Islah & Wanita Gemilang

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

Tabahkan Hatimu Meniti Anak Tangga Ini

Jika kita menghadapi musibah maka kita perlu memperhatikan beberapa hal.

Pertama, perlu kita ingat bahawa pahala sabar adalah ketika saat pertama musibah itu mengenai kita.

Rasulullah SAW pernah melihat seorang wanita menangis lalu ditegur, “Wahai hamba Allah, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah..” Wanita itu kemudian meminta Rasulullah menjauh sambil berkata bahawa Baginda tidak pun menerima musibah ini dan Baginda tidak pun mengenali siapa yang meninggal itu. Lalu dikatakanlah kepadanya, “Baginda adalah Rasulullah..” Maka segera wanita itu menuju ke rumah Rasulullah SAW dan berkata, “Aku belum mengenaliMu”

Rasulullah SAW kemudian bersabda, “Sesungguhnya sabar adalah ketika pertembungan yang pertama..”

Kedua, membaca “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” [Al-Baqarah : 156] dan “Allahumma ujurni (atau ajirni) fi mushibati wakhluf khairan minha.” [HR Muslim 2124]

Doa ini merupakan doa yang dahsyat bagi mereka yang menimpa musibah. Ya Allah berikanlah ganjaran pada musibah yang aku alami ini dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya!

Kita semua mengetahui derajat dan maqam mereka yang telah berada di barisan muslimin ketika perang Badar. Mereka adalah golongan yang mendapat kemuliaan yang agung. Allah SWT telah mengampun semua mereka yang terlibat di dalam Badar. Abu Salamah adalah salah seorang tentera Badar.

Dikisahkan ketika beliau meninggal dunia, Ummu Salamah membaca doa ini, “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, Allahumma ujurni fi mushibati wakhlufni khairan minha”

Apakah yang lebih baik dari seorang suami yang telah menyertai perang Badar?

Ternyata Ummu Salamah RA kemudian dinikahi Rasulullah yang merupakan insan yang lebih baik dari seluruh tentera Badar. Subhanallah..

Bersabar di atas musibah dan yakin akan terijabnya doa.

Ketiga, Sabar yang indah. Sabar yang indah adalah sabar yang berkualiti tinggi. Sabar yang tidak diiringi dengan resahan, keluhan, rungutan, sesalan, dan yang serupa dengannya.

Apakah kita memilih untuk mengadukan kesulitan kita kepada manusia dibanding kepada Allah? Ataukah kita masih susah menerima ketentuan (Qada’) Allah?

Ketiga-tiga hal ini membuahkan satu sikap yang unggul di dalam jiwa muslim. Sabar ini memberikan sepenuhnya kekuatan kepada muslim untuk terus menghadapi segala cabaran kehidupan. Gagah menapaki anak tangga walau musibah melanda. Gagah mengharungi dugaan dan cabaran demi meraih janji Allah. Setiap usaha pasti akan tercatitkan di akaun individu setiap hamba. Allah sesekali tidak pernah akan menghilangkan amal mereka yang berlaku ihsan. Apa pun bentuk musibah yang melanda sentiasa memberi ruang bagi muslim untuk menambah berat timbangan kebaikan mereka. Seperti mana firman Allah, “Innama yuwaffas shobiruna ajrahum bi ghairi hisab..” [Az-Zumar : 10] Sesungguhnya ditunaikan bagi mereka yang sabar ganjaran mereka tanpa kira-kira..


Friday, November 6, 2009

NASIHAT


Nasihat merupakan perkara yang sangat agung bagi setiap Muslim. Rasulullah s.a.w. menjadikannya sebagai pokok ajaran agama, ketika beliau bersabda maksudnya:

“agama itu adalah nasihat “. Kami berkata “kepada siapa wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “bagi Allah, bagi kitabNya, bagi RasulNya dan para imam kaum muslimin serta segenap kaum muslimin”


Kader dakwah adalah penggerak yang menjadi tumpuan utama masyarakat. Ciri utama kader adalah sentiasa melakukan pembaikan. Seorang kader tidak hanya menjadi seorang yang soleh saja, tetapi harus juga menjadi seorang mushlih. Oleh kerana memberi nasihat suatu yang penting, setiap muslim wajib memperhatikan dan melakukannya kepada orang lain. Manusia yang tidak akan rugi adalah sebagaimana dalam surah al-Asr, iaitu sentiasa saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.

Amat penting sehingga dalam hadis yang menyatakan bahawa dua orang sahabat Nabi s.a.w. apabila bertemu, maka tidak berpisah kecuali membaca surah al-Asr kemudian mengucapkan salam untuk perpisahan.

Imam Asy Syafi’i pernah mengatakan
“seandainya manusia mau merenungi kandungan surah Al-Asr, pasti cukuplah itu bagi kehidupan mereka”


Riwayat dari Jarir
“Aku berbai’at kepada Rasulullah s.a.w. untuk menegakkan solat, menunaikan zakat, dan memberi nasihat kepada setiap muslim”


Kebaikan umat ini terletak pada penerusan pelaksanaan amar makruf dan nahi mungkar (AMNM). Apabila AMNM tidak dilaksanakan maka akan hilanglah salah satu ciri kebaikan umat Islam ini (Ali-Imran:110)
Di antara hak seorang muslim dengan muslim lainnya adalah apabila diminta dinasihati oleh saudaranya tentang sesuatu maka ia berkewajipan memberinya. Dalam sebuah hadis maksudnya:

“apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat kepada saudaranya maka hendaknya memberi nasihat”.


Maksud memberi/menerima nasihat

1. Agama adalah nasihat bermakna sendi dan tiang tegak agama adalah nasihat. Tanpa saling menasihati antara umat Islam, maka agama tidak akan tertegak
2. Agama adalah nasihat bagi Allah: sendi agama adalah beriman kepadaNya, tunduk dan berserah diri kepadaNya, mencintaiNya dengan beramal soleh dan mentaatiNya, menjauhi semua laranganNya serta berusaha untuk mengembalikan orang-orang yang durhaka agar bertaubat dan kembali kepadaNya
3. Agama adalah nasihat bagi Rasulullah s.a.w: sendi tegaknya agama adalah dengan meyakini kebenaran risalahnya, beriman dengan semua ajarannya, mentaatinya, mendukung agamanya, menghidupkan sunah-sunnahnya, berakhlak dengan akhlaknya, mencintai ahli keluarganya, sahabatnya dan para pengikutnya.
4. Agama adalah nasihat bagi para pemimpin umat Islam: tegaknya agama dengan menyokong dan mentaati mereka dalam kebenaran, mengingatkan mereka dengan kelembutan ketika lalai, dan meluruskan mereka apabila tersalah.
5. Agama adalah nasihat bagi orang awam: tegaknya agama hanyalah dengan memberikan kasih sayang kepada orang kecil, memperhatikan kepentingan mereka, mengajar apa yang bermanfaat bagi mereka dan menjauhkan semua hal yang membahayakan mereka

Rasulullah s.a.w. menjadikan nasihat yang tulus kepada seorang muslim sebagai sebahagian dari haknya yang harus ditunaikan oleh saudaranya sesama muslim.

“Hak muslim atas muslim lainnya ada enam: jika engkau bertemu dengannya maka ucapkanlah salam kepadanya, jika ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya, jika ia meminta nasihat kepadamu, maka nasihatilah ia.......”

Di antara tatacara memberi nasihat:

1. Niat yang benar
Orang yang memberi nasihat berniat untuk semata-mata mengharapkan wajah Allah, serta mencari pahala dan balasan dariNya. Nasihat yang diberikan kepada kaum muslimin mengandungi pahala yang sangat agung. Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda maksudnya: “Agama itu nasihat”

2. Memberikan nasihat kepada seorang muslim walaupun tidak diminta
Jika mendapatinya hampir terjatuh ke dalam suatu kejahatan, melakukan pelanggaran syar’i, berbuat sesuatu yang memudharatkan dirinya, atau perbuatan lain, segeralah nasihatinya, walaupun ia tidak meminta. Hendaklah bersabar terhadap tindak balas negatif yang akan diterima.

3. Mencari cara terbaik dalam menyampaikan nasihat.
Ada keadaan di mana nasihat dapat diberikan secara langsung. Dalam keadaan yang lain pula, lebih diutamakan secara tidak langsung. “Mengapa ada orang yang mengatakan begini dan begitu…atau melakukan begini dan begitu…”

4. Memberi nasihat secara umum dalam urusan agama dan dunia.
Menasihatinya dalam setiap urusan, agama ataupun dunia. Bila mana mendapati kesempatan untuk memberikan nasihat, maka janganlah menahan diri untuk melakukannya. Jika engkau lihatnya lalai dalam mengerjakan amalan agama yang wajib, maka berikanlah nasihat atas perkara itu. Jika ia kelihatan jatuh dalam perkara haram, nasihatlah kepadanya untuk meninggalkannya.

5. Merahsiakan nasihat.
Memberikan nasihat secara diam-diam, tidak diketahui oleh orang lain. Jika dibuat di hadapan orang maka hal itu dapat mendatangkan malu atau menyebabkan kerendahan diri dan kehinaan. Akan timbul keangkuhan dalam dirinya sehingga menyebabkannya menolak nasihat yang disampaikan. Jika dibuat tanpa pengetahuan yang lain, orang yang menerima nasihat tidak merasa keberatan untuk mendengar dan berubah. Kata Imam Syaf’ie “barangsiapa yang menasihati saudaranya diam-diam maka sungguh ia telah memberikan nasihat dan membaguskannya. Sedang barangsiapa yang memberikan nasihat secara terang-terangan, maka sungguh ia telah membongkar aibnya dan merendahkannya.”

Oleh kerana aktiviti dakwah menginginkan kebaikan dalam kehidupan umat manusia, maka nasihat menasihati dapat membuat pembaikan kepada kesalahan, menanamkan sifat kasih sayang dan kepedulian antara sesama manusia.

ustazah Maznah Daud

Wednesday, November 4, 2009

Seruan Kematian


Demi Allah, kita semua akan mati. Itu adalah kepastian yang tidak ada keraguan di dalamnya. Kematian adalah khabar yang paling boleh dipercayai yang tidak dinodai oleh syak wasangka sedikitpun.

Kita belum pernah melihat sesuatu yg lebih pasti dari kematian.
Semua yg menjadi angan2 akan musnah.

Demi Allah, kita akan mati.

1. Ia pasti datang dan tiada tempat lari darinya.

2. Ia pasti datang, tiada yang mencegahnya.

3. Ia datang dgn tiba2.

4. Ia tidak pernah mengetuk pintu rumah kita.

5. Ia tidak pernah datang meminta izin kepada kita terlebih dahulu.

6. Ia sentiasa dekat dgn setiap orang.

7. Ia adalah janji yg diberikan kepada kita dan setiap orang.

Semua manusia akan merasakan kedahsyatan maut yg akan membuat warna jari memucat.

Wahai pemilik kematian, mengapa kau turutkan jiwamu mencari
kesenangan yang fana? Maut akan merobek baju dan memisahkanmu dari
kesenangan. Mengapa kau hancurkan badanmu untuk meraih kesenangan yg
sedikit?

Firman Allah dlm surah Al Ahzab ayat 16 :
"Katakanlah, 'Lari itu sekali2 tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja."


Apakah kita mempunyai ubat penangkal maut?

Apakah kita memiliki tempat berlari darinya atau dia akan berpaling menghindari dari kita?

Apakah kita tidak tahu bahwa kematian tidak mengenal yg kecil dan dewasa, yg kaya dan yg miskin, yg kuat dan yg lemah. Ia juga tidak tahu mana yg mulia dan mana yg hina?

Berapa ramai org yg mulia dihinakan oleh kematian. Di atas kepalanya ada bendera yg disembunyikan.

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al Munafiqun ayat 10 & 11,

"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yg telah kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, `Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yg dekat, yg menyebabkan aku dapat bersedekah dan termasuk org2 yg soleh?.' Dan Allah sekali2 tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan."


Kita tidak kekal hidup di dunia ini atau , apakah kita yakin bahwa diri kita akan hidup kekal di dalamnya? Apakah kita sedar, setiap hari ada orang mati diusung, entah kerabat atau tetamu kita.
Mengapa mereka tidak pernah kembali lagi?

Sungguh menakjubkan seseorang yg mengganggap bumi tempat tinggalnya dan berusaha keras meraih puncaknya. Cukuplah seseorang diingatkan dgn dekatnya kematian. Yang akan menjadikan tanah sebagai teman pendampingnya.

Wahai pemilik kematian, Allah S.W.T. telah mentakdirkan kematian dgn ketetapan yg tidak akan pernah berubah. Lalu, apakah kita dapat mencegahnya?

Kita mungkin cuba makan ubat untuk menyembuhkan suatu penyakit. Namun, adakah ubat yg menyembuhkan kematian?

Kita akan mendatangi doktor jika sakit. Namun, adakah doktor yg dapat menunda datangnya keputusan?

Nafas kita terbatas. Seluruh gerakan kita menuju titik fana. Kalau keputusan Allah adalah perkara yg tetap, bagaimana mungkin seseorang dapat berlari dan menghindarkan diri darinya? Siapapun hendak mencegah kematian dan menolak takdir, niscaya usahanya akan menjadi sia2.

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al Mu'minun ayat 99 & 100 :
"(Demikianlah keadaan org2 kafir itu), hingga apabila datang
kematian kpd seseorang dari mereka, dia berkata, 'Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal yg soleh terhadap yg telah aku tinggalkan. Sekali2 tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yg diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan."

Mari berhenti sejenak. Bersama, kita meneliti pemandangan yg dahsyat ini. Inilah saat yg mencengkam. Sejenak, tanyalah diri kita, hendak ke mana dan sampai bila? Katakan kepada jiwa kita. "Tidakkah kau mengerti mereka yg telah disergah kematian adalah jiwa2 seperti diri kamu juga. Seolah2 mereka tidak mempercayai, bahwa ajal telah datang?

Begitulah, ketika maut datang menjemput, nampaklah pemandangan yg sebelumnya tidak mereka sangka. Bertaubatlah sebelum kita berkata, "apakah ada cara untuk mencegahnya?" dan dikatakan kepada kita, "Tidak!"

Katakan pada diri kita,


Wahai jiwa, bertaubatlah. Sesungguhnya kematian telah datang. Setiap hari selalu ada mayat yg kita kuburkan. Tetapi kita melupakan jejak kematiannya.

Wahai jiwa, apa ertinya harta yg ku simpan di belakangku, padahal kau akan keluar dari dunia dgn telanjang.

Mengapa kita masih berselisih tentang kematian, melupakan sesuatu yg tak pernah melupakan kita?

Katakan padanya, kematian adalah tamu. Bersiaplah menyambutnya sebaik mungkin. Beramallah utk bekal di alam yg kau jadikan tempat tinggal abadi.

Wahai jiwa, esok kau akan berjalan di atas titian Shirat (di atas neraka). Sedarlah sebelum kau tergelincir darinya.

Wahai pemilik kematian, inilah dunia :

1. Seluruh kenikmatannya akan dirampas

2. Seluruh angan2nya hanyalah bualan

3. Semua harta yg ada di dalamnya akan diwarisi.

Semuanya dirampas. Semua yg hilang akan kembali, tetapi yg hilang kerana mati tidak akan kembali. Mengapa kita tidak sedarkan diri, mengganggap seolah2 kematian boleh dipindahkan kepada orang lain yg menjadi perisai kita?

Akhirnya marilah kita amati perkara ghaib yg menakutkan ini. Mari ubati kerasnya hati kita. Berimanlah kepada hari Qiamat sebelum kedatangannya. Bersusah payahlah mempersiapkannya sebelum menyesal.

Ingatlah kematian sebelum terlambat.

Rasulullah S.A.W. memperingatkan kita dalam sebuah hadis riwayat At Tirmizi :
"Banyakkanlah mengingati perosak kenikmatan iaitu
kematian."

Ya Allah, janganlah kau jadikan hati kami keras dan lalai dari mengingati kematian kerana sesungguhnya ia adalah berita yg paling sahih untuk dipercayai kedatangannya serta kurniakanlah keteguhan iman di dalam hati kami supaya kami tidak mudah terpedaya dengan janji2 kemewahan dunia kerana akhirnya semua itu tidak dapat kami kecapi apabila kematian datang menjemput kami dan yg tinggal kekal hanyalah amal soleh yg ikhlas kepadaMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS

Thursday, September 17, 2009

Raya Sebenar Raya…

Sempena HARI RAYA yang bakal tiba, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep ‘hari raya’ yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad SAW bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:

1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.


2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan


3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka


4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta’ala


Menurut Nabi Muhammad SAW, Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.


Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.


Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam ‘hari raya’ yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad SAW. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.


Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.


Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercampak ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.


Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah agung Allah SWT. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi.


Hari Raya Eidulfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Mudah-mudahan hariraya yang akan kita temui beberapa hari lagi tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak. Amin..


Justeru, ayuh marilah kita sama-sama mengambil kesempatan di hari-hari akhir Ramadhan ini untuk terus menikmati kelazatan ibadah puasa, zikir, terus tegak berdiri di dalam solat-solat yang panjang , rukuk, bersujud dan bertasbih memuji Allah. Agar amalan-amalan ini berkekalan selepas habisnya Ramadhan dan melayakkan kita berhari raya dengan raya yang sebenarnya.


Hj Khalil Che Irahim
SU JDB

Friday, September 11, 2009

RM30,000 dalam satu malam?

Mahukah anda menderma lebih RM30,000 dalam satu malam? Ataupun melepaskan kereta kesayangan begitu sahaja kepada jalan Allah? Ataupun menyedekahkan sebuah apartment kos rendah milik anda untuk kebajikan? Kebanyakan daripada kita sudah tentu mempunyai keinginan tetapi apakan daya, kemampuan dan tahap keimanan tidak menyebelahi. Iman kita tidaklah setanding dengan sahabat Rasulullah s.a.w. yang mendermakan beratus ekor unta, berjuta wang dirham and seluruh harta ketika saat-saat dikehendaki.

Sedar tak sedar, inilah rahmat yang dikurniakan Allah kepada umat Muhammad s.a.w. Masa berlalu begitu cepat. Kita sudahpun memasuki fasa terbaru iaitu pembebasan daripada api neraka. Seperti yang diketahui, 10 malam terakhir ini terkandung suatu rahsia. Rahsia yang Allah s.w.t. sahaja mengetahui. Malam di mana rahmat Allah akan datang mencurah-curah kepada mereka yang mengambil peluang. Tidak diketahui berapa sebenar jumlah ganjarannya. Hanya dinyatakan di dalam Al Quran bahawa ianya LEBIH baik daripada 1000 bulan beribadat.


Allah sengaja meletakkan malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir, untuk menentukan siapakah antara hamba-Nya yang betul-betul ikhlas beribadat. Kebanyakan manusia hanya akan teruja pada awal-awal sesuatu peristiwa baik Ramadhan, ataupun hal-halduniawi yang lain. Bak kata pepatah Mat Saleh “If you want to get different results from the others, do things differently from others”. Mat Saleh memberikan nasihat dalam konteks pasaran saham iaitu “When others are buying, you sell. When others are selling, you buy”. Sedikit sebanyak ada kebenaran dalam kata-kata ini jika kita mengaplikasikan dalam konteks Ramadhan iaitu “When others are sleeping, you continue worshipping”. Ingatkah kita sebagai seorang pelajar, kita pernah melakukan ‘cramming’ ataupun bertungkus lumus pada saat-saat terakhir sebelum peperiksaan? Kenapa pula kita tidak boleh melakukan yang sama dalam ibadat?


Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengikat kainnya pada sepuluh malam terakhir. Ada pendapat yang menyatakan bahawa ia bermaksud yang Rasulullah menjauhi perhubungan dengan isteri-isteri Baginda. Ada juga ulama yang menafsirkan bahawa ianya suatu perumpamaan yang Rasulullah ‘getting serious’ dalam beribadat, umpama seseorang itu ‘getting serious’ untuk bekerja apabila ‘menyinsing lengan bajunya’.


Justeru itu, saya menyeru diri sendiri dan saudara/i sekalian supaya marilah kita bersama-sama melipat gandakan ibadat pada sepuluh malam terakhir ini. Moga-moga dengan ganjaran yang dikurniakan dapat memberatkan amal kebajikan kita semasa timbangan di akhirat nanti.
Saya cadangkan kita semua bawalah paling kurang RM1 setiap malam untuk disedekahkan ke masjid. Insyallah kalau kena malam Lailatul Qadar, tidakkah bersamaan dengan RM1 x 30 hari sebulan x 1000 bulan = RM30,000 atau lebih?
Semoga Allah memberi ganjaran terhadap ibadat dan keikhlasan kita.


Oleh,

Mohd Kamal Izham Wahab

PSU JDB


RAMADHAN

Perbincangan semasa Usrah Gabungan Wanita Ampang Jaya - 6 Sept 2009

RAMADHAN
Zaharatullaili bt Md Diah



كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم..
“….Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagai mana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu…”

Diriwayatkan bahawa puasa itu pada mulanya diwajibkan 3 hari pada setiap bulan sejak zaman Nabi Nuh a.s. hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian pada tahun 2 Hijrah, Allah mansuhkan amalan ini dan nasakhkan puasa sebulan dalam Ramadhan.


Dari Muadz bin Jabal :

“Telah berubah solat dan puasa dalam tiga hal;

SOLAT:

1. Nabi solat menghadap Baitul Maqdis selama 17 bulan ketika di Madinah. Kemudian Allah memerintahkan Nabi menghadap Baitul Haram.

2. Pada mulanya, seruan solat dibuat secara mulut ke mulut sehingga sahabat hampir2 menggunakan kantungan atau loceng. Tiba-tiba Abdullah bin Zaid datang kepada Rasulullah dan menceritakan mimpinya melihat seorang berbaju hijau menghadap qiblat dan melaungkan kalimah-kalimah azan dan iqamah. Rasulullah menyuruhnya mengajar kalimah-kalimah tersebut kepada Bilal bin Rabah untuk dilaungkan setiap kali masuk waktu solat. Apabila Umar mendengar kalimah azan tersebut, beliau terus meluru ke Rasulullah dan mengatakan dia juga bermimpi dengan mimpi yang sama.

3. Ketika solat, Rasulullah telah memulakan dahulu dan terdapat beberapa orang yang sampai lewat. Mereka bertanyakan bilangan rakaat yang Nabi sudah kerjakan. Maka mereka solat beberapa rakaat yang tertinggal dan terus mengikuti Rasulullah. Tetapi Muadz terus mengikuti Rasulullah dan menambah rakaat beliau selepas baginda memberi salam. Rasulullah bersabda :

“Sesungguhnya Muadz telah memberi contoh kepadamu, maka demikianlah kalian harus buat,”


PUASA:
1. Ketika Nabi saw telah hijrah ke Madinah, beliau berpuasa setiap bulan selama 3 hari dan hari Asyura. Kemudian turun ayat yag mewajibkan puasa di bulan Ramadhan. Namun ayat di bawah ini mengharuskan kepada orang yang tidak berpuasa supaya membayar fidyah.

وعلى الذين يطيقونه فدية
“....dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya membayar fidyah...”

2. Kemudian Allah turunkan ayat 185 yang maksudnya orang mukmin yang sihat wajib berpuasa sepenuh ramadhan.

فمن شهد منكم الشهر فليصمه
“...kerana itu barangsiapa diantara kamu yang hadir di bulan itu, hendaklah ia berpuasa...”

3. Turunnya ayat 187 merupakan izin dari Allah dan keringanan bagi apa yang terjadi pada permulaan Islam. Pada mulanya orang yang berbuka puasa hanya boleh makan minum dan jima’ sehingga isya’ atau tidur, maka apabila telah solat isya’ atau tidur, haram bagi mereka makan, minum dan jima’ hingga malam keesokan.

...وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الجيط الأبيض من الجيط الأسود من الفجر...
“ Makan dan minumlah sehingga nyata bagimu perbezaan dari benang putih dan benang hitam…”

HIKMAH BERPUASA

1. Allah sendiri yang akan memberi ganjaran di atas pengorbanan hambanya berlapar dan berdahaga dan sebagainya semata-mata untuk mendapat redhanya.
2. Perut yg lapar dapat mengawal dan mendidik nafsu syahwat yang melampau.
3. Perut yg lapar adalah asas kebijaksanaan.
4. Terlalu banyak makan dan minum membuat hati gelap dan buta seperti keadaan terlalu banyak air disiram ke atas pokok akan mematikannya.
5. Organ-organ penghadaman memerlukan rehat seperti tanah yg dibiarkan setahun sebelum diusahakan semula atau seperti seseorang yang berganda keupayaannya setelah berehat atau tidur.
6. Menyama-ratakan taraf antara semua lapisan masyarakat kerana masing-masing menderita kelaparan.
7. Waktu beribadah akan bertambah kerana tidak perlu menggunakan masa untuk penyediaan makan dan minum

TURUNNYA AL-QURAN

شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن...
“ Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran"

1. Kitab-kitab Allah diturunkan di bulan Ramadhan:

• Suhuf Ibrahim diturunkan pada malam pertama di bulan Ramadhan.
• Taurat diturunkan pada hari ke-6 di bulan Ramadhan.
• Injil diturunkan pada 13 Ramadhan
• Ayat Quran pertama diturunkan pada 17 Ramadhan

2. Al-Quran diturunkan sekaligus di Baitil Izzah pada langit dunia pada malam Lailatur Qadr. Kemudian diturunkan bertahap-tahap sehingga selesai 23 tahun kepada Rasulullah menurut keadaan yang diperlukan.

3. Adapun kitab-kitab lain diturunkan sekaligus kepada nabi-nabi lain.

SAHUR

Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

1. “Bersahurlah sesunguhnya di dalam sahur itu keberkatan”
2. “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur"
3. “Sesungguhnya yang membezakan antara puasa kami dan puasa ahli kitab ialah sahur”

Bersahur dapat memulakan proses metabolism badan dan sebaliknya tidak bersahur membantutkan metabolism badan.

LAILATUL QADAR
إنا انزلناه فى ليلة القدالقدر
“Sesungguhnya Kami turunkannya di malam Al-Qadar"

Maksud Al-Qadar

1. Mulia
• Kerana diturunkan kitab yang mulia (Quran) di malam itu
• Kerana Allah menyatakan pada malam itu lebih baik dari 1,000 bulan yang lain

2. Sempit
• Kerana bumi menjadi sempit dengan turunnya semua malaikat langit mengisi ruang-ruang di bumi

3. Ketentuan atau Takdir
• Kerana takdir manusia untuk 1 tahun ditentukan pada malam itu.

• Takdir معلق - boleh berubah dengan doa
مبرام - tidak boleh diubah selamanya
(contoh : mohon hidup untuk selamanya)

ليلة القدر خير من الفى شهر
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari 1,000 bulan”

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t seorang laki-laki dari Bani Israil yang memakai senjata dan berjihad selama 1,000 bulan, dan pada malamnya beribadat sehingga ke fajar. Melihat keadaan itu, Rasulullah s.a.w menjadi risau akan umatnya yang tidak akan capai darjat itu, memandangkan umur umatnya sahaja tidak sepanjang itu. Lalu Rasulullah s.a.w merintih kepada Allah s.w.t :

يا لله امتى امتى
Maka Allah turunkan ayat ini sebagai pemberian pada umat Muhammad.

KEAMPUNAN

Orang yang tidak diberi keampunan pada bulan Ramadhan selagi mereka berterusan dalam keadaan demikian:

1. Penagih Arak
2. Anak yang melukai hati kedua ibubapa
3.Pemutus silaturrahim
4.Pendendam, pengungkit, pemarah.......

I’TIKAF

Aishah r.a berkata Rasulullah beri’tikaf pada malam-malam sepuluh yang akhir bulan Ramadhan sehingga wafat. Kemudian dilanjutkan amalan itu oleh isteri-isterinya.
(Bukhari dan Muslim)

Waktu i’tikaf:
1. Bermula dari solat subuh hingga solat subuh keesokan harinya.
2. Selepas solat maghrib hingga solat subuh keesokan harinya.


Rujukan
1. Tafsir Ibnu Kathir
2. Al-Hadis (Jilid 3), Al-Haj Maulana Fazlul Karim

Thursday, September 10, 2009

Doa yang paling utama pada malam Lailatul Qadar

“Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”,

Memang hairan orang yang dapat hidup sampai Ramadan ini, tetapi dosa dia tidak diampun.

Kalau malam ini malam Qadar, fokus kita selalunya memanglah nak minta hal-hal keduniaan. Kalau kita dapat rasakan dalam perasaan dalaman seorang insan kecil hamba Allah ini apa yang hendak kita minta di malam Qadar? Rasanya orang tidak begitu berminat untuk minta supaya diampunkan segala dosa, mereka akan minta yang lain pula, minta saham naik, perniagaan laris, dapat kahwin lagi dua, kaya, mesti pilihan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, sedangkan “Wallah yuridul akhirah”. Allah dan RasulNya lebih mengutamakan penghidupan akhirat itulah yang paling mustahak sekali.

Selama ini pun kita tidak tahu bahawasanya terampunkah dosa-dosa yang telah kita buat? walaupun kita rasa macam dosa itu Allah telah ampunkan.

Ada peluang yang macam ini iaitu malam Qadar atau berpeluang berjumpa dengan orang-orang macam tadi iaitu doa-doa mereka makbul seperti orang-orang yang soleh dan seumpamanya doa yang paling utama dan besar diminta ialah minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Bukan kata orang lain sebagai contoh besar, hatta nabi yang dikatakan “Ghoforollah hu mat taqadaman”, Allah ta’ala ampunkan dosa dia yang telah lalu (jika ada) dan juga ampun untuk yang akan datang.

Tetapi kenapa nabi masih berdoa kepada Allah tiap-tiap hari tidak kurang dari seratus kali iaitu

“Astagh firruka humma waatubu ilaih”. Sehari seratus kali , sembahyang baginda, berdoa panjang-panjang sampai dikataka juga (hadith Aisyah) sampai bengkak kaki nabi. Sampai Siti Aisyah berkata kepada nabi,

“Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

Syukur maknanya melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah yang saya katakan tadi, datanglah sistem yang Islam kemukakan kepada ummah, seluruh aktiviti-aktiiti ibadah, penumpuan kepada persiapan-persiapan yang dikatakan “Wa tazau wadu” kesemuanya ditujukan ke arah pembersihan diri, hati, akal dan budi daripada yang dipanggil “al-khush” (yang tidak baik).

Al-Quran memberikan satu analogi iaitu Bumi kalau sudah cantik dan subur dia mudah menumbuhkan pokok-pokok yang bermanfaat dan bagi bumi yang kotor (bagi maksud tidak sesuai ditanam tumbuhan) seperti tempat berbatu dan berpasir, tanam apapun tak tumbuh, kalau tumbuh pun dia tak jadi seperti tempat yang lain.

Maksudnya sama seperti insan, kalau yang disimpan dalam diri kita ini kotor (benda yang jijik) maka tidak akan keluar melainkan yang kotor juga. Kalau dalam diri kita baik, dia akan menumbuhkan yang baik, amal dia baik, kata-kata dia baik, akhlak dia baik, muammalah dia baik dan dia dikatakan orang yang baik.

Allah itu baik, Dia tidak terima amalan melainkan amalan yang baik juga. Sebab itu dari awal Islam datang dah ada sistem seperti contoh ayat-ayat al-Quran yang awal turun surah Al-Mudatsir, firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang sedang tidur, bangunlah kamu beri peringatan kepada manusia (maknanya bergerak dalam satu wadah perjuangan, mengerakkan jiwa diri sendiri dan jiwa insan) dan kepada Tuhanmulah kamu wajib membesarkanNya, jangan mengagungkan yang lain, agungkan Allah swt. sahaja.

Caranya diberikan beberapa analogi seperti apa yang kamu pakai iaitu pakaian biasa, rumah tempat tinggal, kereta yang dinaiki dan apa sahajalah mestilah yang bersih, kamu kena sucikan dia. Sebab ini sangat kena dengan ayat yang nabi hayati. Diantara pakaian yang nabi suka pakai ialah pakaian putih yang melambangkan suci dan bersih. Walaupun kadangkala nabi pakai warna merah dan hitam didalam peperangan tetapi yang paling nabi sukai ialah warna putih.

Sebab itu kita lihat, pakaian haji putih, kain kafan putih (tak pernah nampak lagi kain kafan warna hijau, kain kafan biru lagi tak pernah nampak). Ditempat saya masjid-masjid gunakan kain putih sebagai alas tempat sujud. Serban umumnya putih. Serban nabi putih kadangkala ada yang hijau.

Apabila diluar memakai pakaian putih bersih maka didalam diri perlu buang segala kekotoran. Islam mengajar agar diluar bersih sehingga kedalam diri juga bersih. Kalaulah inilah yang nabi buat dari pada mula memanglah bulan Ramadan ini yang utama ialah untuk membersihkan diri.

Dengan puasa yang kita buat, malam kita bertarawih, berdoa secara bersistematik dari awal ramadan sampai akhir ramadan iaitu doa;

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”

(maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Kalau dibuat setiap malam dari awal ramadan sampai akhir ramadan pastilah kita jumpa dengan satu malam yang mana malam ini ialah malam Qadar. Sebab dia pasti datang setiap tahun dibulan ramadan. Kalau kena malam itu maka sampailah tujuan tadi kita dapat memohon daripada Allah swt. minta yang paling berharga iaitu bermohon agar Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita. Kalau bertemu demikian kita sampailah kepada matlamat tadi iaitu “La’al lakum tat takun” dengannya kamu bertaqwa, dengannya kamu sampai kepada matlamat yang dikatakan tadi.

“Ya ‘ajaban”, memang menghairankan orang yang sempat datang Ramadan kepadanya dia tidak manfaatkan ramadan itu untuk Allah ampunkan semua dosa-dosanya.

Semua krisis-krisis dunia, semua masalah yang insan hadapi didunia, yang kita hadapi hari ini dalam semua masalah, pergaduhan, hutang yang banyak, akan berakhir bila orang itu mati. Kita berjanji denganorang, bertelagah, bergaduh, semua krisis-krisis dunia ini kepada seorang insan dia habis bila dia mati.

Tetapi krisis dosa dengan Allah ta’ala khasnya krisis keimanan, krisis kerana kita menyimpan dosa yang melibatkan iman dan sebagainya, didunia dia tidak menampakkan masalah tetapi sebenarnya ia akan bermula apabila telah hampir nak mati, masuk kubur lagi masalah, alam barzakh lagi masalah, sampai kepada alam mahsyar lagi bermasalah puncanya balik kepada dosa tadi.

Sebab itu nabi telah bagi satu garis panduan yang cukup senang kita faham. Kita tidak disuruh minta dimalam Qadar supaya turun emas dari langit, minta agar dikasihani oleh semua orang, minta agar dijadikan ketua selama-lamanya, untung berniaga, bukan itu yang patut diminta. Sebaliknya nabi bagi contoh kalau ini dapat kamu capai walaupun dunia kamu susah sekejap tetapi kamu akan berakhir krisis dunia ini bila kamu mati.

Jika kamu ada dosa ini mati bermula suatu penghidupan yang perit, malah dari sejak nak mati sekalipun sudah bermula, sampai kepada peringkat orang-orang yang “Zalimi an fusu hum” orang-orang yang menzalimi diri mereka dalam kehidupan ini kerana membiarkan dosa, banyak melakukan dosa, tidak cuba untuk membuang dosa, bila nak mati akan datang malaikat kepada mereka dengan pemukul untuk pukul muka, belakang hingga ke punggung mereka. Ia bermula daripada nyawa nak keluar, tergantung-gantung diantara langit dan bumi, diantara barzakh dengan tidak barzakh, masuk kubur terseksa.

Sebab itulah nabi nak lepaskan kita daripada seksaan ini semua, nak pastikan kepada isteri dia Siti Aisyah pun berpesan “Kalau kamu dapat malam Qadar jangan minta yang lain selain daripada minta supaya diampunkan Allah segala dosa”.

Ingatlah juga ketika nabi berpesan kepada orang yang dia sayangi iaitu Umar (bapa mertuanya) dan Ali (menantunya) kalau kamu berjumpa dengan Uwais al-Qarni mintalah supaya Allah ampunkan segala dosa kamu. Begitu juga nabi berpesan kepada sahabat-sahabat yang lain supaya bermohon supaya Allah ampunkan segala dosa.

Penutup

Insya-ALLah jika kita diambil oleh Allah dibulan Ramadan lebih-lebih lagi jika kita mati di Mekah di bulan Ramadan, kemudian disembahyangkan pula di Masjidil Haram yang setiap malam sembahyang itu jutaan manusia yang mendoakan mereka masuk syurga.

Maka persediaan kepada kita semua, kita ambil peluang Ramadan ini untuk Allah ampunkan dosa kita. Supaya kita termasuk dikalangan hamba yang akan beruntung khasnya selepas kita kembali kepada Allah swt.

Selamat berpuasa, selamat berhari raya, maaf zahir batin, kita mengharapkan kepada Allah swt. agar sentiasa menghimpunkan kita sebagai orang-orang yang sentiasa berkasih sayang dan saling bermaaf-maafan menuju kepada kerahmatan dan keberkatan Allah swt.

JZKK.

Aminuddin Md Bashah
20 Ramadhan 1430H

Wednesday, September 9, 2009

Tazkirah 19 Ramadhan: Ramadan Mangajar Kita Menghargai Masa

Pejam celik, pejam celik, kita kini telah beransur-ansur menuju 10 Ramadan yang terakhir. Dalam sedar, kita memahami betapa Allah menjadikan Ramadan itu bulan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan.

Nabi saw. bersabda,

“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu
syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!’”


Salman Al-Farisi meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di penghujung bulan Syaaban dengan sabdanya,

“Wahai manusia, sungguh telah menaungi kamu bulan agung yang diberkati, bulan yang padanya Lailatul Qadar, bulan yang dijadikan puasa padanya adalah fardhu, dan qiamullail dimalamnya sunat……hingga akhir”.

Namun begitu adakah kita berjaya mencapai atau mendapat manafaat seperti yang dinyatakan? Sesungguhnya sesuatu yang hebat itu adalah mahal harganya. Masing-masing dengan ujian masing-masing. Walaupun nampak mudah tetapi hakikatnya hanya diri sendiri yang mengetahuinya. Sesetengah nya diberi kelapangan masa dan kesihatan untuk beribadah. Ada yang berjaya dan ada disebaliknya. Sesetengah nya diuji dengan pelbagai ujian yang menjadikannya tidak berkesempatan untuk menumpukan kepada amalan terutama di 10 akhir Ramadhan. Ada sesetengah nya terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang tak habis habis, ada yang diuji dengan masalah kehidupan yang mengganggu tumpuan ibadah, ada yang diuji dengan sakit yang tak memungkinkan beribadah, ada yang mendapat musibah dikalangan keluarga terdekat dan lain-lainnya. Seterusnya ada yang terpaksa berjuang dilapangan jihad bagi mempertahankan diri, tanah air atau agama.

Hanya diri sendiri yang mengetahui ujian yang terpaksa ditempuhi dan setakat mana pula telah tercapai apa apa yang dinyatakan dalam kelebihan bulan Ramadan ini. Bagi membantu menganalisa sebahagian dari kesan Ramadan terhadap diri sendiri dari sudut masa, cuba kita nilai diri kita masing-masing tentang masa kita. Ini adalah kerana “masa adalah kehidupan” iaitu suatu yang amat penting bagi kehidupan kita samada dunia atau akhirat. Sebarang perubahan positif terhadap masa akan “menambahkan lagi umur amal solih”kita .

Antara Ujian masa (bagaimana sikap kita terhadap masa) yang patut dicapai hasil dari Ramadan:

1. Merasakan sentiasa terikat dengan masa. Ungkapan “masa itu emas” amat bermakna bagi saya.

2. Sehubungan dengan itu, saya menganggap jam sebagai teman baik saya

3. Berusaha mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Bagi saya, orang yang suka membazir waktu ialah orang yang rugi

4. Berasa gelisah jika kerja yang dirancang belum selesai

5. Saya akan berfikir berulang kali sebelum membuat sebarang keputusan

6. Saya akan mengkaji kesan tindakan saya terhadap orang lain

Semuga di perjalanan kehidupan ini, kita sentiasa peka dengan masa.. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita menghargai masa dengan cara yang selayaknya yang menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang beruntung.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”.

Sekian, wassalam

Oleh:
Hj Zulkarnain Mohd Ghazali
TYDP JDB


Thursday, September 3, 2009

Persiapan menyambut Aidilfitri (2) - TAYAR KERETA



"kalau tukar dua tayar kereta, yang baru nak letak kat mana, depan atau belakang ?".


Jawapannya adalah belakang.

Jawapan ini mungkin kontradik dengan pendapat kebanyakan kedai menjual tayar

Berikut adalah beberapa panduan tentang 'Tayar Kereta' :

1. Always rotate your tyres secara cross. Sebaiknya setiap 10,000 km. kalau malas, rotate setiap 20,000 km.

2. Get the best tyre available. Itu sahaja benda, selebar tapak tangan yang in contact dengan jalan. Kalau nak beli spare part kereta local (bukan ori) tak apa sebab kalau rosak setakat kereta tak boleh jalan. Tapi tayar yang murah, galang gantinya adalah nyawa. Benda lain boleh jimat tapi bukan tayar. Ini bukan kira speeding seperti sebahagian sahabat kita yang bawa kereta macam pelesit tapi perkara keselamatan. Tayar yang mahal ada kandungan silicon (kalau tak silap). Ia bagus mencengkam untuk musim hujan.

3. Jangan beli tayar second hand. Umur tayar maksima 5 tahun. Lepas pada tarikh tu, buang tayar tu walaupun bunga masih baik, sebab dia ada minyak yang mencengkam semasa hujan. Saya sendiri terlanggar belakang kereta sebab tayar tak mencengkam bila hujan . Tayar tu dah lama dan ada retak-retak halus. Selalunya kat tayar ada ditulis empat angka dalam bulatan oval. 2308. Ini bermakna tayar ni dibuat pada minggu ke 23, tahun 2008. Kalau 1204 bermakna tayar tu dibuat pada minggu ke 12, tahun 2004. Tayar ni dah luput tarikh.

4. Setiap tayar direka mengikut kegunaannya, ada bunga lebar (utk speed dlm kering & tahan lama, tapi bising) dan ada yang berbunga halus (untuk hujan, senyap dan cepat habis). Ketahui jenis pemanduan anda dan tayar yang sesuai. Ada tayar keras, tahan lama; dan lembut, cepat habis. Tayar keras kalau boleh elakkan. Ia memang murah dan menjimatkan tapi kos jangka panjang sebenarnya merugikan sebabnya bila tayar keras; bearing, drive shaft dan absorber cepat rosak. Benda tu lagi mahal.

5. Setiap tayar ada TWI (tyre wear indicator), ada yang simbol dan ada tulisan TWI. Untuk keselamatan, jangan tunggu hingga dah sampai TWI. Minima 3mm sebelum TWI. Oleh itu kena tukar tayar tu walaupun nampak ada bunga lagi. Ini merbahaya sewaktu hujan. kalau brek, tak mencengkam. Kalau nak kedekut pun, biarlah benda lain. kalau sayang sangat kat tayar tu, elok bawa balik untuk buat tempat tanam bunga, macam kat kampung tu. Atau buat buaian.

6. Selalu tengok angin tayar. Bukan setahun sekali. Angin tu free, bukan kena bayar pun. Gunakan alat penyukat. Kebanyakkan stesen minyak, penyukatnya tak betul sebab jarang calibrate. Alat tu pun bukan mahal. Cari jenis PCL buatan England. Kalau pakai tengok dengan mata, kita tak tahu sebenar angin tayar. Ini merbahaya ketika hujan dan semasa selekoh. Ikut kadar yang dinyatakan, selalunya dipintu kenderaan. Angin berlebih pula, tak ada grip.

7. Selalu buat alignment/balancing. terutama sekali kereta baru beli. Alignment selalunya out. Proton selalu macam ni. Malah angin tayar pun tak dikurangkan semasa delivery. Depa selalu letak 45 psi kerana kereta nak disimpan kat padang. Ini kes juru jual pemalas. 35% tayar habis cepat jika alignment out.

8. Berhati-hati bila buat alignment/balancing kat kedai. Selalu dia akan kata camber lari dan kena pam. Ini kes menipu. Camber kereta payah nak lari terutama kereta baru. Benda tu memang fixed. Ini cara depa nak dapat duit lebih, buat kerja yang tak perlu.

8. Apabila anda memandu lebih dari 140km/jam, tekanan pada tayar adalah 7 kali ganda. Jadi pastikan tayar elok kalau nak jadi mat rempit. Kalau nak merempit juga, gunakan gas nitrogen sebagai ganti angin. Gas nitrogen tak kembang bila panas. Tak silap saya, satu tayar dikenakan RM5. Minta kat kedai tayar.

9. Tayar yang bocor bahagian tepi tak boleh tampal sebab mudah pecah. Tepi tayar lebih lembut. Kalau bocor tepi dan boleh tampal, gunakan sebagai spare sahaja. Tepi tayar juga mudah rosak jika kereta memanjat kerb secara mengiring. Kalau nak panjat kerb, pastikan attack tepat, bukan tepi tayar. Ini sama juga jika kita nak keluar dari bahu jalan yang lebih rendah. Kalau tepi tayar bergesel dgn bahu jalan, tepi tayar mudah koyak.

10. Kalau nak jalan jauh terutama balik raya, pastikan tayar spare ada angin dan periksa permukaan tayar kalau-kalau ada paku/besi dsbnya. Tayar ini dah bocor sebenarnya tetapi angin tak keluar sebab ada paku/besi.

11. Ketahui rating tayar, SR, HR, ZR dsbnya. Elakkan tayar jenis SR kerana itu tayar untuk pemanduan slow, e.g teksi bandar. Sekurang-kurangnya gunakan HR. Kalau kereta canggih dan boleh pecut sampai 200km/jam, baru gunakan tayar ZR sebab harganya mahal. Kalau setakat pergi balik kerja, tak perlu sampai ZR rating. Bab ni boleh kedekut sikit.

12. Mengikut statistik, 70% kemalangan berlaku semasa hujan. Kalau kira dari segi nisbah masa hujan dengan tak hujan, lebih dari 90% masa hujan.

13. Kecuaian memandu dan kereta yang tidak diselenggara dengan baik adalah punca utama kemalangan.

14. Elakkan berlumba dijalan raya. We don't need 2 idiots. Kalau kita memandu laju dan ada yang ajak berlumba, slowkan kereta. Tak payah tunjuk jaguh. Kalau nak pandu laju, keraeta baik, dan ada sebab, dipersilakan. Saman kena bayar sendiri. Itu cara polis Malaysia cari makan. Berlumba hanya memudahkan buat silap dan akibat kemalangan.

15. Apa itu "defensive driving"?. Apa itu "art of safe handling"? Kalau nak tahu, lain kali lah. Panjang sangat posting ni nanti.

16. Memandu semasa lapar terutama bulan puasa adalah merbahaya kerana terdapat 'micro sleep'. Kita terlena hanya sekejap tapi boleh sebabkan kemalangan. Bawa banyak berehat atau buka puasa - musafirkan? Banyak rehat kalau hanya seorang pemandu. Jangan kira nak cepat sampai. Takut nanti sampai terus ke kampung halaman di akhirat sana.

17. Ikut statistik kemalangan jalanraya. Ops Sikap Raya tahun lepas, hampir 16,000 kemalangan dan 225 maut. Ini lebih tinggi dari H1N1 untuk tempohmasa 2 minggu sahaja. Semua orang tak kesah pun. Oleh itu jangan jadikan anda sebahagian dari statistik Ops Sikap Tahun ini. Statistik lain boleh rujuk http://www.jkjr.gov.my/statistik.html


Kalau tak faham, eloklah belajar atau berhenti memandu! Ingat, kereta adalah ibarat senjata api yang mudah meragut nyawa. Ujian lesen dilakukan semasa memandu perlahan. Setakat ini masih belum lagi dikeluarkan lesen semasa memandu laju.

Mana-mana yang baik, boleh pakai. Mana yang tak baik, lupakan.

Pohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan masa lampau. Manalah tahu kalau dah ditakdirkan menjadi statistik tahun ini.

Selamat Memandu.

Wassalam
Norazmi Talib
Ahli JIM Serdang - di gelar sebagai "certified F1 Brother Driver".

Wednesday, September 2, 2009

Persiapan menyambut Aidilfitri

Aidilfitri menjelang tiba. Pastikan persiapan kita menyambut Aidilfitri kali ini mengikut landasan syara'. Moga hari kemenangan ini disambut dalam suasana penuh barakah dan dalam redhaNya.

Antara yang perlu diberi perhatian adalah dari segi pakaian anak isteri. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

“Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menutup badan mereka dengan jilbab (bertudung). Demikian itu adalah supaya mereka lebih mudah dikenali (sebagai orang yang beriman) agar mereka tidak diganggu lelaki yang jahat. sesugguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a bahawa Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah nabi dengan berpakaian nipis, kemudian Nabi memalingkan mukanya sambil bersabda:

“Hai Asma’! sesungguhnya perempuan apabila sudah baligh tidak patut menampakkan badannya kecuali ini dan ini (Rasulullah menunjukkan tapak tangan dan mukanya).”

Islam mengajar umatnya memelihara kesucian, bukan sahaja kesucian hati (iman) tetapi juga kesucian zahir termasuk cara umatnya berpakaian, sebagai pencegahan kepada gejala-gejala buruk seperti rogol, zina, hamil tanpa nikah dsb

Wanita Islam yang sudah baligh diwajibkan memelihara aurat mereka sebagaimana yang di jelaskan Al-Quran dan Al Hadis.

Sebagai panduan dalam memilih pakaian ( & tudung);
  • hendaklah longgar dan tidak sempit/ketat sehingga menampakkan bentuk badan atau susuk tubuh.
  • tidak nipis hingga menampakkan bayangan tubuh/leher dari luar.
  • tidak menarik perhatian lelaki sama ada terbelah atau terdedah. Warna & fesyen juga perlu diambil kira
  • tidak menyerupai pakaian lelaki, juga pakaian wanita musyrik dan kafir yang menjolok mata
Anak-anak lelaki juga tidak terkecuali. Pastikan menutup aurat, bergaya sopan & tidak terikut-ikut dengan gaya dan fesyen yang tidak mencerminkan peribadi Muslim pemakainya.

Biasakanlah anak-anak menutup aurat mereka sejak kecil kerana seksaan Allah janjikan kepada mereka yang mendedahkan aurat adalah sangat berat.
Marilah kita bimbing ahli keluarga kita menjadi ahli syurga, biiznillah.

Friday, August 21, 2009

Di Naungan Ramadhan Al-mubarak.


رمضان


Ramadhan berkunjung lagi!!!

Rasulullah saw bersabda;

Apabila datang awal Ramadhan, seorang penyeru akan memanggil,
“Wahai orang yang mencari kebaikan, datanglah!!!
Wahai orang yang mencari kejahatan,berhentilah!!!
Ini kerana Allah swt akan memerdekan penghuni neraka pada tiap-tiap malam
(HR: Lima Imam kecuali Abu Daud
Bukankah kita orang-orangnya?
Siapa?
Perindu-perindu syurga!!!!


Rasulullah saw bersabda;
“Ramadhan telah datang kepada kamu.
Ia adalah bulan yang Allah swt memenuhkannya dengan
Keberkatan
Menurunkan rahmat
Memadamkan (dosa-dosa) kesalahan
Memaqbulkan doa
Menunggu mereka yang berlumba melakukan kebaikan
Dan malaikat berbalah mengenai kebaikan kamu.
Maka tunjukkanlah kepada Allah kebaikan-kebaikan kamu,
kerana orang yang celaka ialah mereka yang tidak
mendapat rahmat-Nya dalam bulan ini.
(Imam Al-Baihaqi)

Bukankah kita orang-orangnya?
Siapa?
Pemburu Keabaikan dan Rahmat-Nya
Dan
Membenci maksiat dan dosa?
Penggerun Api neraka?


Firman Allah ‘Azza Wa Jalla;

َوَنفْسٌ وَمَاَ سَوَّـهَاََ فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَـهَا َقَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّـهَا
وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّــهَا

“Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan) nya, Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikannya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”
(al-Syams: 91 ; 7 – 10)


Bukankah kita orang-orangnya!!!
Siapa?
Orang-orang yang berUNTUNG, yang sentiasa menSUCIkan jiwanya?.

~ Ustazah Arpah Abdul Wahab~

Sunday, August 16, 2009

Anak2 Pewaris Perjuangan: sudah cukupkah usaha kita?

Luahan seorang bapa:

Tudung dah singkat beberapa inci walau masih bawah dada. Baju pun biarlah 2 inci longgar . Warna, mak oiiii... merah menyala.
Mungkin kat sekolah & usrah dah tak di sentuh bab aurat & tabarruj ???
Anak dara kalian macamana.

*************************************************

Salam

Kepimpimpinan Gerakan Islam bukan sekadar memimpin organisasi tetapi memimpin ahli-ahli dan keluarganya dengan nur hidayah dan akhirnya melayakkan kita digelar ahli syurga .

Marilah kita bertanya apakah kita sbg nuqaba' , YDP Daerah hingga Negeri dan Pusat, apakah sering ditekankan isu ini kepada ahli-ahli kita? kalau ada Alhamdulillah . Daerah wajar main peranan.
Ana pernah menyoal ikhwah yg tidak langsung anak remajanya dihantar keprogram JIM
Jawabnya 'anak ana dah besar Ustaz, dia boleh fikir yang mana yang baik dan buruk yang penting dia laksanakan perkara yg asas sbg mukmin'... .

Tugas Ana dah selesai mengingatkan akh kita betapa kita harus berbangga mewarisi diri kita sbg Daie dan pejuang dlm gerakan Islam .

Dimaafkan jika kita dah usaha tapi anka kita tak mahu bersama Gerakan Islam
Moga Allah menjadikan diri kita dan keluarga kita pendukung panji -panji shahadatain hingga Akhir hayat . Takbir, Allahuakbar!

Doa kita utk pimpinan kita agar dpt kekuatan dan 'izzah utk memimpin dan mentarbiah ahli-ahli JIM serta keluarga mereka di daerah masing-masing . Amin

Ustaz M Rujhan Adnan
TYDP JIMDHL

Monday, July 20, 2009

Bekalan Akhirat

Mencari bekalan akhirat..
Mulakan langkah dengan
aqidah yang benar,membina kefahaman
yang jelas disertai dengan menterjemahkannya dalam amalan

Monday, July 13, 2009

Tarbiyah - Jalan Dakwah yang Selamat

Tarbiah - arus mana pilihan kita?

Cukuplah kita berjuang di medan- cukuplah kita berada di lapangan - itu tarbiyah yang sebenar. Tak perlulah lagi berada dalam HALAQAH USRAH. Tidak perlulah lagi kita berada dalam marhalah dan Mustawa tarbiyah. Tak perlulah lagi - usaha " ajak orang -bina orang" - tak perlulah " pengkaderan dan tabiyah jaddah - tak perlu itu semua - yang penting berada dalam medan "sebenar" islah masyarakat - itu sahaja sudah banyak masa terbuang. Tarbiyah ini untuk permulaan sahaja. Sekarang yang penting adalah strategi Dakwah & perlaksanaan strategi. Pengkaderan - ini kurang penting, yang penting - LAWAN TETAP LAWAN!

atau

Dalam berjuang di medan, kita juga perlu berada dalam usrah dan tarbiyah. Faham Tarbiyah - hidupkan Usrah melalui RUKUN-RUKUNNYA . Faham criteria Muasofat Tarbiyah dan Marotibul Amal. Hidupkan Budaya ILMU - berdasarkan pembacaan, ibadah yang banyak- hafazan- BELAJAR dan MENGAJAR. Qiamullail Jadi tiang seri kehidupan. Puasa sunat, infaq, Rehlah, Riadhah Jamaie - Jaulah. Menangisi akan kelemahan & dosa-dosa. Bekerja keras susun kader dengan Tarbiyah dan Persiapan yang rapi.

Dalam berjuang di medan, kita bina Keluarga - Check Qur'an dan Hafazan anak-anak sendiri. Tarbiyah anak-anak jiran dan anak-anak buah. Hidupkan Ma'thurat Keluarga dan Tilawah Al Quran keluarga. Jadikan diri contoh masyarakat- bawa anak-anak solat jamaah, anak- anak jadi muazin dan contoh masyarakat yang menguasai Al Quran dan akhlaq mulia...dsb. .

Maka, yang mana pilihan kita? Pilihan kita adalah penentu masa depan kita....kita pastinya akan pergi menemui Allah. Pilihan kita menentukan: tua yang bagaimana? Mati yang bagaimana ?

syed omar syed mohamad
JIM Daerah Hulu Langat.


Saturday, July 11, 2009

Tanda-Tanda Iman Sedang Lemah


1. Ketika Anda sedang melakukan kedurhakaan atau dosa.

Hati-hatilah! Sebab, perbuatan dosa jika dilakukan berkali-kali akan menjadi kebiasaan. Jika sudah menjadi kebiasaan, maka segala keburukan dosa akan hilang dari penglihatan Anda. Akibatnya, Anda akan berani melakukan perbuatan durhaka dan dosa secara terang-terangan.

Rasulullah saw. bersabda,

“Tidak ada pezina yang di saat berzina dalam keadaan beriman. Tidak ada pencuri yang di saat mencuri dalam keadaan beriman. Begitu pula tidak ada peminum arak di saat meminum dalam keadaan beriman.” (Bukhari, hadits nomor 2295 dan Muslim, hadits nomor 86)

2. Ketika hati Anda terasa begitu keras dan kaku.

Sampai-sampai menyaksikan orang mati terkujur kaku pun tidak bisa menasihati dan memperlunak hati Anda. Bahkan, ketika ikut mengangkat si mayit dan menguruknya dengan tanah. Hati-hatilah! Jangan sampai Anda masuk ke dalam ayat ini, “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.” (Al-Baqarah: 74)

3. Ketika Anda tidak tekun dalam beribadah.

Tidak khusyuk dalam solat. Tidak menyimak dalam membaca Al-Qur’an. Melamun dalam doa. Semua dilakukan sebagai rutinitas dan refleksi hafal karena kebiasaan saja. Tidak berkonsentrasi sama sekali. Beribadah tanpa ruh. Ketahuilah! Rasulullah saw. berkata, “Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main.” (Tirmidzi, hadits nomor 3479)

4. Ketika Anda terasa malas untuk melakukan ketaatan dan ibadah.

Bahkan, meremehkannya. Tidak memperhatikan shalat di awal waktu. Mengerjakan shalat ketika injury time, waktu solat sudah mau habis. Menunda-nunda pergi haji padahal kesihatan, waktu, dan biaya ada. Menunda-nunda pergi solat Jum’at dan lebih suka barisan solat yang paling belakang. Waspadalah jika Anda berprinsip, datang paling belakangan, pulang paling duluan. Ketahuilah, Rasulullah saw. bersabda, “Masih ada saja segolongan orang yang menunda-nunda mengikuti saff pertama, sehingga Allah pun menunda keberadaan mereka di dalam neraka.” (Abu Daud, hadits nomor 679)

Allah swt. menyebut sifat malas seperti itu sebagai sifat orang-orang munafik. “Dan, apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas.”

5. Ketika hati Anda tidak merasa lapang.

Dada terasa sesak, perangai berubah, merasa sumpek dengan tingkah laku orang di sekitar Anda. Suka memperkarakan hal-hal kecil lagi remeh-temeh. Ketahuilah, Rasulullah saw. berkata, “Iman itu adalah kesabaran dan kelapangan hati.” (As-Silsilah Ash-Shahihah, nomor 554)

6. Ketika Anda tidak tersentuh oleh kandungan ayat-ayat Al-Qur’an.

Tidak bergembira ayat-ayat yang berisi janji-janji Allah. Tidak takut dengan ayat-ayat ancaman. Tidak tenang dikala mendengar ayat-ayat perintah. Biasa saja saat membaca ayat-ayat pensifatan kiamat dan neraka. Hati-hatilah, jika Anda merasa bosan dan malas untuk mendengarkan atau membaca Al-Qur’an. Jangan sampai Anda membuka mushaf, tapi di saat yang sama melalaikan isinya.

Ketahuilah, Allah swt. berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ” (Al-Anfal:2)

7. Ketika Anda melalaikan Allah dalam hal berzikir dan berdoa kepada-Nya.

Sehingga Anda merasa berzikir adalah pekerjaan yang paling berat. Jika mengangkat tangan untuk berdoa, secepat itu pula Anda menangkupkan tangan dan menyudahinya. Hati-hatilah! Jika hal ini telah menjadi karakter Anda. Sebab, Allah telah mensifati orang-orang munafik dengan firman-Nya, “Dan, mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sekali.” (An-Nisa:142)

8. Ketika Anda tidak merasa marah ketika menyaksikan dengan mata kepala sendiri pelanggaran terhadap hal-hal yang diharamkan Allah.

Ghirah Anda padam. Anggota tubuh Anda tidak tergerak untuk melakukan nahyi munkar. Bahkan, raut muka Anda pun tidak berubah sama sekali.

Ingatlah, pesan Rasulullah saw. ini, “Barangsiapa di antara kalianyang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya, dan ini adalah selemah-lemahnya iman.” (Bukhari, hadits nomor 903 dan Muslim, hadits nomor 70)

9. Ketika Anda gila hormat dan suka publikasi.

Gila kedudukan, ngebet tampil sebagai pemimpin tanpa dibarengi kemampuan dan tanggung jawab. Suka menyuruh orang lain berdiri ketika dia datang, hanya untuk mengenyangkan jiwa yang sakit karena begitu gandrung diagung-agungkan orang. Narsisbanget!

Allah berfirman, “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman:18)

“Jika kamu sekalian menghendaki, akan kukabarkan kepadamu tentang kepemimpinan dan apa kepemimpinan itu. Pada awalnya ia adalah cela, keduanya ia adalah penyesalan, dan ketiganya ia adalah azab hati kiamat, kecuali orang yang adil.” (Shahihul Jami, 1420).

Untuk orang yang tidak tahu malu seperti ini, perlu diingatkan sabda Rasulullah saw. yang berbunyi, “Iman mempunyai tujuh puluh lebih, atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah ucapan `Laa ilaaha illallah’, dan yang paling rendah adalah menghilangkan sesuatu yang mengganggu dari jalanan. Dan malu adalah salah satu cabang dari keimanan.” (Bukhari, hadits nomor 8, dan Muslim, hadits nomor 50)

10. Ketika Anda bakhil dan kikir.

Ingatlah perkataan Rasulullah saw. ini, “Sifat kikir dan iman tidak akan bersatu dalam hati seorang hamba selama-lamanya. ” (Shahihul Jami’, 2678)