Islam, tidak mustahil usaha untuk menuju sifar gejala sosial tercapai.
"Selain itu, ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak terutamanya dalam membina hubungan yang harmonis di dalam sebuah institusi kekeluargaan.
"Hal ini perlu diambil perhatian kerana salah satu alasan popular tidak berkahwin adalah disebabkan fobia kerana memperoleh contoh yang tidak sihat menerusi perkahwinan ibu bapa mereka," kata Dr. Harlina.
Friday, June 12, 2009
Ucapan 2 Minit di UNHRC 12 JUN 09
My name is Norlaila Othman. I am a Malaysian. I speak on behalf of my husband, Mat Sah Bin Mohd Satray, who has been detained by the Malaysian government under the Internal Security Act (ISA) for more than 7 years. Under the ISA, the government can detain persons without even the most basic of due process rights. The ISA is extremely broadly worded and allows for indefinite detention without trial. He was detained in April 2002 and is now occupying a cell at Kamunting Detention Camp, deprived of his liberty. He has never been charged and has not had the possibility of a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal.
Under the ISA the Malaysian judiciary has been systematically excluded from playing any meaningful role in ensuring that those detained are treated in accordance with international human rights norms. There is no effective judicial review. Habeas corpus is only available on narrow and technical grounds. Judges cannot review grounds of detention, and are not shown the purported evidence against detainees.
The ISA allows for review of detentions by an executive-appointed Advisory Board. The Advisory Board has no power to free detainees. It can only make non-binding recommendations to the government. Appearances before the Advisory Board are a farce because the authorities never disclose evidence or documents to the detainee.
My husband was first accused of being the member of one terrorist organization, then later another. However during the 7 plus years he has already spent in detention, no evidence has been produced to substantiate the accusation. Instead he is required to attend counseling programmes and encouraged to admit the allegations against him. The authorities have yet to prove he actually engaged in any illegal activity. Persons arrested at the same time as him have long been released. He has been told the only reason he is still detained is due to my activism.
The Working Group on Arbitrary Detention has stated that the detention of my husband is arbitrary and contravenes Articles 9 and 10 of the UDHR. I strongly urge the Human Rights Council to visit Kamunting Detention Camp and meet my husband personally. I call on the Malaysian government to facilitate this visit.
I hope the visit will lead to the release of my husband and others who are enduring the same experience. In my case, the most affected victim is my only son, Suhaib, aged sixteen. The ISA separated Suhaib from his father since the age of 9. For 7 years he has been waiting everyday for his father’s release. It is very sorrowful to see him grow up with this uncertainty for such a long time, and being deprived of the love, care and guidance from his father. Not one person should be held in detention without trial as it violates basic human rights. I am appearing here today not just for the sake of my husband but also for all who continue to be detained without trial under the ISA and their family members.
I call on the Malaysian government to accept and implement the recommendations of the Working Group on Arbitrary Detention requesting the Malaysian government to take necessary steps to remedy my husband’s situation to conform with provisions and principles enshrined in the UDHR.
"Welcome to the United Nations" 11-06-09
berita berkaitan:
Saya kini berada diGeneva , Switzerland. Tiba di Hotel Sagitta pada 10 June 5.30 petang sama dengan jam 11.30 malam waktu Malaysia.
Saya akan berucap di Konvensyen Hak Asasi Manusia di Human Right Council United Nation pada 12 June, akan bercakap tentang ISA. Doakanlah segalanya berjalan lancar.
Saya amat berharap perjalanan ini berada dalam doa antum... supaya selamat pergi dan kembali dan segala urusan disana nanti dipermudahkan oleh Allah.Doakan juga agar saya dapat berkongsi keindahan Islam dengan tiga orang teman non-Muslim saya tu disepanjang perjalanan tersebut.
Cg Laila
petikan dari
http://lailagmi.blogspot.com/
Tuesday, June 9, 2009
LEADERS 09: Pemimpin Remaja Bantah Kezaliman ZIONIS & ISA , 2-4 Jun 09
Alhamdulillah, pada 2-4 Jun 2009 yang lalu, Jawatankuasa Pembangunan Remaja & Belia (JKPRB) dan dibantu oleh team KBM KL/ KRJ KL telah menganjurkan program LEADERS (Latihan Ekstensif Asas Dakwah & Kepimpinan Remaja Musleh). Program selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Sekolah Islam ADNI Taman Sri Ukay dan di Kg Semungkis, Hulu Langat. Program LEADERS ini merupakan salah satu dari 6 program Nasional yang terdapat dalam Projek Dua tahun Remaja Cemerlang (PRODUCE). Seramai 65 orang peserta dari seluruh Malaysia (kecuali sabah, Sarawak & Terengganu) telah menghantar wakil LEADERS masing-masing. Para peserta ini merupakan PRODUCE GENERASI ke-4.
Diantara program yang diadakan adalah Do You know Me ?, Mission Impossible, carnival Bebaskan al-Aqsa, Orang Kaya Bertaqwa, Hak asasi ( GMI ), Goal Setting, matlamat Remaja & Dakwah ! apa & Kenapa ? .
Antara aktiviti yang paling mencabar ialah Karnival Al-Aqsa, apabila para peserta diminta untuk menganjurkan & mengkordinasi sebuah Karnival besar – besaran berkenaan masjid Al-Aqsa bersempena dengan tarikh memperingati peristiwa An-Naksah pada 5 Jun 1967. Karnival ini telah dirasmikan oleh Puan Norazian Anidin selaku penceramah & ahli team PACE JIM (juga ahli JIM AJ).
Selain itu, para peserta remaja juga telah didedahkan tentang hak asasi yang telah dikongsikan oleh aktivis GMI iaitu cikgu Norlaila Othman (juga ahli JIM AJ).. Para peserta turut dikongsikan pengalaman beliau sebagai isteri tahanan ISA yang telah 7 tahun ditahan dibawah ISA yang kejam tanpa bicara. Pemakaian button Badge ISA beramai-ramai adalah sebagai bukti bahawa para pemimpin remaja ini membantah kezaliman ISA.
Program ini juga turut disertakan dengan aktiviti Outdoor yang melibatkan sungai dan perkampungan di kampong Sungai Semungkis, Hulu Langat. Selain daripada itu, para peserta turut diisi dengan pelbagai maklumat asas sebagai pemimpin dakwah dan dilatih untuk menjadi pemimpin dakwah yang menepati ciri-ciri “Alim, Berani, Sampaikan, Inovatif & Berpasukan“.
Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program LEADERS ini, semoga dengan barakah & redha Allah, remaja-remaja ini bakal menjadi pewaris perjuangan dakwah Islam yang menyerlah jauh dari yang biasa.
(Peserta LEADERS dari KRJ Ampang Jaya mewakili KRJ Selangor: Wan Ahmad 'Arif W.A N & Shafiah Ahmad Raji)
Laporan dari
Mohd hafiz Abd hamid ( abg bai )
Pegawai Eksekutif Remaja & Belia JIM Pusat
Pengarah LEADERS 09
Selangor to improve services at hospital crisis centres
by Hemananthani Sivanandam
newsdesk@thesundaily.com
SERDANG: Selangor has embarked on a campaign to create more awareness about One-Stop Crisis Centres (OSCC) for victims of domestic violence, rape or sexual abuse in hospitals. Rawang assemblyman Gan Pei Nei said the state is doing this under its Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) agenda (Economy for Citizenry),launched by Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim last year.
Gan yesterday led a delegation of hospital and welfare offi cers, as well as the media, to see how the state government can help improve the facilities and services at such centres. Serdang Hospital is one of six hospitals in Selangor that has an OSCC. The others are Ampang Hospital, Selayang Hospital, Sungai Buloh Hospital, Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang and Kajang Hospital.
OSCC was formed in 1997 by the Health Ministry so that victims of domestic violence, rape or sexual abuse can be fast-tracked for treatment. Gan said as OSCCs were little known to the public, the state government has since May planned and conducted some workshops in several constituencies to increase public awareness on OSCC.
Serdang Hospital emergency department chief Dr Rosidah Ibrahim said since the OSCC in Serdang was formed in 2006, the number of domestic violence, rape and child abuse cases treated at the hospital year on year, has increased. “In 2006, we received 30 cases. Until May this year, we received about 70 cases out of which six cases involved child abuse.” “The concept is literally a one-stop centre for all the procedures so victims do not need to go to many places to get help,” said campaign awareness head Endok Sempo M. Tahir.
Sunday, May 24, 2009
HARMONY CARNIVAL , 22-24 Mei 09
22-24 Mei 2009
Summit USJ, Subang Jaya, Selangor
Perasmian oleh Hj Zaid Kamaruddin, Presiden JIM
Tarian Singa yang menggamatkan suasana!
Peserta pertandingan mewarna dari pelbagai kaum...
Ahli JIM AJ, Dr Bad sempat menyantuni ibu2 yang menunggu anak2 mewarna. Begitulah, sukarelawan di Harmony Carnival tidak melepaskan peluang yang ada!
Rehat & isi minyak....
Abang Fasi menghiburkan para hadirin dengan 'Chicky Dance'
Sementara menunggu keputusan, Cikgu Idris memukau anak2 dengan pertunjukan silap mata....
Team GRUM '09 yang diamanahkan dengan tugasan menjayakan pertandingan mewarna di Harmony Carnival. Tahniah! Job well done!Penganjur agak cemas bila peserta GRUM '09 tak kunjung tiba. Rupanya bas lewat ..... :(
Ahli-ahli JIM AJ berkhidmat di booth PAKSI-JIM dan lain2 booth JIM - PACE, RS & HC Semuanya memerlukan tenaga kita...
MC majlis perasmian yang mantap mantop! Ukht Izahana, dari Ampang Jaya...TAHNIAH!
Forum "Spiritual Solutions To Economics Problems" yang dikendalikan oleh Naib Pengerusi Hidayah Centre, Hj Aizuddin Nurudin
DJ bertugas dari Ampang Jaya, Cik gu Idris (bertopi), memeriahkan karnival dengan celotehnya
Aksi dari pasukan Kompang Akrobat…
….dengan langkah yang diatur…
…mengikut paluan kompang.
Pengunjung memenuhi ruang concourse The Summit untuk menyaksikan persembahan Malam Harmony Carnival
Penonton yang bertuah pada malam tersebut
Pukulan gendang Urimi Melam dari pemuda Serdang
Antara penonton bukan Muslim..
Penonton yang setia menyaksikan persembahan-













