Islah & Wanita Gemilang

Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

WACANA INTELEKTUAL "ISU SEBAT"


Tarikh
26.02.2010 (Jumaat malam Sabtu)

Masa
8.00 mlm - 11.00 mlm

Tempat
Dewan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak
(Bertentangan bangunan Kompleks JIM)

Panelis-panelisnya ialah :

a) Tuan Haji Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)
b) Tuan Haji Ust. Alias Othman (Penceramah bebas)
c) Dr. Us Zulfakar Ramlee (Pensyarah UIA)
d) Tuan Haji Nicholas Sylvester (Pengerusi JK Dakwah JIM)


Semua dijemput hadir........

Saturday, December 12, 2009

KaSukaBe 09, 19-20 Dis 09



Apa yang menarik di KASUKABE09 ?

  • Forum Belia : "Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan" oleh ahli panel belia iaitu Saudara Muadz(artis), Saudara Wan Hafizam Wan Ismail (Penderma hati pertama di Malaysia) dan Saudarai Maryam Aizuddin (Aktivis Wanita JIM Pusat).
  • Senaman 1Malaysia untuk seisi keluarga
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma
  • Derma Darah
  • Perasmian oleh ADUN Chempaka, YB Iskandar
  • Pelancaran Boikot Barangan Israel
  • Mini Konsert Amal oleh Muadz, SaffOne dan kumpulan nasyid SMI Hira'
  • Car Boot Sale (Hubungi Abdullah Umair 012-7095715)
  • Pendaftaran Pengundi Baru
  • Pelbagai jualan, gerai dan pameran oleh NGO dan Jabatan Kerajaan
  • Sukaneka kanak-kanak
  • Sukaneka rakyat (dewasa dan remaja)

Jemput hadir beramai-ramai!

!

Monday, December 7, 2009

Perkongsian PPWN & PPN ,4-6 Dis 09

Berikut adalah senarai kepimpinan tertinggi JIM untuk sesi 2009-2011

Presiden : Hj Zaid Kamaruddin
Timb. Presiden : Hj Syed Ibrahim Syed Noh
Naib Presiden 1 : PM Dr Harlina Halizah Hj Siraj
Naib Presiden 2 : Prof Dr Sahrim bin Ahmad
Setiausaha Agong : Hj Nahar Mohd Nor
Pen. Setiausaha Agong : Kamarul Zaman Shaharul Anuar
Bendahari : Tuan Yaacob Tuan Sof

AJK :

1. Mohammad bin Abdullah
2. Zulfakar Ramli
3. Mokri Sabran
4. Ahmad Jamali bin Sepihie
5. Salwani Daud
6. Ahmad Raji Yaakub
7. Wan Muhammad (Wan Am)

Pengerusi Tetap : Ainul Azhar Jamil
Timb Pengerusi Tetap : Ibnu Khalid Jurait

Pemeriksa Kira kira : Jusni Jusoh
Pemeriksa kira kira : Wan Suhaimi Wan Sulaiman

Barisan JKPW:

Ketua Wanita : Che Asmah Ibrahim
Timb Ketua Wanita : Dr.Roselainy
Setiausaha Kehormat : Anfaal Saari
Bendahari : Fairuzana Haneem Mohd Ali

Ajk : Faridah maludin
Ajk : Maryam Aizuddin
Ajk : Roha Hassan



Begitu mudah membuat pembayaran dan pembelian di JIM E-Bazaar!!!..boleh beli buku, renew keahlian dan bermacam lagi!!!.
Layari: http://www.jim.org.my/e-bazaar/
JIMat masa, JIMat tenaga dan JIMat BELANJA!!!..tiada alasan lagi, semuanya ada di JIM E-BAZAAR!!
Cubalah!!

Wednesday, November 18, 2009

Wahabi & Tauliah , 21 Nov 2009

Assalamualaikum,
 
Kepada sesiapa yang ingin mendengar ulasan isu MAZA  mengikut persepsi JAIS silalah hadir ke 
 
Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat 
pada hari Sabtu, 21 . 11. 09 
selepas solat maghrib
 
Beliau juga akan mengulas isu tauliah. Penceramah ialah Ust Mahfuz Muhammad AlKhalil, salah seorang ahli panel tauliah JAIS.  Beliau akan mengupas isu WAHABI (beliau meletakan MAZA sealiran dengan Wahabi). Akan ada soal jawab, sesiapa yang perlu penjelasan lanjut boleh tanya.
 
Mohamad Zaid Johan
016-2088590
03-26154953 (O)

Monday, November 9, 2009

DAURAH PENGUASAAN BAHAN , 15 Nov 2009

attention SEMUA NUQABA' USRAH IPT.
Mohon kehadiran antum.
Moga lebih mantap penyampaian & perbincangan dalam usrah anak2 muda bersemangat tinggi ini.
Nuqaba' usrah Modul 01 & 02 kawasan juga dialu-alukan
Sila daftar segera pada
akh Asri - Pengerusi JK IPT JIM AJ
akh Azmil - T-PSM JIM-IPT
ukht Azreen - JK IPT WJAJ


~KEMBALI LAGI~

DAURAH PENGUASAAN BAHAN
KALI KE-6, NOVEMBER 2009

AHAD, 15 NOVEMBER 2009

TAJUK PENGISIAN
....SIRAH NABAWIYAH....

PENYAMPAI
USTAZ ABDUL MUHAIMIN B MOHAMMAD SHAHAR

-TEMPAT AKAN DIBERITAHU-

..Ayuh, jangan lepaskan peluang!! Semua nuqaba' dijemput hadir..
..Yuran murah je, RM6..

MEMAHAMI TINGKAHLAKU REMAJA - Kau & Aku berbeza!!! , 13 Nov 2009

Fasa pendidikan anak-anak terbahagi kepada tiga seperti yang disarankan oleh Saidina Ali.

Fasa pertama adalah semasa usia anak-anak 1 - 7 tahun. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melalui bermain.
Fasa kedua, semasa usia anak-anak diantara 7 -14 tahun. Peringkat ini, anak-anak perlu dididik dengan cara disiplin. Penekanan tentang solat amatlah penting dan ibu bapa perlu mengajak anak-anaknya mendirikan solat, bukan menyuruhnya solat. Begitulah sunnah yang diajarkan Rasulullah. Mereka boleh dipukul dengan pukulan yang tidak mencederakan bagi tujuan mendidik.
Fasa ketiga ialah apabila usia anak-anak mencecah 14 tahun dan seterusnya. Anak-anak pada masa ini perlu menjadi kawan kepada ibu bapa. Sebagai seorang kawan, minatnya harus di raikan. Pendapatnya perlu didengar dan rahsianya perlu dijaga. Namun, tidak bermakna perbuatan yang salah perlu dibiarkan. Teguran membina sangat diperlukan selain doa berterusan agar anak-anak menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah s.w.t.


Sifat tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi, perlu diterapkan dalam diri anak-anak bermula di rumah. Kebergantungan semata-mata kepada pihak sekolah perlu dielakkan. Kejayaan seorang anak tidak boleh hanya dilihat kepada pencapaian akademiknya.
Bagi anak yang potensinya dalam bidang kemahiran seperti masakan atau kimpalan, kejayaan perlu diukur kepada kualiti hasil kerja tangan mereka. Kecemerlangan juga boleh diperolehi apabila potensi diri anak-anak dapat dibangunkan mengikut minat dan kehendak masing-masing selagi ianya berada di landasan yang benar.

Kecantikan akhlak dan ketinggian budi pekerti semestinya menjadi pelengkap kepada kecemerlangan yang diharapkan.

Cikgu Siti


Jom ke program dibawah untuk mendengar kupasan menarik dari penceramah yang tidak asing lagi mengenai Isu-isu IBUBAPA & REMAJA, yang berbahagia Ustaz Alias Othman.
Moga bermenfaat dan menjadi panduan berguna bagi kita ibubapa dalam menyantuni anak-anak remaja



MEMAHAMI TINGKAHLAKU REMAJA - Kau & Aku berbeza!!!
Ust Alias Othman

JUMAAT, 13 NOVEMBER 2009
d DEWAN PIBG, SRIAAKL

8.15 isya' bersama
8.45 ceramah

anjuran
PIBG,SRIAAKL

dengan kerjasama

Tadika Amal/Amal Hidayah
JK Pembangunan Keluarga & Kebajikan JIM AJ

MARI LUANGKAN MASA MENDAPATKAN TIPS-TIPS BERGUNA.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI
!!

Friday, October 23, 2009

PROGRAM QURBAN & AQIQAH 1430



~ Begitu mudah membuat pembayaran dan pembelian di JIM E-Bazaar!!!..boleh beli buku, renew keahlian dan bermacam lagi!!!.
~ Layari: http://www.jim.org.my/e-bazaar/
JIMat masa, JIMat tenaga dan JIMat belanja!!!..tiada alasan lagi, ada di JIM E-BAZAAR!! Cubalah!!

Monday, October 12, 2009

HISYAJ 1430 , 18 Okt 09

Jadual HISYAJ 09
JOM ramai2 ber HISYAJ! Errratttkan ukhuwwah, tambahkan barakah..
SEMUA AHLI & RAKAN2 JIM DI JEMPUT TURUT SERTA

- > Ampang(PIC:Syed Zakaria)
Rumah:Zun Arif dan Dr Badiah
(Swimming pool area, Kondominium Ako Jaya)


*PERHATIAN !!!:
IBUBAPA HENDAKLAH MENGAWASI TINGKAH LAKU DAN KESELAMATAN ANAK-ANAK(spt basuh tgn dalam kolam, buang makanan merata-rata dsb) KERANA MAJLIS INI DIADAKAN BERHADAPAN DENGAN SWIMMING POOL

--> Keramat (PIC:Sharifah Jamaluddin)
Rumah:Awaluddin dan Roselainy
(No.4, Persiaran Kiri 1, Off Jalan Keramat)


---> Ukay Perdana/
B. A'Bangsa (PIC:Halipah Ali)
Rumah: Nadzri & Mazura
(No 22, Jalan UB 2, Tmn Ukay Bistari)


----> Melawati/
Hulu Klang (PIC: Othman)
Rumah: Shahriman & Zanirah
- untuk ikhwah (10, Jalan AU5C/2)
Ismahadi & Jawaher
- untuk akhawat (6 Jalan AU5C/2)

----->
Kompleks JIM - Rumah Terbuka JIM Pusat - Pekarangan Pejabat ADUN


Objektif :

Mengeratkan ukhuwwah ahli2/rakan
2 JIM

Aturcara:

8.30pg : Ketibaan di zon Ampang

Ucapan Aluan oleh Pengerusi
-Ucapan YDP/TYDP - Pemberian hadiah kepada bakal haji dan anak-anak (Nadi Asybal) - Ta'aruf tuan rumah dan keluarga kepada tetamu - Jamuan - Doa kepada tuan rumah (akh Rusman)

10.30 : Tiba di zon Keramat
Ta'aruf tuan rumah dan keluarga kepada tetamu - Jamuan - Doa kepada tuan rumah

11.30 : Tiba di zon Ukay Perdana
Ta'aruf tuan rumah dan keluarga kepada tetamu-Jamuan-Doa kepada tuan rumah

12.30 : Tiba di zon Hulu Klang
Ta'aruf tuan rumah dan keluarga kepada tetamu - Jamuan - Doa kepada tuan rumah

Solat Zohor di Masjid As-Sobirin


2.00 ptg : Sambutan Aidil Fitri JIM Pusat





Tuesday, September 8, 2009

IFTAR PERDANA JIM AJ -SRIAAKL 13 Sept 09

Assalamualaikum.
Salam Meraikan Ramadhan dan Membuat persiapan menyambut malam Lailatul Qadar.
Marilah kita sama-sama mengingati peristiwa besar peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadhan. Saat kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w bermunajat menadah tangan ke langit memohon pertolongan Allah dengan air mata membasahi baju baginda dalam saat menyambut Ramadhan yang mulia. Saat-saat yang getir ini menggambarkan bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja bulan hanya untuk meningkatkan amalah ibadah malah meningkatkan kesungguhan kita meninggikan agama Allah ini

IFTAR PERDANA

ANJURAN BERSAMA
JIM Ampang Jaya & PIBG SRIAAKL
Ahad
13HB SEPT 2009/23 Ramadhan 1410

d
SRIAAKL

6:45 Petang Doa dan Zikir Bersama
7:15 Malam Iftar
7:45 Malam Solat Maghrib
8:00 Malam Sesi Ucapan/Sumbangan
8:30 Malam Solat Isyak
Solat Tarawikh - 4 Rakaat
Tazkirah - Ust Shahrom
Solat Tarawikh - 4 Rakaat
Solat Witir
10:00 Malam Bersurai

Semua ahli JIM, saudara mara dan rakan-rakan JIM dijemput hadir.

Segala bentuk sumbangan boleh diserahkan kepada bendahari JIM AJ, Wan Suhaimi 012-3133179.

~S/U JIM AJ~


Wednesday, September 2, 2009

Kaunter bayaran setempat di PKJ mulai 2 Sept

Bagi memudahkan urusan bayaran sumbangan seperti Rayuan Ramadhan, pembelian meja MBPHC dan apa juga bayaran, Ibu Pejabat JIM akan membuka kaunter bayaran setempat di PKJ mulai 2 Sept, sepanjang bulan Ramadhan ini diwaktu pejabat 9 pagi hingga 5 petang.(hari bekerja sahaja )

Jadi bagi semua ' walk in ' penyumbang hanya perlu ke kaunter ini untuk membuat apa jua bayaran/sumbangan kepada pegawai yang bertugas dan tidak perlu lagi naik ke tingkat atas dan mencari pegawai yang berkenaan. Resit bayaran akan dikeluarkan oleh pegawai bertugas.

Diharap ianya membantu memudahkan urusan sumbangan insyaAllah.

Tuan Yaacob

Friday, August 28, 2009

Talk by Presiden JIM on The Rights Of Non Muslim In Islam pada pagi hari Merdeka.

Salam to brothers & sisters,

Dengan sukacitanya IIS ingin menjemput Brothers & Sisters to our
majlis 'Public Holidays Talk' yang akan di adakan seperti berikut:

Tajuk :
'The Rights of Non Muslims in Islam'


Tarikh :
31hb Ogos 2009/Isnin


Tempat :
Dewan Amal, P
ejabat IIS,
Lot 1-5-2 Wisma Prima Peninsula
Jalan Setiawangsa 11
Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur

Masa :
10.30pagi - 12.30tgh


Penceramah :
Tuan Hj Zaid Kamarudin

President JIM

Yuran :
Free


Jemput siapa yang berminat.
Dekat Saba Islamic Media, Taman Setiawangsa

PELANCARAN TABUNG UKHUWAH DANA PERUBATAN DR. HAFIDZI MOHD NOR( HMN)

Ikhwah dan Akhawat yang dirahmati Allah SWT.

Berita mengenai perkembangan kesihatan sahabat kita yang dikasihi telahpun disebarkan dalam Naqib-Net baru-baru ini sebelum kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Mesyuarat JKP Ke-20 yang lepas telahpun membincangkan perkara ini dan keputusan telahpun dimaklumkan oleh SUA. Satu JK telah dibentuk untuk merancang rawatan dan kutipan dana untuk membantu Akhi Dr.Hafidzi Mohd Nor. Sebahagian antum telahpun mula menyumbang.JZKK.Pledges dan sumbangan sehingga hari ini hampir 50K.

Ana bagi pihak JIM dan JK Rawatan dengan ini secara rasminya melancarkan Tabung Ukhuwah Rawatan HMN.

Dr Hafizi – Yang Berat Sama Dipikul Yang Ringan Sama Dijinjing

Kenali Dr Hafizi Mohd Nor

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor berusia 46 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland) dan kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Berkahwin dengan Hajjah Zuraidah Kornain dan dikurniakan tiga orang cahayamata.

Beliau merupakan pendakwah dan aktivis kemasyarakatan sejak masih menuntut di universiti sehinggalah hari ini. Antara jawatan yang pernah dan sedang disandang oleh beliau ialah Pengerusi JIM INTERNATIONAL (1999 – 2000), Setiausaha Agong JIM (2001 – 2003), Mantan Naib Presiden JIM (2004 – 2005) dan Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence) . Beliau juga sering menjadi tetamu Jemputan dan wawancara (TV/Akhbar Harian/Majalah), Radio IKIM (Ruangan Duniaku Buku dan Slot Fast-2-Fund untuk Palestin), Media Prima: TV3 (Buletin Utama), Astro Awani dan aktif menulis dalam Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, Majalah i, Majalah ANIS, Majalah Ummi.

Selain dari itu beliau juga sering dijemput untuk mengendalikan kursus-kursus motivasi belajar dan persediaan menghadapi peperiksaan di sekolah-sekolah. Memberikan kuliah bulanan mengenai Sejarah Islam di Nusantara di Masjid Negeri Shah Alam dan beberapa buah masjid dan institusi di sekitar Lembah Kelang.

Kasihnya Pada Palestin

Kasihnya pada Palestin memang tidak terungkap oleh kata-kata. Beliau begitu komited dalam memperjuang isu Palestin secara aktif semenjak tahun 1999. Tanpa penat lelah. Ketika sihat dan sakit. Beliau secara berterusan berceramah di surau, masjid, pejabat, kilang, sekolah, jabatan dan institusi kerajaan.

Program kecil atau besar, selagi ia atas nama Palestine, dia akan berdiri penuh bersemangat memberikan pengisian dan perkongsian. Tidak sedikit program kecil dan besar yang beliau sertai. Cukuplah disenarai beberapa program diantara banyak program yang melibatkan beliau.

Antaranya program Nakbah dengan Kerajaan Negeri Kedah pada bulan Jun 2008, Program bersama Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada bulan Julai 2008 dan Forum al Quds anjuran gabungan NGO Indonesia di Jakarta pada bulan Ogos 2008.

Selain dari isu palestin, keprihatinannya terhadap keadaan umat Islam memang tidak pernah disembunyikannya. Beliau pernah mengulas dan menjadi ahli panel isu-isu antarabangsa Umat Islam – Kempen Bantah Serangan Afghanistan dan Kempen Anti Perang Iraq.

Beliau juga tidak melepaskan kesempatan untuk bersama dalam misi-misi kemanusiaan, antaranya :

  • Menyertai misi kemanusiaan ke Mindanao (pasca perang tahun 2001) - melawat kem-kem pelarian umat Islam di Cotabatu dan Maguindanao.
  • Mengetuai misi kemanusiaan ke Maluku ketika berlaku rusuhan RMS (Republik Maluku Selatan) dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Maluku (2000).
  • Mengetuai misi Kasih Aceh pasca tsunami pada tahun 2005 di bawah anjuran JIM-PKS (Indonesia).
Rindunya Pada Kegemilangan Ummah dan Islam

Rindunya pada kegemilangan ummah dan Islam sering dilontarkan dalam penulisan dalam forum maya atau media cetak. Beliau bukan sahaja berkongsi ilmu malah mendidik masyarakat melalui penulisannya. Antara buku-buku penulisan beliau ialah :

1. Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
2. Panel Penulis Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (DBP)
3. Panel Penulis Ensaiklopedia Sains untuk pelajar (DBP)
4. Israel: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya (JIM Media)
5. Berdamai Dengan Israel Berapa Harganya (JIM Media)
6. Dalang di Palestin: Hamas atau Israell (JIM Media & PACE)
7. Jejak Risalah di Nusantara 1: Dari Pra Islam Hingga Era Admiral Muhammad Cheng Ho (JIM Media)
8. Lambaian Kaabah (Penulisan bersama isteri Zuraidah Kornain) (JIM Media)

Azam Dan Keinginan Sentiasa Kuat, Namun Ujian Penyakit Membataskan Pergerakan

Azamnya dan keinginannya sentiasa kuat. Namun sebagai insan, kita semua diuji. Beliau turut diuji dengan sakit buah pinggang” Polycystic Disease of the Kidneys”. ( It is a rare disease but is Autosomal Dominant,-. inherited.) yang semakin hari semakin membataskan pergerakan dan kekuatan fizikalnya.

Setelah 5 tahun melalui proses dialisis, kesakitan yang dialaminya semakin kuat sehingga ada ketikanya ia membataskan pergerakan insan yang sentiasa ingin mencurahkan baktinya pada ummah dan agama.

Walaupun semangatnya sangat kental dan keinginannya sentiasa kuat, beliau terpaksa akur dengan keadaan fizikalnya. Kerana cita-cita dan kerja-kerja dakwah yang baginya masih banyak untuk dilaksanakan. Beliau mula mencari ruang untuk mendapatkan rawatan lanjut seperti pembedahan buah pinggang agar beliau dapat terus memperjuangkan apa yang ingin sangat dilihat iaitu kemenangan palestin dan kegemilangan ummah dan Islam dimana-mana jua diatas muka bumi ini.

Namun, atas sikapnya yang tidak suka meminta-minta membuatkan pendakwah ini terus berusaha mendapatkan kos rawatan bersama keluarganya. Kalau boleh mereka ingin berdikit-dikit mengumpul perbelanjaan dan menjual apa-apa aset yang dimiliki untuk membiayai kos pemindahan buah pinggangnya yang dijangka menelan belanja lebih kurang RM250 ribu.

Atas Dasar Ukhuwah Islamiah

Memandangkan Dr Haifizi bukanlah pendakwah yang bergerak sendirian. Segala perjuangannya selama ini juga bukan atas agenda peribadi. Beliau adalah sorang ikhwah yang sangat komited dengan apa juga tugas dakwah yang diberikan kepadanya.

Oleh itu, kita berasa sangat dukacita jika seorang ikhwah yang sangat komited dan kini sedang menderita sakit dibiarkan menguruskan keadaannya sendirian.

Atas dasar ukhuwwah Islamiah, Jawatan Kuasa Tabung Ukhuwah Dana Perubatan Dr Hafizi Mohd Nor ditubuhkan dan diluluskan dalam mesyuarat bulanan JKP pada Ogos yang lalu.

Tujuan penubuhan tabung ini ialah untuk mengumpul dana sebanyak RM250K bagi menampung kos pemindahan buah pinggang Dr Hafidzi. Jawatankuasa ini juga berperanan mengenalpasti kaedah rawatan lain dengan nasihat pegawai perubatan yang merupakan ahli JK ini.

Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing

Yang berat sama dipikul, yang sama dijinjing. Ukuwah bukanlah satu ikatan yang boleh diterjemahkan dengan kata-kata semata-mata. Terjemahan terbaik tanda kasih dan ukhuwah seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain ialah melalui perbuatan.

Sebagai peringatan marilah kita hayati apa yang ditulis oleh Iman Al-Ghazali tentang sahabat. Menurut al-Ghazali, Alqamah berpesan kepada puteranya, katanya: “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut”:

Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu). Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Ayuh! Bersegeralah Menyumbang

Marilah kita segera memberikan sumbangan kepada Dr Hafidzi Mohd Nor dalam Bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini. Sumbangan antum akan dilipatganda ganjaran oleh Allah SWT.

Sumbangan boleh dilakukan melalui :

a. "bank in" terus ke akaun Bank Islam - a/c: 1403-2010-0092- 52

b. Sumbangan atas nama : Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.

c. Tunai - kaunter Ibu Pejabat JIM Pusat, Tmn Melawati

Sila nyatakan sumbangan seperti "bank in slip" melalui emel, faks atau telefon

Emel : amrullahjim09@ yahoo.com @ NaqibNet-Operasi@ yahoogroups. com

Faks : 03-4107 1754

Telefon: 03-4108 9669

Sasaran

JK sedang merancang untuk mempercepatkan rawatan beliau bermula di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah jika ke China mungkin pada September/Oktober.

Penutup

Semoga segala sumbangan ikhlas antum akan dihitung sebagai amal salih dan dilipatganda di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini di hari perhitungan nanti di hadapan Allah SWT Pencipta Alam ini.

JK Tabung Ukhuwah Dana Perubatan Dr.Hafidzi

Sahrim Haji Ahmad (Pengerusi)
Prof.Dr.Abd. Latiff Mohamed
Dr.Hj.Selamat Aliman
Dato’ Hj.Mustafa Kamal Mohd Zaini
Roha Hassan
Jusri Jusoh

7 Ramadhan 1430
28 Ogos 2009

PROGRAM KANAK-KANAK & REMAJA - Ramadhan di Ambang Merdeka 2009


Salam kepada semua warga Selangor~, Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan anak-anak ke Program Ramadhan d Ambang Merdeka di Dataran Kemerdekaan (dekat museum S.Alam) pada Ahad 30/8/09…

Banyak acara-acara menarik buat anak-anak yang menjanjikan hadiah yang hebat-hebat bakal menanti anda!!!
Datang ye??!!

Jamuan berbuka puasa akan disediakan di Masjid negeri.

Untuk maklumat lanjut hubungi;-
Kamal Fitri – 019-6909639 Ya Asrul - 017-2000910 Julia – 019-3330480 Khansa’ – 013-2662076

Tuesday, August 25, 2009

MENAJA KURMA KHUDRI KE VIETNAM SEBELUM 30 OGOS 2009 !



Assalamu`alaykum,

A. OBJEKTIF

Mendapatkan PENAJAAN KEWANGAN untuk membeli & menghantar kurma ke penduduk Islam di Vietnam untuk Ramadhan 1430H sebelum atau pada 30 OGOS 2009. (Alhamdulillah ini adalah tahun kedua JIM bekerjasama dengan pihak MADRASAH JAMAIAH ISLAMIAH AL ANWAR, Islamic Community of Ho Chi Minh City-VietNam dan Malaysian Community in HCMC. Terima kasih kepada penaja-penaja tahun lalu)

B. LATAR BELAKANG/BACKGROUND & LAPORAN TAHUN LEPAS.

1. JK Perhubungan Antarabangsa (JKPA), JIM telah dimaklumkan bahwa umat Islam di Vietnam tidak berpeluang menikmati buah kurma untuk iftar mereka. Terdapat kira-kira 80,000 orang umat Islam di Vietnam.

2. Syukur Alhamdulillah, pada Ramadhan 1429h, 800 kg kurma (dari pelbagai penaja termasuk JIM) telah diagihkan di 65 buah masjid dan surau disekitar HCM City, Tay Ninh Province, Ninh Thuan Province, Binh Duong Province, Binh Phuoc Province, My Tho Province, Tra Vinh Province, Dong Nai Province dan Chau Doc ( An Giang Province ).

C. TAWARAN DARI JKPA UNTUK SAHAM AKHIRAT SEMUA !

1. JK Perhubungan Antarabangsa (JKPA), mempelawa ahli individu, rakan JIM, kumpulan usrah, JIM Daerah, JIM Negeri, Institusi JIM & ahli masyarakat Malaysia untuk MENAJA KURMA KE VIETNAM dengan harga sebanyak RM 20/sekilogram, sebelum atau pada 30 Ogos 2009.

2. Anda hanya perlu mengusahakan penajaan kewangan dan penyeliaan seterusnya akan diuruskan oleh JIM.

3. Sasaran Tajaan : 300 KG

D. APA YG PERLU DIBUAT ?

Sila syurakan & ambil tindakan segera untuk menaja. Balas emel ini dengan menyatakan :-

1) NAMA PENAJA & NO HP :______________

2)JUMLAH YG INGIN DITAJA :______________

JZKK terlebih dahulu di atas keprihatinan semua. Moga ALlah berkati dan redhai usaha kita semua. Moga dimurahkan rezeki, ditetapkan iman serta diterima amalan puasa kita, Ameen.

Sila sebarkan !

wassalamu`alaykum wrmt wbrt,

Zairulshahfuddin b Zainal Abidin
Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa) /
Vice President (International Relations),
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM),
Lot 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +6-03-4108-9669
Fax: +6-03-4107-1754
www.jim.org.my

Friday, August 21, 2009

Buyutuna fi Ramadhan


Salam

Tingkatkan prestasi Ramadhan kita pada tahun ini!!

Buku yang dinanti-nantikan " Buyutuna fi Ramadhan" - Suasana Rumah-rumah Kami di bulan Ramadhan, tulisan asal oleh Dr Abdul Wahid Al Wakil telah diterjemahkan oleh pasukan JIM Johor kini telah berada di pasaran. Buku ini diterbitkan secara bersama JIMedia dan JIM Johor.

Harga hanya RM12.00 sahaja.

Buku ini amat bermanafaat sebagai panduan untuk kita bersama ahli keluarga menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang sebaiknya. Banyak sekali tips yang praktikal yang boleh diamalkan bersama-sama.

Jadilah buku Buyutuna fi Ramadhan sebagai rujukan wajib ahli keluarga anda!

Dapatkan segera dari wakil-wakil jualan JIM Media.
Mulai hari ini, stok boleh diperolehi dari:

AJK DANA JIM-IPT
WAN FAUZIAH - 019 3374400 / wfauziah@gmail.com

Hantaran secara pos laju boleh diusahakan dengan sedikit tambahan bayaran pos sebanyak RM3.00

Bayaran boleh dibuat melalui

Maybank
WAN FAUZIAH WAN KADIR
162209939961


Wassalam

Thursday, August 20, 2009

RAYUAN RAMADHAN 1403


Ramadhan Mubarak

Ramadan menjelma lagi. Bulan penuh barakah datang kembali. Allah masih memberi kesempatan kepada kita menumpang di bumiNya. Semoga kita bersedia untuk mengambil sepenuh menfaat dari bulan yang mulia ini. Lakukanlah apa sahaja untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat buat bekal untuk dibawa bertemu Allah.

Tahun ini JIM sekali lagi menganjurkan projek Rayuan Ramadan. Semoga ia memberi peluang untuk kita bersedekah, satu amalan yang amat digalakkan dalam bulan ini. Saban tahun sumbangan kita telah meninggalkan tanda ingatan yang mengikat kasih sesama umat seagama. Kita memberi mereka merasa. Alangkah nikmatnya mendapat santapan pada waktu kita kesusahan, dan dari saudara jauh yang tidak pernah ditemui?

Marilah kita mensyukuri rahmat dan pemberian Allah kepada kita dengan menyumbang kepada saudara-saudara kita yang diuji Allah dengan berbagai kesempitan. Agar usaha kita yang kecil ini membibitkan harapan dan dapat jua meringankan bebanan mereka.

Kita juga mendapat habuan. Bahagianya dapat membantu. Harta yang kita beri itu akan kita temui di sisi Allah. Selamat berlumba-lumba mengejar ganjaran Allah yang berlipat ganda sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Zaid Kamaruddin

Presiden JIM

Alhamdulillah, setakat 20 Ogos 2009 / 29 Syaaban 1430H;
JUMLAH KUTIPAN TERKINI;
SASARAN: RM 300,000.00
JUMLAH KUTIPAN IFTAR: RM 4,600.00
JUMLAH KUTIPAN SEDEKAH: RM 100.00
JUMLAH KUTIPAN ZAKAT: RM 500.00
JUMLAH KUTIPAN FIDYAH: RM 150.00
JUMLAH KESELURUHAN: RM 5,350.00
% YANG TELAH DICAPAI: 1.78%
% YANG BELUM DICAPAI: 98.38%
TARIKH TAMAT: 19 RAMADHAN 1430H / 09 SEPTEMBER 2009
(Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup dimasukkan sebagai sedekah)
Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman yang telah menghulurkan sumbangan kepada yang lebih memerlukan. Mudah-mudahan sumbangan kecil kita ini dapat mengurangkan keperitan, kesusahan dan kesengsaraan umat Islam yang lebih memerlukan ini. Dan semoga Allah meredhai serta memberkati amal soleh anda ini.
JOM INFAQ...

Sumbangan boleh dibuat melalui PO/MO/Cek/Tunai yang dideposit ke akaun:

1. Bank Muamalat Malaysia Berhad 1403-0000391- 713
2. Bank Islam Malaysia Berhad 1211-3010005-797
Semua pembayaran atas nama "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".
Pembayaran juga boleh dibuat secara online di JIM e-bazaar
Sila hantarkan atau fakskan bank in slip sumbangan saudara/i kepada:
SEKRETARIAT RAYUAN RAMADHAN 1430H
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
LOT 300.2, LORONG SELANGOR,
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR
No Faks: +60341071754 @ +60341086319

"BERSAMA HAYATI MAKNA RAMADHAN YG SEBENAR"

Sekian, wassalam.

Sekretariat Rayuan Ramadhan 1430H
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.2, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur.
Phone: +60341053159 @ +60341089669

MALAM AMAL NUSANTARA 2009, 17 Okt 09

Salam,



Maklumat lanjut mengenai MAN’09 boleh dilihat di

http://nusantara.jim.org.my/blog/

Wassalam.

Tuesday, August 11, 2009

Tuesday, August 4, 2009

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENEGASAN ILTIZAM , 7 Ogos 09

Satu majlis bagi meraikan semua pahlawan dan srikandi HIMPUNAN MANSUH akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 7 Ogos 2009 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pusat Komuniti JIM

Majlis akan dipenuhi dengan ucapan pimpinan, perkongsian para pahlawan dan srikandi serta sedikit jamuan makan.

Semua dijemput hadir.